09 September 2011

.:Wisuda Sarjana Kedokteran:.

Bismillah..

Dah lama tak mencoret sesuatu. Rinduu..tapi, dengan kekangan masa dan kemalasan jari2 ni mahu memulakan taipan menjadi halangan.hehe..

Wisuda sudah berlalu hampir sebulan. Wisuda, atau nama lain yang biasa di Malaysia, konvokesyen.

Perjalanan selama 4 tahun di bumi Jatinangor, dunia teori, akhirnya berakhir. Jatuh dan bangun berulang kali dilalui..suka dan duka lumrah di mana jua. Diri ini hanya mampu mengucap syukur tak terhingga pada Yang Maha Pengasih.

Tiada lain yang memberi ni'mat kejayaan ini, melainkan total segalanya dariNya.
Hamba hanya mampu berusaha semampunya dan berdoa tidak putus2, tapi segalanya tidak akan berhasil melainkan dengan keinginanMu..Allahu Allah.

Banyak cerita untuk dinukilkan, bagaimana mehnah yang saya harus hadapi untuk memasuki gerbang Sarjana Kedokteran di peringkat pertama ini. Hampir-hampir saja tidak boleh wisuda bersama teman2 seangkatan..namun, Allah Maha Besar.

Alhamdulillah Allah selalu menambah kekuatan diri ini untuk melalui segalanya. Ya,pada awalnya terasa sangat pahit. Menyesal? Tak pernah pula diri ini terasa menyesal..kerana saya tahu saya sudah berusaha yg terbaik. Kemampuan manusia itu berbeza.Erti 'berusaha yg terbaik' bagi setiap individu itu berbeza.

Kerana ini, saya selalu positif.Walau saya pernah menangis 1 hari kerana sebuah kegagalan sementara, namun saya akan sedar & bangun darinya. Bagi saya, ia sebuah cabaran dari Allah.

Masakan tidak, diri yg sering mengakui dirinya hambaNya dan terbeban di bahu ini sebuah tanggungjawab sebagai da'ieyah (penyampai risalah Allah), PASTI akan diuji kata2nya, bisik hatinya, doa2nya..

Jika Rasulullah diuji dengan tentangan pelbagai karenah manusia,masalah,dugaan,cobaan yg berkali ganda hebat ujiannya, takkan kita yg baru 'dicubit' sedikit sudah mahu berundur?

Allah mahu menguji tahap keikhlasan kita..
Allah mahu menguji kekuatan kita bergantung harap hanya padanya..
Allah mahu menguji bagaimana kita menghadapi sebuah ujian sebagai hamba & khalifah Nya..
Allah mahu menjadikan kita lebih kuat..
Yang pasti, Allah 'kisah' tentang kita..:)

"Intansurullaha yansurkum.."

Kalam cintaNya yg selalu meyakinkanku..
Kerana itu diri ini sangat cinta pada jalan dakwah..
TENANG. Hanya satu ungkapan yg dapat digambarkan..
Kekuatan yg selama ini diperoleh juga hasil dari jalan yang kupilih ini. D & T..Allah..

Dan hari ini saya amat merindukan sentuhan tarbiyah itu.Sudah lama hati ini tidak dicairkan dengan dinginnya sentuhan itu.

Cuma mahu mengatakan, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Jika Dia mencampakkan kita di sebuah 'daerah asing', pasti Dia juga yang akan menuntun kita, membantu kita 'hidup' dan melalui kehidupan di situ..Allah Maha Baik.Sentiasalah berdoa & bertawakal.Dengan melengkapkan keduanya dengan segunung usaha terbaik :)

Terima kasih tak terhingga diucapkan buat Ummi & Abah yang banyak berkorban waktu, wang dsb serta memberi sokongan pada diri ini..
Buat keluarga jua..dan sahabat2 rumah dan teman seangkatan yg turut memujuk & memberikan semangat semasa Allah mendatangkan ujianNya..
Juga Do'a yang tak putus2 dari sesiapa yg mengingati diri ini..
Jazakumullahu khair..

InsyaAllah, dengan kesusahan ini akan membuat kita lebih menghargai sesuatu yg sementara menjadi milik kita.

Kini, masih tersisa 2 tahun lagi (insyaAllah) clinical di Rumah Sakit Hasan Sadikin sebelum berkhidmat di Malaysia. Doakan saya dapat menjadi Co-ass (Co-assistant of doctor) yang baik,solehah,rajin,jujur & berkaliber ya. Ayuh, ke arah menjadi mukmin profesional :)

Ilmu itu takkan berguna jika tidak diaplikasikan demi redhaNya.Sebuah kerjaya yg bersifat kebajikan yg dipilih ini bukan untuk suka2..tapi,moga ia menjadi saham buat bekal kembali ke SANA nanti :) Sebuah perkampungan abadi.

Dunia Co-ass sudah bermula 3 minggu. Alhamdulillah, 3 department sudah lulus.Syukur.Baru sahaja selesai di bahagian Gigi & Mulut.1 minggu yang sangat padat dan meletihkan.Moga Allah redha.

Di bawah ni beberapa gambar semasa wisuda dulu..walaupun dah lepas lama, mahu juga diselitkan dalam blog saya, buat tatapan anak cucu cicit nanti insyaAllah..hehe :) [jauh benar berangan].

P/s: Masa atas pentas tu, pertama kali saya menggunakan sarung tangan (hitam) sebagai langkah berjaga2 kalau kita nak buat isyarat taknak salam, dekan nak salam juga ke.. Sebenarnya boleh je buat isyarat tak nak salam, dan ada beberapa teman dah buat..tapi dah alang2 beli & bawa semata2 untuk hari tu, pakai je la ^^.Saja nak try pakai..tapi,lebih aman jika buat isyarat je sebab orang2 besar tu memang memahami ada insan2 yang tak berkenan untuk bersalaman..:) Kalau dia nak salam jugak (dah hulur tangan)? itulah fungsi sarung tangan buat seorang graduan muslimah....

Semoga bertemu lagi di lain entri^_^ Ingin menulis tentang dunia Koas.Doakan ya..



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

1 .:KoMeN:.:

nicemedicine said...

saya dah tau kisah sebenarnya. ayah akak ceritakan semua. patut ramai ucap tahniah hari itu. teruskan berusaha. bit taufiq wan najah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...