14 February 2009

.:MUSLIM: NO VALENTINE'S DAY!:.


Dah masuk 14 Februari 09..yg ana ingat,hari lahir dua sahabat ana, Et dan Mina..

Tapi, masih terlihat insan yg bergelar muslim mengucapkan,

"Selamat Hari Valentine semua!^^,"...dgn nada gembira nya..

Forwarded message dr YM..dikala mata sudah berat..

Mungkin dia tak tahu..takpe..jom ambil tahu dan memberitahu..biar dia tahu..huhu=)
Ana hanya ambil dari iluvislam.com dan INTIS...jari jemari turut mengantuk..moga bermanfaat~

~*~*~*~*~*~*~

Ya,sudah tiba Hari Valentine. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...




***Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com


Artikel berkaitan Valentine Day: why do we Muslims not celebrate this festival?



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

12 .:KoMeN:.:

~*puding caramel*~ said...

saya xsambut v-day!

nurul88 said...

ye..bgus puding caramel~...=)

hud said...

salam man..
kedengaran pelik atau lebih tepat x seharusnya didengar perkataan mengalu2kan dn meraikan v-day ini dari seorang muslim..
masih perlu dihebahkan kerana tampak seperti masih ramai yg tidak tahu atau enggan mengakui tahu..

p/s:rindu kt man n yg lain..

nurul88 said...

w'salam hud..
aah..btul tu..dh jelas dah haram..bkn perayaan agama ISLAM..kita yg tahu..kena la cuba bgtau..
tp,kalo tgk 14feb hr tu..rmai je belangkas2 kluar bdua2an..yg muslim lak tu rmai..moga mereka diberi hidayah..

rindu sgt2 kt hud..eman kt msia skrg..
psl usrah tu..hud nak ke x?huhu..blh je eman carikan..sian hud sorng2 kt sna.rsau lak..
nnt eman try cntct hud k

muniri edogawa said...

salam aiman...
saya xsambut v-day...
tp sambut hepi anniversary xpe x?hihiihh=P

~Ummi Ani~ said...

Salam aiman, banyak lagi perayaan yg dibenarkan oleh Islam kan? Tp menyedihkan kita umat Islam masih nampak perayaan yang ni...ada pulak yang mengatakan tak niat apa2 pun...cuma seronok2 aje...masyaAllah.Mana boleh seorang hamba Allah yang beriman melakukan sesuatu tanpa niat untuk mencari keredhaanNya semata2..Teruskan hujahmu menentang kebiasaan yang menempah kemurkaan Allah..Moga Allah sentiasa bersamamu.

nurul88 said...

to muniri..
anniversary ape ni..
anniversary byk..ulgtahun kelahiran ke..perkhwinan ke...?upss!hehe..
kalo itu yg jatuh pd tanggal 14 feb..silakan..tp bukan mnymbut 14feb krn Si Valentine atau sbgai hari kekasih kunun2nya~baik memperingati 12 feb..wafatnya as-syahid imam hasan al-banna...=)

nurul88 said...

to ummi cayang...

time kacih umi sudi mai komen..he
betul tu umi...seronok2 je tu..dgr pun x sedap..
kena la tau..nape org duk sambut hari v-day ni..
2 dlm beramal dlm hidup ni..x boleh ikut2an..
die buat tu..kita main ikut je...tanpa tahu sebab..tana soal selidik...kan umi kan..
ameen atas doa ummi=)

mia said...

terkadang memang susah untuk menghindari apa yg sudah yg budaya tp klo itu sudah benar2 menyimpang dr ajaran agama kita mesti menjauhi ato tak lg menjalaninya

nurul88 said...

mia: aah..btul tu..sama2 beritahu yg masih xtahu...moga bermanfaat

Omaq oTai said...

saLam,
boleh dilihat dari segi yg kita nmpak..siap ada bg bunga, dok bangga sgt..rsaya a buat juga la MISI KASIH SYG di malam 14/2 nti..biaq tugas itga nk bgtau terlaksana..

tp, sedih juga pabla ada umat Islam yg jd penghantar bunga. Bila kita tnya, depa kta tokey kedai bunga tu byr mahal.yela, rm20/rumah..bygkan boleh cover dekat 30 rumah utk satu hari..adakah iman kita dinilai sebegitu murah??

nurul88 said...

w'salam along,
aah..erm,klu jd penghantar bunga tu sian jgk la..tiba2 bersubahat lak jadi..

bunga xpe lagi..tapi ada yg smpai harga diri digadai utk boya friend n geli friend..apekah??
dunia semakin parah..tugas kita semakin berat..

bangkitlah anak muda~!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...