24 February 2011

.:Cara-Nya begitu Indah:.


Hari ini sedikit lega terasa..
Setelah berlalu hari Rabu..yg sesak rasa sedikit reda..
Saya cuba membuka buku selain buku medik yg baru dibeli dari pesta buku yg lalu, Al-Hikam.
Untaian hikmah Ibnu 'Athaillah.

Belek punya belek...
Terhenti di muka surat 260..

Ada ayat bahasa arabnya..
Ada juga terjemahannya..


"Allah mengetahui bahawa engkau tidak menerima sekadar nasihat. Karena itu, Dia membuatmu bisa merasakan pahit musibah agar mudah untuk ditinggalkan"
[Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari]**

Saya berfikir apa maksudnya..bila membaca penerangannya, alhamdulillah. Terkesan.

Yup, caraNya sangat indah. Membuatkan hati terus tergugah & merendah.

Kalau dilihat dalam situasi kita sekarang, hidup dengan sesama manusia yg pelbagai jenis & perangai, memang ada orang yg jenis tak boleh dinasihatkan dengan kata2.

Ada yg memang tak boleh terima nasihat bila dinasihatkan,
Ada yg boleh terima nasihat, tapi tetap juga buat lepas tu...

Hmm, saya mengangguk bila terbaca ini. Selalu terjumpa, paling terdekat adalah diri sendiri.

Sebagai contoh, kita pergi 1 ceramah ni..bila kita dengar penceramah tu cakap, terkesan sangat2 buat kita.
Kita selalu sedar dan kadang2 tersangat sedar sampai nak menangis & berazam nak berubah lepas tu.
Tapi, sesampai di rumah, dengan laptopnya, ber'internet'annya, ber'sms'nya, ber'movie'nya dan segala macam, membuat kita lupa pasal apa yg kita sedar tadi. Lalai.

Dan akhirnya, azam tadi hanya tinggal angan2 kosong...tanpa sebarang tindakan & perubahan.

Pernah jadi macam tu? (Jawapan saya, sangat pernah.huhu)

Malah, bukan saja ceramah umum begitu, tapi juga nasihat dan teguran biasa dari orang lain.

Teringat suatu ketika dulu, zaman penuh kejahilan.
Susah benar mahu menutup sebaik2nya aurat ini..terutama bahagian tudung.
Singkat, jarang, dan segala. Senang cakap, tak kemas dilihat dan tak mengikut 'syarat'.

Ummi dan kakak selalu menegur, tapi saya pula yg mengamuk. Tak dapat terima teguran tu.. Tapi, satu hari saya ditegur oleh orang lain. Bukan dari kalangan keluarga. Masa tu teramat malu...malu sebab dia sentuh hal keluarga saya yg baik2, dan ada beberapa orang lain yg juga mendengarnya.

Selepas hari tu, saya mula untuk berubah perlahan2. Jangan terkejut sebab saya memakai tudung labuh setelah membaca cerpen "Seindah Mawar Berduri" tulisan Fatimah Syarha. Disertai azam untuk mengikuti jejak Ummi dan Kakak2 yg memakai tudung labuh.
Di tingkatan 3 saya berjinak2 memakai tudung labuh di sekolah. Walaupun kelihatan 'ganjil' di sekolah 'sains'..

Pengalaman hari pertama memakai tudung labuh masih diingatan.
Dalam gelap seterika tudung labuh, masa kawan2 dah tidur..takut mereka nampak.
Keesokannya, memang gagahkan juga menyarung tudung labuh tu.
Alhamdulillah, respon positif dari kawan2 dan cikgu2..
Lebih senang dan suka bila ustaz/ustazah memuji cantik..sangat memberi motivasi :)
(Perempuan kan suka dipuji?hehe)

Ini bukan mahu ceritakan aib saya. Tapi, cerita zaman jahil dulu untuk dijadikan pengajaran & motivasi buat kalian..tiada yg mustahil untuk berubah. Mahalnya dirasakan hidayah Allah tika itu.

Kadang2, Allah memberi petunjuk melalui musibah yg kadang2 kita tak sedar.

Allah mengingatkan tatkala maksiat sering dilakukan, baik terang-terangan, atau sembunyi.

Mahu ke tempat maksiat menaiki kereta, tambah lagi meninggalkan rumah dlm hati ibu yg 'terluka'. Tiba2 kereta rosak ditengah jalan. Minta pertolongan, tak sampai2..hampir sehari menunggu pertolongan. Tapi lepas kereta dah baik, teruskan juga pergi.
Tak sedarkah Allah sedang mengingatkan kamu?

Laptop yang dibeli digunakan untuk maksiat padaNya. Dengan melihat gambar2 yg haram dilihat, movie2 yg melalaikan hingga lupa solat, tak mahu keluar untuk kerja dakwah, lagi pula remaja2 yg asyik bercintan-cintun..
Sekali laptop rosak, baiki tanpa sebarang kesedaran..Allah sedang mengingatkanmu~

Handphone yg dibeli hasil susah payah mengumpul wang..diguna untuk berfoya2 dengan dosa, digunakan untuk menyebarkan fitnah, digunakan untuk menipu dan sebagainya..tiba2 hilang, dicuri. Jatuh entah ke mana. Tertumpah air, termasuk ke dalam mesin..dan byk lagi kes2 kejadian.
Allah sedang memerhatimu dan mengingatkanmu~

Bila hati banyak dosa, hati mula resah gelisah.
Belum ingat lagi kerana apa?
Benarkah kita ini hamba yg berSYUKUR?

Nikmat yg diberi, gunakan untuk mendekatkan padaNya..bukan untuk dosa.

Astaghfirullah. Astagfirullah. Astaghfirullah.
Sungguh apa yg ditulis ini sangat kena pada diri ini.



"Nasihat memang salah satu jalan hidayah, tapi pengaruhnya kadang lemah sebab hati kita sudah payah. Kerana itu Allah sering kali membuat kita berubah melalui musibah."

Salahkah 'Tuan' mahu hambaNya menjadi lebih baik? Bukankah itu satu kebaikan yg Maha Baik? Ada yg memerhati kita, ada yg kisah tentang kita..

Hanya dengan kemiskinan, orang kaya menjadi sedar akan berharganya kekayaan.

Kehilangan membuat kita sedar akan pentingnya pertolongan.

Citarasa dunia yg berubah-ubah menyedarkan kita akan perlunya kita kepadaNya.

Kita akan mula bersikap 'arif' terhadap dunia, kerana kita sedar dunia hanya salah satu kurnia.

Kita akan mula mengejar yg kekal, kita melewati dunia sekaligus menjadikannya bekal, untuk menghadapNya yg Maha Kekal. Bukan mengumpul koleksi2 dosa yg berkarat.

Berusahalah sembari bertawakkal~:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

** Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari dikenal sebagai sufi, muhaddith,dan faqih. Pengusaannya dalam hadis & fiqh membuatkan spiritualnya memiliki landasan nas & akar syariat yg kuat. Menulis lebih dari 20 karya. Untaian mutiaranya menyedarkan para pencari keindahan Yang Maha Indah.

** Menulis bukan kerna nama, tapi kerna Allah, untuk Allah, bersama Allah. InsyaAllah. Peringatan untuk kita bersama yg sering lalai dibumiNya :)

** Sejujurnya sangat berasa pelik bila orang yg sering melagukan cinta pada sang rasul, cinta pada Allah, tapi terang-terangan melakukan cinta tanpa malu dengan Allah & Rasul..huhu~
Peliharalah maruah dirimu dan maruah agamamu..

** Alhamdulillah syukur. Eksperimen saya menjadi. Minyak habbatussauda' Baraka dari Mesir & ZaitHabba dari Indonesia memberi efek antifungi..^^V Saya sedang melakukan penelitian seterusnya sehingga selesai. Doakan ya~

** Sabtu ni bermulanya Karnival Sukan pelajar2 Malaysia di sini. Mari kita bersukan keranaNya~! Go Syahbandar! [ini rumah sukan batch saya, warna hijau]. Saya join bola tampar bagi memenuhkan orang lagi~huhu..



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

16 February 2011

.:Kiranya Dapat Ku Menemanimu di Syurga~!:.

Semalam maulidurrasul. Alhamdulillah, di sini ada ceramah bertajuk "Ma'rifaturrasul-mengenal rasul". Dikupas menarik oleh Ustaz Suherman. Alhamdulillah, memberi semangat untuk menjadi umat nabi Muhammad yg terbaik.

Saya juga diberi mandat menguruskan pertandingan 'quote terbaik' di Facebook. Kerana sibuk, sedikit lambat mempublishkan kepada umum. Page yg direka di beri nama "Ya Rasulullah, We Admire You". Sengaja memberi nama itu, mahu sama2 kita, terutama yg muda mudi ni sedar bahawa tiada siapa yg lebih baik untuk dijadikan idola, untuk diminati melainkan insan yg bernama Muhammad bin Abdullah (SAW).

Quotes terbaik dan paling menyentuh hati dinanti..
"Andainya Rasulullah (SAW) ada bersama kita saat ini, apakah yg anda mahu katakan padanya?"

Kebetulan, maulidurrasul kali ni sehari selepas tarikh yg sering di raikan untuk membuat maksiat tanpa 'sijil halal'. Moga sahabat2 di sini sibuk untuk mengenal & menguatkan usaha mengamal sunnahnya (kecil atau besar) dari melayani hari yg tiada manfaat itu.

Kerana lama menunggu siapa yg bakal mencoret luahan hati buat junjungan mulia di page itu, saya mula mencoret..supaya orang yg bertandang tak segan2 untuk meluahkan rasa juga...

Ya Rasulullah, diriku faqir di dunia ini
Faqir denganmu, faqir dengan Tuhanku
Andai bisa ku meminta padamu
Ingin sekali ku memohon..
Seperti layaknya Abu Firas Rabi'ah b. Ka'ab, seorang faqir Ansar & Muhajirin,
"Ya Rasulullah, saya mohon kepadamu kiranya saya dapat menemanimu di dlm syurga~"
~Nurul Aiman Ismail~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar~!

Betapa gembiranya hati Abu Firas Rabi'ah b. Ka'ab Al-Aslami malam itu.

Seorang sahabat yg tergolong dalam Ahli Al-Suffah, iaitu sebutan yg diberikan pada kaum miskin dari golongan Muhajirin & Ansar. Yang tidak memiliki keluarga atau harta. Faqir.

Mereka mendirikan sebuah ruangan di Masjid Nabawi (Shuffah yg bererti hujung masjid) di Madinah yg beratapkan jerami. Di sinilah mereka menetap. Di situ juga tempat mereka menumpukan sepenuh perhatian pada Al-Khaliq, Allah SWT..melatih jiwa serta menjauhi pesona duniawi. Di Shuffah itu juga tempatnya bermukim banyak delegasi yg datang kpd Rasulullah utk menyatakan keislaman.

Siapa lagi penghuni Shuffah itu? Semuanya insan2 hebat. Abu Hurairah, Abu Dzar Al-Ghifari, Ka'b b. Malik Al-Ansari, Salman Al-Farisi, Asma' b. Haritsah, Hanzhalah b. Abu 'Amir Al-Ansari, Bilal b. Rabah, Abdullah b. Mas'ud. Hudzaifah b. Al-Yaman dan beberapa lagi. Semangat jihad mereka besar. Sebahagian mereka mati syahid dlm perang Badar, Uhud, Hudaibiyyah, Khaibar dan Yamamah..Allahu Akbar.

Bertuahnya mereka. Mereka inilah yg dimaksud dgn firman Allah,

"Dan bersabarlah engkau bersama org2 yg menyeru Tuhannya di pagi & petang dgn mengharap keredhaannya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini & janganlah engkau mengikuti orang yg hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menyembah hawa nafsunya & adalah keadaannya itu melewati batas" [Al-Kahfi : 28]

Mengapa Abu Firas Rabi'ah b. Ka'ab Al-Aslami sangat gembira malam itu?

Siapa yg tidak gembira jika dapat bermalam bersama Rasulullah, sebaik-baik manusia utusan Allah?
Dia berkesempatan bermalam dgn Rasulullah malam itu. Dia sangat gembira dapat melayani Rasulullah dengan menyediakan wudhu' & kepentingan baginda yg lain..setelah tugas2 itu diselesaikan dgn baik, tiba2 rasul mulia itu bersuara..

"Wahai sahabatku, Mintalah engkau sesuatu padaku"

Bingung Abu Firas mendengar ucapan Rasulullah itu..

Termenung...lama..

Akhirnya, dengan suara lembut dia menjawab penuh adab,

"Ya Rasulullah, saya minta kepadamu kiranya saya dapat menemanimu dalam syurga"

Kekasih itu bertanya lagi..

"Wahai sahabatku, apakah tidak ada permintaan lain?", tanya rasulullah dengan ramah dan santun..

"Hanya itu ya Rasulullah..",jawab Abu Firas dengan perlahan. Malu, segan memohon begitu di hadapan kekasih agung.

"Jika demikian permintaanmu, bantulah aku, agar permintaanmu itu terkabulkan, dengan perbanyak bersujud", ucap Rasulullah SAW..

Tersenyum Abu Firas. Hatinya benar2 berbunga bahagia. Dia semakin semangat untuk bersama Sang Rasul di syurga! Ya, dengan perbanyak sujud! Allahu Akbar..sungguh Rasulullah adalah pemberi motivasi yg terbaik. Allahumma solli 'ala Muhammad~sollu 'ala nabiyina!


Ummati..Ummati...

"Hari ini seakan-akan terasa keberkatan 1400 tahun yang lampau
Bumi dan langit bertasbih menyambut sebenar-benar insan
Yang padanya terhimpun segala kesempurnaan

Sungguh cintanya padamu terlalu dalam, qudus dan tulus
Mengalir air matanya kerana sangat mengambil berat terhadap nasibmu di akhirat

Sangat pemaaf

Terlalu penyayang

Pencinta yang benar

Lihatlah ke dalam matanya yang mulia
Sungguh dia memandangmu penuh kecintaan

Wahai umat!
Ikatlah hatimu dengannya.
Anak yatim yang miskin tetapi kaya dengan kasih dan pengorbanan

Alirkanlah air mata kerinduannmu padanya sentiasa
Sungguh, betapa kamu sentiasa di bibir dan hatinya

Kenangilah saat-saat dia merinduimu dengan kalimah -

'Ummati, ummati...!'

Sedang dia mengucapkan kerinduan dalam dakapan sakarat

Cintailah dia!
Muhammad bin Abdullah
Sesempurna yang tiada seumpamanya

Cintailah dia!
Kerana dia tidak pernah menghampakan"

ummatmu,
SF

MasyaAllah, rindu menerpa seluruh jiwa tatkala menerima mesej ini. Mahu rindu & kasih sedalam2nya pada junjungan besar, Muhammad SAW..terimalah aku sebagai ummatmu Ya Rasulullah! Moga ianya bukan sekadar lakaran puisi~ameen.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



** Curi masa update blog ini, moga bermanfaat!:)

** Al-fatihah buat Tok Wan Hussin (Ayah tiri ummi) yg baru saja meninggal dunia pada hari Jumaat yg lalu. Dapat tahu lambat..mujur ada sahabat yg memberitahu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..baru kehilangan Tok Zah (Mak ummi),masih lagi terasa kehilangannya..diiringi pula pemergian Tok Wan. Moga ruh mereka ditempatkan dalam golongan mukmin & muttaqin di sisiNya. Ameen..Rindu tak terkata, masih teringat kenangan bersama mereka T_T Tabah ye ummi! Ummi masih ada kami. Sayang ummi..

** Saya tak mahu buat status yg GJ (Gak Jelas), GPB (Gak Penting Bangat) & MPC (Mencari Perhatian Commentator) di Facebook dah..hehe:) -hasil ceramah maulidurrasul hari tu. Dakwah dgn tulisan, 'walau aayah'~

** Baru2 ni ada pergi pesta buku islamik di Bandung. Buat kali ke-4 (setiap tahun pergi). Beli buku sikit je..duit tak ada, kena jimat. Walaupun ada lagi buku yg berkenan di hati. Tapi, tak boleh dilayan sangat..puasa2.
Buku mutiara Hasan Al-Banna, Al-Hikam (dah lama cari), Fiqh Aulawiyat (Dr.Yusuf Qardhawi), buku Habbatussauda'(untuk Thesis) & Thibbun Nabawi (Ibnu Qayyim).

** Moga dimudahkan segala urusanku, dikuatkan hatiku, dipelihara imanku sentiasa..ameen ya Allah.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

09 February 2011

.:Allahu Allah~:.


Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt kepada tetamu2 yg dikasihi kerana Allah..

Entah kenapa tiba2 rasa terdetik untuk menulis..
Erm, sebenarnya hati tak berapa tenang akhir-akhir ni.
Moga dengan penulisan ni, sedikit sebanyak mengubat hati ni..

Tapi, biasalah..itulah sunnatullah kehidupan..
Ada suka-duka, ada senang-susah, ada berat-ringan..
Dalam Al-quran Allah beritahu, "Kami menguji manusia dengan 2 keadaan, yg baik2 (disukai) & yg buruk (tidak disukai).."

Dan beruntunglah orang yg diuji dengan cubaan, kesusahan, kesedihan..kerana orang yg diuji dengan kesenangan itu lebih parah kondisinya..

Bukan saya yg kata, tapi kekasih Allah (Muhammad SAW) pernah meluahkan rasa khuatirnya..

"Bukanlah pada kefaqiran yg sangat aku khuatirkan terjadi pada kamu, tapi aku sangat khuatir jika (kemewahan, kesenangan) dunia dibentangkan kpd kamu, kemudian kerananya kamu berlumba2 utk meraihnya, seperti pernah terjadi pada orang2 sebelum kamu. Maka, akhirnya kamu binasa seperti mereka binasa kerananya"
[HR Bukhari & Muslim]

Sebab apa? sebab orang yg senang, dilimpahi nikmat bergunung akan mudah lalai. Lalai dengan apa yg ada, lalai dgn tugasnya, lalai bahawa segala nikmat itu adalah ujian untuk dia tempuh dgn berhati2..

Bagaimana pula yg susah, diuji dugaan bertimpa2, lepas satu, satu datang silih berganti? Mereka sering mencari tempat mengadu, memohon harapan & doa, berusaha untuk bangun dari 'kegelapan'..siapa yg lebih beruntung, mereka akan lebih mengingati pemberi dugaan itu & lebih ingat akan tugasnya..

Kedua ini lah yg menguji sejauh mana kita mampu memelihara ruhiyah kita..kekuatan dalaman yg di bina dengan mendekatkan diri padaNya, kebergantungan sepenuhnya padaNya.

Apa yg mahu saya katakan, hidup tak selalu indah. Maka bersedia untuk mengindahkan hari2 yg tidak indah itu dgn kekuatan ruhiyah..

Kita hidup di atas muka bumi ini dengan bergerak.
Sering bergerak..setiap hari ada saja aktiviti dan peristiwa2 yg kita lalui.
Umpamakan manusia ini sebuah kereta. Enjin yg menggerakkannya adalah hati. Dan, enjin itu semestinya memerlukan minyak utk ia bergerak. Betul?
Dan, kekuatan ruhiyah itu adalah minyaknya..

Pembinaan ruhiyah yang memastikan hati sentiasa kuat dikawal untuk terus bergerak, menahan keperitan, keresahan, mahupun kesenangan..supaya ia sentiasa di pertengahan.
Kan Rasulullah cakap kalau hati itu baik, baiklah seluruh anggotanya? Hati itu raja. Mengawal tingkah laku perbuatan mahupun tingkah laku dalaman.

Makanya,
Kalau ada yg tak kena dengan hidup kita,
Apa kata kita cek balik hati ni..
Adakah ia cukup makan?

Allah di mana kita letakkan..
Al-quran sudahkah kita membaca & mengambil iktibar..
Nafsu adakah sudah terdidik dgn kebiasaan puasa..
Lisan adakah sentiasa basah dgn zikrullah, kalimahNya..
Mata ini pernahkah menangis kerana dosa & takut padaNya..
Di mana ikhlas dalam amalan & ibadah kita..
Di mana ukhuwah islamiyah dalam pergaulan kita..
Dan 1001 hal yg berkaitan hati & Dia..

Kerana solusi bagi hati itu adalah DIA..
Pulang padaNya dgn sebenar2nya, insyaAllah, hati akan membaik..

Selepas gembira,bahagia,suka..tiba2, urusan lain pula terganggu..

Sebelum ini, saya ada mendapat beberapa berita gembira..
Setelah Abah Umi datang ke Bandung..rindu terubat, gembira tak tergambar.
Kemudian, setelah 3 minggu memasuki semester 8, diuji pula dengan kesedihan, keresahan, kerisauan..
Entahlah..tapi, pasti ada yg tak kena dengan diri ini..
Allah sedang memanggil & menguji. Itu saya pasti.

Ya Allah..tenangkanlah hati hambaMu melalui detik2 ujianMu..

Ampunkan dosaku ya Allah..
Maafkan daku wahai teman & sahabat..
Andai ada khilaf antara kita..
Moga ia terlerai..
Biar terbuka hijab yg ada..
Mungkin banyak hati2 yg telah saya lukai, sengaja atau tidak..
Mungkin ada kewajiban yg saya terleka..
Itu yg dikhuatirkan..

Ampunkan hambaMu yg sering tak dapat membayangkan rencanaMu yg Maha Sempurna..:(

Ya Rabbul 'Izzati,
Ku mohon dikuatkan menjalani urusan hidup selepas ini..
Biar apapun yg terjadi..
Takkan sekali-kali berputus asa..
Allah sentiasa bersama kita. Yakin. :)

Mohon doa sahabat2/saudara2 sekalian, doakan urusan saya berjalan lancar..

~~~~~~~~~

** Sangat cepat letih sekarang, Allah..
** Masih rindu pada anak saudara yang jauh di mata..:(
** Ramai kenalan saya yg berkahwin 'tiba2'..terkejut dapat jemputan walimah. Barakallahulakum..moga bahagia hingga ke syurga..maaf banyak tak dapat hadir..tumpang gembira :')
**Sedang melakukan eksperimen untuk tesis minyak Habbatus-sauda'. Doakan ada efek positif. Sangat berharap. Walaupun eksperimen pertama kali hasilnya negatif. Saya cuba mencari solusi..doakan ya :)
** Moga Allah kurniakan kesihatan yg baik & berkat buat insan2 sekeliling yg disayangi..ameen~
** Maulidur-rasul dah dekat..mari kuatkan azam mencontohi suri teladan terbaik, nabi Muhammad SAW dari segenap sudut~! Perhatian: Muslim tidak menyambut hari valentine!
"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...