30 April 2009

.:SEKALUNG PENGHARGAAN+IKLAN:.


Alhamdulillah..
Enterpreneur Day dah selesai dgn jayanya..
Gerai IMAN pun alhamdulillah..usaha sebaik mungkin dah dilakukan oleh semua ahli IMAN..
Ramai juga yg dtg membeli...terima kasih kami ucapkan...
Dan sekali lagi gerai IMAN dinobatkan sebagai gerai terbersih & tercantik...

TAHNIAH kepada semua..

Kepada yg berpenat lelah menyediakan makanan2 utk jualan...
Geng Nasi Kerabu di Pedca..(termasuk diri sendiri..he)
Geng Kuew Tiaw Tom Yam di Mulana..
Geng Roti IMAN di Sukawening...
Geng Pameran Perubatan Islam & Dekorasi di Bale..
Geng Derma darah...termasuk Biro Pendidikan PKPMI..

Kempen derma darah pun...banyak juga yang pemurah dtg menderma darah..lebih seratus agaknya...?walaupun diri ana sendiri tak menderma darah pada hari tu...
disebabkan tidur yg tak cukup dan tekanan darah yg rendah...tak berani ambil risiko..nanti pengsan..takde pulak orang larat nak angkat...he..dan ini bkn alasan..
saya bukan lah orang yg takut jarum...=) insyaAllah lain kali cuba lagi..
"rehat cukup2 dulu lain kali ye..."..itu pesan nurse masa kat Malaysia dulu masa nak derma darah..dan ini...kali kedua pula...ish3...

Apapun...moga Allah membalas jasa kalian semua...terima kasih semua..penganjur,ahli IMAN,pembeli dan semua2.....(maaf kalau ada yg tertinggal)



  • Untuk makluman juga...

**Kempen 'Health & Hygiene' terpaksa ditangguhkan sebentar....
sementara memberi ruang kepada program2 lain yg sangat dekat2 tarikhnya...
memandangkan final exam juga lebih kurang sebulan shj lagi...
mewakili pihak IMAN...jutaan maaf atas kesulitan yg berlaku..
insyaAllah..lepas cuti nanti kita sambung balik ok...?

**Kepada sesiapa yg mahu menempah jaket IMAN lagi..sila bagi nama pada saya sebelum hari ahad ni ye...harga Rp 100k...utk saiz..sila contact saya...jaket muslimat tempah kat saya..muslimin pada dr.amad k....


**Esok dan lusa B.A.I.K akan mengadakan Seminar Comparative Religion..talk akan diberi oleh penceramah terkenal dan arif tentang perbandingan agama iaitu, Brother Shah Kirit dan adiknya Divesh Danial dari Malaysia..jom ramai2 pegi..daftar dan bayaran Rp30k..pasti bermanfaat~jangan ketinggalan..open to all muslim & non-muslim..:)




"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

28 April 2009

.:SILA O0O SILA....~:.


~ ENTERPRENEUR DAY ~

HARI : SELASA [ESOK]
MASA : JAM KEMAHASISWAAN
TEMPAT : PLAZA FAKULTAS KEDOKTERAN, UNPAD


"Huhu...mengidam nasi kerabu..."
"Waa..rindu nak makan kuew tiaw tom yam la..."
"Dahaga la...lama tak minum air jus HPA..hmm"


Haa...apa yang ditunggu lagi...?
Mai singgah gerai IMAN...
Istimewa utk anda...

Ada apa...?
Macam2 ada...
Special for you....


  • NASI KERABU BUDU (Buatan chef terkenal)
  • KUEW TIAW TOM YAM (Slurpp~!)
  • JUS DARI HPA (Berkhasiat lagi menyegarkan~)
  • ROTI IMAN (Ala2 roti arab gitu~)
Apa tunggu lagi...? Sila2 serbu gerai kami....sangat2 dialukan...
Beli jangan tak beli....:)

Turut ada di gerai IMAN....
  • PAMERAN PERUBATAN ISLAM & BEKAM
Sempena Health & Hygiene Campaign pula...
Ayuh~! Kita dermakan darah kita...

  • MARI MENDERMA DARAH~ - di A.4.1
p/s: yg sudah tulis nama, tolong hadirkan diri pada jam 10 am - 1 pm....



** Kepada semua ahli IMAN dan Biro yg turut berkerjasama, terima kasih atas kesungguhan kerja utk persiapan esok..semoga semua dapat sama2 memberi kerjasama dan moga Allah melancarkan segala urusan esok... Semoga Allah membalas jasa kalian~jazakumullah al-khair..

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

25 April 2009

.:SESUCI HATI SEORANG INSANI:.

Pagi yg indah..terasa ingin mencoret sesuatu...
Sambil ditemani irama latar dari Winamp..

"Ya Allah Ya Tuhanku..hambaMu merindukan..Rahmat Kasih SayangMu & jua keredhaanMu Dalam hidupku.......~~~"

"....Tuhan..jgn KAU palingkan hati ini..setelah KAU beri hidayah..sesungguhnya KAU Maha Pengasih..."

Nasyid-KeredhaanMu, menemani....
Diantara lagu nasyid yg sangat ana gemari saat keluarnya album Inteam '04..
Betapa indah bait lirik,menusuk hati,membekas jiwa,menuai rasa insaf seorang hamba..

Hari ini..rasa diri ni lebih baik dari hari2 sebelum ni..
Macam biasa lah....
Di hati ni..hanya Allah yg tahu..

Beberapa hari berperang dgn perasaan n emosi sendiri...
Tak tahu kenapa..
Memang betullah..wanita ni kuat emosinya..kurang pula rasionalnya..
Asyik2 nak mengeluh dlm hati..itu n ini..
'Kewarasan' pun berkurang..

Penat dgn apa sebenarnya ni..?
Mengeluh sebab apa..?
Marah kat sape..?
Jgn tanpa sedar..semua tu ditujukan pada ALLAH~
Na'uzubillah...

PAUSE....

Check balik HATI~!!

Ya..ana sedang koreksi HATI tika ini..

Sukarnya menjaga yg satu ini..
Satu organ yg menempatkan pelbagai macam..
Organ yg sangat perlu diberi perhatian selalu..
Yg pasti,yg satu ini bukan sangaja mengada2 diminta perhatian..
Kerana yg satu ini SANGAT PENTING..

Tempatnya Iman..tempat tunjang amal-Ikhlas
dan 1001 mcm perasaan..

Ikhlas yg mengundang asyiknya bekerja di jalan Allah, menimba ilmu kerana Allah, bersaudara kerana Allah, bertaut hati kerana Allah, memberi kerana Allah..dan segalanya kerana Allah..
Tiada kata penat..tiada kata lelah..tiada kata putus asa..hanya tenang..senyum mendamba redhaNya..
Kurniakan diriku rasa ini ya Allah..

Seorang munafiq rosak imannya kerana rosaknya yg bernama HATI
Kejujuran yg diselaputi keikhlasan..
Keikhlasan yg mendamba kebanggaan..
Na'uzubillah..jauhkan diriku Ya Allah dari perasaan begitu..

Sedari hakikat penghambaan hati..
Hati yg mempunyai Tuhan..
Tuhan Rabbul 'Izzaty yg bisa membolak-balikkan hati...

Sucikan hatimu....

Pernah Kekasih Allah bersabda..
"Hati manusia itu akan berkarat seperti mana berkaratnya besi.."


Seorang sahabat bertanya..

"Ya Rasulullah,bagaimanakah hendak membersihkannya..?"


HabibAllah menjawab..
"Banyakkan membaca Al-Quran & Mengingati Mati.."


Terbukti hati ini memang perlu sentiasa dijaga..
Bukan sentiasa berkilat berkilau..
Bukan sentiasa sejernih embun pagi..

Allahu Taala berfirman..
"Barangsiapa yg buta didunia ini, maka di akhirat sana juga dlm keadaan buta,bahkan lebih sesat lagi.."
"Sesungguhnya yg buta itu bukanlah mata2 kalian, tetapi buta itu ialah HATI yg ada didada kalian~!"

HATI itu raja..
Memimpin manusia..
Diberi kuasa mengawal seluruhnya..
Andai baik rajanya..baiklah seluruhnya...

"Ketahuilah di dlm jasad manusia ada segumpal daging..Jika ia baik,maka baiklah seluruh jasadnya,jika ia rosak,rosaklahpula seluruh jasadnya...

wa hiya al-qalb
..dan segumpal daging itu adalah HATI.." [Muttafaq 'Alaih]

Hati yg juga mampu memberi fatwa..
Fatwa yg baik..adalah dari yg baik..

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu adalah apa yg tenteram jiwa padanya, dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa2 yg syak didlm jiwa dan ragu2 di dlm hati, meski org2 memberi fatwa kpdmu & mereka membenarkannya~"[HR Muslim]

Hati-hati menjaga HATI wahai diri..

Sufyan b. Abdillah Ats-Tsaqafy ra berkata,
"Ya Rasulullah,beritahu padaku suatu ungkapan tentang Islam yg x akan kutanyakan kpd seorang pun selain engkau"

Beliau bersabda..

"Katakan,'Amantu Billah(aku beriman kpd Allah),kemudian istiqamahlah'.."

Diri..
Bicarakan kalam Tuhan ini..

"..dan berangkatlah kamu berjuang dlm rasa ringan ataupun berat~"[At-Taubah:41]


~~~~~~~~~~~~~~~~


**Seribu kemaafan dipinta kpd insan2 yg telah disakiti dan terguris hati sbb ana baru2 ni..sesungguhnya ana manusia yg lemah..mcmana hati nak bahagia kalau tak jaga hati org lain?ish3..apela diri ni..jujurnya..mcm ramai yg terluka je baru2 ni..asif jiddan~~

**Terima kasih kpd yg tak jemu & sabar melayan kerenah diri ni..

**Minta maaf kpd adik2ku sebab terlupa nk wish hepi besday pada waktunya...
Achik:19/4..Acu:23/4..Wedding anniversary abah umi:18/4..moga bahagia n berjaya dunia akhirat..rindu semua~huhu

**To Along n Angah n smua ahli Baitus-Salam ku..selamat menguruskan majlis akad Along Angah n walimahnye ye...maaf x dpt membantu~semoga berjalan lancar n dimudahkan urusan..

**Exam dah dekat..doakan ana ye semua....

**Kalau perasan..ana byk post entry tentang hati..kerana HATI itu sungguh berharga. Benda yg paling ana sayang kt diri ni...ingin ku pelajari lebih tentang hati~:)

**Nak post entry ni pagi..tp dh sampai tghari plak..ada org brainwash plak,adeh~

Baitus-Salam forever :)

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

19 April 2009

.:"HEALTH & HYGIENE CAMPAIGN":.

[Klik Poster utk lihat details]

TEMA : " PHYSICALLY SMART, SPIRITUALLY GREAT!"

ANJURAN : IMAN & PKPMI


*~KEBERSIHAN & KESIHATAN JASMANI n ROHANI OBJEKTIF UTAMA~*


  • DI ANTARA PROGRAM MENARIK YG DIADAKAN:-


1] 16/4 : IFTAR @ MAJLIS BERBUKA PUASA - BALE 4

2] 25-26/4 : PERTANDINGAN AIR (BERENANG,SELAM & SUKANEKA AIR) - KOLAM RENANG CIKUDA.

3] 28/4 : EXPO PERUBATAN ISLAM & PROG. DERMA DARAH - PLAZA FK.

4] 30/4 : PENGADILAN RUMAH/KOSAN TERCANTIK - RUMAH/KOSAN YG MENYERTAI.

5] 7/5 : CERAMAH & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH - A.3.2

6] 9/5 : "CRY NO MORE"(SUMBANGAN & GOTONG-ROYONG DI RUMAH ANAK YATIM)


** Pembetulan kpd poster HH Campaign..Cry No More di bawa ke 9/5/09. Utk info lanjut, nantikan jarkom IMAN atau blh rujuk kpd ahli2 IMAN.
~Sama2 memeriahkan kempen ini~! BERSIH+SIHAT=HIDUP SEJAHTERA(^^,)

** sape2 nak bagi baju terpakai ke ape2 untuk disumbangkan time Cry No More nnt...sila beri kepada saya ye.tq

~~~~~~~~~~~~~~~~

Fizikal & Spiritual itu saling berkaitan..andai ada salah satu darinya sakit, akan mempengaruhi organ & hal lainnya. Di dlm tubuh yg kuat terdapat jiwa yg kuat..

"Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan~"
Sangatlah dekat hubungan antara KEINDAHAN, KEBERSIHAN & KESIHATAN =)

"Orang yg Kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah drp orang yg lemah"

~Health is not everything, but without health everything is nothing :) ~

~~~~~~~~~~~

***Bila dah berkempen H&H ni..diri ni pun kena la kuat. Kuat Aiman~!! ['kurang spirit' mode:(]
doakan saya..


"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

07 April 2009

.:MANISNYA IMAN:.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah selain ALLAH,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya..

"Barangsiapa yg diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada yg dapat menyesatkannnya, dan barangsiapa yg disesatkanNya, maka tiada yg dapat memberi petunjuk..."

Rasulullah SAW pernah bersabda...

"Ada 3 perkara, barangsiapa yg dirinya dapat menyandang ketiga-tiganya, nescaya akan merasakan manisnya iman, iaitu :
1] bila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yg lain..

2] apabila dia mencintai seseorang muslim, tidaklah dia mencintainya, melainkan kerana Allah..

3] dia tidak suka kembali kpd kekafiran sebagaimana dia tidak suka bila dicampakkan ke dalam neraka..

[HR Bukhari & Muslim]


Iman... Kalimat tauhid yang diumpamakan seperti sebuah pohon yg baik...
Terdengar bisikan tanda tanya..

Apakah pohon yg baik itu...?


Pohon yg baik ini adalah kalimah "Laa ilaaha illallah"(tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah)..

Cabangnya adalah rukun-rukun Islam..
Dahan-dahannya adalag semua hal yg difardhukan & jua yg disunnahkan..

Dedaunannya adalah perbuatan ketaatan..

Dan terhasillah..

Buah yg baik lagi indah itu sebagai manfaat kpd apa yg dihasilkan oleh pelaku ketaatan itu..

Adapun..mengenai rasa manisnya adalah setelah berlangsung waktu yg cukup lama dalam mengerjakannya..

Itulah usaha dlm mencapai manisnya iman...

Sehingga suatu saat, apabila terasa manisnya iman..

dapat dirasakan dan dihayati dlm dirinya..

nikmat kelapangan dan kegembiraan...:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Duhai sahabat..ingin ku tanyakan..
"Bagaimana utk ku menanam cinta pada ALLAH?"


Wahai sahabatku..
Peliharalah segala hal yg difardhukan..

Kerana ia adalah kunci pertama & jalan paling utama menuju kpd Allah..


"Tidaklah sekali-kali seorang hamba mendekatkan dirinya kpdKu dgn suatu amal yg lebih Aku sukai, selain dr hal yg Aku fardhukan atas dirinya"
[HR Bukhari dan Ibnu Hibban]


"Apa lagi wahai sahabatku?"

Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan merenungi maknanya..
kerana ia satu2nya kalam Allah di muka bumi ini..

menjadi parameter seorang hamba utk mengetahui kadar keimanannya..

Baca..faham..dan amalkan..


"Selain itu..?"

Banyakkanlah berzikir pada Allah selamanya..
Kerana ia adalah pengusir syaitan,menambah kesetiaan,ketaatan & keredhaan serta menghindarkan seseorang dari segala bentuk kemurkaan Allah..

Tenang dan amanlah selama kau berzikir..

Jua..

Banyakkanlah amalan sunnah yg mendekatkan lagi dirimu kepada Al-Khaliq...

"Ada lagi wahai sahabat?"

Ingatlah..

Seseorang yang tidak sempurna dlm mencintai Rasul & tidak pula sempurna dlm mengikut jejaknya, maka masih belum sempurnalah kedudukan penghambaan dirinya..

Cintailah Rasulullah..
Kenalilah baginda..kajilah segala pekerti yg baik tentang dirinya melalui Al-Quran dan As-Sunnah serta dari rentetan sirahnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat..ingin ku rasa manisnya iman..
"bagaimana harusku mencintai seorang muslim hanya kerana Allah?"

Cinta ada darjatnya..
Sesuaikan ia dengan tingkat ketaatan dan kedekatannya pada Allah..


Barangsiapa di antara kaum muslimin yg lebih byk durhakanya, bererti kita harus lebih byk membencinya dan menjauhinya..

Barangsiapa yg lebih byk ketaatannya kpd Allah,kita harus lebih mencintainya dan lebih mendekatinya...


Bijaklah dlm mencintai sesuai dgn kedudukannya mengikut parameter jauh & dekatnya yg bersangkutan krn Allah..


Di antara 7 golongan yg akan mendapat naungan dari Allah pada hari yg tiada naungan kecuali hanya naunganNya ialah..
"2 org pemuda yg saling mencintai kerana Allah; mereka bertemu kerana Allah & berpisah pula kerana Allah" [Muttafaq 'Alaih]

Imam Syafi'i rahimahullah dalam madahnya...

"Kucintai orang2 soleh
meskipun aku bukan termasuk dari mereka
dengan harapan mudah-mudahan
aku beroleh syafaat(dari Allah) berkat mereka
Dan aku benci orang yg pekerjaannya maksiat
meskipun kita sama dlm hal pekerjaan"


Dan kemudian..muridnya, Imam Ahmad memuji..

"Engkau menyukai orang2 soleh
kerana engkau adalah seorang dari mereka,
hanya berkat kalianlah kami beroleh syafaat"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat yg setia..
"Bagaimana hal yg ke3?bagaimana utkku memastikan diriku tidak suka dipalingkan kembali kpd kekafiranku?"

Amalkanlah doa ini sahabatku yg beriman...

Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah, innaka anta Al-Wahhab..

"Ya Tuhan kami, jangan KAU palingkan hati ini kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat disisi Mu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia"
[Ali Imran:8]

Mintalah dengan hati yang tulus..

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..teguhkanlah hatiku pada agamaMu... Wahai Tuhan yg memalingkan hati..palingkanlah hati kami utk taat kepadaMu.."

Jangan sesekali menyukai kesesatan.. Jangan sekali-kali mengikut hawa nafsumu.. Andai kau tidak mahu Allah meninggalkanmu..

"Maka tatkala mereka berpaling(dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.." [As-Saff:5]

Sahabatku yg kukasihi..
"Bisakah ku menyimpul bagaimana untukku mendapat kemanisan iman ini...?"

Pertama..Cintailah Allah & RasulNya...
Kedua..Cintailah orang2 yg soleh.. Dan

Ketiga..benci kembali kepada kekafiran sesudah Allah menyelamatkannya..
Siapa yg menguranginya..maka berkuranglah imannya...


"Ku doakan untuk diriku dan sahabat..moga kita dapat merasakan manisnya iman...:)"

**Gubahan tarian tintaku dari '
Hidupkan Hatimu', Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni..

~Ya Allah..hidupkan hatiku dgn iman..permudahkan urusanku...tenangkan hatiku..ameen~

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...