07 April 2009

.:MANISNYA IMAN:.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah selain ALLAH,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya..

"Barangsiapa yg diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada yg dapat menyesatkannnya, dan barangsiapa yg disesatkanNya, maka tiada yg dapat memberi petunjuk..."

Rasulullah SAW pernah bersabda...

"Ada 3 perkara, barangsiapa yg dirinya dapat menyandang ketiga-tiganya, nescaya akan merasakan manisnya iman, iaitu :
1] bila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yg lain..

2] apabila dia mencintai seseorang muslim, tidaklah dia mencintainya, melainkan kerana Allah..

3] dia tidak suka kembali kpd kekafiran sebagaimana dia tidak suka bila dicampakkan ke dalam neraka..

[HR Bukhari & Muslim]


Iman... Kalimat tauhid yang diumpamakan seperti sebuah pohon yg baik...
Terdengar bisikan tanda tanya..

Apakah pohon yg baik itu...?


Pohon yg baik ini adalah kalimah "Laa ilaaha illallah"(tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah)..

Cabangnya adalah rukun-rukun Islam..
Dahan-dahannya adalag semua hal yg difardhukan & jua yg disunnahkan..

Dedaunannya adalah perbuatan ketaatan..

Dan terhasillah..

Buah yg baik lagi indah itu sebagai manfaat kpd apa yg dihasilkan oleh pelaku ketaatan itu..

Adapun..mengenai rasa manisnya adalah setelah berlangsung waktu yg cukup lama dalam mengerjakannya..

Itulah usaha dlm mencapai manisnya iman...

Sehingga suatu saat, apabila terasa manisnya iman..

dapat dirasakan dan dihayati dlm dirinya..

nikmat kelapangan dan kegembiraan...:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Duhai sahabat..ingin ku tanyakan..
"Bagaimana utk ku menanam cinta pada ALLAH?"


Wahai sahabatku..
Peliharalah segala hal yg difardhukan..

Kerana ia adalah kunci pertama & jalan paling utama menuju kpd Allah..


"Tidaklah sekali-kali seorang hamba mendekatkan dirinya kpdKu dgn suatu amal yg lebih Aku sukai, selain dr hal yg Aku fardhukan atas dirinya"
[HR Bukhari dan Ibnu Hibban]


"Apa lagi wahai sahabatku?"

Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan merenungi maknanya..
kerana ia satu2nya kalam Allah di muka bumi ini..

menjadi parameter seorang hamba utk mengetahui kadar keimanannya..

Baca..faham..dan amalkan..


"Selain itu..?"

Banyakkanlah berzikir pada Allah selamanya..
Kerana ia adalah pengusir syaitan,menambah kesetiaan,ketaatan & keredhaan serta menghindarkan seseorang dari segala bentuk kemurkaan Allah..

Tenang dan amanlah selama kau berzikir..

Jua..

Banyakkanlah amalan sunnah yg mendekatkan lagi dirimu kepada Al-Khaliq...

"Ada lagi wahai sahabat?"

Ingatlah..

Seseorang yang tidak sempurna dlm mencintai Rasul & tidak pula sempurna dlm mengikut jejaknya, maka masih belum sempurnalah kedudukan penghambaan dirinya..

Cintailah Rasulullah..
Kenalilah baginda..kajilah segala pekerti yg baik tentang dirinya melalui Al-Quran dan As-Sunnah serta dari rentetan sirahnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat..ingin ku rasa manisnya iman..
"bagaimana harusku mencintai seorang muslim hanya kerana Allah?"

Cinta ada darjatnya..
Sesuaikan ia dengan tingkat ketaatan dan kedekatannya pada Allah..


Barangsiapa di antara kaum muslimin yg lebih byk durhakanya, bererti kita harus lebih byk membencinya dan menjauhinya..

Barangsiapa yg lebih byk ketaatannya kpd Allah,kita harus lebih mencintainya dan lebih mendekatinya...


Bijaklah dlm mencintai sesuai dgn kedudukannya mengikut parameter jauh & dekatnya yg bersangkutan krn Allah..


Di antara 7 golongan yg akan mendapat naungan dari Allah pada hari yg tiada naungan kecuali hanya naunganNya ialah..
"2 org pemuda yg saling mencintai kerana Allah; mereka bertemu kerana Allah & berpisah pula kerana Allah" [Muttafaq 'Alaih]

Imam Syafi'i rahimahullah dalam madahnya...

"Kucintai orang2 soleh
meskipun aku bukan termasuk dari mereka
dengan harapan mudah-mudahan
aku beroleh syafaat(dari Allah) berkat mereka
Dan aku benci orang yg pekerjaannya maksiat
meskipun kita sama dlm hal pekerjaan"


Dan kemudian..muridnya, Imam Ahmad memuji..

"Engkau menyukai orang2 soleh
kerana engkau adalah seorang dari mereka,
hanya berkat kalianlah kami beroleh syafaat"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat yg setia..
"Bagaimana hal yg ke3?bagaimana utkku memastikan diriku tidak suka dipalingkan kembali kpd kekafiranku?"

Amalkanlah doa ini sahabatku yg beriman...

Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah, innaka anta Al-Wahhab..

"Ya Tuhan kami, jangan KAU palingkan hati ini kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat disisi Mu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia"
[Ali Imran:8]

Mintalah dengan hati yang tulus..

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..teguhkanlah hatiku pada agamaMu... Wahai Tuhan yg memalingkan hati..palingkanlah hati kami utk taat kepadaMu.."

Jangan sesekali menyukai kesesatan.. Jangan sekali-kali mengikut hawa nafsumu.. Andai kau tidak mahu Allah meninggalkanmu..

"Maka tatkala mereka berpaling(dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.." [As-Saff:5]

Sahabatku yg kukasihi..
"Bisakah ku menyimpul bagaimana untukku mendapat kemanisan iman ini...?"

Pertama..Cintailah Allah & RasulNya...
Kedua..Cintailah orang2 yg soleh.. Dan

Ketiga..benci kembali kepada kekafiran sesudah Allah menyelamatkannya..
Siapa yg menguranginya..maka berkuranglah imannya...


"Ku doakan untuk diriku dan sahabat..moga kita dapat merasakan manisnya iman...:)"

**Gubahan tarian tintaku dari '
Hidupkan Hatimu', Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni..

~Ya Allah..hidupkan hatiku dgn iman..permudahkan urusanku...tenangkan hatiku..ameen~

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

2 .:KoMeN:.:

Pok Jahar said...

satu cabaran .. T.T

nurul88 said...

cabaran?bgusla.pok jahar ni sape ye?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...