25 March 2010

.:OH,SI SEMUT HITAM~:.

Perhatikan 4 situasi ini....

Situasi 1:

Ina: "Aku nak pergi Jatos la..jam aku tak jalan2..bateri habis kot.."

Ani: "Pegi la..bukan ada ape hari ni..", jawab Ani buat-buat tak faham maksud tersirat Ina.

Ina: "Erm...ala..takkan nak pegi sorang2...orang culik kang macam mana?..", sambil tersengih pada Ani.

Ani: "Hmm..agak dah..nak suruh teman la tu..ok la,ok la..jom2.siap cepat!"

Ina: "Yeay....sayang Ani.Ani baik..hehehe...", ceria wajahnya bila Ani sudi menemani..


Beberapa hari kemudian....

Ani: "Sape nak ikut aku pegi Bandung sabtu ni..?"

Rakan rumahnya yang 6 orang menyepi...

Siti: "nak buat ape pegi Bandung?"

Ani: "Ni..nak pegi BEC..Handphone aku rosak la..ingat nak beli HP baru..jom~", sambil sengih kambing..

Siti: "Erk..tak larat la...malas..huhu"

Ina: "Aku pun malas..takde apa nak beli...lagipun kerja bertimbun tak siap lagi..huhu"

Ani: "Ala Ina...jomla, jomla...macam ni la..hari tu aku teman ko pegi Jatos..jomla teman aku pulak...."

Ina jadi serba salah...sedangkan kerja2nya yg penting masih belum selesai...
Memikirkan sahabatnya yg mengharap ditemani semula..dia menggagahkan diri...di hatinya terdetik prasangka....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 2:

Di sebuah bilik kecil, comel & indah...

Jam 4.15 pagi...
dalam gelap..ada sosok putih sedang bergerak..
dari berdiri...hingga sujud..dan sujud lagi...akhirnya..sujudnya begitu lama...
terdengar esak tangisnya...& bisikan2....

Hamba Allah itu sedang solat tahajjud..

Hari-hari lainnya...

Usai azan zohor, insan itu masih di kerusi empuknya..
laju benar dia menaip...
1 jam selepas itu..dia mengambil wudhu'..dan solat..
hanya 2 minit..selesai..dia melipat telekung..
sangat tergesa-gesa..seperti ada yang memanggil2...
Terus dia duduk di meja belajarnya..
Menaip sesuatu di laptop...sibuk benar dia..
sedang chatting bersama seseorang....

Erm,apa yg terjadi sebenarnya..?

Oh, dia kehilangan nikmat 'kusyuk' dlm solat...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 3:

Ali..
Seorang pemuda tampan..
hebat bergaya lagi faqih..
pandangan sentiasa tertunduk..
senyumannya tak pernah lekang di bibir..

Usai azan Asar berkumandang, terlihat tubuhnya sudah terpacak di atas sejadah...

Usai solat..Abu dan Ali berjalan keluar untuk bermain..

Abu: "Ali..nape tak pegi masjid je tadi? kan dekat je..pahala pun banyak lagi. selalu kau solat awal..tapi kan lagi elok jemaah kat masjid je.."

Ali: "erm..bukan taknak pegi..kau tengokla..petang2 ramai orang baru balik kelas la..apela..aku tak nak la orang kata aku alim..budak masjid..baik..nanti tak pasal je aku jadi riak...."

Abu: "erk..macam tu pulak...", (dalam hatinya bermonolog, 'bukankah itu yg namanya riak?'huhu)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 4:

Dalam sebuah meeting persatuan pelajar Islam yang bernama AIMAN,

Said: "Ana serahkan tugas menjalankan Kempen Cinta Syar'ie ini kepada enta, Zaid. boleh?"

Zaid: "InsyaAllah..ana akan cuba sedaya upaya ana..", senyum & tenang.


Di sebuah meeting lain hari berikutnya..

Amir: "Zaid, nanti tolong handle ta'alim yang kita buat setiap minggu tu ye..bahagikan tugas2 yang ada baik2..nanti ana nak laporan.."

Zaid: "Oh..ok..insyaAllah..ana cuba.nanti ana bagi next meeting.."


Bulan berikutnya..dalam satu meeting..

Amir: "Zaid mana?"

Umar: "dia cakap dia tak boleh datang..ada kerja lain.."

Amir: "owh..takpelah kalau macam tu..kita mulakan meeting kita dgn ummul quran...."

Di sebuah bilik kecil...
Zaid sedang enak dibuai mimpi...
dia tidak mahu hadir ke mesyuarat, mengelak dari diberi tugas...
dia sudah letih dengan kerja2 dakwah...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ada 4 situasi berbeza...
Dengan masalah yang serupa..

Situasi 1 : seorang sahabat..menemani sahabatnya yang memerlukan..
namun, dia mengharapkan balasan..mengungkit kembali kebaikan yang pernah dibuat...
kalau sahabatnya sudi membalas, dia bahagia...
kalau sahabatnya tidak peduli? hanya kecewa....

Situasi 2 : seorang hamba Allah yang mujahadah dengan tahajjudnya..kusyuk menghadap rabbnya..tiba2 suatu hari..solatnya terganggu..dari solatnya yang kusyuk,dihayati bait-bait kalimah Ilahi..zikir dan doanya penuh syahdu & sendu...berubah menjadi secepat kilat, bacaannya hanya cukup syarat,tiada lagi duduk lama di tikar sejadahnya..doanya entah ke mana..kusyuknya hilang...entah kepada siapa dia solat dan menyembah..



Situasi 3: seorang pemuda..solatnya tepat pada waktunya..rajin melakukan ibadah..tapi, jarang sekali solatnya di masjid dan kebaikannya dizahirkan..kerana dia takut orang memuji..yang akan menimbulkan riak di hatinya..dia takut hatinya tercemar dengan riak...erm,betulkah begitu?

Situasi 4: seorang pemuda..aktivis dakwah..seorang yang sangat aktif..ramai yang mempercayainya. suatu masa, dia diberi banyak tugas...tapi entah kenapa, tiba2 di hujungnya, pemuda itu semakin jauh..tidak mahu lagi aktif dalam perjuangan bersama sahabat2...


Kenapa? kenapa semua situasi ini terjadi?

Yang mahu membuat baik..tapi, di sudut hati masih mengharapkan balasan insan..
Yang mahu melakukan ibadah kepada Allah..hilang kusyuknya..tidak istiqamah..
Yang mahu membuat kebaikan...tidak mahu menzahirkan & teragak2 kerana takut pujian orang menimbulkan riak..
Yang da'ie yg mahu berdakwah, tiba2 menghilangkan diri..terasa mudah lelah, serta bosan...

kerana..
hilang mutiara yg paling berharga...
iaitu RUH kepada amal...
yang namanya..

I.K.H.L.A.S

Ikhlas, umpama semut hitam, yang merayap di atas batu hitam..di malam yang gelap gelita..
tidak kelihatan...dan perlukan mujahadah.
ia perlu ada untuk sebuah kebahagiaan..

Kebahagiaan ketika memberi..
Kegembiraan ketika membantu..
Kemanisan ketika beribadah..
Kesenangan ketika berdakwah...

tanpanya, segalanya akan menjadi sia-sia belaka..

Si A mengharapkan balasan..ungkit-mengungkit menjadi kebiasaan.nanti hanya mengundang kekecewaan... (ops,terasa..huhu :p)

Si B pula hilang kemanisan kusyuk beribadah..kerana 'kusyuk itu adalah ikhlas'..bila tiada ikhlas cepatlah terasa jemu, kualiti ibadah akan berkurang,solatnya bukan lagi kerana Allah..


Si C pula, terkena penyakit ahli ibadah..Riya' (megah/bangga). Dia takut dipuji orang dengan kebaikan yang ingin dibuat..tapi sebenarnya dia telah Riya'.Apa yg ditakutkan itulah riya'.kalau dia benar2 ikhlas, dia tidak akan berfikiran begitu..

Si D pula entah kerana apa dia berdakwah..mungkin kerana manusia..mungkin kerana apa..niatnya bukan lagi ikhlas kerana Allah,demi Islam tercinta..tapi telah tersasar...menyebabkan langkahnya tidak lagi kukuh di jalan dakwah..hatinya sudah semakin jauh..kerana teman amalnya hilang...ikhlas.


Tanpa ikhlas, umpama badan tanpa ruh..
amal tidak akan hidup..

"Innamal a'malu binniat.."
Setiap amalan itu bergantung pada niatnya...

Seseorang itu bisa mendapat pahala,dosa atau tiada apa2 hanya kerana niatnya...

Al-Fudhail ibnu 'Iyadh berkata,

"meninggalkan amalan kerana takut dipuji orang adalah RIYA'.. meninggalkan amalan kerana ingin dipuji orang adalah SYIRIK.. IKHLAS adalah jika Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.."


Jagalah hati dari dicemari noda2 yang menghalang ikhlas..
Biarlah segalanya diniatkan kepada Allah..segalanya akan datang sendiri pada kita..
Perbaharuilah niat..andai terasa hati mula menyerong beberapa darjah..^^

Hakikat ikhlas dan praktikalnya..

..seperti lautan dalam..ramai yg tenggelam di dalamnya..kecuali sedikit..

"..kecuali hamba2 Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.."
[Al-Hijr:40]

Sucikan hati..sucikan diri..selamat beramal, buat diri yang dhaif dan kalian~!^^
Ya Allah..jadikanlah kami di antara golongan yang mukhlisin..ameen ya rabb~



~~~~~~~~~~~~~~~~~


**Maaf lama tak update..^^

**Dah masuk system baru..Cardiovascular system..doakan saya berjaya & cemerlang dalam semua sudut.ameen~

**Sangat rindu makanan Malaysia & family..waa..nak balik..lama dah tak balik.musytaq ilaikum~

**Sedang menanti kelahiran anak saudara ku yang lagi sorang..mungkin hujung bulan ni,atau awal April..pengumuman bagi yang belum tahu, saya dah jadi Mak Teh ;) Sekian, wassalam.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

3 .:KoMeN:.:

Muhammad said...

Salam... Syirik juga spt semut hitam yg melata di atas batu yg hitam di malam yg gelap gelita... jd hati2 dgn syirik kecil nie... slalu la beristigfar dan memberi sedekah secara tersembunyi bg mndapat keredhaan Allah...

nurul88 said...

w'salam..
terima kasih atas pandangan..:) jazakallah

Saybee said...

syukran :) mohon share :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...