01 May 2009

.:GOOD LUCK PENANTI~:.


  • Perang psikologi Umno di Penanti



Calon PKR di Penanti yakin Umno akan meletakkan calonnya di kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung hujung bulan ini.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam wawancara eksklusif dengan Malasiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya.

"Bukan gaya Umno tidak bertanding, bukan budaya parti tersebut. Parti itu akan meletakkan calon walaupun ia mendakwa underdog (tidak mudah menang)," katanya.

"Umno sedang menggunakan (taktik) permainan psikologi dengan meletakkan kita (PKR) calon pilihan.

"Kita tidak boleh sambil lewa, terbawa-bawa atau tertipu dengan perang psikologi (Umno) ini. Kita mesti bersatu, berkempen bersungguh-sungguh dan menemui semua pengundi bagi memastikan kemenangan."

Ditanya peluang beliau memenangi pilihanraya kecil ini yang bermula 23 Mei ini, Mansor meletakkan "harapannya 60 peratus".

"Bukan kerana (saya) sombong atau terlalu yakin. Ia kerana Penanti berada dalam kawasan Permatang Pauh - kubu (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Beliau mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Penanti," katanya lagi.



p/s : Penanti...oh Penanti...mesti hangat dekat2 kawasan rumah...kudoakan yg terbaik untukmu...terus semangat:) jgn tertipu...jgn sambil lewa..pilihanraya kecil DUN Penanti--31 Mei 09. Good Luck Dr mansor & org kampungku~![kampung ke?lbh krg la..:) ]




"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

3 .:KoMeN:.:

Brother Badr said...

turun la berjuang kt penanti..:)

Ahmad Taufiq Redzuan said...

insyaAllah..sama-sama kita doakan kemenangan Calon PKR @ Pakatan Rakyat di Penanti..

nurul88 said...

to bro badr :

x balik msia lg time 2..umo dh ckup dh..klu x mmg trun dh..he :p

to ahmad taufiq:

insyaAllah..:) doakan yg tbaik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...