15 March 2009

.:SATU PERKONGSIAN~:.


Bismillah..

Begitu cepat masa berlalu..1 minggu terasa sangat singkat. Minggu ini..minggu yg penuh. Alhamdulillah..pelbagai aktiviti yg penuh 1 minggu, rasanya ia lebih baik dari mempunyai masa lapang yg hanya bisa membunuh jiwa2 insan..

Minggu Sunnah anjuran IMAN..bersama Bulan Kesenian Islam anjuran BAIK..berjalan seiring..
Semoga terus berjalan lancar..dan semalam..majlis penutup Minggu Sunnah utk kali ni..Alhamdulillah. Tahniah kpd semua AJK dan ahli IMAN. Tahniah kpd yg menang. Tahniah kpd semua yg hadir ke program..moga sama2 mendapat manfaat.

Atas permintaan seorang ukhti..ana selitkan sedikit perkongsian tentang 'Forum Sunnah vs Adat vs Bid'ah' yg lalu...soal ini, soal yg berat..maka, ana hanya berani sentuh sikit je...yg lain2..kalau ada yg lebih faqih tentang ni..blh la dikongsi bersama....ana serahkan pada ahlinya..=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • FORUM SUNNAH VS ADAT VS BID'AH

Minggu Sunnah yg bertemakan "Rasul Dicintai, Sunnah Dirai" didahulukan dgn mengadakan satu forum ilmiah yg dirasakan sesuai dgn keadaan sekarang.

Masyarakat yg punyai budaya 'ikut-ikutan'..menutup mata, membiarkan tangan dipimpin kemana saja tanpa ada rasa ingin tahu; siapakah yg memimpin tangan itu...ke mana dia akan dibawa...Matlamat forum, membuka minda, memahamkan dan menyuluh apa yg samar2 sebelum ini. Apa yg baik..apa yg buruk..ringkas, moga ada manfaat.

Ambil sedikit kata2 seorang penyair....

“Aku mengetahui keburukan bukan untuk mengamalkan keburukan, tetapi untuk menghindarinya & barang siapa yg tidak mengetahui antara kebaikan dan keburukan, nescaya ia terjerumus ke dalamnya..”

Forum ni bukan utk mengatakan sunnah 'lawan' adat 'lawan' bid'ah..tapi lebih kepada perbezaan..apakah beza ketiga-tiga nya...sunnah itu apa,yg mana..?dan begitu seterusnya...

Forum yg menggandingkan 3 orang panel..2 orang ikhwah dari Indonesia, Akh Indra dan Akh Ramdan(kalau tak silap)..dan seorang dari Malaysia, YDP PKPMI kita. Dibawakan oleh seorang moderator, Amir BAIK.

Pengisian...

1] Sunnah, Bid'ah dan Adat.

SUNNAH..

Definisinya, dari segi usul fiqh, ia berkaitan hukum. 'Jika diamalkan dapat pahala, jika ditinggalkan tak mengapa dan tak mendapat apa2.'

Dari segi istilah atau menurut ahli hadis, 'segala apa yg datang dari Rasulullah sama ada Perbuatan @ Perkataan @ Takrir(persetujuan)..atau segala sifat akhlak dan penampilan baginda SAW..'.

Sunnah ada hukumnya Wajib dan ada hukumnya Sunnah..


BID'AH..

Maksudnya dari segi bahasa, 'Hal yg baru'..new creation.
Allah membid'ahkan langit dan bumi (Al-Baqarah : 117)

Dari segi istilahnya, 'cara baru/perkara yg diada2kan dlm agama dgn maksud utk melebihkan dlm beribadah kpd Allah'

Ummul Mu’minin ‘Aisyah r.a,Nabi bersabda,“Barangsiapa yg mengada-adakan di dalam urusan (agama) ini suatu perkara yang tidak ada perintahnya maka ia tertolak.” (Muttafaq ‘alaih)


Tidak semua bid'ah itu sesat..cuma dikhuatiri ia menjadi Wajib.. Ada Mahmudah..ada yg mazmumah..(hasanah/dolalah)

Kalau dari segi mu'amalah, hukumnya Harus selagi tidak ada mengatakan ia Haram.

Dari segi 'Ibadah, mesti disandarkan pada dalil. Bila berkaitan hal ibadah ni, pertanyaan yg patut ditanya ialah,'Apa dalilnya?' bukan 'Ada yg melarang tak?'

Pernah terbaca..Ibadah itu tauqifiyyah~ iaitu ibadah itu tak ditetapkan/diamalkan kecuali jika berdasarkan dalil dari Al-Quran & As-Sunnah...


ADAT...
Dari segi bahasa, amalan/kebiasaan yg sering diulang.. Dari segi usul fiqh, 'Al-Adat Muhakkama' Adat terbahagi kpd, Sohih dan Fasiq.(cth:Riba)


KAITAN ADAT~SUNNAH~BID'AH..
Kalau nak diikutkan..pjg lebar kalau ckp pasal ni..tp, pndai2 la kita mbezakan yg mna baik yg mna buruk.

Sunnah mmg jelas..kalau ada hadis yg kuat mengenainya..yg sahih, itulah sunnah. Tiada penambahan, tiada pengurangan.

Kalau bid'ah..perkara yg bkn sunnah, dari pandangan kita nampak baik,tp kdg2 dah menjadi kebiasaan/kewajipan utk dilakukan..dan kdg2 disandarkan pula pada fadhilat2 dan masa2 tertentu yg bukan dtgnya dari hadis Rasulullah SAW...

Begitu juga dgn adat..yg kdg2 dh jadi kebiasaan masyarakat, tapi tak tahu itu dah menjadi bid'ah dolalah..atau kadang2 dah jadi kepercayaan karut..jadi turun temurun pulak tu..

cth1 - baca surah yasin sokmo je stiap mlm jumaat (ada hadisnya,tp bukan spesifik surah yasin shj..baca surah kahfi pun sunnah, bkn yasin shj)

cth2 - tahlil kpd si mati di mlm2 yg tertentu shj..(spt kena tahlil pd mlm ke-7,ke-40, 100 dll). Kenapa mesti mlm2 tu je? Tahlil dan doa boleh pd bila2 shj..jgn sampai jd wajib pd tarikh2 tertentu. Yg mlm2 tertentu tu ustaz tu ckp dari agama hindu..

cth3 - sihir/ilmu2 kebal/ayat guna2..bid'ah guna ayat Al-Quran sebagai ayat pengasih dll tu..

cth4 - paling glamour..sambutan maulidurrasul. Kalau di Malaysia,penuh je sepanduk2,perarakan dll. Tapi, masyarakat sedar ke sambutan itu utk apa dan siapa.
Sambutan ni pertama kali diadakan pd zaman Salahuddin Al-Ayyubi. Dalam sambutan tu, diceritakan kembali sirah2 Nabi Muhammad SAW. Dipelajari dan dihayati bersama pejuang2 jihad utk menaikkan dan memarakkan kembali semangat jihad mereka. Sebab pada waktu tu semangat mereka lemah.

Jadi, sambutan maulidurrasul sepatutnya utk kebaikan bersama dan mengikut syariat. cthnya: adakan majlis2 ilmu berkaitan sirah dan sunnahnya..matlamat biar jelas..biar pada hari itu,org lbh bersemangat dlm meneruskan perjuangan Rasul dan menegakkan sunnahnya. Dan contoh2 lainnya....

Selalunya..kesalahfahaman tentang sunnah n dlm mengaplikasikannya disebabkan oleh Tahyul, Bid'ah & Khurafat...


2] Siapakah Rasul?

Seperti yg selalu didengar..tak kenal maka tak cinta.. Utk cinta, kenalah kenal siapakah yg dimaksudkan dgn rasul. Rasanya..yg ni semua org dh tahu kan.. Dari segi..

Bahasa: Utusan

Istilah:

Seorang lelaki - manusia

Dipilih oleh Allah - Akhlak terpilih, terpelihara

Diberikan wahyu..

Diutuskan Allah utk manyampaikan risalahnya - minhajul hayah(pedoman hidup)

Perlunya kita seorang Rasul, utk mengenal Al-Khaliq..Maha Pencipta kita,Allah SWT.Fitrahnya manusia utk mengagungkan sesuatu sebagai Tuhannya.

Perlunya kita seorang Utusan Allah, utk mendapatkan pedoman, bagaimana menjalani hidup ini..

Islam itu syumul/menyeluruh.. Rasulullah sangat mencintai kita..sehinggakan di saat detik terakhir baginda menyebut "ummati..ummati.."..bagaimana pula kita??

Bertuahlah kita andai berjaya mencintai baginda, di zaman yg tidak pernah kita bersua dgnnya..

Kenalilah Rasulullah utk menambah rindu & cinta padanya ..selawatlah ke atas baginda utk bersama dgnnya di akhirat sana..agungkan sunnahnya agar hidup sentiasa terarah..ikutilah Rasulullah, andai diri mendamba cinta & syafaat baginda SAW.

"Siapa yg mencintai sunnahku adalah yg mencintaiku, dan dia akan berada di dlm syurga bersamaku" [HR tirmizi]

Mencintainya...utk bersama dgnnya di akhirat nanti..

Mencintainya...cukup dgn menjadikan Rasulullah sebagai idola, sebagai qudwah hasanah dlm pelbagai aspek..

Dari sekecil2 perkara..hingga perkara besar..dari penampilan..hingga kepada dakwah...

Dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah..

Sebagai anak...
Sebagai pelajar...

Sebagai da'ie..
Sebagai sahabat..dll


  • Kesimpulannya...

Islam itu syumul...
Syumul fi kulli zaman..
Tak pernah ketinggalan..
Jangan kerana semangat mengagungkan sunnah, yg wajib ditinggalkan pulak..
Jgn bila ditanya, kamu solat subuh baca doa qunut ke tak?yg di jawab, tak solat.itu dah parah namanya..sedangkan solat itu m'bezakan kita dr org kafir.
Put the first thing FIRST....utamakan yg lbh utama...
Yg wajib ada..yg sunnah ada..
Yg sunnah ada..cara pun ada(betul)...
Baru molek.....=)

Minggu Sunnah sudah berlalu..namun sunnah tetap abadi. Tingkatkan semangat,tingkatkan tekad.

"Ya Rasulullah...ku rindu padamu..."





"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

2 .:KoMeN:.:

sinar_islami said...

Syukran ukhti..Alfu syukran
Terisi jiwa ana membawa
kalau dulu terkeliru juga ngan adat2 ni...

pasal bid'ah pula elok benar la ada yang arif membicarakan..kita bukannya boleh terima bulat2..perlu didiskusikan jga..

cthnya even ada hadith pasal menghayati sunnah dan jauhi bid'ah dalam matan arbain, hadith ke 28 insyaAllah..tapi elok la di terangkan oleh ustz atau org Arif agar jelas dan tidak salah faham..

Moga Manfaat dari forum ini berpanjangan..dan terus amalkan sunnah baginda.. abadi selamanya

nurul88 said...

insyaAllah ukhti..
maafla klu ringkas sgt..
he.agak letih time ni
lbh krg pngisiannya mcm ni la..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...