05 December 2011

.:Guru = Da'ie = Manusia:.


"Suatu bangsa tidak akan maju, sebelum ada di antara bangsa itu segolongan guru yg suka berkorban utk kepentingan bangsanya~"
[Moh.Natsir, mengutip, Dr.G.Nieuwenhuis]

Siapakah guru itu? bukan saja yg mereka yg masuk ke Institut perguruan,lalu menjadi seorang 'guru'..
Sesiapa saja..yg sentiasa menyeru kpd kebaikan. Yang sanggup menyisihkan waktu utk mengajak orang lain ke arah kebaikan.

Lebih beruntung pada manusia2 ini kerana dipuji Allah,
"Dan siapakah yg lebih baik ucapannya dari orang2 yg menyeru kpd jalan Allah.." [Fussilat: 33]
Jom sama2 berusaha menjadi orang ini~!

Manusia ini adalah "Da'ie"
Dia yang diamanahkan Allah menjaga deenul haq : Islam
Dia yang sering melakukan khilaf.
Yang harus sentiasa bermuhasabah.
Yang harus sentiasa melihat kesalahan2 yg acapkali dilakukan.
Bukan hanya melihat dirinya sentiasa betul.
Bukan menutup 'akalnya menganggap orang lain tidak akan betul.
Ramai yg sedar akan amanah ini, tapi betapa sedikit yang sanggup berkorban dan bersabar di atas jalan ini.
Maka, untuk apa Allah kurniakan akal dan hati?
Banyak manusia yang kufur..
Diberi banyak, namun sedikit menghargai..

Astaghfirullah~!
Ya Muqallibal qulub..tsabbit qulubana 'ala deenik, wa 'ala to'atik..ameen~

[Mode: Berkaca pada diri sendiri T_T]



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

2 .:KoMeN:.:

AR-Mujahid said...

kita lah da'ie tu..sampai menyampai termasuk dlm perkara yang di tuntut di akhirat nanti.apa pun kita kena sedar siapa pun kita,di mana kita berada,allah sentiasa ada bersama kita.jangan kita cuba menongkat langit sambil pasak terus kaki di bumi..semuanya termasuklah soal ketenangan semuanya datang dari allah ta'ala. Thanks.. good entri
Entri Terbaru Saya:
Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang

'Abid Sakina said...

To AR-Mujahid:

Betul tu

Terima kasih sudi komen di sini.Buat saya sedar yg saya dah lama tak update blog...huhu T__T

Jazakallahu khair..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...