25 May 2011

.:Sebuah Penyerahan~:.


Bismillah..

Indah pagi ini. Terasa nikmat waktu berehat. Syukur Ya Rahman.

Selama menjalani ujian akhir semester, tak kurang hebat ujian yg Allah beri.
Segalanya pasti, ada hikmah yg tersirat.

Yang pasti, kerja kita adalah memurnikan niat di awalnya, belajar kerana Allah. Ikhtiar dan mujahadah di dalam prosesnya. Outputnya hanya berserah padanya. Total. Seluruhnya.

Tidak ada kejayaan yg lebih hakiki jika seseorang itu dapat menyerahkan seluruh urusannya kepada Tuhannya setelah dia berusaha mengikut kemampuannya.

Sebagai manusia biasa, yang hanya melihat segala yg tersurat, yang ada di hadapan mata..mungkin tak dapat menjangkau rencana Allah yang Maha Hebat.

Yang kita sering mahu, hanya hajat kita tercapai. Sedangkan Allah sudah dari awal menyusun yg terbaik untuk kita.

Seorang syeikh melantunkan hikmahnya,

"Tertundanya pemberian setelah engkau mengulang-ulang permintaan, janganlah membuatmu berpatah harapan. Allah menjamin pengabulan do'a sesuai dengan apa yang Dia pilih buatmu, bukan menurut apa yg engkau pilih sendiri, dan pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yg engkau ingini"
[Al-Hikam, Ibnu 'Athaillah As-Sakandari]

Apabila kita serap dalam2 ayat ini, pasti akan tenang hati..kerana tahu, Dia pasti mendengar permintaan kita. Tapi, bukankah Dia lebih mengetahui segala sesuatu yg sudah terjadi, sedang terjadi & akan terjadi?

Ayat ini sesuai dengan pujukan Allah dalam surah Al-baqarah, ayat 216,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Senyumlah..:)

Walau seberat mana ujian yg menimpa..
Walau seteruk mana hati dirobek, disiat2..
Walau sedalam mana esak tangis dan air mata..
Walau sebanyak mana hal terjadi tidak berkenan di hati..
Walau sesakit mana terjatuh, tersungkur dalam duri kehidupan..

Kerana bukanlah kita yang Maha Tahu segala.
Urusan kita hanyalah benar2 menyerahkan segalanyanya kpd Yang Maha Tahu.

Jika sudah ada seorang 'ahli', 'pakar', 'specialist' atau apa sekalipun dalam membaiki peralatan kita yg rosak di hadapan mata, kenapa perlu kita menyusahkan diri utk membaikinya? Sedangkan kita tak tahu apa2..

Inilah hakikat sebuah cinta yang bernama "Tawakkal".

Sebuah penyerahan.

Yang mana hakikat tawakkal ini pada Sebelum, Sewaktu dan Selepas segala urusan.

Sesungguhnya Tawakkal ini adalah sebuah 'benteng jiwa' ketika kita sedang mencari sebuah kekuatan.

Dia akan mendapat kekuatan dari satu perkara dgn melihat pada sisi2 lain satu perkara yg terjadi.

Dia tidak akan menuntut yg lain & tidak menyalahkan yg lain..kerana orang yg dikatakan tawakkal itu, adalah yg menyerahnya seluruhnya, berpegang segalanya kepada Allah..

Namun, do'a sentiasa meminta yg terbaik. Terbaik itu di sisi Allah, bukan terbaik di sisi kita.

Apa makna sehari-hari kita bermunajat..

Iyya kana'budu wa iyya kanasta'in...[Al-fatihah : 5]
"Hanya Engkaulah yg kami sembah dan hanya kpd Engkaulah kami memohon pertolongan"

2 kalimat yang ada dlmnya meliputi 2 aspek, ALLAH dan HAMBA-NYA.

Iyyaka na'budu > bahagian untuk Allah.

Iyyaka nasta'in > bahagian untuk hambaNya, kita.

Sebagaimana yg dinukil di dalam hadis Sahih Muslim, Rasullullah memberitahu bahawa Allah telah membahagikan ayat ini kepada 2, "Untukku" dan "Untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak untuk mendapat apa yg dia minta".

Bagi Allah ia berupa pujian dan kebaikan..
Bagi hamba ia mendapatkan bahagian dari do'a dan permohonannya.

Maka, teruskanlah berdoa..teruskanlah bermunajat..
Sebuah do'a itu mampu menerobos benteng takdir dengan izin Allah..

Kita merancang, tapi Allah lebih awal dan hebat dalam perancangannya..
Kita tahu, tapi Allah yg yg paling tahu segala sesuatu..
Dia mendengar rintihan kita..Dia tahu apa keinginan kita..
Bahkan ketika saat kita keliru apa keadaan kita seharusnya..
Dia sudah lama tahu..

Hanya kita, yang sering tidak sabar dengan takdirNya..
Atau terkadang kita sendiri yang tidak sedar & lalai sudah termakbulnya do'a kita..

Permintaan kita yg tiada ketetapan, sering berubah2..
Mahu itu dan ini..
Kemudian mengharap & menuntut ditunaikan..
Menganggap doa sebagai sebuah 'jaminan'..
Sedangkan, berulangnya permintaan itu tidak bererti berturut2nya pengabulan..

Dia akan beri apa yg kita perlukan..bukan yg kita mahukan..
Allah mengetahui keperluan kita..

Maka, berserahlah seluruhnya..
Biar Dia mengatur sebaiknya :)

"Ya Allah,
baikilah urusan agamaku, yg mana Engkau pelindung kpd urusanku..
Dan baikilah urusan duniaku, yg mana padanya ada kehidupan..
Dan baikilah akhirat yg mana aku pulang padanya.."
~ Ameen Ya Mujib..


P/s: Suka layan lagu ni sekarang..:) Klu nak dengar, kena pause lagu blog ni kt sidebar kanan ye.




"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

07 May 2011

.:Umat Islam Sentiasa Boleh!:.

Si kura melihat segala kesukaran itu sebagai cabaran. "Teruskan mendaki~!", kata si kura.


Bismillahi, Allahu Akbar~!
Assalamu'alaikum wbt & salam sejahtera penuh ceria~:)

Disebabkan penulis akan menghadapi final exam pada minggu depan, insyaAllah blog ini akan dibiar sunyi seketika.
(walaupun sudah lama sunyi sebenarnya, disebabkan kesibukan yg melanda --alasan~--huhu)

Penulis tengah berdebar2 sebenarnya.
Mahu memberi motivasi pada diri sendiri. Lebih bagus jika yg lain juga termotivasi.

Alhamdulillah, semalam dah selesai satu urusan, sudah hantar final draft thesis.
Thesis yang bertajuk, "The Antifungal Effect of Nigella sativa (Black Seed) Oil against Candida albicans In vitro". (Ini ditulis dengan format yg betul ok..Italic untuk nama spesis dan bahasa lain.hehe)
Alhamdulillah syukur pada Allah, dan terima kasih buat yang sentiasa membantu menjayakan thesis ini.
Dari siapa yang menyokong tajuk ini pada awalnya, untuk melihat khasiat Habbatus-sauda' yg disabdakan rasulullah sebagai "..ubat segala penyakit, kecuali mati.." [HR Bukhari], dari sisi alternatif mengubati penyakit yg disebabkan oleh mikroorganism, bakteria dan konco2 nya..sehinggalah yg membelikan, membawakan minyak HS utk saya.
Buat supervisor yg sangat baik hati, Dr.Sadeli Masria yg selalu beri tunjuk ajar, dan Dr.Lies Marlysa yg motivasikan saya, lebih terharu memanggil saya seperti anaknya..comel.Awal2 dulu garang..tapi sebenarnya beliau sgt baik.
(Jadi mcm tulis penghargaan kat thesis tu plak kan...:) )

Kita maklum, setiap hari ada saja perkara yg berlaku, baik yg menggembirakan, baik yg menyedihkan.
Tapi, pernah tak kita fikir, kita selalu dapat atasi semuanya dengan baik kan?
Semalam turut menyaksikan 'hari yg pelbagai'.
Ada yg dimudahkan Allah..ada yg diuji Allah. Tapi, bagaimana kita menghadapinya, kembali kpd diri sendiri.
Indahnya jika yg dimudahkan kembali pada Yang Memudahkan. Syukur Alhamdulillah sentiasa memujiNya.
Indahnya juga jika yang diuji Allah kembali juga pada Yang Memberi Ujian. Doa & harapan diserahkan padaNya.

Melihat senyum, melihat tangis..sungguh 2 keadaan yg berbeza.
Tapi, hari ni, jom kita sama2 menghayati, "Laa hau la wa la Quwwata illa billah"
Yg bermaksud, "tidak ada daya & kekuatan melainkan dari Allah."

Semoga dengan pergantungan ini, bertambah kekuatan kita yg datangnya dari Dia.
Sungguh, kita takkan mampu menghadapi segala sesuatu melainkan segala kekuatan & kemampuan itu dari Allah.
Dia yang menguatkan kita, meneguhkan kita..saat orang lain tak mampu melakukannya.

Terngiang2 suara murabbiyah dikasihi..bila mendengarkan ayat cintaNya, meyakinkan lagi hati ini,

"..Dia akan menambah kekuatan di atas kekuatanmu.." [Hud: 52]

Rasulullah turut mengajar kita..dalam sebuah hadis kegemaran saya..

"Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatiNya bersamamu.
Bila engkau memohon sesuatu, mohonlah kpdNya, bila engkau meminta pertolongan, mintalah kpd Allah.."
[HR Tirmizi, hadis hasan sahih]

Maka, teguhkan ikatan kita denganNya..
Kekuatan ruhiyah akan menghasilkan tenaga yg luar biasa.
Sesuatu itu sudah dalam ketetapanNya..
Mohonlah kekuatan & kemampuan hanya pada Dia.
Segalanya yg baik atau yg buruk takkan terjadi kecuali Allah yg mengatakan ia akan terjadi.
Pena-pena telah diangkat..dan lembaran2 telah mengering tintanya..
Cukuplah Allah sebagai penolong :)

Jadi, sebagai penguat semangat, mari hayati lagu ni..
Lagu paling mudah dan sangat memberi semangat.
Dah lama lagu ni. Awalnya dari Suara Firdaus, dan kini kumpulan Unic pun ada menyanyikannya semula.
Selamat bersemangat~!! ^__^

Umat islam sentiasa boleh!! Allahu Akbar!
(Jangan semangat je lebih, bertindak!)


Tajuk: Menuju Wawasan
Munsyid : Suara Firdaus

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari


**Lagu bawah ni dari kump. unic. ada tambahan lirik dan diubah nada.
tapi chorus still sama :) dengarla..




~~~~~~~~~~~~~~~~

**Jadual exam:
10-13 Mei : PHOP & BHP paper
16 Mei : Tropical Medicine paper
18-19 Mei : SOCA (Oral exam)
23-25 Mei : OSCE (Skill exam)
6-10 Jun : Thesis Presentation

**Minta maaf semua dan doakan saya & shbt2 berjaya dan dapat naik clinical year (KOAS) dgn lancar ye! ameen ya rabb


"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...