27 May 2010

.:MUSIM EXAM MENJELMA LAGI~:.



JADUAL FINAL EXAM 3RD YEAR

2 Jun [10.45 am] : OSCE ! (Skill exam)
8 Jun [8 am] : SOOCA !! (Oral exam)
10 Jun [8 am-4 pm] : Lab CRP
11 JUn [8-9 am] : Final BHP, [930-11am]: Final PHOP
14 Jun [9-11 am]: Compre PHOP
15 Jun [730-930 am] : Final CRP
16 Jun [9-11 am] : Compre CRP
17 Jun [9-10 am] : Compre BHP
18 Jun [730-11 am] : MDE Cardiovascular System !!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


**Yg bertanda "!!" adalah exam yg sgt penting utk di score. Mohon doa semua. Moga Allah permudahkan & kurniakan kejayaan pada diri saya & sahabat2 lain..ameen2 Ya Rabb~

**Mohon maaf atas segala salah & silap atau keterlanjuran yg sengaja/tak sengaja saya selama ini, terutamanya Ummi, Abah, adik-beradik, family di Malaysia..tak lupa, sahabat2,senior2,junior2 di sini & di mana jua..moga dimaafkan :)

**Blog akan senyap seketika..beri laluan pada musim mujahadah ni.hehe


Saatnya semakin hampir..berdebar..

Faiza 'azamta fa tawakkal 'ala Allah~
"Setelah kamu berazam(berusaha), maka bertawakkal lah kpd Allah"


Usaha sebaik mungkin, Allahu Akbar~!
Ya Allah, bantulah hambaMu..Allah sebaik2 Sandaran, sebaik2 Penolong.
Ingat, doakan ye~!!^_^ Jom study sama2.
[[Imtihan Mode~]]



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

06 May 2010

.:PERMATA HATI - 1:.

Assalamu'alaikum wbt..

Pantas masa berlalu..dah masuk bulan 5..

Seperti yg ditulis dalam entry yang lalu, saya sapertinya kehilangan 'gear' utk meng'update' blog tercinta ni.Nak memperkemas dan memperindah (tukar template, update & susun link2) apatah lagi..niat itu tersimpan rapi..insyaAllah, suatu masa nanti..

Bulan April. hanya 2 kali saya berjaya update.. itu pun entry 1,tentang iklan minggu muslimah dgn nama glamournya Camaraderie (togetherness). Pengalaman baru yg dapat, menjadi pengerusi semasa majlis perasmian dan menjadi pembantu & pengurus Ustaz Salim A.Fillah. Ustaz jemputan, seorang penulis buku terkenal, Agar Bidadari Cemburu Padamu, dan banyak lagi.

Entry ke-2 bulan april pula tentang kata2 penguat semangat hasil 'copy paste' dari facebook semasa berjalan2 di dunia maya..lagaknya seperti seorang akhawat indonesia yg aktif berdakwah (serikandi PKS)..juga seorang ibu - Ummu Adam. Tak kenal..cuma ada rasa ingin berkenalan. InsyaAllah suatu masa nanti, juga.

Walaupun hanya 2 entry berjaya di update, sebenarnya, banyak peristiwa terjadi bln april ni..cuma, kesibukan selalu menjadi alasan dan halangan..alasan atau halangan? saya sendiri tak dapat pilih..pokoknya, dua2 mungkin ;) Jadi,sebelum bulan Mei melangkah lebih jauh, baik saya update cepat2 peristiwa bermakna ni..semoga tak hilang begitu saja. Untuk tatapan saya di kemudian hari & sesiapa yg sudi membaca.

  • KELAHIRAN PERMATA HATI - 1

Peristiwa yg paling berharga..semestinya berkaitan dgn tajuk entry ni..PERMATA HATI - 1.

Hanya tahun ini, saya mendapat 2 orang anak saudara..alangkah gumbira rasanya hati mendapat berita ni..(al-maklum abang pertama dan kedua berkahwin serentak pada tahun lepas). Ucapan syukur tak terkata dgn rezeki anugerahNya.

Jadi, bersempena kelahiran anak saudara ke-2 di bulan april ni, maka dgn rasminya saya mempersembahkan profil dan potret anak saudara pertama dan kedua ini. Pewaris dan cucu pertama dan kedua dalam famili Baitus-Salam..:)


** Cucu pertama Baitus-Salam: (anak angah Muhammad & Kak Ina)



Nama: Putra Qayyum Asnawi Bin Muhammad Bin Hj Ismail
Jantina : Lelaki soleh
Tarikh Lahir : 8 Mac 2010 (8 am)
Tempat Lahir: Hospital Teluk Intan, Perak
Berat: 3.6 kg


ni gambar Putra dimasukkan ke ICU kerana terdapat jangkitan di kepala. Tapi, alhamdulillah sekarang dah sehat..

Putra, Mak Teh balik nnt, makteh jenguk Putra ye..jangan nakal2..^_^
Suka lagi panggil Qayyum..tapi ibu ayah dia panggil dia Putra. Ikut ayah ibu dia la..
Ummi cakap, Putra nak lawan hidung mancung mak teh ek..hehe.


**Cucu ke-2 Baitus-Salam: (anak Along Umar & Kak Ju)

Nama: 'Uzma Jamila Binti Umar Al-Mukhtar Bin Hj Ismail
Jantina: Perempuan solehah
Tarikh lahir : 17 April 2010 (11 a.m)
Tempat Lahir: Hospital Seberang Jaya, P.Pinang
Berat : 3.64 kg


Betapa gembiranya Raja Ismail dan Permaisuri Normahani menerima kelahiran cucunda mereka..:)


Abah cakap, kening Uzma bertemu, mata sepet macam Aiman..aduh..ada jugak genetiknya :)
Umi pulak cakap..Uzma tak sabar tengok Mak Teh sebab muka sama macam Jepun..
Takpe..nanti makteh yg kiut ni balik ye..hehe..^_^

Makanya..dengan kelahiran insan baru dalam famili Baitus-salam ni..semakin bermaksud tua la abah, umi dan semua adik-beradik lain..
Bagi ayat sedap sikit..kami dah naik pangkat :)

Ummi..sebelum dapat cucu lagi, dah bagitau siap2 tak mau di panggil 'Tok'. sebab rasa tua..hehe. jadi Tok moden ni nak dipanggil 'Umi Tok'. Umi biar depan, nampak muda sikit..lawak2..:) rindu umi..

Abah pulak..pada awalnya tak kesah, tapi..bila tengok2 kat Facebook (abah umi ada Facebook, modern parents), abah pun dah jadi 'Abah Wan'. Belum dapat terima kenyataan ni..hehe.

Apepun, semoga keluarga kita terus berkembang, penyambung generasi Nabi Muhammad SAW yg berkualiti & berbakti pada agama, bangsa & negara.

Tahniah buat Along & Angah. Dah jadi ayah..tak sangka pulak. Dulu asyik nak gaduh2, nakal2..sekarang jadi ayah?? hehe. Semoga menjadi ayah yg soleh & mithali. Pemimpin rumah tangga yg taat pada Allah & rasulNya.ameen..


Doa ucapan selamat utk bayi yg lahir:

Baarakallahu laka fi mauhubi laka, wa syakarta waahib, wa balagha asyuddah, wa ruziqta birrah

"Semoga Allah memberikan keberkahan utk dirimu atas kurnia yg diberikan kpdmu, semoga engkau mensyukuri Yang Maha Memberi hingga sang anak menjadi dewasa & menjadi anak yg berbakti" ameen~ [Sahih Al-Azkar Lin-Nawawi]

Anak, ibarat kain putih..ibu bapa harus pandai mencoraknya..lahir dlm keadaan suci & bersih..fitrah.Ibu bapanya yg akan menentukan dia akan menjadi muslim yg sebenar2nya atau tidak.Didikan agama dari kecil sgt2 penting..dunia dah semakin mencabar.All the best Along & Angah~! Semoga menjadi mujahid harapan wahai Putra Qayyum, semoga menjadi mujahidah solehah wahai 'Uzma jamila.

Tangan 'Uzma dah pandai pegang tangan Abah Wan..Comeyl~! :) Subhanallah. Macam ni la kita kecil2 dulu..sampai dah besar panjang sekarang.


When a baby's born
So helpless and weak

And you're watching him growing..

So why deny

Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs

We can't keep hiding from the truth
..


Apakah manusia tidak mahu berfikir?

Maka, nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


** Kenapa tajuk PERMATA HATI - 1 ? baru episod 1..insyaAllah ada episod seterusnya, dgn kelahiran permata2 hati lain nanti..:)

** Semoga Allah permudahkan urusan sahabat2 hafiz & hafizah di Shoubra & Mansurah, Mesir.. Kerenah pihak bertanggungjawab, sangatlah dikesalkan. Jawatan itu amanah, akan ditanya Allah kelak. suara mahasiswa di sana dalam akhbar harakahdaily >> klik!

** Musim final exam hampir menjelma..jadual belum keluar. Berdebar rasanya. Mood..datanglah~! jangan lalai, jangan leka wahai Aiman. Usaha, dan terus usaha.Mulakan dari sekarang! Hasbunallah wa ni'mal wakiyl..Selamat Berjuang semua~!

** Perlukah merasa bersalah atas pilihan yg telah dibuat? Ya Allah, moga ia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku..perancangan-Mu lah yg Maha Sempurna.

** Sangat..sangat rindu pada Abah, Ummi, dan family di Malaysia. Rindu kat kucing2 dulu..yang dah tak ada di rumah..huhu. Neng, Kitty, Bell, Ren..gambar2 meow ni di sidebar laptop asyik keluar..rindu:( Malaysia..wait for me..~


"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...