14 February 2009

.:MUSLIM: NO VALENTINE'S DAY!:.


Dah masuk 14 Februari 09..yg ana ingat,hari lahir dua sahabat ana, Et dan Mina..

Tapi, masih terlihat insan yg bergelar muslim mengucapkan,

"Selamat Hari Valentine semua!^^,"...dgn nada gembira nya..

Forwarded message dr YM..dikala mata sudah berat..

Mungkin dia tak tahu..takpe..jom ambil tahu dan memberitahu..biar dia tahu..huhu=)
Ana hanya ambil dari iluvislam.com dan INTIS...jari jemari turut mengantuk..moga bermanfaat~

~*~*~*~*~*~*~

Ya,sudah tiba Hari Valentine. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...




***Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com


Artikel berkaitan Valentine Day: why do we Muslims not celebrate this festival?



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

04 February 2009

.:KEPERCAYAAN ITU AMANAH:.


  • SEBUAH TAKLIFAN..
Suatu hari..
Didatangi seorang ukhti..
Diajak berbicara seketika..
Terdengar kalimah yg 'menggerunkan' hati,

"Akak harap awak jadi Amirah IMAN lepas ni...dan insyaAllah akak rasa memang awak yg akan jadi.."

Lebih kurang begitu bunyinya..

Terdengar 'AMIRAH' itu..hati berdegup kencang..entah mengapa. Mungkin rasa kurang layak dan sememangkan langsung tidak pernah terdetik di hati utk memegang tempat itu..mmg mengharapkan orang lain. Amirah=ketua muslimat..bukankah BERAT nama itu..walaupun mungkin tidak seberat YDP PKPMI, AMIR..tp bagi ana tidak seindah sebutannya. Amirah di dlm Islamic Malaysian Association. Sebuah wadah yg membawa misi ISLAM khususnya dlm dakwah dan tarbiyah anak2 muslim Malaysia di tanah Bandung ini. 'Amar ma'ruf nahi mungkar sebagai wasilah dakwah..harapan melihat tumbuh suburnya bi'ah solehah di kalangan mahasiswa/wi muslim di sini tetap menjadi impian di kalbu..kerana ia berkaitan 'pembawaan ISLAM', terasa beratnya amanah yg tergantung di pundak ini..

Cuba melarikan diri..cuba melupakan kata2 sakti itu..semakin ramai pula yg memberi 'hint' bahawa ana bakal menjadi amirah. Seperti ada tanda arahan di hadapan mata setiap tempat dan ketika..'SILA BERSEDIA!'. Tidak tahu apa keadaan hati tika itu..di dlm hati hanya berdoa..moga Allah memberi tempat itu hanya kepada yg layak..moga Allah tidak membebani diriku dgn sesuatu yg diriku sendiri tidak mampu memikulnya..bukan hanya kepada Allah diri ini mengadu resahnya hati..juga kepada Ummi dan seorang sahabat yg jauh di mata..

Beberapa hari kemudian..

Apa yg diresahkan, menjadi kenyataan. Secara rasmi menjadi Timbalan Presiden IMAN/Amirah pada tanggal 29 Januari 2009. Muktamar IMAN yg dimulakan dgn ayat pembuka penuh barakah, Ummul Kitab..di teruskan dgn sedikit alunan kalamullah,Surah Ali-Imran yg sangat sinonim dgn sebuah saff kepimpinan dakwah ini. Saff kepimpinan yg bersatu, berpegang teguh dgn syariat Islam, memimpin dgn mengikut petunjukNya[Quran & Sunnah], 'amar ma'ruf nahi mungkar ditekankan olehNya..

Tahniah dan takziah kepada semua..
Kepada akhi/ukhti yg dikasihi kerana Allah..

Kpd abang2 dan kakak2 senior yg telah lama menyumbang bakti kpd IMAN..moga terus bersemangat. Tiada REHAT dlm perjuangan ini..semoga dapat memberi tunjuk ajar dan sokongan dalam perjalanan kami yg masih bertatih ini..=)

Kpd sahabat2 seperjuangan[satu batch]..moga terus cekal dan tsabat dlm ranjau yg tiada hamparan karpet merah ini..jgn putus asa..kita BERSAMA, bkn keseorangan..=)

Kpd adik2 first year atau lebih tepatnya..ahli keluarga baru IMAN..moga semangat yang ada tidak akan luntur bila dan dimana sahaja..nahnu jundullah..kita tentera Allah..berikan sumbangan kalian sebanyak mungkin sekadar kemampuan..Allah menghitungnya..=)[Al-Zalzalah:7-8]

Kpd saff pimpinan 07/08..syukran jazilan dan tahniah atas pimpinan yg lepas. Ia menjadi parameter utk pimpinan kali ini. Perjuangan kita tetap belum selesai..

Istimewa buat Penasihat Peribadi...=) sebelum kita terpisah jauh..walaupun hakikatnya jarak itu takkan memisahkan kita..'turun'kan segala amanat, ilmu, nasihat dan tunjuk ajar kpd diri yg dhoif ini....=)

"ERATKAN UKHUWAH, GENCARKAN TARBIYAH" (^^,)

  • TAKLIF ITU BERSIFAT INDIVIDUAL..
Taklif itu adalah tanggungjawab, amanah..hanya untuk sebuah peringatan kpd diri yg sering terlupa..KITA adalah MUSLIM..dan setiap Muslim akan dihisab di hari kiamat kelak..
Yang pasti..

- Dihisab secara individual, seorang diri
- Orang lain tidak akan menanggung beban dosa kita

Secara individu..walaupun kita beramal dlm sebuah jema'ah...tugas A,tanggungjawab A..dosa B,hukuman kepada B..pahala C, anugerah kpd C..

"Kita semua adalah pemimpin, dan kita akan disoal di akhirat kelak tentang apa yg dipimpin.."


Berhati2lah kita dlm menjaga amanah ini..fahamkan peranan KITA..dan lakukan yg terbaik~
insyaAllah..daripada Amir sehinggalah ahli IMAN sendiri..masing2 mempunyai peranan. Walau KITA bukan ahli IMAN sekalipun, TUGAS kita tetap ada dan jelas. HAMBA ALLAH dan KHALIFAH di bumi ini..

"Malaikat, penduduk langit dan bumi, sampai semut2 di lubang dan ikan2 di lautan memohonkan rahmatNya bagi manusia yg mengajarkan kebaikan..."

  • FAHAM, IMAN DAN MAHABBAH..

Penasihat peribadi ana menekankan 3 perkara..=)
Faham,Iman dan Mahabbah..

Faham..
Faham tentang peranan kita..faham IMAN ini sebagai platform kita untuk berdakwah..al-fahmu akan melahirkan iltizam..yg penting,jaga HATI dlm amal kita..IKHLAS kerana ALLAH. Usaha sebaik mungkin dlm pelaksanaan amal islami ini..Islam itu mementingkan USAHA, bukan HASILnya..Hasil itu urusan Allah. Serah sahaja padaNya. Disini bermulanya PENYEMPURNAAN SESEBUAH AMAL..


Pendamlah wujudmu dalam "tanah" tak dikenal, kerana sesuatu yang tumbuh dari benih yang tak ditanam (terlebih dahulu), buahnya tiada sempurna..

[Al-Hikam,Ibnu 'Athaillah as-Sakandari]

**Hanya amal yang didasarkan pada penghambaan yang rendah hati dan persembahan di jalan Allah lah yang bisa menghasilkan buah dan keterbebasan dari kepalsuan dan bayang-bayang makhluk. Bila seseorang menginginkan nama baik atau penghargaan, maka buahnya akan masam dan busuk, kerana watak dunia yang selalu berubah. Seorang Muslim yang berhasil tidak mempedulikan hasil akhir amal kerana ia merasakan rahmatNya sejak awal penyerahan dirinya kepada Allah..

Iman..
Sentiasa topup Iman melalui mutaba'ah ibadah..ilmu..dan bersama teman2 yg soleh/ah..usrah.biar IMAN ini terjaga dgn Iman..

"Perbaharuilah Iman kalian~!" [HR Tirmizi]

InsyaAllah..dari penjagaan ibadah kita sebagai hambaNya..akan lahirnya akhlak yg terpuji dalam pembinaan diri sebagai qudwah hasanah..menjadi contoh teladan yg baik kpd semua..

Ayuh gencarkan.."Kepimpinan melalui tauladan.."

Mahabbah..
Kasih sayang..aspek penting dalam organisasi/jemaah. Tautan hati sesama ahli..kita satu keluarga yg punyai 1 matlamat..Satukan hati kita dlm perjuangan ini..
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyebut tentang pentingnya HATI dan UKHUWAH..Kesepakatan dalam jemaah..
Moga dgn ukhwah dan mahabbah sesama kita menguatkan lagi semangat kita..dan memudahkan lagi perancangan dan gerak kerja kita.


"Bertemu dalam ketaatan, Bersatu dlm perjuangan"

  • TETAP MENJAGA SEMANGAT, TIADA KATA FUTUR
Himmah iaitu semangat..di antara aspek penting bagi seorang da'ie dlm kehidupan sehari-hari. KITA semua adalah da'ie..

Ada seorang penyair berkata..

"Apabila anginmu telah menghembus, maka manfaatkanlah..
kerana setiap yg berhembus pasti akan berhenti.."

Manfaatkan masa yg ada ini..ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..

Dlm 1 hadis ada menyebut..
lebih kurang begini bunyinya..
"Apabila salah seorang dari kalian dibukakan pintu kebajikan, maka hendaklah ia segera masuk, kerana ia tidak tahu bila pintu itu akan tertutup baginya.."

Teruskan beramal..biar sedikit,asalkan berterusan. ISTIQAMAH.

"..Ketahuilah bahawa salah seorang dari kalian tidak akan masuk syurga krn amalnya..dan sesungguhnya amal yg paling dicintai oleh Allah adalah yg paling berterusan..walaupun sedikit.."
[muttafaq 'alaih]

  • BERJUANGLAH! KITA MUJAHID/AH..
"Bekerjalah kamu untuk kehidupan duniamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Dan berkerjalah kamu untuk kehidupan akhiratmu (beribadat) seperti kamu akan mati keesokan harinya.."

"Wahai pejuang..
Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda..
Adakalanya kau kuat kerana kau yakin Allah di sisi..
Tapi, bila satu masa semangat itu pergi..
Walau bergoncang jiwa ragamu..
Jangan kau lari dari medan ini..
Biarkan Allah terus memegang hatimu..
Memandu langkahmu..
Membentuk dirimu menjadi pejuang sejati.."
[Mesej inspirasi~AMG]


Exam hanya tinggal beberapa hari lagi..semoga semua najah dunia dan akhirat..ameen..

Cukuplah tinta tanpa pena ini menari tika ini..=)Doakan kejayaan ana..ana akan selalu doakan kejayaan kita bersama..semoga amalan selari dgn tulisannya..semoga amalan terus diperbaiki ke arah yg lebih baik..diri ini masih 'belajar' dan akan terus belajar.InsyaAllah..doakan ye.

Ana menerima taklifan ini dengan mengharap redha Allah..kepercayaan yg diberi diatas pemilihan ini,insyaAllah akan dijaga sebaik mungkin. Kepercayaan ini adalah amanah bg ana. Ana menerima, dengan keyakinan..La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha..Allah tidak akan m'bebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..[2:286]

Saat ini..diri ini adalah pencinta nasihat dan kata2 semangat..mohon kepada semua yg membaca dpt menitipkan sedikit nasihat,pesanan,harapan atau apa sahaja buat diri ana sendiri ataupun buat IMAN utk pimpinan sesi ini..kritikan berhikmah juga dialu2kan..[jika ada=)] Moga ia bermanfaat utk diri dan IMAN. Dengan segala hormatnya..dipersilakan..^^,


Akhir kalam..kepada semua IMAN's..selamat bekerja di medan dakwah~!
Fastabiqul khairaat...Seeru 'Ala barakatiLLah~

Billahi fi sabil al-haq..


**EXAM : 9 & 10 Feb 09.. Pulang ke tanah air tercinta : 15-24 Feb 09..=)



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...