29 November 2009

.:GAMBAR QURBAN '09 / 1430H:.

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sambutan Hari Raya Qurban kali ini, selesai dengan meriahnya berbanding tahun2 lalu...
Mungkin dgn kehadiran rombongan dari Perlis, datang ke sini menyambut eidul adha bersama pelajar2 muslim Malaysia..
Rombongan Dato Seri Shahidan Kasim (DSSK) bersama Dr MAZA (Ust Asri) pada malam eidul adha..

Alhamdulillah, sedikit pengisian bermakna diberi kpd jiwa2 yg memerlukan..ramai yg datang pd malam iftar hari Arafah tu...
dan pada pagi hari raya, Dr MAZA menjadi khatib, pengisian tentang kepentingan ilmu, dakwah dan pengorbanan..kalau sebelum ni selalu sangat dengar khutbah raya haji dlm bahasa sunda..kali ni bahasa melayu. kelainan dapat dirasai...terima kasih kpd rombongan dato' dan ustaz kerana membawa aura kampung halaman kami ke sini..:) dapat duit raya pulak tu..sungguh tak ku duga..

Makanan kenduri qurban pun enak..terima kasih dan tahniah kepada semua AJK yg bertungkus lumus menjayakan Sambutan Hari Raya Qurban ni..qurban kali ni saya tak jadi AJK mana2..tukang bagi tema & makan je..tapi still tolong potong2 sikit..takdela goyang kaki je..hehe..Qurban Pesona Taqwa..

Izinkan gambar2 pula berbicara..:)

bergambar dgn pelbagai makhluk..pelbagai manusia..pelbagai ragamnya~ ;p

Qurban pesona taqwa

pagi raya...

cik adik...

imam solat eidul adha..

khatib menyampaikan khutbah penuh semangat..

muslimat...

muslimeen..

bersama rombongan mereka..

bersama DSSK & Dr MAZA

muslimat bersama khatib jemputan..

yeye..dapat duit raye..^^

you look blue....
"dup dap..dup dap...Allah..Allah..aku redha..aku bersedia ya Allah.."~encik lembu

mooo.....
darah tumpah ke bumi pd qurban kali ni di Jatinangor: 4 ekor lembu...16 kambing...
sebaris...tayangan sembelih qurban..


adik2 yg bertungkus-lumus...good2..sama2 kita berjuang..


kenangan aku & kambing..'domba' panggilan manja..
:)

kenangan kita bersama..aku & sapi..:)


control2..he..

kusyuk kemain...

Sengeh je kamu2 ni..hee~


Adik2ku..sorang je tak adik..guess who?

Serikandi Cileles

x-sek.men.sains tun syed sheh shahabudin,penang..Aiman, Dayang & Azman..
Azman terbang dr makassar utk beraya di Bandung..


"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

25 November 2009

.:QURBAN PESONA TAQWA:.


“Qurban Pesona Taqwa”

Tema yang dipilih untuk sambutan Hari Raya Qurban 1430H di bumi Allah, Jatinangor tercinta.

Subhanallah, betapa pantas jarum jam melengkapkan pusingannya 24 jam sehari. Ramadhan pergi dengan berat hati meninggalkan kita, Syawal menjelma penuh girang, Zulkaedah berlalu laju memberi ruang pada Zulhijjah bertamu, bersimpuh penuh adab..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Allah, Rabb Yang Maha Segalanya atas nikmat kesempatan yang diberikan untuk kita menambah 'bekal' menuju akhirat kelak.

Zulhijjah, salah satu bulan haram di antara 4 bulan haram di dalam Islam (At-taubah : 36), dan bulan-bulan tersebut yang disepakati para ulama' adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang pada bulan-bulan ini kecuali mereka di ugut.

Zulhijjah yang bertamu ini, khususnya 10 hari awalnya, merupakan peluang kedua yang Allah berikan selepas Ramadhan untuk umat Islam melipatgandakan pahala amalan,keampunan dan keredhaan.(Amalan utama dilakukan seperti puasa sunat hari 'Arafah 9 zulhijjah, haji, takbir,qurban, sedekah, zikir,solat dll)

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini"
[Hadis Riwayat Bukhari]

Hari Raya 'Idul Adha adalah kemuncak bagi ibadah haji yang dilakukan oleh tetamu-tetamu Allah bagi yang mampu [semoga kita diberi peluang ke sana juga :)]. Sinonimnya juga Hari Raya Qurban di mana seluruh umat Islam yang mampu dianjurkan untuk menyembelih haiwan qurban..

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari’atkan penyembelihan (Qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya....” [QS. Al Hajj : 34]


Mengapa Taqwa?

Qurban, berasal dari kata ‘Qaroba’, ertinya 'mendekatkan diri'. Dalam konteks ketauhidan, tidak ada Dzat/tempat yang wajib kita mendekatkan diri, kecuali hanya kepada Allah SWT.

Haiwan yang disembelih dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Bukan diniatkan untuk dimakan, dijual atau disedekahkan, menunjuk-nunjuk, riya', sekadar rutin tahunan sesekali tidak, tetapi hanya kerana Allah semata-mata dan mengikuti sunnah Nabi SAW serta Nabi Ibrahim a.s.

Ketahuilah, yang ingin dicapai dari ibadah qurban adalah keikhlasan dan ketaqwaan, dan bukan hanya daging atau darahnya.

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi keTAQWAan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."
[Al-Hajj : 37]

Ibadah Qurban yang disyariatkan kepada kita diambil dari sejarah qurbannya Nabi Ibrahim a.s yang diabadikan dalam surah As-Saffat. Perintah mengorbankan anak yang dicintainya, Nabi Ismail a.s yang kemudian Allah gantikan dengan seekor kibas adalah salah satu bukti keTAQWAan Nabi Ibrahim dalam menjalankan perintah Allah SWT.


"Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban),maka ia adalah dari tanda KETAQWAAN HATI" [Al-Hajj: 32]

"Qurban itu pesonanya Taqwa..:)"



Bekal Taqwa


"Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.."

"Huh..asyik-asyik taqwa..ape tu taqwa?", tanya Si tak tahu..

Jangan memandang remeh perihal taqwa. Kalau di baca dalam himpunan kalam-kalam cintaNya (Al-Quran) juga, hampir setiap halaman pasti ditemukan kalimah TAQWA.

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah TAQWA"
[Al Baqarah : 197]

Sebaik-baik bekal untuk kerehatan yang santai di negeri abadi (akhirat) itu adalah Taqwa!
Bukan berapa banyak wang yang disimpan atau di laburkan ke arah maksiat dan perkara lagho, bukan himpunan barang kemas, batu permata, bukan berapa biji banglo dan kereta yang di pakai...bukan segala material duniawi, tetapi apa yang ada dalam hati kita sekarang..


Teori Taqwa

Taqwa itu sensitiviti..
Lahir dari kesan keimanan yang kukuh..
keimanan yang selalu dipupuk dengan taqarrub (mendekatkan) kepada Allah..

Boleh saya definisikan,

"Taqwa adalah hendaklah Allah tidak melihat kamu berada dalam larangan-laranganNya dan tidak kehilangan kamu dalam perintah-perintahNya"


Teringat dialog analogi terbaik taqwa...

Saidina Umar al-Khattab r.a bertanya kepada Ubay bin Ka'ab tentang taqwa.

"Ya Ubay, sampaikanlah kepadaku tentang taqwa", kata umar r.a.

"Wahai Amirul mukminin, pernahkah kamu berjalan di sebuah jalan yang penuh duri? ", Ubay menjawab dengan soalan.

Lalu jawab Umar r.a, "Ya,pernah...".

"Bagaimanakah kamu laluinya?", tanya Ubay.

"Aku akan sentiasa peka, bersedia (mengakat sedikit pakaianku) dan berjalan dengan penuh hati-hati agar tidak terpijak duri tersebut", jawab Umar.

Maka jawab Ubay, "Seperti itulah Taqwa ".

~~~~~~~~~~~~~

Sayyid Qutb menterjemah dialog di atas,(dalam tafsir Fi Zilalil Quran)

"Itulah Taqwa. Kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus, selalu berwaspada dan hati-hati jangan sampai terkena duri jalanan..
jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan & syahwat, kerakusan & angan-angan, kekhawatiran & keraguan, harapan segala sesuatu yang tidak patut diharapkan, serta ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak seharusnya ditakuti..serta masih banyak duri-duri yang lainnya.."


SENSITIF itu kuncinya.

Sentiasa sensitif (peka dan sedar) untuk mencari jalan paling selamat dan baik.
Sentiasa sensitif (waspada) menjauhi jalan was-was dan keburukan.
Sentiasa sensitif (berjaga-jaga) dalam percakapan, penglihatan, pendengaran, anggota kaki dan tangan yang akan menjadi saksi segalanya.
Sensitif terhadap segala pahala dan dosa.

Itulah parameter kualiti seorang hamba -- TAQWA.

Bijak mengawal diri untuk tidak terjerumus kepada desakan keinginan diri dan hawa nafsu. Peduli kepada setiap yang menjadi cabaran perjalanannya. Semuanya dapat berlaku bila kita menempuhnya dengan conscious (sedar).


Aplikasi Taqwa

Apalagi..jadilah si sensitif yang positif~ :)

Cukuplah TAQWA sebagai pakaian terbaikmu..

Cukuplah TAQWA sebagai bekal cahaya dan petunjuk kepadamu..
disaat bekal-bekal lain sudah sirna dan segala amal tak berguna lagi..

Cahaya yang menerangi episod-episod sebuah kehidupan..yang membuatmu selalu terjaga, hati-hati dan waspada..
demi mengenal dan mentaati halal dan haram dalam Syariatullah (hukum Allah)..demi memaknai hidup dalam Sunnatullah(hukum alam)...bukan hidup sesuka hati~!

Kita musafir di alam fana'..
Pengembara ke alam baqa'..

ramai yang karam dalam pelayaran al-hayah(kehidupan)...
"...kecuali orang-orang yang bertaqwa..."

Selamat menghayati erti pengorbanan bertakhtakan taqwa.

“Sesungguhnya Kami telah memberikan nikmat yg banyak kepadamu. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah & mendekatkan diri kpd Allah).” [Al-Kautsar : 1-2]

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan kekuatan
Kekuatan perlukan ketaqwaan

Tiada bahagia tanpa TAQWA~


p/s : Hanya secebis peringatan untuk diri dan semua. Bagaimana indah kata-kata yang disusun untuk melukis hakikat ini, tetap tidak mampu memberikan pemahaman sebenarnya kepada yang belum merasakannya. Sama-sama kita berusaha~!(^^,)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



**Artikel di atas ditulis khas utk majalah IMAN, In-Soft edisi Hari Raya Qurban..last minute diberitahu, moga apa yg nak disampaikan tentang Qurban pesona TAQWA, tema yg diri sendiri pilih utk 'Idul Adha kali ni, sampai kepada hati2 mereka yg membaca..tak lupa buat kalian, pembaca blog ini..:) menulis sekadar mampu.

**Lama rasanya tak mengupdate blog ni..banyak benda nak tulis, cuma masa dan kerajinan diri selalu cemburu...huhu.


**Alhamdulillah, kemuncak program 'Qurban Pesona Taqwa' bakal tiba..diserikan dgn ketibaan DS Shahidan Kasim & Dr Mohd Asri Zainal Abidin (mantan mufti Perlis) di Jatinangor ni..

  • Iftor Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Masa : Khamis (26/11/09 - Esok)
Tempat : Masjid Ibnu Sina, Unpad.

Tentatif:

5.30pm - Iftor, solat Maghrib & Isya'

7.15pm - Ceramah Qurban by Dr MAZA

**Jom esok kita puasa~ Puasa sunat Khamis & Hari Arafah..Moga Ibadah kita diterimaNya.ameen.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah, maksudnya:
“Dikifarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan baihaqi)


  • Hari Raya 'Idul Adha

Masa : Jumaat (27/11/09)
Tentatif:

6.20am - Solat Sunat Idul Adha, di Masjid As-Syifa, FK Unpad. [Imam & khatib insyaAllah Dr MAZA]

7.30am - Penyembelihan haiwan qurban, di Puri Alpina.

6.30pm - Kenduri Qurban, Puri Alpina.

**Semua muslimin/muslimat dijemput hadir & menyerikan majlis~^^


~~~~~~~~~~~~~~~~


**Di kesempatan ni..ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha buat semua.. Ampun & maaf jua dipinta..moga Aidil Adha kali ni lebih bermakna buat kita. Salam sayang & rindu buat Abah, Ummi serta adik beradik & keluarga di Tanah air tercinta..

**Ramai benar yg sibuk sekarang ni..moga segala perancangan & pekerjaan dipermudahkan oleh Allah..exam pun dah tak lama...14 Dis ni insyaAllah. Moga diri tak terleka & tak mensia2kan tiap detik waktu yang tersisa. Ya Allah, pimpinlah hambaMu menuju kejayaan dunia & akhirat. ameen~:)




"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

13 November 2009

.:ZAFRAN-SAPHIRE:.

[Klik!]

Iklan2...

Bismillahirrahmanirrahim..
DKM Asy-Syifaa Senat Mahasiswa
Fakultas Kedokteran Universitas Padjadjaran
bekerjasama dengan FULDFK
(Forum Ukhuwah Lembaga Dakwah Fakultas Kedokteran se-Indonesia)


MEMPERSEMBAHKAN......

-----------ZAFRAN-SAPHIRE----------



sol et luna
When two different ray create the brightest light

Sebuah acara yang membahas perbedaan ikhwan dan akhwat dari segi medis, psikologis, sosial, dan agama..


--------PELAKSANAAN-------

Hari Sabtu – Minggu
21 November 2009
22 November 2009
@ Gedung Wahana Bakti Pos Bandung, Jalan R.E.Martadinata (Jalan Riau)


------------ORGANISASI DKM Asy-Syifaa’ -----------
----------Senat Mahasiswa Fakultas Kedokteran---------
---------------Universitas Padjadjaran---------------



A) Pemutaran Film ‘Sol et Luna’

B) Bedah Buku "Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Map"
Pembicara
Ustadzah Dra. Psi. Zulia Ilmawati *
Panji Gugah Baskara

C) Dialog Interaktif "Why Men Say and Women Cry
Pembicara
Ust.Salim A Fillah
Nada Ristya Rachmani

D)Talk Show "Jadikan Islam Landasan Harimu"
Pembicara
Ustz Anis Matta*

E)Talk Show "Super leader, Super Manager, Super Parents" (session 1)
Pembicara
Ustadz Abu Syauqi

F) Talk Show "Super leader, Super Manager, Super Parents session 2"
Pembicara
Dra.Wirianingsih mutammimul ula Bc.Hk
Cicin Yulianti

G)Traiining "Be Potential, Be Extraordinary"
Butterfly Training Association

H) Healthy Inside Fresh Outside
Pembicara
Inong,dr,SpKK.*
Chevy Sayusman.dr*
Rabbani,Wardah

*sedang dalam konfirmasi


-------------HARGA TIKET-------------


Late : 7 November - 14 November
Umum tanpa Akomodasi : 75 ribu [harga tiket dah turun~]
Umum dengan Akomodasi : 175 ribu
Delegasi 325 ribu

insyaALLAH bermanfaat bagi dunia & akhirat..

ingin membentuk diri sbg ikhwan/akhwat sejati???
ZAFRAN-SAPHIRE adalah salah satu jawaban nya,,,
^^BE THERE!!!!
ALLAHUAKBAR!!!

----CONTACT PERSON----

Penjualan Tiket
Erika 081573128517
Anggi:08562259091

Humas
Muthi 0857 - 930 - 12973
Canun 081 - 222 - 33 - 244

***Bagi student Malaysia, contact Farizan aka Kak Ije.(B4 14 nov)


----E-Mail---
zafransaphire@yahoo.com

----BLOG----

http://zafran-saphire.blogspot.com/

----GROUP FB-----
http://www.facebook.com/group.php?gid=71571968638&ref=ts

----Invitation FB-----
http://www.facebook.com/event.php?eid=173848151494




**Untuk rombongan saya..jom kita serang rumah Kak Tasha..hehe ^^



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

05 November 2009

.:NAMAKU, NURUL AIMAN:.


Al-Kisah seorang hamba Allah, perempuan, 21 tahun, diberi nama Nurul Aiman Bt. Ismail...:)


Aiman = Tidak beriman?


Seperti biasa, tengah hari itu ahli kumpulan tutorial 21 berkumpul seperti biasa..
Sambil menunggu Dosen (Pensyarah), biasalah dgn riuh rendah ahli kumpulan..macam2 isu..
Tiba2..pintu bilik dibuka..

Wah, dosen baru...Dr.Suryo masuk sambil tersenyum dgn gayanya...
Siapa tak kenal Dr.Suryo? dosen yg happy go lucky, merangkap koordinator utk pelajar tahun 3 Fakultas Kedokteran..(tak tau la koor ke ape, tapi ketua la).

Sebelum tutorial bermula, 'dok' (panggilan kpd dosen2 di sini, singkatan dari dokter) memanggil nama seorang demi seorang ahli kumpulan...semuanya berdasarkan di list absensi (kedatangan)..

Bermula dari nama2 Menaga, Prema, Jason...ada saja yg dok 'pekena'..

Menaga 'Senasi', disambung pula 'Seperiuk'..dan kini dipanggil 'dragon' (=naga)

'Sakinah', disambung 'mawaddah wa rahmah'..dan kini dipanggil 'kulit' (dari panggilan 'skin')

Bagus betul doc ni ye...

Tak pasal2 semua dapat tambahan nama dan nama baru...huhu...
tambahan dgn ahli kumpulan yg agak nakal (Si Jason), yg menambah hangat lagi 'kenakalan' doc bermain dgn nama2 kami....

Sampai la doc menyebut nama Nurul Aiman Bt Ismail...

Credit buat Along Momo

"Saya...", empunya nama menyahut perlahan..

"Aiman ini tidak beriman ni...."

"Erk..huhu..kenapa pula doc?", nadaku terkejut dan sedih..

Doc menyambung,
"Iyala...kalau IMAN ertinya beriman...kalau A-IMAN ertinya tak beriman tuh.... iyakan? kalau SYMMETRY ertinya symetry..kalau ASYMMETRY ertinya ngak symetry..benar ngak?"

"Eh..mana boleh camtu doc..."

Bilik tutorial bergegar dgn hilai tawa teman2 tutorial....

Dalam hati ni...
"sedap je doc buat teori sendiri...huhu..nama orang bagus2 punya makna, dipanggil camtu..", suara dlm hati mula berasap...

Memangla kebanyakan istilah2 english dan kebanyakan yg diguna dalam medic, contoh lain....

Symptomatic = ada simptom2 (kelihatan)
Asymptomatic = tiada simptom2 (tak kelihatan)

so, doc menggunakan teori bahawasanya...apabila ditambah 'A' di depan, maka ianya bererti 'tidak'...sebab tu dia ckp AIMAN = tidak beriman...anda faham?hehe. (ditegaskan, teori ini tidak sah dan tidak valid untuk dipakai dlm semua keadaan..di ulang, tak boleh ok) ;p

Dan hari demi hari berlalu...bila Dr.Suryo yg dtg membimbing tutorial 21, suka benar dia panggil Aiman ni dgn 'tak beriman....',haish....tension eden dibuatnya...doc ni memang suka sakat orang dgn nama2..doc2...~
tp,dlm hati menangkis panggilan doc..'na'uzubillah,jadikanlah daku hambaMu yg beriman ya Allah...'.huhu

Dan..sampaila satu hari...

"Kita rehat bentar ya..20 menit..", doc bersuara.

Sewaktu berehat, doc sembang2 dgn kami..sampaila pada isu namaku...

"Aiman itu mmg ngak beriman ya?hehe"

"Doc ni..tak baikla..nama Aiman itu maksudnya keberkatan, BAROKAH..bukan ngak beriman..jadinya, NURUL AIMAN bererti..CAHAYA BAROKAH~!" , daku mula menegaskan dan cuba menuntut haq di atas namaku..ecewah~ :)

Doc memecahkan suasana dgn hilai tawa berdekah2...hehe.(mmg hepi sungguh doc ni)

"Haha...oh iya? ok2..BAROKAH. bukan ngak beriman...baik, BAROKAH..haha. Ingat itu Jason,Aiman itu BAAROKAH", doc mengulang2 dan memberitahu Si Jason..

"Barokah? apa tu? tak tau..", Jason bertanya dgn mimik muka penuh tanda tanya..

"Barokah tu...bless..blessing...so, Nurul Aiman means 'the light of blessing..'..k?", terangku sambil tersenyum gembira..berjaya menuntut keadilan ke atas namaku yg baik..he..

Dan selepas perbualan itu...tiada lagi panggilan 'tidak beriman' kepadaku, yg ada hanya, 'barokah'..hehe..(lucu benar mengingatkan kisah ni..:) )

Erm,tapi malangnya, baru2 ni masih terdengar panggilan 'tidak beriman' dari doc..haish..Jason jugak yg ingat ye..

Dr.Suryo..dari sekecil2 perkara, hingga sebesar2 perkara..macam2 isu yg suka ditimbulkan dlm bilik tutorial tu..kecoh..memang kecoh..tambahan ahli kumpulan juga rajin melayannya..:)

Satu saat...

"Barokah..apa aja rukun nikah itu?", doc bertanya selepas 1 perbualan bersama Jason.

"Err..rukun nikah? ada 5 kan..", teragak2 juga menjawab.huhu..tak berapa ingat..

"Calon suami..calon isteri..wali..saksi..ijab qabul.."

"satu lagi?"

"erm?ape lagi..."

"mahar..", doc menjawab..

"erk..owh,eh..rukun nikah ke?huhu"

"kalau di Malaysia, mahal ngak mahar nya?"

bla..bla..bla...mula la borak tentang mahar...siap cakap mahar saya ni murah lagi, sbbnya..aiman = tak beriman..ciss, doc ini memang nak kena..tak habis2 lagi rupanya...huhu..

Dan semalam doc tak datang sebab sakit..asthma..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


16 tahun yang lalu..

Pulangnya dari sekolah, budak kecil perempuan yg serba hijau beruniform taski Abim itu singgah di pejabat abahnya..yg ketika itu bertugas sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Agama, Ranau, Sabah.. (diriku anak kelahiran negeri di bawah bayu itu..:) 10 tahun abah umi menetap disana, posting- sebagai seorg guru)

Si kecil duduk di atas kerusi berdepan dgn abahnya..
Dia mula bersuara..

"Abah, kenapa abah bubuh nama Aiman ni, Nurul Aiman?"

"Erm..kenapa tanya?"

"Saje la nak tau..nape abah tak bubuh Nurul Iman ke, Nurul Amani ke..Aiman tu nama lelaki la..", budak perempuan bemulut kecil itu mengomel, sambil mulutnya muncung..kebetulan di taskinya ada seorang budak namanya juga Aiman, tapi dia seorang lelaki..jadila dia tak puas hati dgn namanya..

"Eh..mana ada nama lelaki..Nurul Aiman..dulu..masa Aiman dalam perut, abah ummi ingat Aiman ni lelaki..tengok2 bila keluar, perempuan pulak..abah umi dah berkenan nama tu, jadi tambah Nurul je kat depan..ok la tu..sedap ape..", abah cuba menerangkan kpd si Aiman..

"Ala..taknak la Aiman..tak suka..Aiman nama laki.."

"Erm..ok la..taknak ke nama Aiman? Nanti abah bawak pi tukar nama eh..nak nama ape? Iman?", nada abah memujuk si kecil..

"owh yeke nak tukar..nak..aah..Nurul Iman..", si kecil molek mula tersenyum. Kelihatan matanya bersinar2 penuh harapan..percaya benar dia..huhu

dan...

sehinggalah kini si empunya nama Nurul Aiman..masih kekal dgn Nurul Aiman..dia telah ditipu..(ooo, abah tipu ye dulu..hehe)..
dia juga semasa kecil pernah membelek buku 'Kamus nama-nama anak Islam', memastikan nama Aiman itu ada utk anak perempuan..dan dia sedikit lega kerana ada nama Aiman di bahagian nama2 perempuan...Aiman, yg membawa maksud "berkat/ yang bertuah"..(alif, ya, mim, alif, nun)..

Dan kini, dia berusia 21 tahun..

Nurul Aiman sudah redha dan gembira dgn namanya...
Nurul Aiman sudah sebati dan sayang dengan namanya...

Nurul Aiman sudah berbangga dengan nama Nurul Aiman...


Dia tidak lagi mengadu...tapi, berazam mahu membawa identiti yg baik utk nama itu...sesuai dengan maksudnya...:) InsyaAllah. Ameen.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hanya kerana nama..

Nama itu penting bukan? pelik kalau seseorang itu tak punya nama..nak panggil pun susah..

Pemilihan nama juga penting...terutama ketika mahu menamakan anak yg baru lahir..

"Nak bubuh nama ape ye anak perempuan pakcik ni..."
"Enti, ada cadangan tak nak letak nama anak saudara ana yg bakal lahir? perempuan ni selalunya pakar bab2 ni..."
Ada yg bertanya pendapatku baru2 ni..
Pening juga..kalau kita suka nama tu, ayah mak nya pulaa yg tak minat...huhu. tu yg malas nk bagi kdg2...

Susah nak letak nama ni...

Nama melambangkan identiti...

Macam tu jugak program..kena la letak nama sedap,menarik & kena dgn tujuannya..baru orang berminat nak tahu dan join...kalau nama dah tak best, awal2 orang dah tak nak ambil tahu...huhu..1st impression. selalu pening nak pilih dan reka nama2 program ni...nasib la..

Ni pula nama orang..
Nama yg bila disebut, sering terlintas sosok pemilik namanya..

Bila namanya indah, terlintas seorang yg tampan, cantik dan menyenangkan..
Selalu juga nama itu menjadi kenyataan..nama cantik, orangnya cantik, akhlak pun cantik..sehingga nama tu membawa pengaruh positif dalam jiwa dan hati kita.

Bila namanya pelik dan asing..semestinya meninggalkan kesan dan pengaruh negatif kpd pemiliknya..
Seperti nama yg buruk dan kurang baik..sama ada nama itu atau maksudnya..
Atau anak lelaki yg diberi nama wanita..
boleh mempengaruhi jiwa si anak...
Mungkin ditertawa..diejek, dicemuh dan sebagainya..tak ke stress..
dia akan mula menjauh..tidak mahu bersosial..seorang diri tanpa kawan..
atau, boleh jadi dia akan melakukan hal2 spontan yg kurang baik apabila di ejek contohnya..ini yg banyak terjadi..

Pernah terjadi, ada seseorang bila ditanya namanya, hanya disebutkan nama yg baik, yg tidak baik dia sembunyikan..dalam hal ni, tak perlu kita memaksanya utk menjaga perasaannya.
Nama yg maknanya kurang baik, boleh saja ditukar panggilan jika empunya diri juga tidak menyukainya..sama ada berkaitan akhlak, agama atau lain2..

Nama boleh menjadi doa..
Nama boleh bawa pengaruh kpd pemiliknya..

Nama boleh menjadi motivasi kpd pemiliknya..

Nama melambangkan identiti, bangsa, agama dan kewarganegaraan..

Nama boleh membawa kemahsyuran dan sejarah tersendiri..


Jadi, memberi nama anak kena lah berhati-hati...
jangan hanya sedap, tapi bila dilihat maknanya tak baik...
biarlah nama itu punya maksud yg baik dan melambangkan peribadi dan ketokohan yg baik..
kita tak mahu terjadi perkara sehingga menggunakan nama2 palsu bagi menutup nama sebenar.

Nama yg baik penting & menjadi keperluan..
Baik utk membina jati diri anak & keyakinan diri apabila bersosial dan berinteraksi dgn orang lain..
Kebaikannya kpd individu, masyarakat di mana dia hidup dan citra keluarganya.

Banyak hadis nabi menganjurkan para ibu bapa utk memilih nama2 yg baik untuk anaknya..
Ada seseorang menemui rasulullah SAW, dia bernama Sha'b (susah),lalu baginda menasihati agar mengubah namanya menjadi Sahl (senang), krn nama ini memberi kesan positif & menggembirakan..

Kerana itu Islam mempunyai pandangan yg jelas utk memilih nama yg baik.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah juga menjelaskan dlm kitabnya Zadul Ma'ad tentang hikmah memilih nama yg baik..

"Nama itu 'wadah makna' dan petunjuknya. hendaklah nama dan erti mempunyai kesesuaian. seorg ayah memilih nama utk anak putra mereka yg kiranya menggambarkan kejantanan, kesungguhan, keberanian & kemuliaan. Sedangkan utk anak putri, pilihlah nama2 yg mengandungi makna 'iffah'(sikap menjaga diri), kesetiaan, keikhlasan dan kesabaran"

kerana itu dgn mudah rasulullah SAW senang mengubah nama seseorg yg telah masuk islam dgn nama yg islami, yg menyenangkan & menggambarkan makna positif..
baginda mengajurkan kita memilih nama2 yg indah utk putra dan putri kita..(nanti, utk saya :) )
baginda memberitahu kita bahawa,

"Pada hari kiamat nanti setiap orang akan dipanggil sesuai dgn namanya dan nama ayahnya.."

baginda juga mencintai nama2 yg bagus kerana mempunyai daya tarik dan panahan positif..
pernah diriwayatkan baginda juga memilih org utk melaksanakan tugas melalui nama yg baik..

Nama yg baik ialah menamai anak dgn nama2 islami, bkn nama asing..
Sebaik-baik nama adalah nama yg disandarkan kpd Allah..(cth: Abdullah, Abdul rahman, Abdur Razak), atau nama yg mengandungi erti pujian, (cth: Ahmad, Muhammad, Mahmud..dll)..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nama kekasihku..

Lembaran sejarah menukilkan, di kota suci Makkah..
Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah..
Menyaksikan kelahiran putera mulia pembawa rahmat kpd seluruh umat..
Muhammad bin Abdullah namanya diberi...
Selawat dan salam buatmu, kekasih junjungan mulia, Rasulullah SAW..

Mu'thim r.a meriwayatkan, rasulullah saw bersabda,

"Sungguh, aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad (Yg terpuji). Aku adalah Ahmad. Aku adalah Al-Mahi (yg menghapus) kerana Allah. Menghapus kekafiran melalui diriku. Aku adalah al-Hasyir(yg mengumpulkan) krn seluruh manusia akan berkumpul di bawah kakiku. Aku juga adalah al-Aqib(yg mengakhiri) kerana tidak ada nabi setelahku.."
[HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Darami & Malik]

Huzaifah r.a meriwayatkan,

"Saya berjumpa dgn Nabi SAW di salah satu jalan di Madinah. Beliau bersabda, 'Aku adlah Muhammad. Aku adalah nabi pembawa rahmat. Aku adalah nabi (pembuka pintu) taubat. Aku adalah Al-Muqaffa (yg dimuliakan). dan aku adalah nabi (yg terlibat dlm) perang2 besar.."
[HR Tirmidzi, Ahmad, Ibn Sa'd dan Ibnu Hibban]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan aku..

credit buat Dakwah Maya
Aku adalah Nurul Aiman...
Cahaya Keberkatan..Cahaya Yg Bertuah...
Moga keberkatan Tuhanku, Segala Puji bagiNya, sentiasa bersama dan mengiringi langkahku selamanya..ameen ya rabb~ :)

'Abid Sakina nama penaku..
Hamba yg tenang..(Abid, Sakinah)
Semoga menjadi doa atas harapanku...
untuk merasai ketenangan hakiki, dunia & akhirat..
Ameen~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


**Wah, panjangnya entry kali ni ;) Anda mempunyai hak untuk memiliki dan dipanggil dgn nama yg baik. Jangan teragak-agak utk membela hak anda~^^



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...