25 April 2009

.:SESUCI HATI SEORANG INSANI:.

Pagi yg indah..terasa ingin mencoret sesuatu...
Sambil ditemani irama latar dari Winamp..

"Ya Allah Ya Tuhanku..hambaMu merindukan..Rahmat Kasih SayangMu & jua keredhaanMu Dalam hidupku.......~~~"

"....Tuhan..jgn KAU palingkan hati ini..setelah KAU beri hidayah..sesungguhnya KAU Maha Pengasih..."

Nasyid-KeredhaanMu, menemani....
Diantara lagu nasyid yg sangat ana gemari saat keluarnya album Inteam '04..
Betapa indah bait lirik,menusuk hati,membekas jiwa,menuai rasa insaf seorang hamba..

Hari ini..rasa diri ni lebih baik dari hari2 sebelum ni..
Macam biasa lah....
Di hati ni..hanya Allah yg tahu..

Beberapa hari berperang dgn perasaan n emosi sendiri...
Tak tahu kenapa..
Memang betullah..wanita ni kuat emosinya..kurang pula rasionalnya..
Asyik2 nak mengeluh dlm hati..itu n ini..
'Kewarasan' pun berkurang..

Penat dgn apa sebenarnya ni..?
Mengeluh sebab apa..?
Marah kat sape..?
Jgn tanpa sedar..semua tu ditujukan pada ALLAH~
Na'uzubillah...

PAUSE....

Check balik HATI~!!

Ya..ana sedang koreksi HATI tika ini..

Sukarnya menjaga yg satu ini..
Satu organ yg menempatkan pelbagai macam..
Organ yg sangat perlu diberi perhatian selalu..
Yg pasti,yg satu ini bukan sangaja mengada2 diminta perhatian..
Kerana yg satu ini SANGAT PENTING..

Tempatnya Iman..tempat tunjang amal-Ikhlas
dan 1001 mcm perasaan..

Ikhlas yg mengundang asyiknya bekerja di jalan Allah, menimba ilmu kerana Allah, bersaudara kerana Allah, bertaut hati kerana Allah, memberi kerana Allah..dan segalanya kerana Allah..
Tiada kata penat..tiada kata lelah..tiada kata putus asa..hanya tenang..senyum mendamba redhaNya..
Kurniakan diriku rasa ini ya Allah..

Seorang munafiq rosak imannya kerana rosaknya yg bernama HATI
Kejujuran yg diselaputi keikhlasan..
Keikhlasan yg mendamba kebanggaan..
Na'uzubillah..jauhkan diriku Ya Allah dari perasaan begitu..

Sedari hakikat penghambaan hati..
Hati yg mempunyai Tuhan..
Tuhan Rabbul 'Izzaty yg bisa membolak-balikkan hati...

Sucikan hatimu....

Pernah Kekasih Allah bersabda..
"Hati manusia itu akan berkarat seperti mana berkaratnya besi.."


Seorang sahabat bertanya..

"Ya Rasulullah,bagaimanakah hendak membersihkannya..?"


HabibAllah menjawab..
"Banyakkan membaca Al-Quran & Mengingati Mati.."


Terbukti hati ini memang perlu sentiasa dijaga..
Bukan sentiasa berkilat berkilau..
Bukan sentiasa sejernih embun pagi..

Allahu Taala berfirman..
"Barangsiapa yg buta didunia ini, maka di akhirat sana juga dlm keadaan buta,bahkan lebih sesat lagi.."
"Sesungguhnya yg buta itu bukanlah mata2 kalian, tetapi buta itu ialah HATI yg ada didada kalian~!"

HATI itu raja..
Memimpin manusia..
Diberi kuasa mengawal seluruhnya..
Andai baik rajanya..baiklah seluruhnya...

"Ketahuilah di dlm jasad manusia ada segumpal daging..Jika ia baik,maka baiklah seluruh jasadnya,jika ia rosak,rosaklahpula seluruh jasadnya...

wa hiya al-qalb
..dan segumpal daging itu adalah HATI.." [Muttafaq 'Alaih]

Hati yg juga mampu memberi fatwa..
Fatwa yg baik..adalah dari yg baik..

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu adalah apa yg tenteram jiwa padanya, dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa2 yg syak didlm jiwa dan ragu2 di dlm hati, meski org2 memberi fatwa kpdmu & mereka membenarkannya~"[HR Muslim]

Hati-hati menjaga HATI wahai diri..

Sufyan b. Abdillah Ats-Tsaqafy ra berkata,
"Ya Rasulullah,beritahu padaku suatu ungkapan tentang Islam yg x akan kutanyakan kpd seorang pun selain engkau"

Beliau bersabda..

"Katakan,'Amantu Billah(aku beriman kpd Allah),kemudian istiqamahlah'.."

Diri..
Bicarakan kalam Tuhan ini..

"..dan berangkatlah kamu berjuang dlm rasa ringan ataupun berat~"[At-Taubah:41]


~~~~~~~~~~~~~~~~


**Seribu kemaafan dipinta kpd insan2 yg telah disakiti dan terguris hati sbb ana baru2 ni..sesungguhnya ana manusia yg lemah..mcmana hati nak bahagia kalau tak jaga hati org lain?ish3..apela diri ni..jujurnya..mcm ramai yg terluka je baru2 ni..asif jiddan~~

**Terima kasih kpd yg tak jemu & sabar melayan kerenah diri ni..

**Minta maaf kpd adik2ku sebab terlupa nk wish hepi besday pada waktunya...
Achik:19/4..Acu:23/4..Wedding anniversary abah umi:18/4..moga bahagia n berjaya dunia akhirat..rindu semua~huhu

**To Along n Angah n smua ahli Baitus-Salam ku..selamat menguruskan majlis akad Along Angah n walimahnye ye...maaf x dpt membantu~semoga berjalan lancar n dimudahkan urusan..

**Exam dah dekat..doakan ana ye semua....

**Kalau perasan..ana byk post entry tentang hati..kerana HATI itu sungguh berharga. Benda yg paling ana sayang kt diri ni...ingin ku pelajari lebih tentang hati~:)

**Nak post entry ni pagi..tp dh sampai tghari plak..ada org brainwash plak,adeh~

Baitus-Salam forever :)

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

2 .:KoMeN:.:

Dr Amad said...

Nak gelak boleh...hahaha.Sori terbasuh...ahaks

nurul88 said...

amboi2..gelak sbb ape ni..suke la tu basuh2..meh basuh bju kt umah ana ni..lg bgus..he;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...