16 February 2011

.:Kiranya Dapat Ku Menemanimu di Syurga~!:.

Semalam maulidurrasul. Alhamdulillah, di sini ada ceramah bertajuk "Ma'rifaturrasul-mengenal rasul". Dikupas menarik oleh Ustaz Suherman. Alhamdulillah, memberi semangat untuk menjadi umat nabi Muhammad yg terbaik.

Saya juga diberi mandat menguruskan pertandingan 'quote terbaik' di Facebook. Kerana sibuk, sedikit lambat mempublishkan kepada umum. Page yg direka di beri nama "Ya Rasulullah, We Admire You". Sengaja memberi nama itu, mahu sama2 kita, terutama yg muda mudi ni sedar bahawa tiada siapa yg lebih baik untuk dijadikan idola, untuk diminati melainkan insan yg bernama Muhammad bin Abdullah (SAW).

Quotes terbaik dan paling menyentuh hati dinanti..
"Andainya Rasulullah (SAW) ada bersama kita saat ini, apakah yg anda mahu katakan padanya?"

Kebetulan, maulidurrasul kali ni sehari selepas tarikh yg sering di raikan untuk membuat maksiat tanpa 'sijil halal'. Moga sahabat2 di sini sibuk untuk mengenal & menguatkan usaha mengamal sunnahnya (kecil atau besar) dari melayani hari yg tiada manfaat itu.

Kerana lama menunggu siapa yg bakal mencoret luahan hati buat junjungan mulia di page itu, saya mula mencoret..supaya orang yg bertandang tak segan2 untuk meluahkan rasa juga...

Ya Rasulullah, diriku faqir di dunia ini
Faqir denganmu, faqir dengan Tuhanku
Andai bisa ku meminta padamu
Ingin sekali ku memohon..
Seperti layaknya Abu Firas Rabi'ah b. Ka'ab, seorang faqir Ansar & Muhajirin,
"Ya Rasulullah, saya mohon kepadamu kiranya saya dapat menemanimu di dlm syurga~"
~Nurul Aiman Ismail~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar~!

Betapa gembiranya hati Abu Firas Rabi'ah b. Ka'ab Al-Aslami malam itu.

Seorang sahabat yg tergolong dalam Ahli Al-Suffah, iaitu sebutan yg diberikan pada kaum miskin dari golongan Muhajirin & Ansar. Yang tidak memiliki keluarga atau harta. Faqir.

Mereka mendirikan sebuah ruangan di Masjid Nabawi (Shuffah yg bererti hujung masjid) di Madinah yg beratapkan jerami. Di sinilah mereka menetap. Di situ juga tempat mereka menumpukan sepenuh perhatian pada Al-Khaliq, Allah SWT..melatih jiwa serta menjauhi pesona duniawi. Di Shuffah itu juga tempatnya bermukim banyak delegasi yg datang kpd Rasulullah utk menyatakan keislaman.

Siapa lagi penghuni Shuffah itu? Semuanya insan2 hebat. Abu Hurairah, Abu Dzar Al-Ghifari, Ka'b b. Malik Al-Ansari, Salman Al-Farisi, Asma' b. Haritsah, Hanzhalah b. Abu 'Amir Al-Ansari, Bilal b. Rabah, Abdullah b. Mas'ud. Hudzaifah b. Al-Yaman dan beberapa lagi. Semangat jihad mereka besar. Sebahagian mereka mati syahid dlm perang Badar, Uhud, Hudaibiyyah, Khaibar dan Yamamah..Allahu Akbar.

Bertuahnya mereka. Mereka inilah yg dimaksud dgn firman Allah,

"Dan bersabarlah engkau bersama org2 yg menyeru Tuhannya di pagi & petang dgn mengharap keredhaannya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini & janganlah engkau mengikuti orang yg hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menyembah hawa nafsunya & adalah keadaannya itu melewati batas" [Al-Kahfi : 28]

Mengapa Abu Firas Rabi'ah b. Ka'ab Al-Aslami sangat gembira malam itu?

Siapa yg tidak gembira jika dapat bermalam bersama Rasulullah, sebaik-baik manusia utusan Allah?
Dia berkesempatan bermalam dgn Rasulullah malam itu. Dia sangat gembira dapat melayani Rasulullah dengan menyediakan wudhu' & kepentingan baginda yg lain..setelah tugas2 itu diselesaikan dgn baik, tiba2 rasul mulia itu bersuara..

"Wahai sahabatku, Mintalah engkau sesuatu padaku"

Bingung Abu Firas mendengar ucapan Rasulullah itu..

Termenung...lama..

Akhirnya, dengan suara lembut dia menjawab penuh adab,

"Ya Rasulullah, saya minta kepadamu kiranya saya dapat menemanimu dalam syurga"

Kekasih itu bertanya lagi..

"Wahai sahabatku, apakah tidak ada permintaan lain?", tanya rasulullah dengan ramah dan santun..

"Hanya itu ya Rasulullah..",jawab Abu Firas dengan perlahan. Malu, segan memohon begitu di hadapan kekasih agung.

"Jika demikian permintaanmu, bantulah aku, agar permintaanmu itu terkabulkan, dengan perbanyak bersujud", ucap Rasulullah SAW..

Tersenyum Abu Firas. Hatinya benar2 berbunga bahagia. Dia semakin semangat untuk bersama Sang Rasul di syurga! Ya, dengan perbanyak sujud! Allahu Akbar..sungguh Rasulullah adalah pemberi motivasi yg terbaik. Allahumma solli 'ala Muhammad~sollu 'ala nabiyina!


Ummati..Ummati...

"Hari ini seakan-akan terasa keberkatan 1400 tahun yang lampau
Bumi dan langit bertasbih menyambut sebenar-benar insan
Yang padanya terhimpun segala kesempurnaan

Sungguh cintanya padamu terlalu dalam, qudus dan tulus
Mengalir air matanya kerana sangat mengambil berat terhadap nasibmu di akhirat

Sangat pemaaf

Terlalu penyayang

Pencinta yang benar

Lihatlah ke dalam matanya yang mulia
Sungguh dia memandangmu penuh kecintaan

Wahai umat!
Ikatlah hatimu dengannya.
Anak yatim yang miskin tetapi kaya dengan kasih dan pengorbanan

Alirkanlah air mata kerinduannmu padanya sentiasa
Sungguh, betapa kamu sentiasa di bibir dan hatinya

Kenangilah saat-saat dia merinduimu dengan kalimah -

'Ummati, ummati...!'

Sedang dia mengucapkan kerinduan dalam dakapan sakarat

Cintailah dia!
Muhammad bin Abdullah
Sesempurna yang tiada seumpamanya

Cintailah dia!
Kerana dia tidak pernah menghampakan"

ummatmu,
SF

MasyaAllah, rindu menerpa seluruh jiwa tatkala menerima mesej ini. Mahu rindu & kasih sedalam2nya pada junjungan besar, Muhammad SAW..terimalah aku sebagai ummatmu Ya Rasulullah! Moga ianya bukan sekadar lakaran puisi~ameen.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



** Curi masa update blog ini, moga bermanfaat!:)

** Al-fatihah buat Tok Wan Hussin (Ayah tiri ummi) yg baru saja meninggal dunia pada hari Jumaat yg lalu. Dapat tahu lambat..mujur ada sahabat yg memberitahu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..baru kehilangan Tok Zah (Mak ummi),masih lagi terasa kehilangannya..diiringi pula pemergian Tok Wan. Moga ruh mereka ditempatkan dalam golongan mukmin & muttaqin di sisiNya. Ameen..Rindu tak terkata, masih teringat kenangan bersama mereka T_T Tabah ye ummi! Ummi masih ada kami. Sayang ummi..

** Saya tak mahu buat status yg GJ (Gak Jelas), GPB (Gak Penting Bangat) & MPC (Mencari Perhatian Commentator) di Facebook dah..hehe:) -hasil ceramah maulidurrasul hari tu. Dakwah dgn tulisan, 'walau aayah'~

** Baru2 ni ada pergi pesta buku islamik di Bandung. Buat kali ke-4 (setiap tahun pergi). Beli buku sikit je..duit tak ada, kena jimat. Walaupun ada lagi buku yg berkenan di hati. Tapi, tak boleh dilayan sangat..puasa2.
Buku mutiara Hasan Al-Banna, Al-Hikam (dah lama cari), Fiqh Aulawiyat (Dr.Yusuf Qardhawi), buku Habbatussauda'(untuk Thesis) & Thibbun Nabawi (Ibnu Qayyim).

** Moga dimudahkan segala urusanku, dikuatkan hatiku, dipelihara imanku sentiasa..ameen ya Allah.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...