23 December 2010

.:Ukhti (Saudariku):.


Ukhti
Hari ini aku berdiri
Menggenggam bara api
Di hadapanmu ya ukhti
Disaksikan Ilahi Rabbi


Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjunjung titah Ilahi
Memimpin umat ke jalan selamat
Jalan Islam yang penuh rahmat
Beribadat kepada Allah jadi matlamat
Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat


Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjulang kitab suci
Ayat-ayatnya difahami dan di hayati
Menegakkan Syari’ah di dalam diri
Kelak kan berdaulat di persada bumi


Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Mendakap Sunnah Nabi
Mengangkat wanita setaraf lelaki
Nyawa, harta dan maruah dilindungi
Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni


Ukhti
Hari ini kita sama berdiri
Mengikat satu janji
Memantapkan saf
Memimpin ummah
Mendaulatkan Syari’ah


~*~*~*~*~


Ukhtuki fillah
KakMaznah
13 Muharram 1432
19 December 2010 



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

2 .:KoMeN:.:

Nidaa' Al-Haq said...

‎"...Demi Allah, aku ialah orang yg paling takut kpd Allah di antara kalian & paling bertaqwa kpdNya. Sekalipun begitu, aku puasa & aku juga berbuka, aku solat malam tapi aku juga tidur, & aku mengahwini wanita. Barangsiapa yg tdk suka kpd sunnahku ini, maka ia bukan dari (umat)ku" [H. R. Al-Bukhari]

nurul88 said...

Ukhti izzah:

jazakillah atas hadisnya..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...