03 December 2010

.:Tetaplah di Jalan CINTA~!:.

    Assalamu'alaikum wbt..
    Moga semua sihat & ceria selalu ^_^
    Lama tak update blog. Rindu menjengah..
    Saya cuba luangkan sedikit masa untuk ini, moga bermanfaat.

    Sibuk.

    Tipu kalau saya mengatakan saya tak sibuk..
    Sebagai pelajar perubatan tahun ke-4 yg kuliah,tutorial,lab, skill lab menjadi rutin..
    Ketika masing2 sedang bergelumang dgn thesis, chapter 1, 2, 3 harus diselesaikan sebelum 17 Disember. Proposal presentation pada 20 Dis hingga awal Januari.
    'Kami' semakin sibuk..bila memikirkan sistem D & T di bumi Jatinangor..

    'Kami' merujuk kepada, saya & sahabat2 seperjuangan.
    D & T adalah dakwah & tarbiyah.


    Dakwah & Tarbiyah.

    Perkataan yg dulunya asing bagi saya. Dakwah mungkin tahu. Bila dengar, automatik keluar di kepala, BERAT.

    Tarbiyah. Masa di kolej baru tahu apa itu tarbiyah. Tak pasti dengar dari mana..yang pasti ianya juga BERAT.

    Kenapa rasa berat? kerana ia soal tanggungjawab.

    Kalau rasa berat, kenapa melibatkan diri dgnnya?

    Sebab, saya MAHU.

    Setiap kali saya dihantar Allah ke medan2 ilmu, dari sekolah, matriks, kolej hingga ke universiti, saya akan mencarinya. Kenapa? pada mulanya hanya kerana saya mahu menjaga diri saya. Saya takut saya tersasar, jadi saya masuk persatuan2, saya terima segala amanah/jawatan yg diberi. Saya harap, ia adalah perisai untuk saya menghadapi cabaran dunia kini.

    Kemudian, setelah berapa tahun bersama D&T, mungkin saya sudah mengenalnya, memahaminya sedikit. Kini, bukan lagi hanya untuk saya. Saya fikir untuk SEMUA. Saya punya tanggungjawab untuk semua. Kerana SEMUA itu adalah KITA. KITA adalah SATU. ISLAM.

    Ini baru diuji sedikit. Ketika sedang sibuk menyusun, mengorban masa & tenaga, mahu sistem tarbiyah menjadi sistematik, tiba2 diuji Allah, seorang demi seorang yg merupakan harapan pengembleng tenaga dlm tarbiyah ini mengundur diri.


    "Salam, saya nak undur diri dari menjadi naqibah. Saya ada alasan sendiri. Maaf."

    "Salam, kak. Saya rasa tak mampu nak bawa usrah. Saya nak quit. Saya dah fikir masak2. Maaf ye sebab tiba2.."


    Tahukah kalian kata2 itu sangat menusuk kalbu?
    Saya sedih. Perkataan 'maaf' itu sepatutnya bukan dituturkan pada saya.
    Tapi pada Allah. Allah memberi kepercayaan pada kalian, dan dengan mudah kalian menolaknya, kerana mengatakan kalian tidak mampu? kalian tidak mahu?
    Fikirlah..fikir bukan kerana saya sedih, tapi kerana Allah.

    Saya maafkan kalian. Saya tak tahu apa status kalian dengan Allah..
    Saya maafkan kalian yg menambah kerja saya, harus mencari pengganti, memadam nama anda dari senarai nama, print semula kertas, otak bekerja memikirkan hal kamu, emosi tak tentu risau jika ada lagi seperti kalian dan segala kerja lain..Saya maafkan itu.

    Tapi saya tak maafkan kamu sebab kamu kecewakan Allah.
    Setelah kita bersaksi DIA adalah Tuhan semenjak di alam ruh,
    Setelah kita diberi nyawa, penciptaan sempurna, akal yang sihat,
    Setelah segala makhluk diperintah sujud kepada kita,
    Setelah pelbagai nikmat dan kelebihan diberi ke atas kita..
    Bukankah ia dinamakan kufur nikmat?

    Entah bila kematian datang..
    Adakah tugas kita sudah langsai?
    Cukupkah rantaian pahala kita untuk simpanan di SANA kelak?

    Hanya mampu berdoa, moga Allah bukakan kembali hati kalian untuk bersama2 kembali di jalan KITA ini. Moga Allah memanggilmu kembali. Ameen.


    Jalan KITA, Jalan CINTA



    Jalan ini jalan cinta..
    Takkan dibiar santai selagi cinta tidak diuji..

    Surah Hud ayat 112. Tahu tak, Rasulullah sampai beruban kerana ayat itu?

    Fastaqim kama umirta!
    “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.”

    Fastaqim! Semuanya tentang nilai ISTIQAMAH.
    Betapa beratnya nilai istiqamah, sehingga Rasulullah juga merasakan susah.
    Yang berat itulah yg penting. Yang berat itulah yg perlu. Yang berat itulah cabaran.
    Bukan untuk calang2 orang, secara mudah, bukan untuk orang MANJA.

    Sampai Rasulullah sendiri bersabda, "Beristiqamahlah dan kamu tidak akan sampai pada hakikat istiqamah."

    Betapa hebat tarbiyah Rasulullah kepada para sahabat.
    Terlakar dalam sejarah Islam.
    Abu Talhah yang menjadikan ayat Allah sebagai solusi tika diri dalam delima,

    “Keluarlah sama ada kamu dalam keadaan ringan mahupun berat.”
    [Taubah: 41]

    Mahalnya mahar ISTIQAMAH.
    Maharnya adalah SYURGA.

    Seringnya lidah Rasulullah menuturkan ISTIQAMAH.
    Batapa ia sulit, dan perlukan mujahadah.

    Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah!”

    Itu pesanan nabi. Itu yang ditutur tika sahabat meminta suatu ucapan tentang Islam yg takkan didapati dari orang lain.

    Ringkas. Padat.
    Meliputi seluruhnya Islam.
    Istiqamah yg dibangunkan atas keimanan.

    IMAN yg merupakan amalan HATI.
    ISTIQAMAH yg merupakan amalan PERBUATAN. Walau ada secebis amalan hati.

    Syaratnya:

    LILLAH (Kerana Allah)
    MA'ALLAH (Bersama Allah)
    ILALLAH (Kepada Allah)

    Bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan & kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah, namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari..

    Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.
    Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.
    Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.
    Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.
    Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

    Beban kita berat,
    Jumlah kita sedikit,
    Musuh kita banyak.
    Eratkan ikatan kita, abadikan cinta kita.

    Tetaplah di jalan ini sahabatku.
    Ku kasihi dirimu kerana Allah, tiada yg lain.
    Moga Allah tetapkan hati kita dalam agama & ketaatan padaNYA, ameen.

    ~~~~~~~~~~~

    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    7 .:KoMeN:.:

    SuhaNa said...

    Assalammua'alaikum warahmatullah..

    SubhanAllah sis..entri ini betul-betul memberi suatu rasa semangat pada ana..

    I.S.T.I.Q.A.M.A.H...

    Tanpa istiqamah itu,kita lekas lelah dalam perjuangan dakwah..

    Moga Allah redha dan kasih akan kita =)

    nurul88 said...

    w'salam wbt..

    alhamdulillah.entri ini utk kuatkan semangat ana jugak.
    betul tu.hati yg berbolak balik.moga diteguhkan hati kita utk tetap dijalanNya ya sis :)

    Ameen doanya..moga redha Allah bersama kita.

    Ahmad Zulfahmi said...

    Salam ukhti Eme..

    Teruskan istiqamah..

    Seorang sahabat pernah berkata.

    "Mengapa dalam menjawab soalan yang payah, tiada orang yang selepas itu mengeluh mahu meninggalkan dunia kedokteran?"

    Kadang2 disebabkan ujian sedikit, kita mahu menarik diri.Masakan begitu? :-)

    nurul88 said...

    w'salam akhi,

    insyaAllah.nta juga..ameen

    sebab saya tetap nak jadi doktor.hehe..
    tula, jalan ni bukan utk org manja.takat sikit2 tu..tahan la kejap.ada manisnya nnt..:]

    Hamba hina said...

    Salam

    "Di antara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan ada di antara mereka yang gugur (syahid) dan ada pula yang menunggu-nunggu (janji Allah) dan mereka tidak sedikit pun mengubah janji mereka"

    Al-Ahzab : 23

    Apa beza usrah muslimin dan muslimat ea?
    Adakah pembawaan berbeza tapi silibus sama?

    Mohon pencerahan

    Ckin Kembaq said...

    moga akk akn kuat..ameen..

    nurul88 said...

    to hamba hina:

    Silibus sama je..
    cuma penyampaian mungkin berbeza..even muslimat antara muslimat pun penyampaian beza..
    kelajuan,kreativiti,kefahaman,keberkesanan semua depend pada naqib/ah dan anak buah tu sendiri..

    kita cuma blh set matlamat kita je..Key Perfomance Index.bila akan tercapai,hanya Allah yg layak mengontrol..:)




    To Ckin Kembaq:

    terima kasih..awk jugak:) ameen~

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...