27 December 2010

.:Usrah kita, Syurga dunia:.

Assalamu'alaikum..bertemu kembali :)
Alhamdulillah diberikan waktu oleh Allah.
Bercuti selama seminggu, sayang sekali kalau tak mencoret sesuatu..
Masih di Bandung, jelous dgn teman2 yg pulang ke Malaysia..
Rindu sangat family..tambah2 bila tahu ada family gathering & melihat gambar anak buah saya yg comel tu. Putra & 'Uzma..


Ketika Usrah Bertasbih, Kenangan terindah



Teringat pertama kali di beri mandat membawa usrah di bumi Jatinangor ni..

Bersama Kak Khairi. Di kenalkan dengan adik2 comel & nakal.

Izzah, Duha, Sya, Illy dan Mawaddah..

Sejujurnya, sangat sayang kumpulan usrah ni..

Usrah yang saya beri nama Khaulah Al-Azwar..

Sempena nama seorang serikandi Islam yg sangat berani & penuh semangat..

Setelah Kak Khairi melangkah ke tahun 4, tinggal la saya sendirian menjaga adik2 nakal ni.hehe.


Sekarang, kami mungkin susah untuk berkumpul lagi..

Setelah kumpulan2 usrah muslimat di sini dirombak kembali, sebagai usaha untuk lebih sistematik. Saya mendapat adik2 usrah baru, mereka juga mendapat kakak naqibah baru. Yang pasti, kalian tetap adik akak..akak masih sayang kalian..huhu. Walaupun hanya Duha yg tetap jadi adik usrah untuk kumpulan baru ni, itu pun sebab dia tak nak sangat berpisah dgn kakak dia yg tersayang ni.hehe..peace Duha (^^)v


Kali terakhir kita berkumpul, berusrah, makan2..pada tanggal 5 Disember 2010.

Kat rumah Sya di Puri Indah..

Antara kenangan yang tak dapat dilupakan..


Sya sebagai MC yg bertauliah..merangkap tuan rumah, menu yg dibuat ialah air cocktail..sedap.

Izzah yg sepatutnya membentangkan akhbar islami..tapi dia tak sempat cari, at last dia ganti dgn video yg dibuat sendiri..sangat bermakna dear:) Dan Menu yg sempat dicarinya adalah ais krim..

Duha sebagai pentazkirah tentang kerendahan hati & berkongsi menu dengan Illy, bawa fries crispy..

Mawaddah sebagai ketua kumpulan, yg dah membahagikan menu2..dan paling special..mee bandung buatan sendiri yg sanggup di bawa naik turun angkot..sangatt sedap..sampai sekarang rasa lagi.hehe..

Illy sebagai pembentang hadis pilihannya tentang lelaki soleh & wanita solehah..

Akak pula hanya sebagai tetamu vvip membawa kek untuk hari jadi 5 orang untuk 1 tahun ni..hehe.maaf sangat2..itu je yang sempat bawa :)


Harap pertemuan kita bukan setakat itu..ye la, masing2 masih di Jatinangor. Harapnya, dengan ikatan ukhuwah yg dibina ini sampai ke syurga..:) walau kita dah balik Malaysia nanti, dah kerja, beranak pinak..kita tetap saling bertemu. Ok? Yang pasti, ingat pesanan akak, kalau sape2 nak kahwin tu, tunjuk kat akak dulu calonnya. Kalau akak setuju, baru boleh teruskan. Kalau tak, tak boleh.hehe..


Segala kenangan kita..

Dari awal pertemuan, di As-Syifa..

Di Bale,rumah kak khairi, rumah akakm, FK, Paparon Jatos, BGG & rumah Sya, harap tak dilupakan.

Maafkan segala kekurangan akak. Kalau akak kurang memberi apa yg kalian perlukan, kurang bertemu atau bertanya kabar atau masalah..maafkan ye. tapi, akak dah cuba buat yg terbaik utk kita. Untuk ukhuwah kita. Moga ada manfaatnya untuk kalian, jua menjadi bekal untuk kita ke SANA kelak.


Kena ingat..sebuah kumpulan usrah tu terdiri dari naqibah dan anak buah..dua2 berperanan untuk menghidupkan usrah tu. Dua2 berperanan saling memberi manfaat buat yg lain..bukan hanya sebelah pihak. Saling memerlukan, simbiosis. Tak kisahla kita dengan usrah mana sekarang. Rukunnya tetap sama. Taaruf, Tafahum, Takaful..Saling mengenal, saling memahami, saling membantu..dlm segalanya.


Jadi, secara tak langsung, dari usrah yg kecil ni, kalian dah bagi banyak perkongsian untuk akak jugak. Dari tazkirah korang..sampai la gosip korang. Terima kasih banyak2. InsyaAllah segalanya ada manfaat.hehe..^^ [gurau je]


Ini petikan dari video yg Izzah buat..[tak boleh di publish di sini]


"Ingat lagi tak masa kita mula2 jumpa dulu?

Ada Mawaddah, cik ketua kita yg cakap ala-ala budak hip-hop yg suka senyum..

Ada Sya yg vogue yg sentiasa semangat bila bercerita..

Cik Duha yg awal2 lagi kita dah tau die ni peramah..

Inche Illy rocker yg pandai berpuitis..

Izzah yg mula2 korang ingat budak pendiam..komen2..

And last but not least, Kak Emang yg asik kena buli dengan Adik2 tadi..^(muahahaha)^"


[dgn lagu latar, Untukmu Teman & Sebiru hari ini dan gambar latar picnic di BGG dan lain2..huhu]


"Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini"

[Sebiru Hari ini : Edcoustic]


Itulah kenangan..

Moga pertemuan kita kerana Allah, Berpisah kita jua kerana Allah.

Ukhuwah itu indah andai bertemu & berpisah kerana Allah..

Bertemu kita tak akan jemu..Berpisah kita tak akan gelisah..

InsyaAllah :)


Semoga kita semua terus semangat mencari redhaNya.

Di mana jua kita berada, biarlah kita menjadi orang yg bermanfaat untuk sekeliling kita.

Jangan berhenti berusrah. Seperti kata2 seorang murabbi, "Usrah itu sampai mati!"

Jangan liat melangkah ke usrah, kerana usrah itu syurga kita di sini.

Jangan lelah memberi, kerana ia mahar untuk ke syurga..



Mencontohi Khaulah Al-Azwar, Bidadari Besi


Ingat lagi cerita Khaulah Al-Azwar? Nama ini bukan saja2..tapi terselit harapan.

Sya, cuba ceritakan balik…:D teringat Sya bercerita dulu..ingat sampai sekarang..

Khaulah Al-Azwar - seorang serikandi yg juga diberi gelaran 'Bidadari Besi'

Nama indah seiring peribadi. Seorang yg tangkas, berani & penuh semangat memastikan kemenangan Islam.


Wanita yg hidup pada zaman para sahabat. Adik kepada Zirar Al-Azwar. Handal dlm peperangan.

Mempunyai Skill dan teknik berperang yg diwarisi oleh ayah mereka. Mahir berpedang dan berkuda.


Serikandi Khaulah terlibat dalam beberapa peperangan, Perang Yarmouk dan yang paling masyhur, semasa peperangan tentera muslimin menyelamatkan Zirar (abangnya) yg ditawan Rom.

Dari jauh pihak umat Islam yg diketuai Khalid Al-Walid dan musuh melihat satu kelibat meluncur laju dgn kudanya..

Serba hitam, berserban hijau, skarfnya sebagai topeng.

Terus meluru ke arah musuh, dengan tangkasnya bertempur dan menjatuhkan seorang demi seorang musuh islam sewaktu tentera Islam sudah kepenatan.

Sehinggakan panglima perang sebelum skuad Khalid tiba berkata, "dia berlawan seperti Khalid,tapi jelas, dia bukanlah Khalid..!"


Setelah melihat kejadian itu, tentera Muslim bangkit semangat & terus berjuang.

Dan akhirnya, setelah itu didedahkan identitinya..betapa terkejutnya tentera muslim melihat dia adalah seorang wanita sehingga ada yg mengatakan, Khalid Al-walid hampir terjatuh dari kudanya bila mengetahui hal itu..

Akhirnya mereka berjaya bebaskan Zirar di operasi berikutnya, di Gaza, Palestin.


Cerita berikutnya, ketika Khaulah & mujahidah2 lain ditawan dlm Perang Sahura.

Mereka dikurung beberapa hari. Tapi, jiwa Khaulah sentiasa hidup & tak pernah berputus asa.Dia beri kata2 semangat kepada yg lain supaya tidak lemah semangat dan tidak akur kepada kehendak musuh. Mereka bangkit kerana sedar, syahid itu lebih baik dari menjadi hamba musuh islam. Akhirnya mereka ramai2 menentang pengawal2 di samping doa yg tak putus2..dengan takbir & keyakinan datangnya pertolongan Allah, akhirnya mereka berjaya lepaskan diri..


Itulah secara ringkas, peringatan untuk kita..moga semangat, kekuatan, keberanian Khaulah Al-Azwar mengalir dalam tubuh kita..jadilah kita seorang yg sentiasa menebar semangat dan manfaat bg org lain.ameen~


Usrah Kita, Syurga Dunia


Usrah adalah tempatnya membina jiwa2 insan yg ditarbiyah dengan sentuhan Allah..

Tempatnya di mana malaikat2 turut bersama menyaksikan..

Usrah adalah taman indah untuk menumbuhkan bunga2 ukhuwah (persaudaraan) dan mahabbah (kasih sayang).

Usrah ini taman syurga..tarbiyah ini akan membawa kita ke syurga..


Bagaimana tarbiyah Rasulullah yg sgt berkesan di zaman para sahabat..sehingga Islam dapat bertahan dan tersebar hingga ke hari ini walau tanpa jasadnya..

Betapa empati yg disalurkan dari Rasulullah, membuat semua merasa dihargai..


Kerana usrah, betapa ramai sahabat yg menjadi seperti magnet utk menarik orang sekeliling ke arah kebaikan..

Kerana usrah, ramai sahabat yg sanggup bersusah payah untuk mendapatkan secebis ilmu dari sang Rasul Saw..

Kerana usrah, menguatkan ruhiyah para sahabat untuk berdamping dengannya di syurga kelak..

Kerana usrah, Islam kini kita rasai..


Seperti lafaz murabbi agung, Rasulullah Saw


"Tidaklah sebuah kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah2 Allah, yang dibacakan di dalamnya kitab2 Allah & mempelajarinya dia antara mereka, kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kpd mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah menyebut-nyebut mereka kepada makhluk di sisiNya. Dan siapa yg lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.."

[HR Muslim]


Semoga ukhuwah dan cinta ini membawa kita ke jannah..


"CintaKu mesti, bagi org2 yg saling mencintai kerana Aku,

CintaKu mesti, bagi org2 yg bersilaturrahim kerana Aku,

CintaKu mesti, bagi org2 yg saling menasihati kerana Aku,

CintaKu mesti, bagi org2 yg saling mengunjungi kerana Aku,

CintaKu mesti, bagi org2 yg saling memberi kerana Aku.."

[Hadis Qudsi]


Indah bukan? Apa lagi yg lebih utama dan berharga melainkan mendapat Cinta dari Pemilik Cinta yg Maha Agung? :)


Uhibbukum fillah, Abadan Abada..syurga dunia yg akan membawa ke syurga SANA. InsyaAllah~


Istimewa buat adindaku :

Khairunnisa', Illyyinna, Izzah Fasihah, Mawaddah & Duha..:)

Semoga dirimu menjadi serikandi hebat yg solehah lagi muslehah~ameen




"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

23 December 2010

.:Ukhti (Saudariku):.


Ukhti
Hari ini aku berdiri
Menggenggam bara api
Di hadapanmu ya ukhti
Disaksikan Ilahi Rabbi


Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjunjung titah Ilahi
Memimpin umat ke jalan selamat
Jalan Islam yang penuh rahmat
Beribadat kepada Allah jadi matlamat
Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat


Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Menjulang kitab suci
Ayat-ayatnya difahami dan di hayati
Menegakkan Syari’ah di dalam diri
Kelak kan berdaulat di persada bumi


Ukhti
Engkau dan aku sama berdiri
Mendakap Sunnah Nabi
Mengangkat wanita setaraf lelaki
Nyawa, harta dan maruah dilindungi
Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni


Ukhti
Hari ini kita sama berdiri
Mengikat satu janji
Memantapkan saf
Memimpin ummah
Mendaulatkan Syari’ah


~*~*~*~*~


Ukhtuki fillah
KakMaznah
13 Muharram 1432
19 December 2010 



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

03 December 2010

.:Tetaplah di Jalan CINTA~!:.

    Assalamu'alaikum wbt..
    Moga semua sihat & ceria selalu ^_^
    Lama tak update blog. Rindu menjengah..
    Saya cuba luangkan sedikit masa untuk ini, moga bermanfaat.

    Sibuk.

    Tipu kalau saya mengatakan saya tak sibuk..
    Sebagai pelajar perubatan tahun ke-4 yg kuliah,tutorial,lab, skill lab menjadi rutin..
    Ketika masing2 sedang bergelumang dgn thesis, chapter 1, 2, 3 harus diselesaikan sebelum 17 Disember. Proposal presentation pada 20 Dis hingga awal Januari.
    'Kami' semakin sibuk..bila memikirkan sistem D & T di bumi Jatinangor..

    'Kami' merujuk kepada, saya & sahabat2 seperjuangan.
    D & T adalah dakwah & tarbiyah.


    Dakwah & Tarbiyah.

    Perkataan yg dulunya asing bagi saya. Dakwah mungkin tahu. Bila dengar, automatik keluar di kepala, BERAT.

    Tarbiyah. Masa di kolej baru tahu apa itu tarbiyah. Tak pasti dengar dari mana..yang pasti ianya juga BERAT.

    Kenapa rasa berat? kerana ia soal tanggungjawab.

    Kalau rasa berat, kenapa melibatkan diri dgnnya?

    Sebab, saya MAHU.

    Setiap kali saya dihantar Allah ke medan2 ilmu, dari sekolah, matriks, kolej hingga ke universiti, saya akan mencarinya. Kenapa? pada mulanya hanya kerana saya mahu menjaga diri saya. Saya takut saya tersasar, jadi saya masuk persatuan2, saya terima segala amanah/jawatan yg diberi. Saya harap, ia adalah perisai untuk saya menghadapi cabaran dunia kini.

    Kemudian, setelah berapa tahun bersama D&T, mungkin saya sudah mengenalnya, memahaminya sedikit. Kini, bukan lagi hanya untuk saya. Saya fikir untuk SEMUA. Saya punya tanggungjawab untuk semua. Kerana SEMUA itu adalah KITA. KITA adalah SATU. ISLAM.

    Ini baru diuji sedikit. Ketika sedang sibuk menyusun, mengorban masa & tenaga, mahu sistem tarbiyah menjadi sistematik, tiba2 diuji Allah, seorang demi seorang yg merupakan harapan pengembleng tenaga dlm tarbiyah ini mengundur diri.


    "Salam, saya nak undur diri dari menjadi naqibah. Saya ada alasan sendiri. Maaf."

    "Salam, kak. Saya rasa tak mampu nak bawa usrah. Saya nak quit. Saya dah fikir masak2. Maaf ye sebab tiba2.."


    Tahukah kalian kata2 itu sangat menusuk kalbu?
    Saya sedih. Perkataan 'maaf' itu sepatutnya bukan dituturkan pada saya.
    Tapi pada Allah. Allah memberi kepercayaan pada kalian, dan dengan mudah kalian menolaknya, kerana mengatakan kalian tidak mampu? kalian tidak mahu?
    Fikirlah..fikir bukan kerana saya sedih, tapi kerana Allah.

    Saya maafkan kalian. Saya tak tahu apa status kalian dengan Allah..
    Saya maafkan kalian yg menambah kerja saya, harus mencari pengganti, memadam nama anda dari senarai nama, print semula kertas, otak bekerja memikirkan hal kamu, emosi tak tentu risau jika ada lagi seperti kalian dan segala kerja lain..Saya maafkan itu.

    Tapi saya tak maafkan kamu sebab kamu kecewakan Allah.
    Setelah kita bersaksi DIA adalah Tuhan semenjak di alam ruh,
    Setelah kita diberi nyawa, penciptaan sempurna, akal yang sihat,
    Setelah segala makhluk diperintah sujud kepada kita,
    Setelah pelbagai nikmat dan kelebihan diberi ke atas kita..
    Bukankah ia dinamakan kufur nikmat?

    Entah bila kematian datang..
    Adakah tugas kita sudah langsai?
    Cukupkah rantaian pahala kita untuk simpanan di SANA kelak?

    Hanya mampu berdoa, moga Allah bukakan kembali hati kalian untuk bersama2 kembali di jalan KITA ini. Moga Allah memanggilmu kembali. Ameen.


    Jalan KITA, Jalan CINTA



    Jalan ini jalan cinta..
    Takkan dibiar santai selagi cinta tidak diuji..

    Surah Hud ayat 112. Tahu tak, Rasulullah sampai beruban kerana ayat itu?

    Fastaqim kama umirta!
    “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.”

    Fastaqim! Semuanya tentang nilai ISTIQAMAH.
    Betapa beratnya nilai istiqamah, sehingga Rasulullah juga merasakan susah.
    Yang berat itulah yg penting. Yang berat itulah yg perlu. Yang berat itulah cabaran.
    Bukan untuk calang2 orang, secara mudah, bukan untuk orang MANJA.

    Sampai Rasulullah sendiri bersabda, "Beristiqamahlah dan kamu tidak akan sampai pada hakikat istiqamah."

    Betapa hebat tarbiyah Rasulullah kepada para sahabat.
    Terlakar dalam sejarah Islam.
    Abu Talhah yang menjadikan ayat Allah sebagai solusi tika diri dalam delima,

    “Keluarlah sama ada kamu dalam keadaan ringan mahupun berat.”
    [Taubah: 41]

    Mahalnya mahar ISTIQAMAH.
    Maharnya adalah SYURGA.

    Seringnya lidah Rasulullah menuturkan ISTIQAMAH.
    Batapa ia sulit, dan perlukan mujahadah.

    Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah!”

    Itu pesanan nabi. Itu yang ditutur tika sahabat meminta suatu ucapan tentang Islam yg takkan didapati dari orang lain.

    Ringkas. Padat.
    Meliputi seluruhnya Islam.
    Istiqamah yg dibangunkan atas keimanan.

    IMAN yg merupakan amalan HATI.
    ISTIQAMAH yg merupakan amalan PERBUATAN. Walau ada secebis amalan hati.

    Syaratnya:

    LILLAH (Kerana Allah)
    MA'ALLAH (Bersama Allah)
    ILALLAH (Kepada Allah)

    Bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan & kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah, namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari..

    Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.
    Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.
    Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.
    Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.
    Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

    Beban kita berat,
    Jumlah kita sedikit,
    Musuh kita banyak.
    Eratkan ikatan kita, abadikan cinta kita.

    Tetaplah di jalan ini sahabatku.
    Ku kasihi dirimu kerana Allah, tiada yg lain.
    Moga Allah tetapkan hati kita dalam agama & ketaatan padaNYA, ameen.

    ~~~~~~~~~~~

    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    13 November 2010

    .:Ukhuwah,Benci dan Cinta:.


    Orang kata, "indahnya ukhuwah itu.."
    Ditambah pula..
    "..andai bertemu & berpisah kerana Allah"
    Aku berfikir..indah benarkah ia?

    Tika hati terluka lara
    saat benci menguasai sukma
    sejuta kebaikan lalu ditelan maya
    satu kesalahan mu menjadi sisa


    Ukhuwah kita ini kerana apa?
    hati kita ini kurniaan siapa?
    kata-kata mu juga dari mulut siapa?
    adakah dgn pinjaman ini niatmu sengaja?

    Mudahnya menutur maaf
    mudah juga memberi maaf
    bila hati sudah redha memaaf
    tapi masih berbekas, walau sudah memaaf..

    sepertinya sakit benar..
    sepertinya tidak merelakan..

    Ku renung dalam2 ayat itu..

    "bencilah kesalahannya,
    tapi jangan kau benci orangnya."

    Mampukah aku?
    berbuat begitu pada saudaraku, keluargaku,
    temanku,sahabatku & pada setiap yg ku cinta?
    Saat mereka 'ter' khilaf,
    adakah kemaafanku redha mengiringi kesalahan mereka?

    tapi, demi sebuah ukhuwah & cinta
    akan aku perjuangkan
    kerana Allah yang menjadi saksinya

    kerana pada setiap diri itu
    yang ku benci hanya khilafnya
    tetap cinta pada pelakunya
    yang ku sakit hanya pada katanya
    tetap sayang pada pelakunya

    Ku lihat kata2 As-Syafi'i
    "Aku mencintai orang2 soleh.."

    diteruskan dengan titisan jernih air mata
    "..meski aku bukan dari bahagian mereka,
    dan aku membenci para pemaksiatNya,
    meski aku tak berbeza dari mereka.."

    Insan hebat berkata begitu
    namun, aku ingin menjadi lebih hebat
    kerana Allah yang menjadi saksinya
    dalam tiap ikatan ukhuwah kita

    "kerana tiap yang beriman itu tetaplah rembulan,
    memiliki sisi yang kelam
    yang tak pernah ingin dilihat sesiapa pun,
    maka cukuplah bagiku memandang sang bulan
    pada sisi indah yang menghadap ke bumi.."

    Indahnya pada selalu memberi..
    Indahnya pada sesekali merasai..
    Kedua itu adalah saling..
    bukanlah asing2..
    seperti sang rembulan
    yang kadang harus menggerhanai matahari..

    Maafkanlah..
    Leraikanlah..
    Redhailah..
    hidup ini terlalu singkat utk membenci..


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ['Abid Sakina]
    Jantinangor, Bandung, 1316 pm
    gubahan 'dalam dekapan ukhuwah'





    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    09 November 2010

    .:My Sweety Niece & Nephew:.


    Assalamu'alaikum wbt..
    Setelah sekian lama tak bertemu di laman ini..:)
    Sekarang masih tak ada mood..

    Apa khabar semua? harap sihat ruhani & jasmani..
    Kali ni biar saya serikan blog ni dengan gambar2 penyejuk kalbu..
    Anak buah @ anak menakan (utara mari) saya yg pertama & kedua..baru dua orang, rajin la saya edit2 gambar..nanti bila dah ramai..maaf ye..Mak Teh letih nak edit2 ni dah..hehe.

    Dulu2 keciik je...sekarang,dah besar sikit..sikit je la..:) Dalam 8-9 bulan. Beza sebulan je dua2 ni.
    Dulu masa cuti raya 2 minggu sempat la jadi babysitter utk 4-5 hari..Along minta tolong saya & kakak ke-2 (sa'adah) untuk jaga putrinya..'Uzma Jamila (aka Ayek Umma). Jenuh...tapi, tu yang dinamakan PENGALAMAN..

    Belajar cara nak mendodoi baby,menyanyi, mandikan, bancuh susu & yg paling penting dan sangat tak best...nak cuci beyak (ber**).bucukk..hehe.Sekali Uzma BAB, menjerit saya..hehe..tapi,alhamdulillah, semuanya lancar.

    Bila dah pernah jaga, main, layan dua budak comel ni..mula la rindu..
    Terbayang2 wajah Putra & Uzma..
    Putra dengan jeritannya..
    Uzma dgn terkejutnya..
    Tapi, dua2 senyum manis..
    Aishh..sungguh tak tertahan..huhu~

    Achik Mus update yang Putra sekarang dah boleh berdiri, ber'tak teh'2 baru..buas..hehe.
    Uzma pula baru pandai golek2, baru nak merangkak kot? tapi dah tumbuh gigi dulu..:)
    Hebat anak buah Mak Teh ni..hehe..

    Dua orang ni kawan baik..
    Mentang sornag lelaki sorang perempuan..
    Si Putra ni pandai dah nak menggatal ye..
    Nak tau cerita? Tak payah la ye. Malas nak taip.hee.
    Hehe..nasib baik kecik lagi, besar nanti tak boleh ye sentuh2 'Uzma..
    Haraaaam~;)

    Jadi..ni la sedikit corat-coret tentang anak buah saya..
    Mempersembahkan...

    Putra Qayyum Asnawi
    &
    'Uzma Jamila


    Saat rindu bertandang~


    Ayek Umma..cak~!:)


    Putra...encemnya dia~8-)


    My brother, Muhammad & Putra, Umar Al-Mukhtar & 'Uzma.
    Muka fotostat..sejibik macam kecik2 dulu~:D



    Ni sketsa pendek dari Mak Teh..
    Mak Teh tengah rindu kat hampa..
    Tengok banyak sangat gambar..kita buat cerita sikit..hehe:)
    [Klik utk besarkan..]

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Update diri:

    **Sekarang dah start sistem baru, Gastrointestinal System (GIS). Tentang pencernaan la mudahnya. Doakan moga saya terus semangat & dimudahkan segalanya ye? :)

    **Alhamdulillah,saya dapat tajuk thesis saya,tentang Habbatus Sauda'. Kesan Habbatus-sauda' terhadap fungi..penasihat juga baik, cuma yang sorang lagi tak kenal.Harap dipermudahkan segalanya.ameen..

    **Duit saya makin kering..huhu.perlu berjimat cermat lepas ni.makin nak jimat..makin banyak masalah kena keluar duit.Baru ni skuter buat masalah pula.kena tukar kedua2 tayar..sedih.adeh~susah jugak nak jaga motor ni ye.

    **Saya nak update blog selalu..tapi, selalu ada halangan. Ish3..dugaan~nanti saya update sesuatu yg bermakna ye?

    **Abah Ummi insyaAllah jadi ke Amerika bulan ni.huhu..terasa jauh sangat pula.Nak pi jenguk Obama.Eh,taklah :) Jenguk Pak Long & family dan jalan2 sana..doakan mereka selamat pergi & balik ye.Nak itut...harap sangat abah ummi jadi datang Bandung bulan 12 nanti :)

    **Sekarang musim kahwin. Sepupu saya, Nadia yang sama2 nakal kecik2 dulu dah nak kawin,huhu..jeles2.Didoakan semoga bahagia hingga ke syurga..

    **Sekarang saya sedang memujuk hati saya untuk berlaku baik pada semua orang. Baru2 ni selalu sangat nak meradang..huhu~emosi kurang stabil..better watch out.huhu

    **Mohon maaf kepada orang yg telah dikecewakan saya, yang telah disakiti saya, yang telah dikejami oleh saya..maaf semaaf2nya..huhu~



    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    17 October 2010

    .:Puisi: Ku Ingin Bahagia Itu~:.

    ~Suci..~


    Ku ingin bahagia itu, tika dahiku beristirehat di tikar sejadah..

    Ku ingin bahagia itu, tika air mataku menyucikan wajah saat mengalun kalimah cintaMu..

    Ku ingin bahagia itu, saat orang lain gentar gundah gelisah,aku masih tenang mengingatiMu..

    Ku ingin bahagia itu Ya Allah, tanpa calit dosa di qalbuku..


    ~~~~~~~~~~~~

    ['Abid Sakina]
    5.15 pm, bilik,
    Jatinangor, Bandung
    bersama irama hujan~



    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    14 October 2010

    .:Wanita Paling Bahagia 3:Sejambak Mawar~:.




    Mawar Pertama:

    IngatLah, Tuhanmu ALLAH akan mengampuni orang2 yang memohon keampunan, menerima taubat orang yang menyesaLi dosa2nya dan menyambut setiap hamba yang kembaLi ke jaLan-Nya..

    Mawar Kedua:

    SayangiLah orang2 yang Lemah, nescaya engkau akan bahagia.BantuLah orang2 yang memerlukanmu dan memenuhi hajatnya, engkau akan disembuhkan & mendapat kepuasan. JanganLah engkau tebarkan kebencian agar seLaLu seLamat dan engkau akan dihargai..

    Mawar Ketiga:

    Optimis & bersangka baiklah, kerana sesungguhnya ALLah seLaLu bersamamu, para maLaikat sentiasa memohonkan ampunan untukmu, dan syurga teLah menantimu..

    Mawar Keempat:

    HapusLah air matamu dengan berbaik sangka kepada ALLah. UsirLah segaLa duka dengan mengingat segala nikmat-Nya yang teLah diLimpahkan kepadamu..

    Mawar KeLima:

    Jangan pernah menyangka bahwa di dunia ini ada orang yang bisa mendapat kebahagian sempurna, kerana tak seorang pun bisa memperoLeh segala yang diinginkan..

    Mawar Keenam:

    JadiLah seperti pohon kurma, tinggi cita2nya, kebaL dari penyakit dan biLa diLempar dengan batu ia membaLas dengan buah kurmanya yang manis dan bermanfaat..

    Mawar Ketujuh:

    Pernahkah engkau mendengar bahwa kesedihan dapat mengembaLikan sesuatu yang teLah berLaLu? dan duka Lara dapat memperbaiki sebuah kesaLahan? Lantas, untuk apa engkau bersedih?

    Mawar KeLapan:

    JanganLah mengharap datangnya ujian dan bencana, tapi berdoalah supaya beroleh ketenangan, kedamaian, dan kesehatan yang pasti datang dengan iZin ALLah..

    Mawar KesembiLan:

    Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat saLah kepadamu..

    Mawar KesepuLuh:

    Mandi, berwudhu', memakai wangian, siwak dan kerapian adaLah ubat mujarab untuk mengatasi segaLa kesusahan dan kesedihan..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    By: Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
    [Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia]




    "Jadilah wanita yang paling bahagia, umpama mawar yg indah & harum..membawa kedamaian seisi dunia :)"
    Wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yg segar menghijau...





    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    28 September 2010

    .:May Allah bless us:.


    “You granted me with life, Thank You…
    Where would I be without you…
    All these years You’ve gifted me with…
    Yet I’ll live for next year lies a myth…
    Grant my parents a long life…
    My hardships they managed to survive…
    Oh my Lord make me see with these eyes…
    Oh Merciful make me realise…
    Make me so greatful for those special Two…
    Alhamdulillah..wa syukrulillah...”


    Selamat Hari Lahir Yang ke-50, Ummiku sayang..:)
    [26th sept.2010]


    Istimewa buat abah & ummi..
    Sempena umur mencecah 50 tahun..tahun jubli emas..
    Selama 28 tahun Abah & Ummi hidup bersama..
    Doa dipanjat penuh kesyukuran..
    Moga dipanjangkan umur dalam ketaatan..
    Dimurahkan rezeki dalam keberkatan..
    Dikuatkan iman dalam kehidupan..
    Moga hidup semakin dekat padaNya..
    Bersama sekeluarga meniti hidup menuju redhaNya..
    Moga dilimpahkan kasih sayang Allah sebanyak2nya buat kita sekeluarga..
    Terima kasih atas segalanya..
    Sayang selalu :)


    Allahummarghfirli wa li walidayya warhamhuma kama rabbayani saghira~

    O Lord, forgive me, and my parents. O Lord, show mercy on them as they have nourished me when I was young..



    **tak dapat sambut birthday bersama lagi..:(
    **hanya ini pembuka mood untuk update blog.setelah genap sebulan..ish3.moga diberi kekuatan & semangat. Doakan saya :)





    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.

    26 August 2010

    .:Ramadhan: Di Pertengahan Sinarmu~:.


    Alhamdulillah, syukur masih diizinkan Allah untuk menulis..
    Ku melihat kalendar.."sudah 16 Ramadhan..".Pantas masa berlalu..

    Seawal Ramadhan tiba, saya & sahabat2 melakukan rutin solat tarawih di masjid sebelah rumah, Masjid Nurul Iman. Pada 1 Ramadhan, penuh..sangat penuh.sehingga jemaah terpaksa solat di kaki lima masjid. Semangat menyambut bulan mulia ini..
    Sehingga Ramadhan ke-10, mula melihat perubahan..semakin sedikit jemaah yg solat di situ..
    Hati tertanya2.."Ke mana mereka? Ke masjid lainkah? Atau..sudah tidak di masjid..erm"

    Seawal bulan mulia ini hadir..kita menyambutnya dengan ramah..
    "Marhaban ya Ramadhan" (Selamat datang Ramadhan), bagai menyambut kekasih nan mulia.
    Bulan di mana terhimpunnya pelbagai tawaran istimewa dari Al-Khaliq.

    Bulan taubat dan keredhaan..
    Bulan perbaikan dan iman..
    Bulan sedekah dan ihsan..
    Bulan pengampunan dari Ar-Rahman..
    Bulan berhiasnya Ar-Rayyan (syurga)..
    Bulan dibelenggunya syaitan..
    Bulan di dlmnya dihembuskan ruh, kerana ia lah bln kemenangan..


    Puasa Lahir & Batin..


    Lower your eyes, dont fight, conserve ur tongue, help poor people, pray, read the holy quran, smile..

    Bergembiralah orang yg berpuasa di dalamnya.
    PUASA yg bukan sekadar menahan lapar & dahaga..
    Bukan juga sekadar berkisar antara sah & batal..
    Kita tak mahu Ramadhan hanya ada 'rutin' biasa..
    Tapi kita mahu ada rutin yg luar biasa..
    Bukan sekadar sahur,berbuka,tarawikh..esoknya,diulang lagi…
    Mahukah kita? Adakah dgn itu kita akan peroleh taqwa dariNya?

    "Berapa banyak org berpuasa hanya mendapatkan lapar & dahaga..dan berapa byk org yg mendirikan ibadah di malam hari,hanya mendapatkan lelah berjaga sahaja.."
    [HR Nasa'i]

    Jangan puasa kita sia-sia..jgn segalanya sia-sia..kerana kita tidak berpuasa lahir & batin~!

    Hati berpuasa dari lintasan perkara2 maksiat & sangkaan2 buruk..
    Mata berpuasa dari melihat yg haram, tunduk takut pada Yg Maha Kuasa,selamat dari dosa.
    Telinga berpuasa dari mendengar fitnah,ghibah,khianat,lagu yg lagho..ia diam,mendengar zikir & ayat al-karim.
    Lisan berpuasa dari kata2 kotor & kalimah keji..ia sedekahkan kalimah toyyibah (kata2 baik),memberi senyuman..
    Tangan berpuasa dari menyakiti sesama,menghilangkan kerosakan,membantu & memberi,menulis & berbagi makna..
    Kaki berpuasa dari menuju yg haram, maka tiada jalan menuju dosa..



    Bersihkan diri di sungai Ramadhan..

    Di sungai Ramadhan ini..
    Bersih, dingin, tenang dan damai..
    Inilah masanya wahai pelaku dosa & maksiat..
    Saatnya kita membersihkan jiwa & jasad dari dosa & noda..
    Menghilangkan noda2 hitam yg menyelaputi hati..


    Sungai Desa Bodas, 27 julai 2010

    Ibnu Abbas berkata,
    "Kemaksiatan adalah kegelapan di dlm hati & rona hitam di wajah, kemarahan di dlm hati manusia dan kesempitan di dlm rezeki.."

    Yang akan menghilangkannya, hanyalah dgn taubat & ketaatanmu~!

    Ibnu Abbas r.a berkata lg,

    "Ketaatan adalah cahaya di wajah,putih di dlm hati,kecintaan di dlm hati manusia dan kelapangan di dlm rezeki. Barangsiapa menginginkan kekuatan, kenyamanan hati, kebahagiaan di dunia & akhirat dan kecerdasan,kefahaman serta cahaya..hendaklah ia taat kpd Allah & meninggalkan maksiat.."

    Di sinilah tempat kita berlumba..berlumba melakukan ketaatan.Kerana hadiahnya sangat bermakna..
    "..agar kamu ber TAQWA"[2: 183], ayat penutup disyariatkan puasa.

    Di sinilah tempat kita melepaskan pakaian maksiat, dan memakai pakaian hambaNya bersama redhaNya..kita tak mungkin dapat menjejaki syurga Allah, melainkan dgn redhaNya..hanya redha Allah~!

    Kerana di sungai Ramadhan ini akan menghapuskan dosa kita yg lalu..
    Segala2nya hanya untuk "keampunan" dariNya..bukankah itu harapan terbesar seorang hamba yg sering lalai & melakukan dosa di hadapan Tuhannya?
    Inilah bulan 'maghfirah' kerana sifatNya yg rahmah..

    Orang2 soleh dahulu,bila memasuki bulan ramadhan,mereka perbanyakkan bacaan Al-Quran dan zikir..
    Mereka kenakan pakaian taubat & istighfar..
    Kerana selama ini mereka tahu, tangan kemaksiatan telah mencarik-carik pakaian mereka selama ini..
    Maka,inilah bulan pertolongan utk hati yg telah ditarik oleh dosa..



    Peperangan dan Kemenangan..

    Bulan ini adalah bulan bertemunya 1 pasukan..
    Pasukan dari Ar-Rahman & dari syaitan..
    Peperangan Badar Kubra dimana keimanan diberatkan timbangan oleh Allah..
    Tertakluknya Makkah dengan Islam, berhala dihancurkan,panji2 tauhid diagungkan,halal & haram dihormati..
    Kemenangan wira Islam melakar sejarah, Salahuddin Al-Ayyubi yg gemilang, saat kalimat tauhid berkibar megah,bendera salib menjadi yatim…Allahu Akbar~!

    Bukankah kita juga harus bangun berperang?

    Berjihadlah, berperanglah di bulan ini..berperang dengan syahwat, nafsu yg sering tidak puas..
    Di sinilah yg menguji kekuatan kita,siapa yg akan menang melawan nafsunya..
    Apabila tiba Syawal, adakah itu hari kemenangan kita, atau sekadar menumpang kemenangan?
    Kita yg akan menjawabnya nanti..
    Masih ada masa utk kita mencapai kemenangan itu.

    Hormatilah Ramadhan..
    Pelihara lisanmu..
    Tiada ghibah(mengumpat), tiada namimah (mangadu domba), tiada kata2 kotor kedengaran,tiada caci maki..
    Yang ada hanya zikir & istighfar..
    Cukuplah puasa sebagai perisaimu..
    Cukuplah kalimah " Aku sedang berpuasa" menjadi balasan org yg mengajakmu bergaduh..
    Cukuplah kalimah itu menjadi penahan sabarmu ketika marah..
    Kalimah & jiwa puasa itu juga akan menjadikan kamu memaafkannya..
    Kerana itu sifat org bertaqwa..itu yg kita cari selama ini..Taqwa!



    Aku hidup sebagaimana kamu hidup..

    Syukur..syukur..!
    "..salahkah aku untuk menjadi hambaNya yg bersyukur..?"
    Ayat keramat yg ditutur nabi Muhammad SAW yg telah dijamin syurga untuknya, tapi masih beribadah sehingga bengkak kakinya..masyaAllah.hebatnya darjat seorang rasul..

    Bulan ini mengingatkan kita dgn orang2 yg lapar,orang2 yg menderita, orang2 miskin di seluruh dunia..
    Agar kita menjadi orang yg tangannya ringan untuk memberi, membantu dan sedekah..
    Kerana sifat orang Taqwa itu mahu memberi dalam susah atau senang..
    Sedekahlah..walau hanya sebuah senyuman..
    Sedekahlah..walau hanya dengan kata-kata yg manis & baik..
    Sedekahlah..kerana segala kebaikan yg dilakukan kpd org lain itu adalah sedekah~
    Kebaikan itu akan merawat hati mereka yg lara..kebaikan itu akan menghapus dosa..mendamaikan hati..
    Rawatlah hati mereka,insyaAllah kamu pula akan dirawat..

    Biarkan ramadhan ini menjadi penawar buat kita..

    Healing - by Sami Yusuf..hayati sedalam-dalamnya..senyumlah..:)




    Bergembiralah, bersyukurlah ketika berbuka dengan kesederhanaan..kerana saat berbuka itulah dihidangkan pengampunan setelah kita menjalani ibadah puasa dgn baik di siang harinya..
    Berbahagialah saat bertemu Tuhanmu. Jika Dia mengampuni dosamu & meredhai hatimu..
    Sibukkanlah dirimu dgn kesyukuran..Allah akan menambah nikmatNya padamu..


    Salam untukmu..


    Salam untuk mereka yg berpuasa, di saat duduk di waktu sahur,mencari berkah..mengulang2 istighfarnya, menitiskan air mata penuh penyesalan..saat itu Allah sedang melihat, mendengar..siapa di antara hambaNya yg bangun memohon maghfirahNya..

    Salam untuk mereka saat terbitnya fajar, dia tetap tamak meraih ganjaran2 Allah Swt..begitu kusyuk dalam solatnya, begitu tunduk pada Allah..bibir merekah mengharap basahnya air,sibuk mendendangkan lagu Al-Kareem..wangian kasturi menghiasi Ar-rayyan. Dia pemilik haruman itu.

    Salam untuk mereka saat tibanya waktu berbuka..mereka duduk di hadapan hidangan Tuhan Yg Maha Pengampun..memohon pahala atas apa yg mereka lakukan sepanjang hari..berdoa penuh harapan, kerana di situ detik mustajabnya doa diangkat..

    Baarikillahummalana fi syahri ramadhan..3x, ameen ya rabb~

    Selamat marathon mengejar pahala berganda, selamat mencari sinar taqwa di separuh masa terakhir..:)

    Rebutlah peluang ini..mungkinkah ini ramadhan terakhir? Wallahu a'lam..


    Ruj: Berteduhlah di taman hati, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Update diri:

    ** Hari ini, 26 Ogos,baru mendapat keputusan remedial exam. Perlu berusaha lebih keras selepas ini. Ya Allah, permudahkan urusanku..Ameen.

    ** 30 Ogos nanti, akan memasuki gerbang tahun ke-4, masih sisa 1 tahun ini untuk ke KOAS (Clinical). Doakan kami..

    **Baru pulang dari Jakarta 2 hari lepas. Sangat banyak mall..menguji 'puasa nafsu'ku..jazakumullahu khairan buat sahabat di sana yg sudi menumpangkan kami..Zati dan kawan2..:)

    **Tak sabar rasanya mahu pulang ke Malaysia..anak saudaraku,Putra & Uzma pun dah besar..tinggal 11 hari lagi..:) Tungguuu.. [cuti raya: 7-20 sept]

    ** Tahniah kepada kakak2 & abang2 FK06 yang selamat berwisuda (graduate).All da best utk perjuangan seterusnya! Doakan kami juga ye tahun depan..

    ** Mahu bercerita tentang KKN,tapi masih tiada mood..perlukah? insyaAllah,akan dicuba.
    Blog KKN (ala2 Bakti Siswa) kumpulan saya di desa Bodas,Indramayu >> [Klik!]

    ** Sangat2 suka lagu terbaru Sami yusuf, Healing..:) sangat memberi inspirasi.

    "Healing, a simple act of kindness brings such meaning
    A smile can change a life let's start believing :)
    And feeling, let's start healing

    Heal and you will be healed
    Break every border
    Give and you will receive
    It's Nature's order"


    "RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
    Al-Faqirah iLa Allah
    .:'abid sakina:.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...