21 April 2012

.:Dunia Kini:.

Biar mendung itu pergi, melihatkan cahaya..
Kerna apabila sudah kelam, peritnya mencari cahaya..


Wahai Tuhan kami..
Di luar mendung sekali,
tapi jangan biarkan mendung
menghijab hati kami...

Wahai Tuhan kami..
Kehidupan di luar keras sekali,
tapi jangan biarkan kerasnya kehidupan ini
membuat keras hati kami..

Wahai Tuhan kami..
Jalan di luar sudah tercemar polusi,
tapi jangan biarkan polusi
mencemari bersihnya hati kami..

Wahai Tuhan kami..
Hati kami bagaikan raja yang bertakhta,
Yang bila baik sang raja,
baik pula para abdi dan bala tenteranya..

Wahai Tuhan kami..
Tolong jaga hati kami..
sehingga cukup hanyalah keras watak kami,
tapi tidak hati kami..
kerana kami sangat takut jika nanti Engkau
menolak untuk tersenyum kepada kami..


~~~~~~~~~~~

'Abid Sakina
21 April 2012
Darul Jannah, Bandung.



**Merakam bait buat Sang Pemilik hati, tika dunia penuh ragam manusia. Lupa Tuhan, hilang warasnya, hati kelam, hidayah tak sudi menjengah..Ilahi rabbi, hambaMu lemah, kuatkanlah..kurniakan hamba keluarga yang sentiasa dalam didikan dan jagaanMu..

**Setiap hari berita yang didengar, baik di kaca tv Indonesia, mahupun membaca berita di internet. Termasuk mendengar berita langsung dari teman2 sejawat di dunia co-assisstant di Rumah Sakit.
- Kes rogol anak perempuan berusia 7 tahun oleh seorang guru? di mana letaknya iman?
- Kes bunuh, disembelih bagai binatang? di mana kewarasan akal?
- Diri ini yang dulu bertugas di Bedah, sering mendapat kes kepala di parang orang yang tak dikenali sesuka hati? itukah hiburan manusia zaman ini?

Jika itu satu kepuasan...dunia memang semakin parah. Aku risau bagaimana untukku menjaga keturunanku akan datang....:( Kebanyakan manusia di luar, belum sedar betapa parahnya zaman ini..tugas kita masih banyak..Ighfirly ya Ghafur..



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...