28 June 2010

.:SPIRIT YG HILANG:.

"Arghh..kenapa mesti aku?
Bertimpa-timpa..lepas satu..satu..
Ya Allah..apa dosa ku.."

Saban hari & waktu dilalui..
Masalah datang silih berganti..
Ada yg selesai..ada yg masih dlm bentuk yg sama..
Keluh kesah tak terkira lagi.

Sabar..
Syukur..
Redha..

La yukallifullahu nafsan illaa wus'aha..
"Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dgn kesanggupannya.."
[Al-Baqarah,2:285]

Ada masalah? Alhamdulillah, bersyukurlah. Tarik nafas dalam2..lepas..senyumlah..:)

Berbahagialah kerana mempunyai masalah, kerana kita masih diberi kepercayaan oleh Allah utk menyelesaikan masalah tersebut.

La tahzan..Innallaha ma'ana..

"Jangan bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita :)"

Selesaikan..andai tak mampu selesaikan,semakin menyesakkan,dan boleh dilupakan? lupakan..tulis dalam kertas, jadikan bola..baling dlm tong sampah. selesai..hehe.
InsyaAllah,mohon do'a dari Maha Penyelesai Segala masalah..


Ceritaku: Ujian Bertandang Menggugah Spiritual


Lama saya menyepi dari meng'update' blog tercinta..final exam dah lama berakhir.Lebih kurang seminggu yg lalu.Medan perjuangan yg getir..berat jari-jemari utk berkata2..

Alhamdulillah, saya telah berusaha yg termampu utk exam kali ni. Segala urusan & hasilnya, tawakkaltu 'ala Allah..

Seawal permulaan exam, berjalan lancar. Skill exam..Oral exam. Ada warna-warni nya. Sampai di pertengahan, sahabat serumah di diagnose demam denggi atau di sini dipanggil 'demam berdarah'. Allah sedang mengujinya..dan menguji kami,sahabat serumah.

Kami berulang-alik ke Rumah Sakit Hasan Sadikin, di Bandung (2 jam menaiki bas) dgn harapan kedatangan kami menguatkan lagi dia.
Belum cukup dgn itu, kehilangan harta benda berharga pula..moga kesabarannya diberi ganjaran..ampunan, kifarah dosa itulah ganjaran paling bernilai. Ighfirlana Ya Allah..(Ampunkan kami Ya Allah)

Selesai exam, perancangan saya untuk pulang ke Malaysia terpaksa dibatalkan. Tiket pergi-balik Airasia bernilai lebih kurang RM300 lebih terpaksa di 'burn' begitu saja.

Sebabnya? Itulah pengurusan manusia..serba-serbi tak kena. Jadual tak dikeluarkan, student dah beli tiket kerana ingatkan tarikh itu cuti seminggu. Last minute~! Ada yg menukar tiket kerana mahu pulang juga. Tapi,saya mengambil keputusan utk tidak balik. Harga tukar tiket utk pulang ke Penang saja, RM500. Berbaloikah utk 4 hari pulang? sedang harga tiket asal hanya RM100 lebih? baik burn RM 100 lbh dari RM 500..huhu. Tak sanggup rasanya.

Inilah al-kisahnya kenapa saya tiba2 tidak pulang..3 hari 3 malam berendam air mata..ish3..:)

Sangat 'homesick' tika ini. Tapi, yg berlalu,biarkan berlalu. Pada 1 Julai ni, akan ke KKN (Kuliah Kerja Nyata), seperti program Baktisiswa di Malaysia. Masuk kampung sebulan, duduk & berprogram bersama masyarakat.Point pentingnya, 'Belajar bersama masyarakat'. Erm, doakan selamat & berjalan lancar semuanya ya~!:) Tempat saya di desa Bodas,Indramayu. Ada buah mangga yg sedap & murah kata mereka.hehe..sekitarnya ada sawah padi, adakah kami akan menjadi pesawah? tunggu & lihat..


Itulah sedikit-sebanyak cerita tentang saya setakat ni. Cuti ni banyak dihabiskan dgn berehat-rehat, bersantai2..membaca buku2 di rak kemudian terlelap..:p Lepas ni,akan sibuk untuk bersiap2 masuk kampung, kemudian ke sana & berprogram, kemudian balik..ambil exam lagi (remedial) kemudian..pulang..yahoo~:) Ya ALLAH, mudahkanlah segala urusanku..ameen.

Cuti bulan Julai di isi dgn KKN. InsyaAllah, KKN itulah sebuah perjalanan..:) Berwisata bersama teman & masyarakat.wah~!

Tak dinafikan, disebabkan hal2 ni,sedikit sebanyak menggugah semangat..tapi, sekarang dah pulih. Alhamdulillah.


Kata-kata keramat seorang tokoh,Sang Murabbi di Indonesia, K.H Rahmat Abdullah..

"Allah akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum..
Orang yg lemah dlm masalah wang, namun kuat dlm masalah jabatan & wanita, tidak diuji dgn wanita & jabatan..
Orang yg sentiasa mudah tersinggung & pemarah, maka akan diuji oleh Allah dgn mempertemukan dgn org2 yg sentiasa membuatnya tersinggung & marah..Sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu & tidak lagi mudah terasa & marah.
Seorang yg suka melambat2kan dakwah dgn alasan 'isteri,mertua.tetamu' akan sentiasa dihadapkan dgn alasan2 itu, 'mertua dtg,tetamu silih berganti', yg akan terus menundanya utk segera menghadiri perjumpaan dakwah, sehingga ia bisa mengutamakan agenda dakwah.."

Wah, terkesan sekali~!


INSPIRASI: MENCARI SPIRIT YANG HILANG

Ujian itu pasti.
Masalah itu mesti.
Untuk kita lebih berhati-hati..
Perhatikan kelemahan diri..

Refresh diri,hati dan iman..
Jangan biar keadaan diri membarah..
Jangan biar hati berkarat..
Jangan biar iman ternoda..

Jangan sampai solat tidak lagi nikmat,
jangan sampai tilawah tak lagi menyembuhkan ruhiyah~!

Sehingga Fudhail b. 'Iyadh menasihatkan,

"Bila engkau sulit bangun di malam hari & sulit berpuasa sunnah di siang harinya, ketahuilah engkau sedang dibelenggu oleh dosa-dosamu.."

Astaghfirullah..

Apa masalah saya?apa masalah kita? sehingga menggugah spirit.Cuba detect masalah diri..
Masalah diri, masalah hati,masalah sosial,masalah ekonomi, masalah..?

Masalah besar kita mungkin bersumber dari masalah-masalah kecil yg diremehkan..
Amanah di abaikan, disiplin diketepikan,jadual solat dilambatkan,hati dijangkiti 'virus merah jambu merosak kalbu', Al-Quran hanya hiasan..huh~apa lagi sehingga tak tersebut?

Masalah kecil yg lama kelamaan menjadi gunung..

Ibarat bila ada sebuah kaca rumah yg dipecahkan & dibiarkan, maka akan ada kaca-kaca rumah-rumah lain yg akan hancur..

Hmm,masalah yg akan menjadi lebih kronik jika tiada tindakan, tiada pembaikan..

Kesibukan kita yg sia-sia..
bukan sibuk dengan kewajipan atau sunnah..
tapi sibuk dgn hal lagho..
sehingga byk kewajipan tertunda,amanah terlupa,kebiasaan sia-sia dianggap biasa..

Jika kesibukan dapat menimbulkan kelelahan, maka waktu luang akan dapat menimbulkan kerosakan..


Rutin harian yg berulang-ulang..tanpa sebarang perubahan & pembaikan. Mukmin itu, seharusnya hari ini mesti lebih baik dari semalam~!

"Barangsiapa tidak menyibukkan diri dlm kebaikan, nescaya ia akan disibukkan dgn keburukan.."

Fikirkan berapa banyak sampah yg kita masukkan ke dalam hati & fikiran kita setiap hari?
Berapa banyak dosa kecil yg kita lakukan setiap hari sehingga menjadi tabiat..astaghfirullah, astaghfirullah..

Segalanya melenakan, membuat hati menjadi keras,mengeruhkan fikiran,menodai jiwa serta menjauhkan kita dari kebaikan..

Sudahlah, bersihkan dirimu, sucikan hatimu. Kembali menyibukkan diri menghadap Tuhan yg Maha Satu.


Menapaki langkah-langkah berduri
Menyusuri rawa lembah & hutan
Berjalan di antara tebing jurang
Semua dilalui demi perjuangan
[Al-Meidani, Jejak]

Gundah, gelisah, bosan, sedih dan bermacam2 rasa..

Sebuah perjalanan..

Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni dalam kitab terkenal beliau, La Tahzan menyarankan untuk melakukan perjalanan. Ya, sebuah perjalanan akan membuah spirit. Dalam Al-Quran juga ada menyebut, perjalanan akan mencairkan kebekuan..

Perjalanan sama ada secara fizikal, atau melalui pembacaan..seperti sirah.
Perjalanan yg memberi inspirasi,hiburan,energi,motivasi dan bermacam lagi..perjalanan dalam mengenali Al-Khaliq.

Jabir Bin Abdillah r.a, dari Madinah ke Mesir utk mendapatkan hadis sahaja.

Imam Bukhari bermusafir menemui 70 000 org guru utk mendapatkan 1 juta hadis, memilih 600 000 hadis kemudian mensahihkan 4000 hadis saja.

Sebahagian besar sahabat2 Nabi bukan wafat di Madinah, tapi syahid di jalan dakwah.
Mereka tak pernah lelah berjalan, tak merasa bosan berkarya, tak pernah jemu mencari hidayah, tidak gelisah meskipun keadaan mereka sederhana..

Semangat apa yg mereka miliki?

Cemburu rasanya..ingin juga melalui sebuah perjalanan..yg akhirnya ku temu spirit..spirit yg luar biasa, ketika ku merasakan kebesaran Cinta Agung Tuhanku..

Cukuplah..

Niat utk menjadikan hidup lebih nikmat, membuat langkah lebih ghairah.
Semangatlah lebih dahsyat,kesulitan akan terasa ringan, membuat masalah lebih indah.
Bahagia kita di dunia dan pahala di akhirat.
Bangkitkan motivasi dgn memanfaatkan ilmu, semangat menebarkan manfaat,mendorong kemampuan dgn byk menolong,merawat jiwa dgn tazkirah. Ingat Allah, kembali padaNya. Spirit yg hilang itu akan kembali~

Ubat hati..

Ayuh! bila tujuan telah jelas bersatu, jgn pandang ke belakang, tiada jalan utk kembali..teruskan langkah, Allah bersamamu.
Inna fatahna laka fatham mubeena..luruskan orientasi utk menggapai Redha Rabbul 'Izzati.


Akhir kalam, dari lafaz Murabbi agung, Rasulullah SAW,

"Perumpamaan seorang mukmin itu seperti lebah, Ia hinggap di tempat yg baik & memakan yg baik, tetapi tidak merosak.."
[HR Thabrani]

Jadilah muslim & mukmin yg bermanfaat.

Ya Allah, Jadikanlah seluruh urusan hidupku bermanfaat utkku, agamaku, dunia & akhirat ku. ameen..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

** Esok, Judicium..hari wajib untuk mahasiswa fakultas kedokteran UNPAD mengambil result..doakan ye! Ku mahu menjadi doktor muslimah yg berjaya dunia & akhirat~! ameen.

** KKN? Kuliah Kerja Nyata..ada buku tajuk KKN, tapi Kuliah Kerja Nikah.hehe..ada dosen (pensyarah) cakap pula, KKN adalah Kisah Kasih Nyata..waduh2..bikin gawat~!
Apepun,KKN..tempat untukku belajar & memberi..Give the best, to get the best. InsyaAllah :)

Akan bertolak pada 2 Julai, Jumaat ke desa Bodas, Indramayu. Sesiapa nak melawat? silakan..:)

** Dah puas berenang2 di kolam renang Al-Ma'soem sebelum ke KKN selama sebulan. Sebulan? seperti tidak kupercaya..

** Blog dah bertukar wajah. Di dalam misi 'Mencari Spirit yg Hilang'. Ok tak? kalau tak ok, sila komen ye. Tema kali ni, simple but sweet. cewah~:) cuma tak berapa sweet lagi.huhu.nanti nak buat header sendiri, tak tau bila..(photoshop pun tak habis belajar lagi,hmm).moga tetamu2 sudi bertandang lagi..:) Semoga lebih semangat utk update blog lepas ni, ameen.

** Mungkin sebulan blog ini sunyi...atau..mungkin juga akan di update. Tengok keadaan.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

8 .:KoMeN:.:

mujahidin88 said...

setiap jalan yang kita lalui untuk mencapai matlamat yang kita impikan pasti akan ada ujian yang kita perlu rentasi...

moga kkn sebulan ini dapat memberi seribu makna dan menambahkan lagi semangat untuk menjadi seorang doktor muslimah nanti..

ameen ;-)

"nice blog"

nurul88 said...

to mujahidin88:

aiwah..betul3..tiada yg senang utk suatu kesenangan..:)
ameen..tq atas do'anya.mudah2an..
syukran awi2~!

pengkomen pertama di blog wajah baru ku~ ;)

Dr Amad said...

Syabas...ujian itu untuk membuktikan Allah masih ingat dan sayang pada kita...terus melangkah dan tataplah masa depan dengan penuh asa.

Tersenyum dan terus tersenyum...

nurul88 said...

to dr amad:

InsyaAllah..tQ atas komen n tQ sudi singgah~hee '..dgn penuh asa'? asa?ape tu..

baik..terus tersenyum...:))

Dr Amad said...

Putus asa itu apa? kalau kita tak putus asa itu bagus kan...hehe..fikir-fikir

nurul88 said...

dr amad:

putus asa tau..'penuh asa' tak tau..heh~

Omaq oTai said...

saLam,
ya aTeh,
Kak Jue kt sebelah ni..
Kekadang Allah bagi kita kaktus, tp kita menolaknya..
Dan, Allah bg pula kepompong, kita menolaknya lagi..
Tapi lepas setahun, pokok kaktus menjadi pokok yang indah,,
dan, kepompong menjadi seekor rama-rama yang cantik lagi menarik..
Bersabarlah, mOga dengan ujian yang mendatang, lebih mematangkan diri aTeh dan menjadi manusia yang sebenar-benarnya..~
saLam dari kami di Penang..
Moga berjumpa kelak, IA~

nurul88 said...

to along n kak ju..

kak ju sehat? tq along n k.ju mai singgah..

aah..btul tu.yg pasti,di sebalik kesusahan ada kesenangan..Allah dh janji..:)

wait 4 me @ penang:) miss u all....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...