25 March 2010

.:OH,SI SEMUT HITAM~:.

Perhatikan 4 situasi ini....

Situasi 1:

Ina: "Aku nak pergi Jatos la..jam aku tak jalan2..bateri habis kot.."

Ani: "Pegi la..bukan ada ape hari ni..", jawab Ani buat-buat tak faham maksud tersirat Ina.

Ina: "Erm...ala..takkan nak pegi sorang2...orang culik kang macam mana?..", sambil tersengih pada Ani.

Ani: "Hmm..agak dah..nak suruh teman la tu..ok la,ok la..jom2.siap cepat!"

Ina: "Yeay....sayang Ani.Ani baik..hehehe...", ceria wajahnya bila Ani sudi menemani..


Beberapa hari kemudian....

Ani: "Sape nak ikut aku pegi Bandung sabtu ni..?"

Rakan rumahnya yang 6 orang menyepi...

Siti: "nak buat ape pegi Bandung?"

Ani: "Ni..nak pegi BEC..Handphone aku rosak la..ingat nak beli HP baru..jom~", sambil sengih kambing..

Siti: "Erk..tak larat la...malas..huhu"

Ina: "Aku pun malas..takde apa nak beli...lagipun kerja bertimbun tak siap lagi..huhu"

Ani: "Ala Ina...jomla, jomla...macam ni la..hari tu aku teman ko pegi Jatos..jomla teman aku pulak...."

Ina jadi serba salah...sedangkan kerja2nya yg penting masih belum selesai...
Memikirkan sahabatnya yg mengharap ditemani semula..dia menggagahkan diri...di hatinya terdetik prasangka....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 2:

Di sebuah bilik kecil, comel & indah...

Jam 4.15 pagi...
dalam gelap..ada sosok putih sedang bergerak..
dari berdiri...hingga sujud..dan sujud lagi...akhirnya..sujudnya begitu lama...
terdengar esak tangisnya...& bisikan2....

Hamba Allah itu sedang solat tahajjud..

Hari-hari lainnya...

Usai azan zohor, insan itu masih di kerusi empuknya..
laju benar dia menaip...
1 jam selepas itu..dia mengambil wudhu'..dan solat..
hanya 2 minit..selesai..dia melipat telekung..
sangat tergesa-gesa..seperti ada yang memanggil2...
Terus dia duduk di meja belajarnya..
Menaip sesuatu di laptop...sibuk benar dia..
sedang chatting bersama seseorang....

Erm,apa yg terjadi sebenarnya..?

Oh, dia kehilangan nikmat 'kusyuk' dlm solat...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 3:

Ali..
Seorang pemuda tampan..
hebat bergaya lagi faqih..
pandangan sentiasa tertunduk..
senyumannya tak pernah lekang di bibir..

Usai azan Asar berkumandang, terlihat tubuhnya sudah terpacak di atas sejadah...

Usai solat..Abu dan Ali berjalan keluar untuk bermain..

Abu: "Ali..nape tak pegi masjid je tadi? kan dekat je..pahala pun banyak lagi. selalu kau solat awal..tapi kan lagi elok jemaah kat masjid je.."

Ali: "erm..bukan taknak pegi..kau tengokla..petang2 ramai orang baru balik kelas la..apela..aku tak nak la orang kata aku alim..budak masjid..baik..nanti tak pasal je aku jadi riak...."

Abu: "erk..macam tu pulak...", (dalam hatinya bermonolog, 'bukankah itu yg namanya riak?'huhu)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 4:

Dalam sebuah meeting persatuan pelajar Islam yang bernama AIMAN,

Said: "Ana serahkan tugas menjalankan Kempen Cinta Syar'ie ini kepada enta, Zaid. boleh?"

Zaid: "InsyaAllah..ana akan cuba sedaya upaya ana..", senyum & tenang.


Di sebuah meeting lain hari berikutnya..

Amir: "Zaid, nanti tolong handle ta'alim yang kita buat setiap minggu tu ye..bahagikan tugas2 yang ada baik2..nanti ana nak laporan.."

Zaid: "Oh..ok..insyaAllah..ana cuba.nanti ana bagi next meeting.."


Bulan berikutnya..dalam satu meeting..

Amir: "Zaid mana?"

Umar: "dia cakap dia tak boleh datang..ada kerja lain.."

Amir: "owh..takpelah kalau macam tu..kita mulakan meeting kita dgn ummul quran...."

Di sebuah bilik kecil...
Zaid sedang enak dibuai mimpi...
dia tidak mahu hadir ke mesyuarat, mengelak dari diberi tugas...
dia sudah letih dengan kerja2 dakwah...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ada 4 situasi berbeza...
Dengan masalah yang serupa..

Situasi 1 : seorang sahabat..menemani sahabatnya yang memerlukan..
namun, dia mengharapkan balasan..mengungkit kembali kebaikan yang pernah dibuat...
kalau sahabatnya sudi membalas, dia bahagia...
kalau sahabatnya tidak peduli? hanya kecewa....

Situasi 2 : seorang hamba Allah yang mujahadah dengan tahajjudnya..kusyuk menghadap rabbnya..tiba2 suatu hari..solatnya terganggu..dari solatnya yang kusyuk,dihayati bait-bait kalimah Ilahi..zikir dan doanya penuh syahdu & sendu...berubah menjadi secepat kilat, bacaannya hanya cukup syarat,tiada lagi duduk lama di tikar sejadahnya..doanya entah ke mana..kusyuknya hilang...entah kepada siapa dia solat dan menyembah..



Situasi 3: seorang pemuda..solatnya tepat pada waktunya..rajin melakukan ibadah..tapi, jarang sekali solatnya di masjid dan kebaikannya dizahirkan..kerana dia takut orang memuji..yang akan menimbulkan riak di hatinya..dia takut hatinya tercemar dengan riak...erm,betulkah begitu?

Situasi 4: seorang pemuda..aktivis dakwah..seorang yang sangat aktif..ramai yang mempercayainya. suatu masa, dia diberi banyak tugas...tapi entah kenapa, tiba2 di hujungnya, pemuda itu semakin jauh..tidak mahu lagi aktif dalam perjuangan bersama sahabat2...


Kenapa? kenapa semua situasi ini terjadi?

Yang mahu membuat baik..tapi, di sudut hati masih mengharapkan balasan insan..
Yang mahu melakukan ibadah kepada Allah..hilang kusyuknya..tidak istiqamah..
Yang mahu membuat kebaikan...tidak mahu menzahirkan & teragak2 kerana takut pujian orang menimbulkan riak..
Yang da'ie yg mahu berdakwah, tiba2 menghilangkan diri..terasa mudah lelah, serta bosan...

kerana..
hilang mutiara yg paling berharga...
iaitu RUH kepada amal...
yang namanya..

I.K.H.L.A.S

Ikhlas, umpama semut hitam, yang merayap di atas batu hitam..di malam yang gelap gelita..
tidak kelihatan...dan perlukan mujahadah.
ia perlu ada untuk sebuah kebahagiaan..

Kebahagiaan ketika memberi..
Kegembiraan ketika membantu..
Kemanisan ketika beribadah..
Kesenangan ketika berdakwah...

tanpanya, segalanya akan menjadi sia-sia belaka..

Si A mengharapkan balasan..ungkit-mengungkit menjadi kebiasaan.nanti hanya mengundang kekecewaan... (ops,terasa..huhu :p)

Si B pula hilang kemanisan kusyuk beribadah..kerana 'kusyuk itu adalah ikhlas'..bila tiada ikhlas cepatlah terasa jemu, kualiti ibadah akan berkurang,solatnya bukan lagi kerana Allah..


Si C pula, terkena penyakit ahli ibadah..Riya' (megah/bangga). Dia takut dipuji orang dengan kebaikan yang ingin dibuat..tapi sebenarnya dia telah Riya'.Apa yg ditakutkan itulah riya'.kalau dia benar2 ikhlas, dia tidak akan berfikiran begitu..

Si D pula entah kerana apa dia berdakwah..mungkin kerana manusia..mungkin kerana apa..niatnya bukan lagi ikhlas kerana Allah,demi Islam tercinta..tapi telah tersasar...menyebabkan langkahnya tidak lagi kukuh di jalan dakwah..hatinya sudah semakin jauh..kerana teman amalnya hilang...ikhlas.


Tanpa ikhlas, umpama badan tanpa ruh..
amal tidak akan hidup..

"Innamal a'malu binniat.."
Setiap amalan itu bergantung pada niatnya...

Seseorang itu bisa mendapat pahala,dosa atau tiada apa2 hanya kerana niatnya...

Al-Fudhail ibnu 'Iyadh berkata,

"meninggalkan amalan kerana takut dipuji orang adalah RIYA'.. meninggalkan amalan kerana ingin dipuji orang adalah SYIRIK.. IKHLAS adalah jika Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.."


Jagalah hati dari dicemari noda2 yang menghalang ikhlas..
Biarlah segalanya diniatkan kepada Allah..segalanya akan datang sendiri pada kita..
Perbaharuilah niat..andai terasa hati mula menyerong beberapa darjah..^^

Hakikat ikhlas dan praktikalnya..

..seperti lautan dalam..ramai yg tenggelam di dalamnya..kecuali sedikit..

"..kecuali hamba2 Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.."
[Al-Hijr:40]

Sucikan hati..sucikan diri..selamat beramal, buat diri yang dhaif dan kalian~!^^
Ya Allah..jadikanlah kami di antara golongan yang mukhlisin..ameen ya rabb~



~~~~~~~~~~~~~~~~~


**Maaf lama tak update..^^

**Dah masuk system baru..Cardiovascular system..doakan saya berjaya & cemerlang dalam semua sudut.ameen~

**Sangat rindu makanan Malaysia & family..waa..nak balik..lama dah tak balik.musytaq ilaikum~

**Sedang menanti kelahiran anak saudara ku yang lagi sorang..mungkin hujung bulan ni,atau awal April..pengumuman bagi yang belum tahu, saya dah jadi Mak Teh ;) Sekian, wassalam.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

04 March 2010

.:RAHSIA ALLAH, SIAPA YG TAHU?:.

Mengintai Nur di sebalik Kelam~

Bismillah..
Ku mulai penulisan ini dgn terjemahan Ayat Cinta Rabbiku yg menenteramkan..


"Tiada suatu musibah pun yg terjadi di muka bumi & tiada pula yg menimpa diri kalian, melainkan semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz sebelum Kami menciptakan bumi & diri kalian.."
[Al-Hadid:22]

Pena telah mengering..lembaran catatan telah dilaporkan, segala urusan telah ditetapkan, semua takdir telah diputuskan..
Maka tidak sekali-kali kita, sebagai hamba Rabbul 'Izzati, mengalami musibah kecuali menurut apa yg telah ditakdirkan oleh Allah buat kita..

Yakinlah dgn takdir Allah, segala sesuatu yg terjadi bukan utk melemahkan diri, tetapi menjadi pembangkit..dan Allah itu Maha Pengasih..Dia tidak akan menzalimi hambanya.

Musibah hanya sekadar ujian, dicuit sedikit utk menguji teguhnya imanmu..mencungkil kembali kekuatanmu yg luntur, mengayam kembali keyakinanmu padaNya..bahawa hanya Allah tempatmu mengadu & tempatmu memohon pertolongan & harapan..


Andai teguh keyakinan ini terpasak, insyaAllah..
Musibah akan terasa bagaikan pemberian,
Ujian terasa bagaikan anugerah,
Segala kejadian yg dialami terasa bagaikan sebuah penghargaan yg diberikan pada kita..


"Sesiapa yg dikehendaki Allah akan kebaikan, nescaya Allah akan memberinya cubaan.."


Kerana banyaknya dugaan yg dihadapi insan sekeliling..
Sahabat serumah..dengan kemalangan yg sememangnya bukan sengaja dicipta..
Satu hari..H balik menceritakan kejadian yg menimpanya..
Selang beberapa hari..D & E pula ditimpa ujian yg sama..cuma lokasi & kisahnya berlainan..
Keesokannya pula B menelefon ditimpa kemalangan juga~
terkejut, risau, berdebar mendengar berita sahabat2..
Astaghfirullah..wa na'uzubillahi min zalik..

Berita yg bertimpa2 berlaku..luka di sana sini, duit terbang utk membayar ganti rugi & membaiki kerosakan, dan pelbagai..apa rahsia disebalik kejadian yg Engkau rencanakan ya Allah..
Pasti..dan pasti ada hikmahnya...


Bergantung harap hanya padaNya..
Syukur..& syukur padaNya..kerana nyawa masih diselamatkan Allah..
Dia hanya mengingatkan kita..kematian itu akan datang, bila & di mana sahaja..
Lebih berhati-hati..dan cermat berada di muka buminya..
Dan...entahlah..
fikiran hamba tak dapat mencapai rencanaMu yg Maha Sempurna..

Belum lagi masuk ujian kesihatan ahli keluarga di Malaysia..
Tok Zah yg mengalami kanser, dan dibawa ke KL utk pembedahan..
Di sini pula, Aiza (junior) di masukkan ke ICU kerana Diabetic yg dialaminya..
Debar hati cukup tidak menenangkan..
Hanya berdoa..dan terus berdoa..
agar mereka semuanya selamat...
dan Alhamdulillah...mereka semakin pulih..
Engkaulah sebaik-baik Penyembuh...

Kejadian pecah rumah yg membawa kerugian..
berkali-kali menimpa pelajar Malaysia di sini...

dan..1001 ujian yg menimpa setiap insan di seluruh pelosok bumi ini..

dan diriku? andai dihitung sejak dilahirkan..ujian yg menimpaku & org sekelilingku...
entah berapa...

namun..ketahuilah..


Sahabat..saudara..& kalian yg ku kasihi..

Segalanya telah ditetapkan oleh Nya..
PilihanNya memang menghendaki demikian..
Dan Dia telah memilihnya..
Pahala telah disediakan..
dan Dosa telah dihapuskan..
Kifarah..kifarah kita yg faqir...

Selamat & Sejahteralah buat mereka yg berSABAR atas apa yg dialami..
dan REDHA mereka kpd taqdir Allah Yg Maha Memberi, Maha Mengambil, Maha Menyempitkan..dan Maha Melapangkan..

Segalanya bersangkutan pada keimanan kita pada Qada' & Qadar Allah yg telah mencatat & memutuskan segala kejadian..
Tanpa keimanan ini, ketegangan urat saraf takkan mengendur, keraguan takkan lenyap, kegundahan takkan reda..

Hindarilah diri dari penyesalan tak berkesudahan..
Kita tak dapat menghalang air daripada tumpah..
Tak dapat menghentikan badai dari terus mengamuk..
tak dapat pelihara kaca dari retak seribu..
akuilah keputusan Allah..
Semoga hati terus tegar & tenang setelah melakukan ikhtiar semaksimal mungkin, dgn segala upaya...
Kemudian..langkah terakhir, tawakkal & redha..

Pastikan kalian tidak berkata..
"Seandainya kulakukan begini & begitu, tentu kejadiannya berbeza.."

Tapi..berkatalah..
"Allah telah mentaqdirkan demikian & segalanya yg dikehendakiNya pasti akan berlaku.."

Sebaik-baik ucapan org Arab semasa zaman jahiliyah ialah ucapan seorg penyair yg mengatakan...

"Betapapun bertubi-tubinya kesulitan..namun pasti akan berakhir..kemudian lenyap utk tidak akan kembali lagi.."

Bersama tangisan pasti ada senyuman..
Bersama ketakutan pasti ada keamanan..
Bersama kegelisahan pasti ada ketenangan..

Sesungguhnya..
Bersama kesulitan, pasti ada kemudahan..

Yg berlalu..biarlah berlalu..usah lagi diratapi..

Jangan bersedih..senyumlah~:) Allah bersama kita..

Tersirat AsrarMu, tersurat rahmah penuh hikmah..

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...