27 December 2008

.:DIARI PERANTAU:.


In the name of Allah...

  • 22 DISEMBER 2008
Semester baru telah bermula..Sem 4. Masuk block baru : Endocrine & Metabolism System.. Bersama tutorial mate baru..Group 29. InsyaAllah..teman seperbincangan yg bagus..bermula dgn case pertama : Yudi, 15 years old, Craniopharyngioma. Diskusi pertemuan pertama yg agak blurr dan kurang energi..Mungkin kesan dari cuti 10 hari..Otak masih dlm kondisi lemah. Tiba2..pembahagian tugas Learning Issue.."All about GROWTH"..growth,disorder of growth, growth curve etc..hanya seorang. Ana orangnya..malang sedikit rasanya. Pasrah.

Pulang ke rumah, tengok dlm buku Greenspan's Basic & Clinical Endocrinology, 1 BAB..banyak. Hanya akur. Mulakan tugas malam itu juga. kerana esoknya akan ke Bandung. Extramural. Huhu..Tapi,tetap belum selesai..terpaksa di sambung malamnya pula..

  • 23 DISEMBER 2008
Extramural. Program subjek Bioethics & Humanities. Lawatan ke Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung. Sepatutnya jam 6 harus berada di pangkalan bas. Sedikit lewat. Hujan..bersesak di dalam bas bersama penumpang lain. Terpaksa berdiri. Rimas. Hanya bersabar..Hampir sampai ke hospital, baru mendapat tempat duduk.

Sampainya di hospital, fokus untuk ke bahagian forensik. Setelah bertanya beberapa orangnya, alhamdulillah sampai..kebanyakan teman2 Indonesia sudah tiba di situ. Syukur kerana telah sampai,walaupun sedikit lewat. Terdengar bisik2 bahawa ada teman lain yang tersesat. Kasihan. Bermula dgn sedikit penerangan dari doktor yg bertugas. Menarik. Banyak ceritanya. Tentang pelbagai ragam kes yg dikendalikan di bahagian itu. Memerlukan keberanian, ketelitian dan kerja keras. Dan yang lebih penting, perlunya sifat terpuji jujur dan amanah. Tidak sewenang-wenangnya membuka aib pesakit/mayat kepada orang yg tidak seharusnya tahu dan tidak mengambil kesempatan..

Lawatan bermula. Ke bilik autopsi. Bau kurang enak mula menusuk hidung. Sedia maklum dgn keadaan sebegitu. Bilik yg ditempatkan mayat, tidak mungkin baunya semerbak kasturi. Terlihat 1 meja bedah yg menempatkan seorang mayat. Baru dikeluarkan dari freezer. Dari penerangan, mayat itu sudah 3 bulan di situ. Tidak dituntut sesiapa. Asbab kematiannya, kelaparan. Kiranya, dia seorang pengamen jalanan. Peminta sedekah. Kasihan dan simpati. Di sudut hati, semoga diriku memiliki pengakhiran yg baik nanti..asbab yg baik, diurus juga dengan baik, berjumpa dgn Tuhanku dlm keadaan baik..dan ditempatkan bersama golongan yg baik-soleh..orang2 mukmin. Ameen ya Rabb~!


Lawatan diteruskan ke bilik simpanan mayat. Peti mayat yg kelihatan di situ,hanya empat. Mana yg lain? Soalan hanya di benak fikiran. kelihatan ada mayat yg sudah dikafankan..ada yg masih tanpa seurat benang, tapi di tutup dgn kain, sedikit terbuka. ada yg masih didalam peti mayat, juga tidak dituntut..astaghfirullah..pelbagai kondisi..Hati terus berdoa..moga diri tidak seperti itu nanti. Biarlah pengakhiran hidup yg mudah,aman dan sejahtera..untuk berjumpa Tuhanku..

Lawatan berakhir, terus keluar. Destinasi seterusnya ke Unpad, Kampus Utama. Hanya menemani rakan2 lain dgn urusan mereka. Kemudian pulang ke desa Jatinangor. Ke Kampus pula. Gedung Biru. Untuk membuat kartu(kad) mahasiswa yg baru. Harus diperbaharui dan itu tarikh terakhir. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Pulang ke rumah secepat mungkin kerana dahi ini belum menyentuh tikar sejadah menjelang 'Asar..Letih. Namun terpaksa bersengkang mata di malam hari utk menyelesaikan tugas tutor yg belum selesai semalam..sangat seksa terasa..
  • 24 Disember 2008
Jam 9 pagi bermula sesi Lab. Hanya membuat tugas masing2 menjawab soalan berkisar Endocrine yg telah dibahagi sesama ahli tutorial..Ana menjawab bahagian Anatomy. Hypothalamus. Sedikit bosan Lab hari itu..kemudian,jam 1 bermula Tutorial. Waktu utk semua ahli tutorial membentangkan tugas yg diamanatkan..sesampai giliran, memaklumkan siap2 bahawa topik ana sgt banyak utk diterangkan..kelihatan semua sedikit mengeliat. merenggangkan otot badan masing2..takut mengantuk agaknya=) Pembentangan diteruskan sekadar termampu. Buat sahabat tutor,maaf andai ada kekurangan..Tak sempat. Masa sedikit,kerja banyak..hmm. Seusai pembentangan, lega terasa. Alhamdulillah hari itu berakhir dengan baik..


  • 25 DISEMBER 2008
Bersama ahli bait ke Bandung. Rancangan untuk berjalan2 sekitar shoping complex..bertolak sekitar jam 8.30 pagi. Menaiki bas Damri. Alhamdulillah, ada tempat duduk. Tidak seperti hari sebelumnya. Tidak sanggup lagi berasak dan diasak~Destinasi pertama ke BEC. Bandung Electronic Center. Tidak ada apa keperluan penting utk dibeli. Hanya accessories..'Peghabeh dwet ja...'.huhu.

2nd destination, BIP. Bandung Indah Plaza. Tujuan utama, makan dan solat.Pizza Hut menjadi pilihan hati. Dah lama mengidam...Alhamdulillah. Perut kenyang, jiwa belum. Solat. Cari surau..alhamdulillah, semuanya dah kenyang...=)

Perjalanan diteruskan ke IP. Istana Plaza. Jauh sedikit. Terpaksa naik Angkot[angkutan kota]. Tujuan utama yg ditunggu2...'Meluncur ais'...=] Main 'Ice Skating'. Lama rasanya tak bermain..alhamdulillah..masuk2,kaki rasa sedikit kekok. Disebabkan lama tidak bermain. Ini kali yg ke2 baru..alhamdulillah Allah memberi skill dapat meluncur dgn baik..tidak hebat, hanya 'boleh'. Dan utk 'boleh' itu juga sebenarnya susah..mungkin disebabkan ana tahu bermain 'roller blade'..maka,tidak terlalu masalah utk ber'ice skating'. Sedikit maju kali ini. Alhamdulillah.. kasihan sahabat ana yg terjatuh..memang utk 'boleh' kena berani mencuba dan terus berlatih. Teruskan usaha...~!=)

Usai bermain, bergegas keluar utk solat. Membeli barang keperluan sikit, dan balik. terpaksa mengambil teksi kerana hari sudah malam. Bas sudah pastinya tiada. Rp 110k dipersetujui antara kami dan pemandu teksi. Letih..hanya melemparkan pandangan keluar sepanjang perjalanan, memerhatikan gelagat manusia dan kejadian malam yg indah. Subhanallah.

Alhamdulillah,selamat pergi dan pulang...=) Niat utk ke Ta'lim di Bale 4 terpaksa ditangguhkan..sudah lewat..memang tak sempat..memang diikutkan nak blk sebelum tu.maaf kpd rakan2 yg mengharap kedatangan. Rasa bersalah juga jadinya..apakan daya,kita hanya merancang..=]

  • 26 DISEMBER 2008
Seawal pagi mengadap laptop..meninjau dan berjalan serata dunia..pagi yg khair..disambut dgn ceria..tiba2..mendapat 1 link dari seorang sahabat, ASTAGHFIRULLAH~! Panas mata melihat, hangat hati terasa. Merubah mood dlm sekelip mata~!Sangat marah dan sakit hati melihat! Bergenang air mata melihat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW diperbuat sedemikian. Siapa dia yg berani berbuat begitu?Geram tersangat2.Hati beristighfar beberapa kali.Blog seorang manusia, si laknat hatiku memanggil. Mungkin kebanyakan sudah maklum dgnnya. Blog yg menghina kesucian agama Islam. Yg berani menghina kekasih Allah yg dicintai..sungguh tidak berakal dan bermaruah. Siap ditampilkan gambar dan no.hp nya. Dikatakan, wanita yg bernama Adibah Ahmad itu dianiaya..Wallahu'alam.

Kalau ana tahu cara menghapuskan blog itu,sudah lama ana berbuat begitu. Membawa fitnah. Dan hari ini tidak tahu apa yg terjadi dgn blog itu, yg ana lihat,sudah dihapuskan. Alhamdulillah. Terpampang juga di dada akhbar Utusan mengenai blog itu. Memang tindakan tegas harus diambil.Tapi,akhbar itu..tidak tahu lah tahap ketulusannya.Apakah kerajaan Malaysia benar2 mengambil berat akan hal ini?? atau gimik politik je? Wallahua'lam. Perbuatan terkutuk itu akan membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Harap tiada lagi yg cuba mempermainkan Islam. Tunggu sahaja hukuman dari Allah.Ana hanya berdoa..sesiapa yg melakukan perbuatan terkutuk itu diberi balasan oleh Allah dgn apa yg dilakukan terhadap agama yg mulia ini. Moga Allah memberi mereka hidayah..ya Allah..selamatkanlah agama Islam ini dari segala fitnah dan kehinaan..Hapuskanlah musuh2 Islam..Sejahterakanlah umat akhir zaman ini..Lindungilah kesucian Islam..dan jadikanlah hambaMu ini di antara orang2 yg berjuang melindungi dan mempertahankan kedaulatan ISLAM..ameen, ameen, ameen ya Rabb~!

“Sesungguhnya sebaik-baik bicara adalah Kitab Allah [Al-Quran] , sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bid'ah itu sesat”
(Riwayat Muslim)



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...