03 March 2009

.:[TA-TU-TI]~CERITA WAKTU CUTI:.















  • KEPULANGAN..

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di ruang maya ini..banyak hal yg berlaku..tapi,susah benar nak menyemat sesuatu di sini...kali terakhir post entry..14 feb..dan 15 feb yg lalu semestinya sudah terbang ke pangkuan keluarga tercinta di Malaysia..

Kepulangan yg sebenarnya tak dirancang..tapi,hati bergelojak jugak nak pulang...alhamdulillah, persetujuan antara ana dan abah ummi membuat senyum semakin lebar. Membuka lagi ruang utk ana pulang...=) [Persetujuan tentang ongkos =p]

Ketibaan di Pulau Mutiara disambut oleh Angah di depan pintu masuk airport, Angah yg baru pulang dari Langkawi. Terkejut juga dgn kepulangan Angah.

"Aik, angah balik? ade ape balik?"

Soalan pelik sebab Angah mmg susah nak dapat cuti sebelum ni..

"Yela..dapat titah dari maharaja...semua anak kena balik, sape yg boleh ponteng kerja, ponteng sat..sape yg boleh ponteng kelas..ponteng...sehari je la..."

Wah, betapa terharunya diri..disebabkan kepulangan tuan puteri dari Bandung ni, semua kena balik...?hehe..=)

Yang sibuk dgn kerja..pulang...dekat dan jauh. walau terpaksa meredah laut...

Yang sibuk dgn kuliah...ponteng...walau hanya sehari pulang...

Yang sibuk dgn perlawanan bola sepak di sana sini..sanggup meluangkan masa...

Yang letih baru pulang mencari nafkah...gagahkan diri...

Untuk apa...?

Demi sebuah ikatan kasih sayang...
Demi sebuah ikatan kekeluargaan...
Tautan hati yg tidak akan putus selamanya...
"Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah berfirman: 'Manakah org2 yg saling mencintai krn keagunganKu? Hari ini Aku akan menaungi mereka dlm naunganKu krn pada hari ini tiada naungan lain,kecuali naunganKu.."[HR Muslim]

Kerana berertinya sebuah keluarga...
Hubungan darah yg sentiasa mengharap redha dan kasihNya..
insyaAllah...

Kami berkumpul,kerana rindu utk bersama...
Sebuah usrah(keluarga) yg diberi nama Baitus-Salam(Rumah Sejahtera)..
Diketuai seorang ayah yg dipanggil Abah..
Sayap kiri abah, seorang ibu yg dipanggil Ummi..
Berserta 7 adik beradik yg kini di merata tempat..
Along, Angah, Kakak, Anjang, Ateh, Achik, Acu...
Meneruskan hidup masing2..kerja & belajar..
Memang sukar utk mencukupkan 'korum'..
9 orang ahli Baitus Salam..agak besar jumlah ahlinya utk dikumpul..
Tambahan masing2 kini sudah dewasa, dihambat tugas masing2, mempunyai hidup sendiri..
Sejak berada di perantauan..walau hanya di seberang Semenanjung Malaysia..
Hanya hari lebaran menemukan kami..itu pun..tengok juga keadaan..

  • MUSIM PERKAHWINAN..

Dan malam ketibaan di Malaysia, setelah selesai makan bersama..rupa2nya..ada satu agenda besar dgn kepulangan anak2 abah dan ummi..

Mesyuarat di antara kami..berkaitan majlis penting dalam keluarga pada tahun ini..

Majlis akad nikah dan kenduri kahwin Along dan Angah..dua anak teruna yg paling atas dalam keluarga..

Majlis pertunangan sudah selamat diadakan..hanya sempat melihat majlis pertunangan Along sebelum ni..dan alhamdulillah, tarikh majlis akad dan kenduri telah dipersetujui antara pihak Along dan Angah..kedua-dua pihak bersetuju diadakan majlis kenduri serentak di pihak lelaki..musim cuti sekolah menjadi pilihan..

Memang itu cadangan Abah sebelum ni..disebabkan anak yang 7 orang..dlm kategori banyak, dicadangkan buat majlis sekaligus..dlm dua orang dlm 1 majlis..majlis akad,semestinya lain2...kenduri je same2..=) Selain menjimatkan kos..senang kerja..meriah pun meriah..blh dibayangkan...

Cumanya...

Sedih...dan kecewa...

Hari yg penting dalam sejarah Baitus Salam itu nanti..diadakan tanpa kehadiran diri ini...
Tarikh yg dipersetujui kedua pihak keluarga, adalah tarikh genting bagi ana..Final Exam..=(

Samada majlis akad atau kenduri..kedua2nya tak boleh hadir..
Along insyaAllah akad pada hujung bln 5..angah awal bulan 6..
dan majlis kenduri di pihak keluarga kami pada 13 Jun 09..kecewa sangat2...

Tapi,takpelah...
Ada juga rasa kecik hati dgn Along dan Angah..sebab pilih tarikh yg ana tak boleh balik..
kalau tak ada exam..insyaAllah akan cuba juga balik..tapi,ni final exam..
Semua cuba memujuk...takpe..ana redha..
Along Angah yg nak kahwin..takkan ana nak bantah tarikh tu..
melibatkan 3 keluarga pulak tu...ana hormat keputusan mereka...
Siapalah diri ini...[hehe..saje je]

Along dan Angah dah mula sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan nanti..hantaran..tempahan dan lain2..yang penting hantaran telekung ke pihak perempuan import dari Bandung..=)

Semua nampak berhati-hati dlm pengeluaran bajet..abah dah pesan..majlis biar sederhana..jgn berlebih2an..
Curi2 juga mendengar perbincangan..nak tahu juga perancangan, pengurusan dan perjalanan utk majlis nanti...

Abah tegas dalam soal adat dan syariat..usah diikut sangat adat hingga membelakangkan syariat..
Mudahkan apa yg baik..tak perlu menyusahkan perkara yg baik dan dituntut syarak ni..

"..tidaklah Allah menjadikan kesulitan dalam agama kalian..."[Al-Hajj:78]

Dari soal tarikh..masa..tempat..persiapan..pelaksanaan..perjalanan majlis..
Semua telah dibincang...Semoga Allah permudahkan segala urusan..
Tak dapat ana nak membantu saat2 majlis nanti...=(

Didoakan, semoga dipermudahkan..dan berjalan lancar semuanya...ameen~
Dengan adanya teknologi canggih ni..mungkin dapat tgk live majlis akad nanti..webcam je pun jadilah....(-_-)

Ya,musim perkahwinan dlm family..dari sepupu lelaki(abg At)..along..angah..dan sepupu perempuan..(kak Naimah)
4 orang tahun ni.."Ya Allah, berkatilah mereka dan keluarga.."
Semakin besar Keluarga Abdullah Dan Ishah(KADI)..[tokwan dan mak tok]..Alhamdulillah~


~Bakal kakak iparku~
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yg mampu di antara kamu(mempunyai belanja serta keinginan)hendak berkahwin, hendaklah dia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan menundukkan pandangannya(terhadap apa yg tidak halal dilihatnya) dan menjaga kehormatannya dan sesiapa yg tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu menjadi benteng baginya..."[HR Muslim]

  • SEPANJANG CUTI..

Sepanjang cuti yg ada 10 hari...rasanya ana tak guna sepenuhnya..tak puas rasanya cuti..
Lagipun, hari kerja..abah ummi kerja..pagi2 sunyi je..takde orang..
Pulang ke Malaysia..semestinya banyak makan..dari hari pertama hingga hari terakhir..=)
Along pun bawa pegi makan..yela..sebelum jadi milik org..nanti tak blh nak layan sangat dah adik dia ni....
[Tak sangka Along dan Angah dah nak jd milik orang....sekejap sungguh masa berlalu...]

Cuti yg ada..pada mulanya,merancang nak ikut program dgn kakak..tapi,last2 minute..kakak tak bagi pegi pulak...merajuk dgn kakak.huhu..
So,cuti..takde pengisian sangat..rehat dan sepenuh masa bersama keluarga tersayang..=)
cuma temankan ummi ke kelas Bahasa Arab..ganti Abah sbb Abah sibuk dengan kursus..tok cakap, 'kursus naik pangkat'..hehe..Kursus PTK(Penilaian Tahap Kecekapan) sebenarnya..

Dalam kelas Bahasa Arab tu..ramai yg bergelar ayah2 dan ibu2..mereka yg nak mendalami bahasa arab..kebanyakan yg menyertai..mahu memahami bahasa Al-Quran..respect betul..belajar tak kira usia..belajar utk memahami kalamNya..

Terdengar bicara seorang kawan ummi tentang harapannya ke kelas b.arab,
"cukup sekadar bila membaca Al-Quran,kita boleh tahu apa maksudnya..."
Erm..rasanya..bila dah tahu basic..insyaAllah senang...
Menarik cara menyampaian ustaz tu..tak lah rasa boring...
Dikaitkan kalimah2 arab dgn ayat2 yg ada dlm Al-Quran..2 jam,terasa singkat.

Erm,ada satu teka teki ustaz tu bagi...ana buka teka teki ni utk semua...

Ada satu kereta api..
Bawa kambing dan besi...
Kalau kereta api tu terbalik,bunyi apa..?

Jawab..jgn tak jawab...=)

14/03/09 : Jawapannya..kalau KERETA API terbalik...jadi..API KERETA la..hehe..
tq kpd yg mencuba=)





"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

5 .:KoMeN:.:

moja said...

bunyi pelik.. betul x???

nurul88 said...

tak betul...hehe
cuba lagi ek...=)

sinar_islami said...

wah dah updated...
firstly tahniah sbb update...extra tahniah klu majlis anti pula pasni :) gurau je

aih dgr citer blk msia...teriniate lak utk pulang :) mmg best jumpa semua..rindu lihat gelak tawa mrk

ermm...bunyi apa ya...ha..bombekkk..byi besi jatuh mcm bom n bunyi kambg turut tergolek

nurul88 said...

ahlan ya ukhti sinar_islami..
uiks..hehe.insyaAllah.ana lmbt lg..kena ikut turn..he

ade plan nak blk ke?ble cuti..?lg jauh..mesti lg rindu kan...ana phm..diorng pun msti rindu kt nti jgk..xpe,sabar.truskan perjuangan dsana..

bunyinya...erm..ade lg ke org nk jwb ni..hehe...nnt ana gtau ek..lawak la nti...BOMBEKK tu..he.comey2

sinar_islami said...

haha..summer break dlm bulan 7-10..tu la satu2nya tym dak msi leh blk ngan senang hati..plan tak balik..nak ambil mcm2 kelas..kuat ke tidak..ni pun dh rindu fmly dah..aih la..mmg ramai yg tak yakin ana tak blk..doakn la..

cumel ya ^-^ nak wat cmne bunyi tu je ana terpk & terlintas dlm mind ni...haha..mmg cumel kan..but malu je..sah sah dh salah ni..sabar2 menanti jwpn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...