20 June 2009

.:BAHAGIA ITU KETENANGAN:.

Subhanallah..Alhamdulillah..
hari ni ana masih mampu melihat mentari..
menghirup udara..menghembus nafas..
yang entah berapa kali yang tersisa ni..
hanya Allah yang tahu...

Rumahku syurgaku

Dan hari ini..sudah hampir seminggu ana bercuti di teratak Baitus-Salam..
Rumah yg sudah berapa tahun didiami keluarga ana..
Sejak ana darjah enam rasanya..

Dari rumah di Taman Sepadu,Tasek Gelugor(di kampung ana), abah dipindahkan masuk ke rumah quarters pegawai Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam..kerana pada masa itu, abah baru diamanatkan menjadi Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar..

Kini..kami masih menunggu bila agaknya akan berpindah ke rumah baru di Seberang Jaya yg kini masih dalam pembaikan..

Rumah yg baru dibeli..hasil susah payah usaha abah & ummi, telah dinodai dek pihak yang tidak berhati perut & buta mata hati..

Segala apa yg ada di rumah yg masih kosong & belum disentuh oleh pemiliknya, telah dirosakkan..diambil segala "besi" yg ada..
dari bingkai cermin tingkap..singki..bingkai sliding door..semuanya diambil."gila besi" agaknya..

zaman sekarang..orang gila duit..bermacam cara dibuat..besi2 di tepi jalan pun sanggup dicuri! moga Allah memberi kamu hidayah wahai sang penyamun besi.

Jadi sekarang, masih menghitung bila agaknya kami akan berpindah ke teratak baru itu..Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.
Rumah kerajaan yg didiami kini sudah berusia bagi kami...sabar je lah menanti..Semoga Allah permudahkan urusan & memberkati usaha abah & ummi..

Majlis Perkahwinan

Kepulangan ana ke Tanah Air kali ni dengan 1 tujuan - untuk melihat & sama-sama memeriahkan majlis bersejarah keluarga Baitus-Salam yg julung2 kalinya..

Majlis Perkahwinan Along & Angah pada 13 Jun yg lalu.

Setibanya di LCCT..bergegas pula ke KLIA utk pulang ke Penang..Alhamdulillah sempat..

Alhamdulillah, Majlis berjalan lancar atas bantuan & kerjasama seluruh ahli keluarga..ana yg baru pulang, hanya membantu apa yg termampu..

Segala kekurangan telah dikenalpasti dan insyaAllah akan dibaiki pada majlis berikutnya..walimah seterusnya- walimah kakak ana insyaAllah. Didoakan selalu..

Meriah..tapi mungkin sedikit kelam kabut.pertama kali katakan.. Abah Ummi tak sempat menjenguk meja pengantin pada hari itu. Lain kali boleh dibaiki..

Ada DJ jemputan..ada kumpulan nasyid..persembahan silat & islamic taekwando..menu tambahan selain nasi & lauk pauk - laksa penang & teh tarik..

Setibanya ana di perkarangan dewan majlis kira2 jam 1 tengah hari..kelihatan dari jauh ummi datang menyambut..salam peluk cium anak & ibu bertamu. rindu..ya, hampir 4 bulan tidak bertemu..

Abah kelihatan sibuk menyambut tetamu..selepas dicuit pinggang abah, baru abah perasan puterinya dari Bandung ni sudah pulang..

Setelah bersalaman dengan semua sanak saudara yg berkumpul pada majlis tu..Mr.DJ (InsyaAllah bakal abang ipar) memanggil..ditemu ramah ringkas pula..ana diminta memberi sepatah dua kata..

Apa perasaan apabila Along & Angah sudah berkahwin?

Apa harapan ana kepada Along & Angah..?

Ana pun bagila kata2 'ringkas tapi mendalam maknanya'(kata Dj tu la..)..

Secara keseluruhannya..walaupun sedikit letih(kerana perjalanan pulang)..namun gembira. Gembira bersama keluarga..gembira melihat orang bahagia..gembira dapat bertemu tetamu2 undangan..

Terima kasih kepada yg sudi hadir ke majlis ini..:)

Gambar2 pada majlis perkahwinan itu nanti insyaAllah akan diselitkan disini..(gambar bersaiz besar,perlu di'edit'...huhu)

Kini..alhamdulillah, Angah sudah pulang ke Langkawi mengambung kerjanya..tapi kali ini kepulangannya ke Langkawi sebagai pengantin baru bersama Kak Ina yg turut bekerja ditempat yg sama..Semoga murah rezeki & bahagia selalu Angah..

Along pula masih disini..ulang-alik ke rumah & rumah mertuanya..memang abah ummi harap along tinggal bersama abah & ummi memandangkan rumah tiada siapa kalau semua pulang ke tempat pengajian & kerja masing-masing.

Ummi & Abah kelihatan gembira menerima menantu..2 orang menantu yang mempunyai dua watak berbeza..seorang pendiam & cool..seorang lagi ramah & kelakar..senyum sendiri bila ana fikirkan keduanya. Itu juga yg ummi katakan..2 watak yg berbeza..ahli keluarga baru Baitus-Salam..;)

Kebahagiaan

Setelah selesai semua urusan Along & Angah..kadang2 tak sangka rasanya Along & Angah kini sudah menjadi suami orang..mempunyai isteri..

"Dah tak boleh main2 dah dengan depa.."(ungkapan sedih ana di hari kenduri semasa ditemu ramah Dj.hehe)

Semasa kami berkumpul utk membuat 'post mortem' bagi majlis yg telah selamat dilangsungkan...

Angah bagitau..

"Rasa macam 1 batu besar jatuh bila Ayah Ina(kak ipar) nak balik hari tu & pesan jaga Ina baik2..."(sambil membuat gaya batu besar jatuh dari atas)
Senyum ana mendengar..

Angah sudah mula rasa satu tanggungjawab telah terbeban di bahunya..

'Masjid' yg dibina dengan nama Allah..bermula dari cinta..yang akan disempurnakan oleh tanggungjawab..
indah muqaddimahnya..moga indah juga natijahnya..ameen..semoga bahagia hingga ke syurga buat kedua abangku..

Teringat pula angah ada bertanya..bila dia selesai membaca bait2 ucapan ana dlm buku 'pernikahan' yg ana hadiahkan buat along & angah...

"Semoga bahagia hingga ke syurga!"

.."owh..boleh bawa isteri pi syurga ke??"(dgn riak wajah tanda tanya Angah..)
Adoila..Angah2..tu la...duk sibuk sangat memasak(bakal chef insyaAllah)..

"Boleh laa....Habis tu..nak tinggal isteri kat mana?nak masuk syurga sorang2?"(geram ana menjawab,huhu-biasala emo sikit ana ni..he)

Jadi suami yg soleh..bimbing isteri menjadi mithali..insyaAllah..

Bahagia.. bahagia tu apa...?
Ramai benar yang bercakap tentang bahagia,tapi tak tahu apa erti bahagia..

teraba-raba mencari bahagia..bila tidak tahu apa yg dicari..macamana kita nak temui...

kerap kali menyangka orang lain lebih bahagia..

"Rumput di seberang sana kelihatannya lebih hijau.."(maksud pepatah inggeris)

Itu yg membuat kita selalu merasa tidak puas. hidup dilihat sebagai pertandingan & perbandingan. Bukan 1 kesyukuran yg harus dikongsikan..
Bahagia...

BAHAGIA itu satu KETENANGAN..

KETENANGAN yang letaknya di HATI..

Hati yg tenang ialah hati yg dapat menghadapi apa jua ujian hidup dgn sebaik-baiknya..

Jika yg bertandang NIKMAT..hati yg tenang BERSYUKUR..

Jika yg berlabuh MUSIBAH..hati yg tenang SABAR..

Hati yg tenang dipenuhi rasa qanaah,tawakkal,redha & sifat2 mahmudah yg lain..
itulah hati yg sejahtera..- qalbun salim. Hati yg sepatutnya didambakan walau sedetik sebelum kita bertemu Ilahi.

HATI yg TENANG dengan MENGINGATI ALLAH..(Ar-Ra'd:28)

Ingat Allah..

Hati teringat..mulut menyebut..anggota bertindak..

Maha Adil Allah yg tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin rasa terabai..

Maha Adil Allah yg tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yg sakit rasa dipinggirkan..

Allah meletakkan bahagia pada hati yg tenang..sesuatu yg boleh dimiliki oleh semua manusia....
Kebahagiaan bukan itu bukan hanya di hujung jalan..tetapi ia ada di sepanjang jalan..jalan menuju kebahagiaan itu sudah satu kebahagiaan..

"Not a destiny, but a journey!"


Jadi...Along..Angah..

Rumah tangga yg tenang adalah bila setiap anggotanya ingatkan Allah..
Hiasi hidup dengan Iman sebagai matlamat..Syariat sebagai jalan..automatik berbuahlah akhlak yg baik..

Bahagiakan diri dgn MEMBERI kebahagiaan..
Rumah dibina dengan apa yg kita dapat, tetapi rumah tangga di bina dgn apa yg kita BERI..

(pesanan dari orang bujang buat orang2 yg dah tak bujang..;)


" Wahai orang-orang yg beriman, selamatkanlah dirimu & keluargamu dari seksa api neraka.."[At-Tahrim:6]

p/s: Ana juga sedang menenangkan diri dari segala hal..(release all da tension..he)..cuti sungguh.. malas pula nak balik ke Bandung...huhu~

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

8 .:KoMeN:.:

Harithmkt90 said...

Salam ziarah..insyaallah fi ridhallah...kebahagiaan yang hakiki adalah bilaman manusia dapat menjejakkan kaki di syurga Allah..Insyaallah..

nurul88 said...

terima kasih atas ziarah n sudi tinggalkan komen..
btul tu.moga kita menjadi sebahagian dari penghuni al-jannah...;)ameen

Khazinatul_Asrar said...

Wah, tahniah kpd along n angah enti~ hehe. patutlah k.Saadah ada tersalah hntr emel haritu. Kehkeh. ha, k.Asma' bila pulak? Adak DJ itu...hihi. Karang teka, salah. Diam2 je lah :P

Apepun, tahniah kepada mereka. Smg bait muslim yg dibina kekal hingga ke syurga. InshaAllah.

Ehem, enti bila lagi? :D

nurul88 said...

hehe.tahniah diterima..(mcm tahniah kat ana je ;p)

owh,dia salah hntr emel ape?ish3..wat malu je dia ni..he

kak as tu..hehe.try tanya dia nnt..tp insyaAllah x lama dah..umo dia dah 'lanjut' tu..hikhik.doakan dia..
nak teka sape tu..he.xpe, di alam maya ni..kita diam2 jelah.tunggu n lihat ;)

ameen atas doanya..ana pun harap mcm tu..

ehem..ana?hehe..nanti2lah..ikut turn..2 org kakak lagi kt atas.cewah..=)
enti pulak?ehem2.he

Khazinatul_Asrar said...

hehe. ana? ops. tunggu je lah bila sampai masanya :)~

ha, dah taw dah sapa. memang tepat. ceh yakin betul ana ni :D. Siap dah jadi "usrati's link" tu. Haha. Shh2 :P

nurul88 said...

owh,sape tu.gosip2.hehe
klu btl.doakn la depa tu.hee

ertihijrah said...

salam'alayk..
salam ziarah. :) moga dlm lndungan n rhmt Allah.
sonoknye balik mesia.. hehe.
erm,ukhtie..
ana dah tukar link blog.
dari www.eslamicqueen.wordpress.com ke www.ertihijrah.wordpress.com.
hrp mklum ye. :)
syukran.

nurul88 said...

w'salam..hehe.mmg sronok blk umah..nikmat plg b'harga..:)
owh..dah tukar..?nape ye?baik..ana tukar kan address nya ye.jazakillah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...