09 October 2009

.:MENGUBAT GELORA DI HATI:.

Hati..salahkah bersedih?
Dari hati..terpancar kejernihan di mata...



"Janganlah kamu bersikap lemah dan bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.." [Ali Imran : 139]

"..dan
janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka & jgnlah kamu bersempit dada terhadap apa yg mereka tipu dayakan.." [an-Nahl : 127]

"..di waktu ia berkata kpd temannya, '
Janganlah berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita..'.." [at-Taubah: 40]

"Janganlah kamu sedih dgn perkataan mereka..." [Yunus:65] "(Kami jelaskan yg demikian itu) supaya kamu jgn berduka cita terhadap apa yg luput dari kamu, dan supaya kamu jgn terlalu gembira terhadap apa yg diberikanNya kpdmu.."[al-Hadid:23]


banyak kan ayat2 cinta Allah yg melarang dan memujuk kita supaya jgn bersedih? bukan ni saja yg ada...banyak lagi ayat2Nya yg lain....

Kenapa?


kerana rasa sedih itu tidak bermanfaat wahai diri, wahai sahabat...

kerana rasa sedih itu tidak dapat menolak musibah..atau menyelesaikan masalah..


dan segala sesuatu yg tidak bermanfaat, Allah tidak memerintahkannya kpd seorang hamba, bahkan melarang hal itu dlm kondisi apapun....


Namun..


Andai kesedihan itu tidak membawanya sehingga melakukan hal yg haram dan berdosa..tidak membawanya hingga meninggalkan Tuhannya...(seperti seseorang yg bersedih kerana musibah yg menimpanya)..


Bersabda lidah suci Rasulullah SAW..


" sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa org yg telah mengeluarkan air mata & tidak pula terhadap org yg hatinya merasa terpukul. Akan tetapi Allah akan menyiksa seseorang atas ini, atau Allah akan mengampuni ,beliau sambil menunjuk mulut beliau.."
[HR Bukhari & Muslim]

"Aku melinangkan air mata & hati ini terasa sedih, namun aku tidak akan berkata sesuatu melainkan perkataan yg disukai oleh Tuhanku.."
[HR Bukhari & Muslim]

Fahamkan dgn ayat ni..?
Rasulullah juga pernah bersedih...tetapi baginda menjaga mulutnya dari berkata sesuatu yg membawa murka Allah...


Berapa ramai antara kita yg selalu bersedih sehingga perlakuan dan perkataannya mengguris hati, mengeji, memaki orang atau lebih berat memaki/mengata Tuhannya..atau paling fatal sehingga membawanya keluar dari Islam??
Andaikan seperti seorang anak gadis yg sedih dgn keluarganya yg menolak pilihan hatinya yg seorang kafir/nonmuslim..boleh jadi sedihnya itu akan berlarutan sehingga berkata/bertindak keluar dari Islam. Kita tahu rosaknya aqidah melalui pelbagai cara..dari hati, lidah dan anggota yg bertindak..

Terkadang sedih itu membawa kita kpd pahala..

seperti sedihnya seseorang kerana tidak dapat melaksanakan amalan/ibadah hariannya..yg membawanya bertindak/berusaha utk memperbaiki diri dan harinya...


Terkadang sedih itu membawa kita kpd dosa...
seperti sedihnya seseorang yg bertengkar dgn rakannya kerana salah faham sehingga memutuskan silaturrahim...

seperti sedihnya seorang daie terhadap sasaran dakwahnya sehingga meninggalkan perjuangan Islam...


Ketika kesedihan itu
melemahkan hati seseorang, dan ia larut dalam kesedihannya hingga meninggalkan perintah2 Allah dan rasulnya, maka ia perbuatan yg tercela, meskipun dari segi lain ungkapan kesedihan merupakan hal yg terpuji...

Berpadalah andai engkau bersedih...

Andai air mata itu menjadi pengubat...alirkanlah ia seadanya..kerana air mata yg mengalir kerana takutkan Allah itu lebih mulia dan tinggi darjatnya...


Di sinilah pentingnya
SABAR...
Di sinilah pentingnya
IMAN...
Di sinilah pentingnya
TAQWA...
Di sinilah pentingnya
TAWAKKAL...
Di sinilah pentingnya
REDHA...
Di sinilah pentingnya
CINTA...
Dan segala amalan ruhiyah yg lainnya...


Inilah amalan batiniah yg terpuji dan dicintai para nabi, syuhada' dan salafussoleh..
Jadikanlah diri kita sebahagian dari kekasih Allah...

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka & tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu org2 yg beriman dan mereka selalu bertaqwa.." [Yunus:62-63]

Bagaimana menjadi kekasih Allah? (tunggu tajuk lain pula nanti..:))

- Ibnu Taimiyah berkata, Kekasih Allah ialah, Org mukmin yg bertaqwa yg terbahagi kpd 2:

[1] Org yg mempunyai tujuan (yg melaksanakan kewajipan dan meninggalkan yg haram),

[2] org yg berlumba2 ke arah kebaikan (org yg mendekatkn diri kpd Allah dgn melaksanakan kewajipan & sunnah2 dan meninggalkan yg haram dan makruh)..


Fahimta?(anda faham?) Eh, tajuk ni dah settle plak...:) Cuma tinggal praktikal je...



** Gelora di hati..hanya Allah pengubatnya..:) La Tahzan..Innallaha ma'ana~



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

9 .:KoMeN:.:

~Ummi Ani~ said...

Salam Aiman, Gelora hati siapa ni?Kalau laut bergelora ada musimnya, maka hati manusia juga ciptaan Allah seperti laut...maka ada musimnya hati manusia juga bergelora...akan reda bila habis geloranya...jika kita boleh bersabar menanti masa tenangnya laut...InsyaAllah kita juga akan sabar menanti tenangnya hati kita.Berusaha milik kita...tapi natijah tenang itu daripada Allah dan milik Allah yang dikurniakan kepada siapa yang dikehendakiNya. Bermohonlah kepadaNya.Sayang drp ummi di Mengkuang

nurul88 said...

w'slm ya ummi...

hehe..xtau la hati sape umi..huhu
gelora tp x sampai ribut taufan lg la..hehe
entry ni saje wat..utk diri n semua..moga bmanfaat.
aah..insyaAllah..selepas gelora itu ada tenang nya..:)
luv u,miss u umi..^^

sinar_islami said...

itulah pasang surutnya manusia..
keunikan inilah yg membolehkn seorg hamba pulang mencari pencipta drinya..
moga sama2 dpt ketenagan hakiki..Ya Rabb mudahkanlah...

nurul88 said...

aah..btl tu..
ameen utk do'anya...

rindu ukhti :)

Abu Huzaifah said...

karam di laut dapat ku renang...
karam di hati nak bayar hutang...
lalala....

nurul88 said...

erm? nak byr hutang? ada hutang ke? blh je nk bg...:p

latif -said- said...

salam..ya..kadang2 seseorang itu bersedih adakala kerna kegembiraan adakala kerna kesedihan..kadang2 dengan kesedihan itu..lahir dalam hatinya..satu titik kebangkit untuk memperbaiki apa yang kurang pada diri nya..

nurul88 said...

to latif:

wslm wbt..

aah..betul tu.moga kesedihan kita menjadi pembangkit..bukan penurun..bukan pemusnah..ameen~
sesungguhnya,air mata yg plg mulia adalah apabila ia mengalir kerana takutkan Allah..

along said...

http://alongkoleksi.blogspot.com/2011/04/kenapa-allah-murka.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...