20 June 2009

.:BAHAGIA ITU KETENANGAN:.

Subhanallah..Alhamdulillah..
hari ni ana masih mampu melihat mentari..
menghirup udara..menghembus nafas..
yang entah berapa kali yang tersisa ni..
hanya Allah yang tahu...

Rumahku syurgaku

Dan hari ini..sudah hampir seminggu ana bercuti di teratak Baitus-Salam..
Rumah yg sudah berapa tahun didiami keluarga ana..
Sejak ana darjah enam rasanya..

Dari rumah di Taman Sepadu,Tasek Gelugor(di kampung ana), abah dipindahkan masuk ke rumah quarters pegawai Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam..kerana pada masa itu, abah baru diamanatkan menjadi Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar..

Kini..kami masih menunggu bila agaknya akan berpindah ke rumah baru di Seberang Jaya yg kini masih dalam pembaikan..

Rumah yg baru dibeli..hasil susah payah usaha abah & ummi, telah dinodai dek pihak yang tidak berhati perut & buta mata hati..

Segala apa yg ada di rumah yg masih kosong & belum disentuh oleh pemiliknya, telah dirosakkan..diambil segala "besi" yg ada..
dari bingkai cermin tingkap..singki..bingkai sliding door..semuanya diambil."gila besi" agaknya..

zaman sekarang..orang gila duit..bermacam cara dibuat..besi2 di tepi jalan pun sanggup dicuri! moga Allah memberi kamu hidayah wahai sang penyamun besi.

Jadi sekarang, masih menghitung bila agaknya kami akan berpindah ke teratak baru itu..Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.
Rumah kerajaan yg didiami kini sudah berusia bagi kami...sabar je lah menanti..Semoga Allah permudahkan urusan & memberkati usaha abah & ummi..

Majlis Perkahwinan

Kepulangan ana ke Tanah Air kali ni dengan 1 tujuan - untuk melihat & sama-sama memeriahkan majlis bersejarah keluarga Baitus-Salam yg julung2 kalinya..

Majlis Perkahwinan Along & Angah pada 13 Jun yg lalu.

Setibanya di LCCT..bergegas pula ke KLIA utk pulang ke Penang..Alhamdulillah sempat..

Alhamdulillah, Majlis berjalan lancar atas bantuan & kerjasama seluruh ahli keluarga..ana yg baru pulang, hanya membantu apa yg termampu..

Segala kekurangan telah dikenalpasti dan insyaAllah akan dibaiki pada majlis berikutnya..walimah seterusnya- walimah kakak ana insyaAllah. Didoakan selalu..

Meriah..tapi mungkin sedikit kelam kabut.pertama kali katakan.. Abah Ummi tak sempat menjenguk meja pengantin pada hari itu. Lain kali boleh dibaiki..

Ada DJ jemputan..ada kumpulan nasyid..persembahan silat & islamic taekwando..menu tambahan selain nasi & lauk pauk - laksa penang & teh tarik..

Setibanya ana di perkarangan dewan majlis kira2 jam 1 tengah hari..kelihatan dari jauh ummi datang menyambut..salam peluk cium anak & ibu bertamu. rindu..ya, hampir 4 bulan tidak bertemu..

Abah kelihatan sibuk menyambut tetamu..selepas dicuit pinggang abah, baru abah perasan puterinya dari Bandung ni sudah pulang..

Setelah bersalaman dengan semua sanak saudara yg berkumpul pada majlis tu..Mr.DJ (InsyaAllah bakal abang ipar) memanggil..ditemu ramah ringkas pula..ana diminta memberi sepatah dua kata..

Apa perasaan apabila Along & Angah sudah berkahwin?

Apa harapan ana kepada Along & Angah..?

Ana pun bagila kata2 'ringkas tapi mendalam maknanya'(kata Dj tu la..)..

Secara keseluruhannya..walaupun sedikit letih(kerana perjalanan pulang)..namun gembira. Gembira bersama keluarga..gembira melihat orang bahagia..gembira dapat bertemu tetamu2 undangan..

Terima kasih kepada yg sudi hadir ke majlis ini..:)

Gambar2 pada majlis perkahwinan itu nanti insyaAllah akan diselitkan disini..(gambar bersaiz besar,perlu di'edit'...huhu)

Kini..alhamdulillah, Angah sudah pulang ke Langkawi mengambung kerjanya..tapi kali ini kepulangannya ke Langkawi sebagai pengantin baru bersama Kak Ina yg turut bekerja ditempat yg sama..Semoga murah rezeki & bahagia selalu Angah..

Along pula masih disini..ulang-alik ke rumah & rumah mertuanya..memang abah ummi harap along tinggal bersama abah & ummi memandangkan rumah tiada siapa kalau semua pulang ke tempat pengajian & kerja masing-masing.

Ummi & Abah kelihatan gembira menerima menantu..2 orang menantu yang mempunyai dua watak berbeza..seorang pendiam & cool..seorang lagi ramah & kelakar..senyum sendiri bila ana fikirkan keduanya. Itu juga yg ummi katakan..2 watak yg berbeza..ahli keluarga baru Baitus-Salam..;)

Kebahagiaan

Setelah selesai semua urusan Along & Angah..kadang2 tak sangka rasanya Along & Angah kini sudah menjadi suami orang..mempunyai isteri..

"Dah tak boleh main2 dah dengan depa.."(ungkapan sedih ana di hari kenduri semasa ditemu ramah Dj.hehe)

Semasa kami berkumpul utk membuat 'post mortem' bagi majlis yg telah selamat dilangsungkan...

Angah bagitau..

"Rasa macam 1 batu besar jatuh bila Ayah Ina(kak ipar) nak balik hari tu & pesan jaga Ina baik2..."(sambil membuat gaya batu besar jatuh dari atas)
Senyum ana mendengar..

Angah sudah mula rasa satu tanggungjawab telah terbeban di bahunya..

'Masjid' yg dibina dengan nama Allah..bermula dari cinta..yang akan disempurnakan oleh tanggungjawab..
indah muqaddimahnya..moga indah juga natijahnya..ameen..semoga bahagia hingga ke syurga buat kedua abangku..

Teringat pula angah ada bertanya..bila dia selesai membaca bait2 ucapan ana dlm buku 'pernikahan' yg ana hadiahkan buat along & angah...

"Semoga bahagia hingga ke syurga!"

.."owh..boleh bawa isteri pi syurga ke??"(dgn riak wajah tanda tanya Angah..)
Adoila..Angah2..tu la...duk sibuk sangat memasak(bakal chef insyaAllah)..

"Boleh laa....Habis tu..nak tinggal isteri kat mana?nak masuk syurga sorang2?"(geram ana menjawab,huhu-biasala emo sikit ana ni..he)

Jadi suami yg soleh..bimbing isteri menjadi mithali..insyaAllah..

Bahagia.. bahagia tu apa...?
Ramai benar yang bercakap tentang bahagia,tapi tak tahu apa erti bahagia..

teraba-raba mencari bahagia..bila tidak tahu apa yg dicari..macamana kita nak temui...

kerap kali menyangka orang lain lebih bahagia..

"Rumput di seberang sana kelihatannya lebih hijau.."(maksud pepatah inggeris)

Itu yg membuat kita selalu merasa tidak puas. hidup dilihat sebagai pertandingan & perbandingan. Bukan 1 kesyukuran yg harus dikongsikan..
Bahagia...

BAHAGIA itu satu KETENANGAN..

KETENANGAN yang letaknya di HATI..

Hati yg tenang ialah hati yg dapat menghadapi apa jua ujian hidup dgn sebaik-baiknya..

Jika yg bertandang NIKMAT..hati yg tenang BERSYUKUR..

Jika yg berlabuh MUSIBAH..hati yg tenang SABAR..

Hati yg tenang dipenuhi rasa qanaah,tawakkal,redha & sifat2 mahmudah yg lain..
itulah hati yg sejahtera..- qalbun salim. Hati yg sepatutnya didambakan walau sedetik sebelum kita bertemu Ilahi.

HATI yg TENANG dengan MENGINGATI ALLAH..(Ar-Ra'd:28)

Ingat Allah..

Hati teringat..mulut menyebut..anggota bertindak..

Maha Adil Allah yg tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin rasa terabai..

Maha Adil Allah yg tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yg sakit rasa dipinggirkan..

Allah meletakkan bahagia pada hati yg tenang..sesuatu yg boleh dimiliki oleh semua manusia....
Kebahagiaan bukan itu bukan hanya di hujung jalan..tetapi ia ada di sepanjang jalan..jalan menuju kebahagiaan itu sudah satu kebahagiaan..

"Not a destiny, but a journey!"


Jadi...Along..Angah..

Rumah tangga yg tenang adalah bila setiap anggotanya ingatkan Allah..
Hiasi hidup dengan Iman sebagai matlamat..Syariat sebagai jalan..automatik berbuahlah akhlak yg baik..

Bahagiakan diri dgn MEMBERI kebahagiaan..
Rumah dibina dengan apa yg kita dapat, tetapi rumah tangga di bina dgn apa yg kita BERI..

(pesanan dari orang bujang buat orang2 yg dah tak bujang..;)


" Wahai orang-orang yg beriman, selamatkanlah dirimu & keluargamu dari seksa api neraka.."[At-Tahrim:6]

p/s: Ana juga sedang menenangkan diri dari segala hal..(release all da tension..he)..cuti sungguh.. malas pula nak balik ke Bandung...huhu~

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

19 June 2009

.:PILIHAN ALLAH:.


"Kenapa aku yang kena..?"...

Sayup-sayup kedengaran satu suara menjawab...

"Engkau yang terpilih.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesekali dilanda ujian..

Bila diuji sedikit kesusahan..kegagalan..kesedihan..kekecewaan..dan pelbagai lagi yg dinamakan ujian dan dugaan..

Hati yg tenang itu..sering merasa dirinya layak menerima ujian..

Tidak akan mengeluh...
Tidak ada persoalan seperti di atas.."kenapa aku..?"

Sebaliknya terasa..
"Aku telah terpilih.."
"Aku hamba Allah..aku layak diuji.."

Kata ulama',

"untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat itu, jangan merasa memiliki nikmat itu..".

Rasakan diri hanya peminjam..
Bila nikmat yg bukan milik kita itu ditarik, hati yg tenang menyerah & pasrah kepada Allah - Pemilik Segalanya.

Kejayaan..hanya pinjaman...
harta...hanya pinjaman..
bahagia..hanya pinjaman...
teman..keluarga..hanya pinjaman..

Maka..untuk meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah..
Allah yg menurunkan musibah itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yg terbaik.

Apabila hati seorang hamba mengenal Allah, dia tidak akan sekali-kali berburuk sangka padaNya.

Iktikad(keyakinan) kita,bahawa semua ketentuan Allah itu baik - pasti ada hikmah disebaliknya akan membuat hati terubat...
Setiap orang pasti telah melalui pelbagai ujian selama hidupnya..

Hati harus dididik untuk bersabar...
Dengan keyakinan terhadap qada dan qadar Allah yg pasti berlaku, hati dapat ditarbiyah untuk redha & tawakkal..

Kerana kita HAMBA Allah..harus terima ujian itu.Tiada hak untuk menolak..
Hamba yg soleh dan solehah akan menanggung segalanya dgn sabar, bahkan gembira dgn pilihan Allah..
(ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia)

Tiada pilihan Allah yg tidak baik, semuanya baik belaka~!

Maha Suci Allah yg tidak akan menzalimi hambaNya walau ketika mereka diuji..segalanya sesuai dgn kemampuan hambaNya..

Hati yg tenang akan berbisik...

"Ya Allah..aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dgn ilmuku yg terbatas..Tapi aku yakin ya Allah,ilmuMu Maha luas..pasti ada kebaikan yg masih terselindung di sebalik musibah ini..yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..Ampunkan aku ya Allah, kerana tak mampu membayangkan rencanaMu yg sempurna..."

Ku merintih..ku merayu..agar ujian yang KAU datangkan ini tidak melemahkan ku..malah menguatkan imanku..jiwaku..

Kurniakanlah daku kejayaan didunia..jua di akhirat..ameen ya Rabb!

Kaulah sebaik2 penolongku.....

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

04 June 2009

.:M'SIAN STUDENTS IN INDONESIA ADVISED TO AVOID CONTROVERSIAL DEBATES:.


Thursday, June 4

JAKARTA, June 3 (Bernama) –- All Malaysians in Indonesia were today advised to refrain from discussing or debating controversial issues that are being played up by the republic's media now like the overlapping claim on Ambalat in the Sulawesi Sea and the issue of Manohara.

Dr Junaidi Abu Bakar, the education attache at the Malaysian emmbasy here, said notices to the effect had been issued to Malaysian student leaders at 13 universities which had many Malaysian students.

"My message to them is not to engage in debates on controversial matters with their Indonesian counterparts. Let the respective authorities handle these matters including the Ambalat issue and also that concerning Manohara," he told Bernama here.

He added that they were also advised to take added precautions in their movements and to move around in groups so as to avoid any untowards incidents.

"Should they need help, they can contact us at the embassy directly or the local authorities," he said, adding all the students had been updated on the contact details of embassy staff.

-- MORE

STUDENTS-ADVICE 2 (LAST) JAKARTA

Parents of students needing to contact him can do so through his handphone at +6281808811111 or e-mail him at drjunaidy_ab@yahoo.com.sg.

The Ambalat issue has been around for sometime but the Manohara case broke out this week when the former model whose full name is Manohara Odelia Pinot, 17, returned to Indonesia on Sunday and claimed that her husband Tengku Temenggong Muhammad Fakhry of Kelantan had allegedly abused her.

-- MNY MNY HA

BERNAMA

sumber: Yahoo! Malaysia news

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


**Hmm..macam2 isu..huhu..semoga hubungan Malaysia-Indonesia aman damai selalu..Peace no war~(^^)v Sesungguhnya, rakyat Malaysia ramai di sini.....

**Lama tak update...exam..oh exam...doakan saya berjaya & terus kuat n semangat ye~! sangat menguji kekuatan exam kali ni....Ya Allah,Kau sebaik2 Penolongku...

**Alhamdulillah dah dapat kak ipar sorang..sorang lagi esok akad nikahnya di Kg.Gajah,Perak.Moga mudah & berjalan lancar semuanya..ameen..(hati melonjak2 nak baliikk)

I asked for Strength...
And Allah gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom...
And Allah gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity...
And Allah gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage...
And Allah gave me Danger to overcome.
I asked for Love...
And Allah gave me Troubled people to help.
I asked for Favors...
And Allah gave me Opportunities.
I received nothing I wanted.....
I received everything I needed!

"Dan janganlah kamu berasa lemah & jgn pula bersedih hati, kerana kamulah paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman...." [Ali Imran: 139]


"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...