
Keramat 31 Mac 1988
Seorang bayi dilahirkan
Dirai senyum, syukur si Ummi
Disambut hamdalah si Abah
Indahnya hari-hari itu
Si kecil itu dulunya
Banyak termenung panjang
keningnya berkerut bertemu
"Inikah dunia? Yg bakal aku jalani..?"
Dahinya semakin mengerut..jauh
Dia di didik penuh cinta
Ummi yang penyayang
Abah yang penyabar
Bahagia bersama keluarga besar
Umat Muhammad diperkaya
Nurul Aiman nama diberi
Berhenti menyusunya awal
"Ummi, nak tencing.."
"Kencingla dlm lampin tu.."
Kepalanya menggeleng..
Mengenang ini, aku tersenyum
Zaman itu, zaman suci
Belum tahu lelah si ummi
Belum tahu penatnya abah
Tapi, pandai Allah memudahkan
Perilaku si kecil yang menyenangkan
Si comel meningkat dewasa
Diberi pendidikan agar berjaya
Di tadika dia satu2nya memakai tudung
Hasil didikan saat kecil menjadi pelindung
Hijab yg takkan menyusahkan, tapi memuliakan
Dia tiba di dunia remaja
Di sekolah, dia ramah
Kadang2 terlebih ramah
Ada saatnya, punya kebaikan
Ada tikanya, beri keburukan
Auratnya sedikit tidak terjaga lagi
Si bunga dihantar ke asrama penuh
Cabaran semakin meraja
Tanggungjawab membentuk karisma
Walau rumah hanya 20 minit perjalanan
Air matanya pasti berlinang saat berpisah
Setiap minggu dilawat abah & ummi
Bukan mahu apa kadang2
Cuma dia mahu dilawat
Abah Ummi pengubat hati
Maaf dia terlalu manja
Di sekolah itu dia mula berhijrah
HidayahNya akhirnya tiba selari usaha
Resah yg dirasa sudah berakhir
Benarlah, hijab itu melindungi
Hijrah itu menenangkan
Akhirnya, dia berjauhan
Di seberang benua abah & ummi
Sayu hatinya, namun demi cita2
Daerah ini banyak mengajarnya
Erti didikan Tuhan
Lautan ilmu & dakwah diredah
Terpisah dia dek benua
Tiada siapa yg diharapkan lagi
Tuhan mengenalkan diriNya
DIA tempat mengadu segala
DIA Peneman setia
Terkadang dia inginkan teman sejati
Teman suka, pengubat duka
Sungguh, dia terus berdoa
Bila sampai waktu & ketika
Tuhan akan sampaikan jua siapa
Walau bertemu hanya di syurga
Terkadang dia lemah, jatuh terduduk
Namun dia kini sudah pandai bangun sendiri
Walau tangis kadang menemani
Tapi itu penenang cuma
Dia yakin, Allah bersama
Si manja yg mahu bersamaNya
23 tahun menghirup udara
Segalanya pinjaman semata
Kulihat rama2 tak peduli indahnya sayap-sayapnya
Dia sibuk terbang menari, melantun kebaikan di antara bunga
menebar manis pada dunia
Kulihat alam
23 tahun alam ini tetap indah
Lebah-lebah tekun bekerja
Bukan hanya untuk apa yg diperlukan
Dia menjelajahi bukit dan padang
Tahu tugasnya memaniskan dunia
23 tahun telah diamanahkan
Aku menangis pada tanggal ini
Entah siapa aku dihadapan Ilahi
Usiaku bertambah, namun amalku secebis cuma
Tuhan memujukku dgn kauniyahNya
Sedangkan serangga kecil tetap tekun bekerja
Aku bangun dari ratapan
Aku juga harus tetap bekerja
Hingga saat ruh ini perlu kembali
Aku harus bersiap menuju alam hakiki
Kerna yg ku mahu hanya DIA
RedhaNya semata. Hanya itu.
Ya Ilahi,
Ajari aku, temani aku
Tiada aku, tanpaMu
~~~*~~~
~'Abid Sakina~
23 Tahun, 31 Mac 2011
Jatinangor, Bandung
** Lambat dipublishkan. Banyak urusan harus dilangsaikan. Tengah asyik menaip, tiba2 hilang pulak..huhu.
** Jazakumullah & terima kasih atas segala ucapan & do'a semua, tak kira keluarga, sahabat, kenalan yg dikenali ataupun tidak. Moga do'a dimakbulkan buat saya, dan digandakan buat kalian ^^
** Ummi orang pertama wish. Terharu. Apapun terjadi, keluarga tetap no.1, di hati ^^,
** Doakan saya semakin semangat meneruskan sisa hidup ini ya? Selesaikan thesis, study biar rajin, dakwah tarbiyah jangan diabaikan, ukhuwah biar mantap, usaha biar keras. Senyum selalu!
** Pasal kahwin? saya menyerah diri pada Allah. Bila atau siapa, hanya memohon yg terbaik dariNya. Malas fikir pasal ni. Banyak lagi hal lain perlu diselesaikan. Walau ramai bertanya status di FB, itu hanya strategi alam maya.Peace :)
"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.






6 .:KoMeN:.:
Alhamdulillah!
Moga terus dalam rahmat Allah dunia & akhirat di bawah nafas hidup berTUHAN..Tiada yang lebih bahagia bg suatu penghidupan saat mengenal tarbiyyah dalam jiwa hamba yg dhaif di balik tabir ketuhanan..Moga terus terbimbing jiwa dalam aliran perjuangan tinggalan Ar-Rasul & semoga bermanfaat utk org lain:) Terkesan dgn suatu perkongsian, "Carilah hatimu di 3 tempat iaitu ketika membaca AQ, ketika solat & ketika mengingat kematian.Namun jika x ditemui di ketiga tempat ini, maka pohonlah hati yg baru dariNYA" Mashallah! ~muhasabah buat diri ini yg penuh khilaf~
sebaya dgnku nmpaknya...cuma kudilahirkn pd akhir ogos...
nyway hepy belated bufday
to nidaa' al-haq (izah):
ameen.jazakillah ukhti..insyaAllah.kita muhasabah bsama ye!:)
to predictor:
hehe..slmt jugak nnt ye.nway, thanks :)
aLong wish no.berapa?ikut jam M'sia ke jam Indonesia?
Mana dapat pic ni, ptut ilang gambar2 dlm album tu..hehe
ok, aL olwez doakan yg terbaek. tringat dulu, asal balik asrama je, umi minta,"ALONG, TOLONG PI KAT ATEH SAT. BAGI BARANG. UMMI KENA OUT-STATION NI."huhu...
akhirnya, ateh ku dh mampu bngun sndiri..siapa sangka kn?? thanx, Allah~
to along:
along no.2 or 3 kot..x ingat.ikut jam m'sia..hehe
pic ni abah yg upload kt fb la..comey sgt nak wat cmna..hehe
hehe..tq jgk kt along.byk tlg abh umi n sy...jazakallah.moga pengorbanan di bls Allah dgn sebaiknya :) cyg along n semua!
Alhamdulillah..tp masih lemah gak.biasala..manusia..kekuatan hanya dr Allah :)
orait, sis..Mmg smuanya dalam ketentuan Allah dan kita berhak menentukan agar tujuan kita tercapai. Insya-Allah, hanya terbaik untuk tiap hamba-Nya yang sabar dan tabah. Ameen~
Post a Comment