24 August 2009

.:AHLAN YA HABIBI~:.


Selawat dan Salam buat habiballah, Rasulullah SAW yg bersabda, maksudnya ;

"Barangsiapa yg berpuasa Ramadhan kerana Iman dan Mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yg telah lalu..."
[HR Bukhari,Muslim,AtTirmizi,AnNasai dan lainnya]


Ya Allah..limpahkanlah selawat dan salam kpd Nabi-Mu, keluarga nabi-Mu, para sahabat dan kepada sesiapa sahaja yg berjalan di atas manhajnya sehingga hari pembalasan, begitu juga turutkanlah kami bersama mereka, dengan kurnia dan kemuliaanMu wahai Zat yg Maha Mulia..
Amma ba'd..

Telah hadir kepada kita tetamu yg mulia..kekasih yg dinanti oleh para 'abid yg setia sepanjang masa..bulan agung yg dirindui para pengejar redha Ilahi..

Pada bulan itu..

Allah mengampuni dosa-dosa..dan memaafkan kesalahan-kesalahan serta membebaskan mereka yg dikehendakiNya dari jerat neraka..

Dilipatgandakan pahala ibadah...

Terdapat malam yg lebih baik dari seribu bulan...

Dan pelbagai lagi...rahmat dan kasih sayangNya yg tak terhingga pada hamba2Nya...


Marhaban...Ahlan Ya Ramadhan..
Selamat datang wahai Ramadhan..
Wahai kekasih yg telah menghampiri kami setiap tahun..
Kami sambutmu dengan penuh cinta..
Setiap cinta kpd selain yg Maha Mulia tertolak..
Maka ampunilah dosa-dosa kami, Ya Allah..
Tambahkanlah kpd kami kurniaMu yg melimpah..

Engkau kembali datang setelah penantian selama setahun penuh..

Pada tahun ini..
telah meninggal sekian orang dan telah lahir sekian bayi..
sebahagian orang menjadi kaya, sebahagian lainnya menjadi miskin..
sebahagian orang berbahagia, sebahagian lainnya berduka dan celaka..
sebahagian orang mendapat petunjuk, sebahagian lainnya tersesat..

Ya Ramadhan..
Engkau datang kpd kami setelah kami memenuhi waktu setahun lalu dgn kebaikan ataupun kejahatan..
Semuanya akan diperlihatkan kpd kami dlm lembaran-lembaran catatan, pada hari diperlihatkan catatan amal di hadapan Allah..

"Dan setiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya.. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yg dijumpainya terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.."
[Al-Isra' : 13-14]

Wahai penyambut Ramadhan..

Katakanlah kpd mata agar berpuasa dari memandang yg haram..
Katakanlah kpd mulut agar berpuasa dari ghibah (mengumpat) dan namimah (mengadu domba), kata2 keji yg menyakiti hati serta gurauan melampau..
Katakanlah kpd tangan agar berpuasa dari melakukan dosa, kejahatan dan maksiat..
Katakanlah kpd kaki agar berpuasa dari berjalan menuju sarang-sarang syaitan..
Katakan kpd perut agar berpuasa dari memakan yg haram..
Agar puasamu tidak sekadar lapar dan dahaga...

"Berapa ramai org yg berpuasa, tidaklah dirinya itu mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.."
[HR An-Nasa'i dan Ibn Majah]

Puasa adalah rahsia kita..rahsia Allah..
Rahsia antara hamba dan Allah..
Tidak ada yg tahu jika kita berpuasa kecuali Allah..
Tiada siapa yg tahu jika anda makan atau minum tika tiada siapa melihat, tapi Allah Maha Melihat mu..

Rasulullah bersabda dlm sebuah hadis qudsi, Allah berfirman:

"Semua amal bani Adam adalah utk dirinya sendiri kecuali PUASA..sesungguhnya ia untukKu dan Aku sendiri yg akan membalasnya: Ia tinggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Aku.."

Puasa adalah perisai..
Penjaga dari segala kemaksiatan, penangkis dari segala kejahatan..
Kata2 "Aku sedang berpuasa" menjadi kesabarannya ketika dicela, dihina atau disakiti..
Seakan-akan menasihati diri sendiri..

"bertaqwalah kepada Allah kerana aku sedang berpuasa, jangan kau nodai puasaku~"

Duhai sahabat..
Ayuh! sama2 kita berusaha agar Ramadhan kali ini tidak berlalu begitu saja..
Pangkat TAQWA kita raih bersama..ameen..
Bulan ramadhan..bulan praktikal..

Berlaparlah..
agar anda bisa kenyang di sisi Allah..

agar anda bisa memasuki pintu Ar-Rayyan di jannah..

Berdahagalah..

agar anda bisa minum dari telaga Al-Kauthar..yakni telaga nabi Muhammad SAW...
yg jumlahnya berjuta2 bintang di langit..airnya lebih manis dari madu..lebih dingin dari salju..lebih putih dari susu....hanya seteguk, tidak lagi merasa haus selamanya..
Berusahalah! agar setiap anggota badan anda berpuasa.


Bagi sesiapa saja yg ingin lebih mengenal Allah pd bulan Ramadhan, ketahuilah bahawa Rabb bulan ramadhan adalah sama dgn bulan syawal, sya'ban dan lain2... dengan itu, takutlah kpd Allah pd bulan Ramadhan dan selainnya...kerana DIA adalah Rabb di setiap tempat dan waktu~!

Isi diolah dari : 'Ramadhan - Agar puasa tak sekadar lapar dan dahaga' by Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

** Alhamdulillah, berjaya juga post kan entry 'pembuka tirai ramadhan' ni..susahnya utk mulakan kerja menaip cuti ni....-_-

** Banyak hal tak sempat nak cerita (tak sempat ke, malas? wallahua'alam :D ) dalam blog ni selama bercuti di rumah..huhu..program keluarga, program IMAN, program jalan2 ziarah..Langkawi, KL, Temerloh..Pilihanraya Kecil Permatang Pasir (kampung) - Allahu Akbar~..dan lain2....suka duka musim cuti~ yela tu..^^

** Apapun, 30 Ogos, Ahad ni ana akan berangkat pulang ke Bandung...meneruskan sisa2 waktu menimba ilmu di sana..dan akan kembali ke Malaysia lagi pada 18 september utk berhari raya bersama keluarga, insyaAllah...

**Entah apa perasaan nak kembali meneruskan perjuangan di sana -_-...semester baru..doakan ana :)



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...