07 July 2009

.:WARKAH UMMI TERSAYANG:.

Usai solat Isya' sebentar tadi..ku mengadap laptopku..

Rehat sebentar..petang tadi keluar ke Jatos, mengisi minyak (terjadi sebuah al-kisah yg mendebarkan, mujur ada yg membantu, hatur nuhun Pak~!) dan mengambil duit di bank Niaga.

Lelahnya belum hilang..kemudian bergegas pula ke mesyuarat PERMAI'10 di Bale 4 pada jam4..nasib baik sempat..pengerusinya juga baru saja sampai..dengan jalan yg 'macet'('sesak' dlm bahasa orang sini), menambah lelah dan tekanan..entah kenapa sekarang jalan raya di sini asyik sesak..dgn lori2 besar, bas, kereta2..nasib baik menaiki scooter (motor)..boleh juga menyelit2..


Kembali pada tajuk di atas..warkah ummi tersayang..

Tiba2 terdetik di hati ana untuk menjengah blog ummiku..
Melihat ummi ada postkan entri baru..rasanya, ummi lebih tujukan pada ana..
Banyak ana mengadu pada ummi sejak akhir2 ni berkisar pelajaran ana yg kurang memuaskan tika ini...dan ummi lah pendengar setia...tidak pernah jemu mendengar & memberi semangat..
Dan diri ini sentiasa yakin, segalanya ada hikmahnya...

Bait-bait kata ummi membuat hati ini sebak...ada aura semangat yg meresap..
Rindu pada dirimu, ya Ummi...(walau baru seminggu tidak bertemu)

Ini bait-bait cinta ummi..buat putera puterinya..

~~~~~~~~~~~~~~

TUGAS PELAJAR IALAH BELAJAR

"Buat anak2ku dan yang bergelar pelajar..

Belajar itu satu jihad
...besar anugerah Allah untuk orang2 yang berilmu dan mencari ilmu...
Untuk menjadi yang terbaik, salah satu keperluannya ialah ilmu yang tinggi .Belajarlah bersungguh2 kerana kesungguhan itu dituntut oleh Islam.

Amat rugi orang yang belajar tetapi bermain2 semasa belajar.
Masa belajar yang diamanahkan Allah hendaklah digunakan dengan sebaik2nya kerana ia akan dipersoalkan Allah nanti. Pelajar diamanahkan oleh ibu bapa untuk belajar bersungguh2 & berusaha memenuhi hasrat diri, ibu bapa, agama dan bangsa.

Bila rasa lemah, kembali merenung amanah yang dipikul...bayangkan betapa bahagianya berjaya nanti dan bagaimana gembiranya ibu bapa, adik beradik, saudara mara, guru2 dan orang2 tersayang dengan kejayaan kita.

Bila rasa lemah, call dan bercakaplah dengan orang2 yang mengharapkan kejayaan kita
...jangan bercakap dengan orang yang ingin melihat kejatuhan dan kegagalan kita.
Bila rasa lemah, mengadulah kepada Yang Maha Mengetahui segala masalah dan penyelesaiaanya.Dialah yang Maha memberi..segala kejayaan adalah milikNya dan Dia memberikan kejayaan kepada siapa yang dikehendakiNya.Mohonlah sungguh2 padaNya.


Sesekali jangan berputus asa, kecewa dan putus harap
kerana semua ini sifat2 orang yang lemah di sisi Allah.Do'aku buat anak2 & pelajar sekelian agar dianugerahkan Allah kejayaan yang diidamkan yang baik disisiNya.Amin.

Umi sentiasa menyokong usaha kalian. Ingatlah tika kalian berjaga malam mentela'ah pelajaran, umi sentiasa menemani kalian walaupun di mana kalian berada.

Tika kalian memerah otak mengingati apa yang ditela'ah untuk ditulis semasa peperiksaan , umi sentiasa bersama kalian.Tika kalian bersengkang mata menatap buku2, umi bersama kalian.Tika kalian menggeletar menghadapi hari2 peperiksaan dan ujian, umi bersama kalian.Kuatkan azam kerana umi sentiasa menanti kepulangan kalian membawa berita gembira buat semua.Umi sayang semuanya."
~~~~~~~~~~
abah & ummi..

Ummi semasa menunaikan haji pada tahun 2007



Dugaan..cabaran..silih berganti...

Kadang2 terasa lemah utk 'melangkah'..
tapi.."aku tak mahu mengalah~!", bentak hati kecil ini.

Ana salahkan diri ana sendiri..kalau pelajaran merosot, DIRI SENDIRI harus sedar. Bukan salah masa kurang untuk menelaah pelajaran (nak minta ditambah masa?macam boleh je..huh!), bukan salah kerja dakwah atau program2, bukan salah rakan2..tetapi diri sendiri. Diri yang daif ini...

Kelemahan mengurus masa yg ada dengan sebaiknya, kurang disiplin diri, kurangnya fokus...
Itu yg ana simpulkan..kelemahan2 yg HARUS DIBAIKI..

Ya, tidak dinafikan..ada teman ana berkata..ana kelihatan sibuk..(mungkin itu yg dia rasakan asbab utk masalah ana ini)

"..kejap2 pegi meeting.."..

bisu ana dibuatnya..ini baru ana..yg bukan siapa2..meeting yg bukan tiap2 hari, tiap2 minggu pun tidak, mungkin...

bukan salah meeting itu, tapi diri ana..diri ana sahabat..
ana mohon bantu ana..ingatkan ana..supaya tak lalai..tidak lari dari fokus ana..yg mahu berjaya di dunia dan di akhirat~!

malu dgn Allah, malu dgn diri sendiri..malu dgn org lain..malu..maluu..
ana yg bukan siapa2 tidak pandai menguruskan masa!

Sedangkan kalau di bandingkan dgn tokoh2 dakwah terkemuka dahulu..malunya.jauh beza..
Ana sedang membaca buku 'Cinta di Rumah Hasan Al-Banna'..setiap ayat ana teliti dgn baik, kerana ana kagum..kagum dgn ketokohannya dlm keluarganya..(kita selalu dgr ketokohannya dlm dakwah & tarbiyah umat Islam, jarang dgr tentang ketokohannya di dlm keluarga).

Pengasas Ikhwanul Muslimin..As-syahid Imam Hasan Al-Banna..
Beliau sibuk dgn dakwahnya membangunkan umat, menjelajah ke negara2 lain utk melebarkan sayap dakwahnya, tetapi masih ada masa mentarbiyah, bersama & sentiasa ada masa utk anak-anak dan isterinya..lihat saja anak2nya yg berjaya..

Dgn kesibukan yg luar biasa, insan hebat yg telah berjaya membentuk sayap Al-Ikhwan di 20 negara dgn byk cawangan ini masih mampu & sempat makan bersama keluarganya, sempat menghantar bekal makanan setiap hari pada anaknya~!hebat..

Ramai yg maklum,walaupun hayatnya tidak panjang, tapi sumbangannya pada Islam sgt banyak..

Masa yg ada sentiasa dimanfaatkan...jika diperhatikan, masa baginya bukan diukur dgn tempoh panjang masanya, tapi kualiti dia mengisi masa yg ada itu dgn sebaik2nya membuatkan ahli keluarganya dan org lain yg bersamanya sentiasa merasa 'cukup'.

Ya,benar kata tokoh dakwah ini.."Tanggungjawab kita melebihi masa yg ada!"


Cukuplah bercerita utk kali ini, akan disambung insya Allah..;)

Apapun..jangan buang masa lagi! (semua tengah malas sekarang, rajinkan diri!!)

"Hiduplah utk memberi sebanyak2nya..bukan menerima sebanyak2nya.. Jangan mudah menyerah!" [Laskar Pelangi]



**Baru lepas baca 'warkah ummi'..kemudian, dengar pula ceramah mp3 "Kobarkan Semangat!" oleh Ust.Dr.Ali Musri M.A...bertambah2 semangatnya..yeke?ya...insyaAllah :) Apapun, buat para pembaca yg budiman, doakan ana ya..

**segala yg terjadi..tidak tahu asbab sebenarnya..yg pasti..Allah Pengatur terbaik. Salah diri kah?atau..sememangnya ujian dariNya..yg paling mudah, salahkan diri sendiri supaya boleh menjadi lebih baik. Tak salah menambah usaha bukan...:)


**Ulama besar Sufyan ats-Sauri berkata,
“Ilmu dinilai bermanfaat bila disertai amal. Manusia yang paling bodoh ialah yang membiarkan dirinya bodoh tanpa mahu berusaha meningkatkan ilmunya. Manusia paling pandai ialah yang mengandakan diri pada ilmunya. Dan manusia yang paling utama ialah yang bertaqwa.”

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

12 .:KoMeN:.:

Max said...

Salam ukhti...

Jngan sesekali putus asa..

Sekali kita tersadung,terus kita kesat airmata,lawan kesakitan,teruskan langkahan kita..

Thomas Elva Edison punya beribu cubaan membuat mentol yang gagal..

Apabila ditanya,dia menjawab..

"Siapa kata ini kegagalan,ini adalah proses mencipta suatu kejayaan!!!"

Dan dia berjaya..

Begitu juga kita..

Mintalah pertolongan kepadaNya dengan sabar dan solat ye..

Semangak2 ;-)

raff said...

salam ziarah.......

setiap yang berlaku ada hikmahnya...ingatlah,ujian sentiasa datang pada diri kita..jangan biarkan diri ini dikuasai oleh masalah2 ini,tapi kitalah yang patut bangun menguasai masalah2 tersebut...

ana yakin enti boleh....

nhan said...

salam...
mang, chaiyyok2!!! jgn jd mls cm org..
ktorg suma mendoakan eman..doa org sma!!! kobarkan semangat..teruskan usaha... i'm owez wif u..(^^,)

nurul88 said...

w'salam...

jazakallah ya akhi fi Islam..

byk sudah kata2 semangat yg diberi. Sejak kaki ni melangkah di bumi Jatinangor lg..syukran~

InsyaAllah 'putus asa' tu takkan sesekali ada dlm kamus hidup ana.ameen
doakan ana..

biasalah,kecik2 dulu blaja naik basikal pun byk kali jatuh..tapi naik lagi,cuba lagi..x serik2..sampaila dh terer..
ya,itu proses mncapai kejayaan.

ya,semangak2!:)

kina said...

semoga sukses selalu...jadikan ALLAH sebagai sandaran segala harapan...will pray for you...

nurul88 said...

ameen..terima kasih ye..
insya Allah..Allah sebaik2 penolong..;)

nurul88 said...

to raff:
w'salam..
ya..betul tu..
jazakallah atas nasihatnya...
doakan ye..
insyaAllah,ana cuba sebaik mungkin~:)

nurul88 said...

to nhan:

hehe..baik~!insyaAllah..doakan shbtmu ni ye..
jom usaha sma2..
Allahu musta'an..syg kamu~!:)

Ahmad Taufiq Redzuan said...

" tanggungjwab yg kita ad melebihi masa yg kita ad ", jadikan aturkanlah masa yg ad dgn sebaiknya..utamakan yg mana lebih di perlukan..belajar bukan no 1, da'wah bukan no 2..ianya bergerak seiring kehadapan..bila keduanya kita dapat jaga, insyaAllah, segalanya pasti lancar..sekadar perkongsia dari ana..=)

nurul88 said...

ya..insyaAllah..
terima ksh atas segala peringatan. Insya Allah, doakan ana, biar segalanya lancar2 belaka..ameen ya Rabb :)

sinar_islami said...

Syiddihilik ya ukhtie..teruskn melangkah dgn gagah..
besar harapan seorang ummi..
besar harapan seorang Mujahid..
pada kita insan yang kecil tpi bukan alasaan utk tidak membesarkn kalimah tauhid dgn kejayaan di sisiNya..
mga redha Allah bersamamu

nurul88 said...

syiddihilik tu ape ukhti..maap ana xtau.hee..

insyaAllah..doakan ana terus melangakah dgn gagah perkasa selalu ye!:) ameen

btul tu..ana nk sgt2 hadiahkan kpd abah umi ana kejayaan dunia n akhirat..hadiahkn utk smua yg mngharap kjayaan..ameen2..

jazakillah~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...