17 January 2011

.:Debu-debu Dosa:.

Debu dosa Vs Nur iman.


Dingin..

Angin di luar bertiup kencang, hingga memasuki ruang2 tingkap yg sudah ditutup..

Angin itu masih mengintai2 lubang untuk tetap masuk ke kamar..


"Erm, kuatnya angin..mesti berhabuk balik lantai luar rumah yg baru disapu tadi. Hurm, letihnya kena sapu tiap2 hari..bilik pun berhabuk. Nasib la bilik depan sekali..", saya mengeluh.


Rumah yg terletak di tepi jalan raya kampung kecil di perbatasan Cileles tidak dapat mengelak dari dicemar habuk dan debu yg di bawa angin dan kenderaan yang lalu lalang.

Pandangan dari dalam bilik, ke luar rumah dan terus menembus…


~~~~~~~~~~~~~~~


"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yg selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.."

[Al-Mutaffifin : 14]


Bermula dari debu kecil anggaran sebesar zarah.

Ia datang, ditiup angin..kemudian datang lagi ditiup angin lain yg dibawa kenderaan bermotor..

Terus-terusan debu itu datang menghinggap..

Lama kelamaan semakin menebal..berlapis-lapis..


Dari tidak terlihat dek pandangan mata kasar, sehingga ia terlihat.

Jika dibiar terus seminggu, debu semakin menebal dan semakin sukar untuk membersihkannya..

Tapi, jika setiap hari dibersihkan, yg terlihat hanya sedikit. Usaha untuk membersihkannya juga tidaklah sukar..Cuma perlukan usaha dan kerajinan.


Di satu sudut..

Kedengaran satu suara..lembut, berbaur tegas.


Bagaimana engkau melayani dosa-dosa kecil yg sering menghampirimu?

Masihkah engkau memiliki kecenderungan utk meremehkan kerana kecilnya dosa itu di matamu?

Jika masih dan benar adanya, maka ingatlah bahawa biarpun dosa itu bernilai kecil, tetapi bila ia sering dilakukan, ia akan berubah menjadi dosa yang besar.


Muhammad ibnu Abdullah SAW pernah mengingatkan,


"Jauhkanlah dirimu dari dosa-dosa kecil..!"


Kemudian, baginda membuat perumpamaan..


Seperti adanya suatu kaum yg singgah di suatu tanah lapang. Mereka memerlukan kayu bakar.

Maka, si A mengambil 1 ranting, si B mengambil 1 ranting. Sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yg banyak. Kemudian, mereka nyalakan api, sampai mereka boleh memasak roti mereka.


Baginda menyambung lagi dgn tenang..

"..Maka, demikianlah, bahawa dosa-dosa kecil itu menompok pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu meremehkannya.." [HR Ahmad, At-Thabrani, al-Baihaqi ]


Dosa kecil yg sudah sebati dalam diri, membuat diri semakin mudah mendekati dosa-dosa besar..

Hati telah tercemar dengan timbunan dosa-dosa yg akhirnya menghijab nur iman..

Cahaya iman nya semakin kelam..lagi pula debu-debu dosa itu tidak pernah disucikan dengan taubat, istighfar, taqarrub jua kebaikan.

Kerana imannya semakin pudar, tiada lagi signal alarm yg akan menahannya dari melakukan dosa & maksiat. Segalanya di anggap biasa, budaya, adat, trend dan seumpamanya..


Tompokan dosa di atas dosa..sehingga membutakan hati dan hati mati kerananya.

Hati mereka telah tertutup dgn segala debu-debu dosa, maksiat & jahiliyah.


Fudhail bin 'Iyadh mengatakan,

"Selama kamu menganggap kecil sebuah dosa,maka semakin besar dosa itu di hadapan Allah. Selama kamu melihat besar sebuah dosa, semakin kecil dosa itu di mata Allah.."


Adakah kita sedar bahawa dgn meremehkan dosa-dosa kecil, kita telah membenarkan seseorang bermaksiat kpd Allah?


Jangan melihat kecilnya dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa engkau berbuat dosa.

Pastinya ada rasa malu padaNya..namun, andai sudah tidak ada malu, maka, segeralah sucikan jiwamu..


Jika dulu kita sering melakukan maksiat, maka buatlah kebajikan pada masa2 yg tersisa ini..

Jika kita masih juga melakukan keburukan dan kemaksiatan pada masa2 yg masih berbaki ini, ingat bahawa kita akan dihisab atas kemaksiatan dahulu & juga pada masa2 berbaki ini..


"Sesungguhnya beruntunglah orang yg mensucikan jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yg mengotorinya.." [Asy-Syam : 9-10]


Sucikanlah dirimu..sucikanlah hatimu. Baikilah ia, dan bawa dirimu pada ketaatan padaNya. Maka kau akan menjadi orang yg sangat beruntung dan mulia disisiNya..begitu pula sebaliknya.

Islam itu bersih,janganlah kita mengotorinya dgn noda2 dosa.


Konsepnya mudah..

Jika kita belum mampu berbuat banyak untuk kepentingan Islam, jangan pula kita menambah jumlah orang yg berbuat maksiat di muka bumi ini.


Betapa hanya kerana dosa yg sekelumit cuma pernah menggagalkan umat Islam suatu ketika dulu. Kejadian dlm perang Uhud kiranya cukup utk kita mengambil pelajaran. Kemaksiatan yg dilakukan oleh segelintir orang bisa memberi pengaruh besar pada kemenangan Islam.

Saff umat Islam yg pada awalnya kuat & solid menjadi porak-poranda hanya kerana sebahagian pasukan di atas bukit tergiur utk turun mengambil harta rampasan perang walau sudah diperintah rasulullah utk tetap di situ..

Hanya kerana itu, 70 orang sahabat syahid dan wajah insan terpilih SAW turut terluka.


Betapa dosa & kemaksiatan itu melemahkan saff sebuah perjuangan. Khalifah2 Islam, Abu Bakar & Umar juga sering berpesan pada pasukannya sebelum berjuang supaya tidak melakukan dosa dan kemaksiatan, juga bertaubat utk mensucikan diri.

Taqwa hanya ada pada jiwa yg bersih.Ia adalah perlengkapan yg paling sempurna utk mendepani musuh.

Taubat dapat melindungi mereka dari apa yg tidak dapat dicegah oleh pedang.

Pertolongan Allah hanya ada pada jiwa-jiwa yg bersih dari dosa & noda.

Betapa hebat generasi didikan madrasah Rasulullah. Sangat sensitif terhadap perbuatan dosa.


Bezanya dengan umat kini..

Dosa kecil dianggap enteng..dipandang sebelah mata.

Dari kejahatan kecil tidak dizahirkan, hingga berzina terang-terangan. Segalanya dianggap biasa.

Anggota yg dikurnia Allah, diguna tidak bertempat.

Mulutnya sering mengata, mengadu domba, menfitnah.

Matanya sering memandang yg haram.

Telinga tidak ditapis, malah dibiar ditarik mendengar aib.

Tangannya sering mengambil, menyentuh yg bukan miliknya.

Kakinya bergerak ke arah maksiat malah semakin mendekati.


Jangan mengadu jika hati tidak tenang tentaram..

Jangan meluah ilmu tidak masuk ke dada..

Jangan runsing langkah perjuangan semakin mandul..

Jangan pelik maksiat terasa nikmat..


Periksa hatimu..

Perbaharuilah ia..

Menangislah kerana DIA..

Allah Maha Pengampun..

Runtuhkan egomu..

DIA menanti rayuanmu..


Indahnya jika iman sentiasa dijaga..


"Allah menjadikan kamu cinta kpd keimanan & menjadikan iman itu indah dlm hatimu, serta menjadikan kamu benci pada kekafiran,kefasikan & kedurhakaan.." [Al-Hujrat: 7]


Hasan Al-basri bila ditanyakan apakah hari raya itu baginya..beliau menjawab,

"Setiap hari pada hari itu aku tidak melakukan maksiat kpd Allah.."


Subhanallah, Allahu Akbar! Sememangnya itulah kemenangan yg besar.


Kerdilnya terasa. Faqir..


Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah Al-'Azim~


Mari perbaharui iman kita. Sekarang. Jangan lagi bertangguh.


~~~~~~~~~~~~~


Akhirnya, saya mengambil penyapu..

Menyapu debu-debu yg mengotori lantai luar dan bilik..

Saya mahu menyapu, membersih, dan menggilap hati ini jua. Berilah kekuatan padaku, Ya Ghafur, Ya Qawiy, Ya 'Aziz.


--------------


** Tak sabar menanti kehadiran tetamu vip Jumaat ni, abah & ummi.hehe..;) Moga dipermudahkan & diberkati Allah.


** Saya kembali membela ikan hias..kali ni, Ikan Bluster.huhu..entahla..pakcik tu yg cakap nama dia macam tu..huhu.


** Hanya tinggal berdua bersama Cik Balqis, yang lain semua balik rumah. Internet pula buat hal. Ni online di che.co..ambil kesempatan utk update blog :) Moga bermanfaat.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

06 January 2011

.:Milik-Nya:.

Don't be sad~:(

Setiap kali usai solat..

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa gundah gulana dan kesedihan, rasa lemah & malas, rasa penakut & bakhil, lilitan hutang dan penindasan orang lain.."
Ameen ya Allah~
Tangan mengusap wajah penuh harap. Tiada sandaran dan kekuatan melainkan padaMu..

Saya selalu mengamalkan do'a ini. Kerana Rasulullah juga sering amalkannya..[HR Bukhari]. Terutama tika hati dilanda sedih & gelisah..doa yg juga dititipkan dalam bait2 zikir al-mathurat.

Sesungguhnya kami milikMu Ya Allah, dan kepadaMu jua kami akan dikembalikan..

Hebat kuasa Allah. Hebat pemilik hati ini.
Ada cerita semalam..

Paginya saya sangat gembira. Menguruskan pelbagai urusan, ke fakulti, bank, Griya (supermarket kecil). Gembira kerana ke fakulti,urusan selesai..ke bank, kad ATM dapat balik, sebelum ni tertelan di mesin ATM. Ke Griya, jumpa air yogurt perisa peach yg sangat sedap (susah jumpa yg sedap kt sini), jumpa pula perfume yg bau nya adalah kegemaran saya. Lembut baunya. Sudah lama mencari..

Alhamdulillah, syukur sangat. Balik rumah senyum je..:)

Tapi, memang kita ni milik Allah. Dikurniakan hati yg mempunyai 1001 perasaan dan emosi. Tambahan pula diciptakan diri ini seorang hawa, yang sangat mudah terhiris hati. Baik dengan kata2 mahupun kelakuan yg tidak enak di pendengaran, dan tidak gemar di pandangan mata, cukup menghiris. Terkadang dibiarkan saja, dipendam, dan ada kalanya pula, dilepaskan bagai peluru bertubi2..

Baru saja gembira dengan pelbagai hal, pada malamnya pula sedih tak terkata. Nikmat Allah, hanya sementara. Menguji tulusnya sandaran kita padaNya.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa hari ini. Tapi, ada pula yang menguji saya untuk marah atau berkata2 kasar. Ya Allah, sungguh , sangat menguji. Entah apa nilai puasa saya disisiNya. Astaghfirullah..

Susah kan menjadi bagai si pohon kurma? Di lempar batu, namun dibalas dengan buah kurma yg manis lagi berkhasiat. Selalu saya terfikir tentang ini..ada kalanya berjaya, ada kalanya tewas dek permainan syaitan.

Sekali lagi, Allah sedang menguji.

Ketika kita sedang berusaha menjaga hati, menjaga diri, menjaga akhlak, menjaga ibadah dgn sebaiknya, kita sangka, kita akan HANYA menerima balasan yang baik2 saja dalam hidup ini.

"Allah sedang berbicara kepadaMu tentang SABAR & IKHLAS..itulah ISLAM"

Kadang si empunya diri ini terlupa. Dia hanya seorang HAMBA.
Sedangkan IKHLAS itu amat sulit, musuh ikhlas itu juga rumit.

Kerana kita pernah bersaksi, kita pernah menulis, kita pernah menyatakan bahawa, KITA HAMBA, IKHLAS lah dalam beramal, SABAR lah atas ujian, SYUKUR lah atas kenikmatan. Segalanya kerana DIA.

Mana mungkin di biar segala saksi, segala kata2, segala pernyataan itu kosong semata.

Status hamba yg menjadikan kita sentiasa layak diuji. Bukan selamanya kita dalam bahagia, bukan selamanya juga dalam kedukaan. Allah Maha Adil. Maha Tahu segala yang terbaik.
Diuji untuk meningkatkan darjat, tapi tetap seorang HAMBA.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata" 'kami beriman', sedang mereka tidak di uji?"
[al-Ankabut: 2]

Sejauh mana kebaikan kita, tanpa jiwa hamba, tiada maknanya.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki
HAMBA sentiasa sedar dirinya layak diuji
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA
Kita sentiasa layak diuji..
Kerana kita hamba..
Hapuskan rasa memiliki!
[Saifulislam.com]

Ya Rahman, jadikan Al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dalam dadaku, penghilang kesedihanku dan penolak rasa gundahku..
[HR ahmad]

~~~~~~~~~~~

** Minggu depan start exam sistem GIS (Gastrointestinal System). Doakan saya ye. Moga najah dan terus semangat berusaha! isnin sampai jumaat. kemudian? cuti..

** Abah, ummi..kena jadi datang tau.huhu.Moga Allah mudahkan perancangan kita.ameen..

** Menolak rasa bersalah dengan memohon sesuatu yg terbaik dari sisiNya untuknya..

** Semalam, saya berkongsi dgn seorang teman, apa dia akan buat bila dia sedih? dia jawab, dia akan menangis dan mesej ibunya menyatakan rasa sedih tu..Saya pun. Menangis, tapi susah untuk menyatakan rasa pada sesiapa..dia dapat membaca, bahawa saya sedang sedih dan mencarinya..*terharu*T_T


"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...