19 January 2010

.:Berusahalah menjadi yg terbaik~!:.

Bismillah...hanya dengan namaMu Ya Allah Yang Maha Agung..
Alhamdulillah,tiba-tiba hati ingin menggerakkan tangan untuk berkongsi sesuatu..
Thank you to Allah, Yang menyedarkan hati dan menggerakkan jari jemari ini.

Seringkali terdengar..samada secara langsung (diucapkan terus kpd diri) atau tidak langsung (diucapkan kpd org lain & telinga ini mendengar)...

"sape la aku...aku tak layak...bukan baik pun.."

"aku ni biasa je..ilmu dah la tak banyak..sekolah pun biasa je, mana la layak nak tegur2 orang, nak buat kerja2 dakwah ni....haish, baik suruh orang lain...tu,tu...ha,dia tu bagus..kalau aku? janganla....rosak je nanti.."


Hmm, nak kata memang selalu sangat dengar ucapan2 ni..dari dulu, sampai sekarang...
dan di sini, saya sebagai orang biasa, dari sekolah biasa (bukan agama), ilmu biasa-biasa, bakat biasa-biasa, cakap biasa-biasa, personaliti biasa-biasa, tapi di sudut hati ingin selalu menjadi 'luar biasa'.

Dari di sudut hati tu, saya ingin berusaha semampunya supaya 'luar biasa' itu tercapai..bukan hanya disimpan rapi di sudut hati..tapi, cuba dikeluarkan melalui tindakan semampunya.



Tujuan Hidup..

Kalau di tanya, apa tujuan hidup kita? majoritinya semua dapat jawab dengan baik....

Dari mana kita datang..
Untuk apa kita datang (diciptakan)..
Ke mana kita akan kembali..

Jawapannya hanya satu....

ALLAH

Allah yang bukan sekadar kalimah, tapi 'DIA lah ALLAH, Yang Maha Esa'..[Al-Ikhlas: 1-4]
Tuhan sekalian alam, sekalian makhluk.

Di mana kini, kalimah agung Al-Jalalah itu menjadi isu hangat di tanah air Malaysia.. Yang mungkin dengan penggunaan kalimah itu oleh mereka yg memohon itu adalah salah satu strategi untuk merosakkan umat islam..berhati-hatilah saudara seaqidahku dengan strategi 'mereka' yg tidak akan berpuas hati dgn kita selagi kita tidak mengikuti agama mereka..[Al-Baqarah: 120]

Moga para ahli 'ilmu dan pemimpin yg faqih dapat tampil bersama2, berbincang dan mencari solusi yg paling berhikmah dalam menyelesaikan isu aqidah ini dan memberi pendedahan kepada masyarakat muslim..bukan sekadar perbalahan kosong,utk kepentingan diri atau politik serta tindakan tak bermaruah yg makin merunsingkan dan membakar hati. Mereka ligat mencari helah, kita harus lebih hebat & bijaksana mencipta strategi..


Ok..kembali kepada objektif penulisan kali ni...

Semua tahu Allah yg menciptakan kita, tahu apa tujuan kita diciptakan..tahu siapa kita..

Siapa kita?

Hamba

dan

Khalifah (pemimpin)

Hamba..semua orang kebanyakannya sudah sedar dia adalah hamba..solat 5 waktu, semua orang tahu kewajiban dia..segala ibadah wajib dan sunnah hanya untuk dirinya, untuk menambah berat penimbang amal soleh di SANA nanti..kerana tahu dia hamba.

Cuma, kadang2 terlupa dia hamba. Itu yang terjadinya kes kufur nikmat (tak bersyukur), tak redha, tak sabar, sombong dan sebagainya..

Tapi, tak ramai yg sedar dia adalah khalifah yg ditaklif (diamanahkan) oleh Allah di atas muka bumi ni..
Tanggungjawab pertama (hamba) dia dah settle, yang kedua belum lagi...
Dia BELUM SEDAR dia adalah pemimpin...


Pemimpin kepada diri sendiri..
Pemimpin kepada keluarga, sahabat, teman dan semuanya..

Pemimpin yg selain dari dirinya yg dipanggil juga--pendakwah..


berat kedengaran...
tapi,cuba ringankan dengan merasakan tanggungjawab untuk melaksanakan amar makruf, nahi mungkar' atau paling2 mudah..cuba mendidik diri untuk selalu 'ingin memberi'...


Situasi ini yg semakin ku lihat kini, dalam usaha peng'kader'an adik-adik baru ke dlm platform dakwah & tarbiyah di sini..alhamdulillah, ramai yg dapat menerima, hanya sedikit yg masih di dlm konflik diri..


Wasiat Luqman Al-Hakim..


Luqmanul Hakim, namanya terukir dalam Al-Quran. Seorang sosok yg dianugerahkan hikmah oleh Allah..Sang ahli hikmah, lelaki biasa, bukan nabi..nasihat2nya berharga, hingga di abadikan dlm Al-Quran oleh Allah, dan dlm As-sunnah oleh Nabi Muhammad SAW..

Salah 1 wasiat Luqman kpd anaknya..adalah "amar ma'ruf nahi mungkar".

"Ya bunayya (wahai anakku), dirikanlah solat & suruhlah (manusia) mengerjakan yg baik, dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yg mungkar.." [Luqman: 17]


'Ya bunyya'..panggilan manja dan mesra seorang ayah kpd anaknya..
Berpesan pada anak2nya, untuk mengajak kpd kebaikan..mencegah segala keburukan..
Tidak kira dia siapapun..kewajiban jatuh di atas bahunya..


"Dan orang2 beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka(adalah) menjadi penolong sebahagian yg lain. Mereka menyuruh yg ma'ruf, mencegah dari yg mungkar.."[At-taubah: 71]

Ma'ruf adalah segala yg sesuai dgn Al-Quran & Sunnah..
Mungkar adalah segala yg bertentangan dgn Al-Quran & As-sunnah.

Rasanya semua dah tahu..sedangkan Lim Guan Eng pun pandai sebut dah..huhu.Mungkin makna yang difaham lain..hanya buat baik, dan jangan buat jahat. Semua agama mahu penganutnya begitu bukan?

Tapi, Islam perlu lebih dari mereka, sbb kita ada Al-Quran & As-Sunnah : The best guidance~

Allah SWT pun memuji umat Islam..

"Kamu adalah umat terbaik yg dilahirkan utk manusia, menyuruh kpd ma'ruf, dan mencegah dari mungkar serta beriman kpd Allah..." [Ali Imran: 110]

Pujian 'umat terbaik' kpd kita seharusnya dihargai..dibuktikan, bkn merendah2kan diri..sedangkan Allah sendiri yakin dgn kita..patutnya,kita ambil sebagai motivasi & pembangkit semangat~

Sasaran kita adalah manusia, hati manusia yg perlukan sentuhan yg berseni..kerana objek sasaran kita adalah pelbagai. rambut sama nampak hitam..tapi hati ada yg lembut, ada yg keras, ada yg suka mee, ada yg suka bihun...jadi,cara perlu lah kreatif dan pelbagai..dan itu juga perlukan ilmu..ilmu memikat.

Contohnya, bab memberi nasihat..
sebaiknya secara sembunyi..personal dgn org yg nak dinasihatkan..
dari Abu Darda',

"siapa yg menasihati saudaranya terang-terangan, dia telah mencelanya, siapa yg menasihati saudaranya secara sembunyi, dia telah memperindahkannya.."


Jadi..bila nasihat diberi secara personal tak diendahkan & tak berhasil, terus saja nasihat secara terbuka. Terutama bila dia melakukan maksiat secara terang-terangan..

dan ilmu2 lainnya....


5 Bekal..

5 bekal bagi orang yg melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar..

Pertama ~ Niat..dilandasi dgn niat IKHLAS krn ingin membantu agama Allah. Kerana niat, menjamin seseorang itu boleh terus berada dlm jalan 'erti hidup pada memberi'.

Ke-2 ~ Ilmu..
jadilah tamak dgn segala ilmu. Segala sesuatu yg baru, yg membawa kebaikan itu adalah ilmu. Ikutlah peredaran zaman, jangan masih ditakuk lama. Ilmu agama paling penting..disamping ilmu2 yg kita ambil sekarang. Zaman semakin mencabar, ilmu lah yg blh dijadikan senjata & perisai diri..namun, ilmu tanpa amal, takkan sempurna dan sia2.

Ke-3 ~ Hikmah..
bijaksana, lemah lembut, kasih sayang, belas kasihan & tiada kekerasan.

Ke-4 ~ Sabar..Sabar itu cahaya.Sabar itu indah..Allah sendiri berfirman dlm wasiat luqman, "dan cegahlah mereka dari perbuatan mungkar & bersabarlah dgn apa yg menimpa kamu.." [Luqman: 17]. Mengajak kpd kebaikan mudah berbanding mencegah kemungkaran..krn di situ UJIAN sedang menunggu.

Ke-5 ~ Amal..
jangan jadi si ketam yg mengajar anaknya berjalan..sedang dia sendiri jalan tak betul lagi..suruh org lain buat baik, tapi diri sendiri tak buat..[2: 44]. Mulakan dari diri sendiri~ Allah akan menguji apa yg kita katakan..jadi, berhati-hati dan beringatlah selalu. Moga kita dijauhkan dari perkara yg mengaibkan diri..


Erm, perlu berubah? Keikhlasan dan kebaikan itu boleh bermula dari keterpaksaan..berubahlah dalam keterpaksaan untuk suatu perubahan yg kekal suatu hari nanti. Harapnya~Tak salah memaksa diri utk mendapat redha Allah bukan..cuma jangan lupa betulkan & perbaharui niat selalu..sikit2..lama2 jadi 'bukit'..utamakan 'keselamatan'.Jgn pula tersasar..

Pesan Cik Kura: 'Biar lambat, asalkan selamat (sampai tujuan--redha Allah)


Wahai Si pemberi kebaikan..

wahai org yg memberi pengajaran & nasihat kpd org lain..
hendaklah kamu menasihati diri kamu sendiri..

kamu memberi ubat kepada org yg sedang sakit..
sedang kamu sendiri sedang sakit..

kami melihat kamu berusaha memperbaiki akal kami dgn memberi petunjuk,
namun ketahuilah usahamu itu takkan berhasil, kerana dirimu sendiri jauh dari petunjuk tersebut...

Mulailah dari diri sendiri, cegahlah diri sendiri dari perkara yg menyimpang..maka kamu org yg bijaksana..kamu akan diterima untuk memberikan nasihat, ucapan dan..ajaran kamu layak utk diikuti..

Jgn kamu mencegah suatu perbuatan, sedang kamu sendiri melakukannya..ia merupakan aib yg teramat besar jika kamu melakukannya...


Rasulullah dgn wajah tenang dan bercahaya pernah menegaskan..

"waktu aku di isra' kan oleh Allah, aku melihat orang2 yg bibirnya dipotong dgn gunting api neraka,kemudian aku bertanya, 'wahai Jibril, siapakah mereka itu?'. jwb Jibril, 'mereka adalah para pembicara dari umatmu, yg mengajak kpd kebaikan, akan tetapi mereka melupakan dirinya sendiri.Padahal mereka membaca Al-Quran, apakah mereka tidak berfikir..?"
[HR Ahmad & Ibnu Hibban]

Serulah kpd kebaikan...
Cegahlah dari kejahatan...

Andai engkau melihat kemungkaran..
ubahlah ia dgn tanganmu..

jika tidak bisa dgn tanganmu..

ubahlah is dgn lidahmu..

jika tidak bisa dgn lidahmu..
ubahlah ia dgn hatimu..(membenci & berdoa)

yg demikian adalah selemah2 iman..



**Sama2 kita berusaha..anda mampu mengubahnya~!(^_^)v



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah

.:'abid sakina:.

5 .:KoMeN:.:

Mujahidin said...

Tiada yang sempurna kerana diciptakan manusia dengan pelbagai jenis,ragam,pemikiran dan sebagainya..

Jadikanlah kelebihan yang kita ada sebagai pelengkap kepada kekurangan seseorang itu...

Ayuh kita bangun menegakkan Kalimah Allah Yang Maha Agung...

Takbir!!!

sinar_islami said...

Sejuk hati ini membaca...
Moga redha Allah bersamamu ukhtie...

nurul88 said...

mujahidin: aiwah..insyaAllah,ameen..Allahu akbar~!

sinar: alhamdulillah..ameen..utk ukhti di sana juga..:)

duha said...

jazakillah atas peringatan n pengisian yg bermakna nih..

:)

nurul88 said...

duha: wa iyyaki my dear sis..moga kita terus semangat di jln ini..:)ameen

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...