29 December 2008

.:DOA KAMI BERSAMAMU~:.

Wahai saudaraku di Palestin..berjuanglah..Allah sentiasa bersamamu..di dalam duka ada ketabahan, di dalam ketabahan pasti ada kemenangan...teruskan perjuangan~!Kami mendoakan kemenanganmu..kemenangan Islam.Allahu Akbar~!!
Sama2 kita solat hajat & membaca doa qunut nazilah utk saudara kita disana..



"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka.Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.."


Ya Allah ya Qahhar ya Jabbar ya Sattar..Fansurna A'lal Kuffar fi Jihadil Akbar..
ALLAHU AKBAR!!



Kempen - Untukmu Palestin


Sumbangan anda boleh disalurkan ke:


Teruskan kePEDULIanmu terhadap saudara2 kita~!



Nabi bersabda " barangsiapa yang tak mengambil tahu keadaan umat Islam yang lain, maka mereka bukanlah daripadanya"


"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut "[Syeikh Yusuf Qaradawi]



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

27 December 2008

.:HIJRAH YUK~!:.

"Orang2 yg berhijrah ialah org yg menjauhi apa yg ditegah oleh Allah utk melakukannya" [HR Bukhari & Muslim]

  • Hijrah Menuju Allah : Ke arah yg lebih baik.
Selamat Tahun Baru 1430 H diucapkan buat saudara saudari seislam yg dikasihi..sama2 kita muhasabah diri..sama2 kita doakan agar kita menjadi insan soleh wa musleh yg berjaya dunia & akhirat..dgn menjadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya..itu fokus kita: KE ARAH YG LEBIH BAIK. Tidak kira dari apa jua segi...sama2 kita usahakan. Itulah HIJRAH kita..biar sedikit, biar kecil, asalkan berterusan..ISTIQAMAH.

Dari yg tidak pakai tudung..pakailah tudung..dari pakai tudung dan pakaian yg tidak sempurna..sempurnakan..dari tidak berbuat apa2 kebaikan dan sumbangan terhadap islam..lakukanlah sekarang..yg masih kurang baik hubungannya dgn Allah..dgn ibu bapa..atau sesiapa sahaja..baikkanlah..tinggalkanlah segala yg buruk..segala yg telah diketahui dosa..berhijrahlah~! bila lagi kalau bukan sekarang..esok lusa belum tentu kita dapat melihat dunia..Jgn dikisah akan kata2 manusia..kalau ia baik dan disukai Allah..Utamakanlah pandangan Allah..InsyaAllah bahagia di sini dan di SANA..

Moga apa yg dicoret ini selari dgn tindakan hendaknya..jiwa kecil ini ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya..ingin menjadi hamba Allah yg lebih baik dari sebelumnya..ingin menjadi lebih bermanfaat kpd org lain dr sebelumnya..ingin berjaya lebih dari sebelumnya..perkenankanlah ya Allah..ameen~ Segalanya dengan izinMu.. Berusaha dan berdoalah..berdoa juga 1 usaha. Berdoa,dan terus berdoa..sedangkan mahu masuk rumah ada doanya..masuk masjid ada doanya..masuk tandas sekalipun ada doanya..UNTUK KEBAIKAN. Inikan pula untuk memasuki tahun baru..pintu kehidupan baru,diari baru dgn azam baru..apa salahnya berdoa..Allah suka org yg berdoa..nabi kita yg mulia juga menganjurkan kita selalu berdoa..doa di setiap ketika..setiap tempat..tiada pengecualian. Doalah apa yang diinginkan kpd TuhanMu..segala kebaikan..dgn penuh kesungguhan. Apa sahaja, asalkan baik. bukan hanya kerana mahu masuk tahun baru sahaja, bukan juga kerana dapat tahu fadhilatnya yg kononnya bisa menjadi dan mendapat itu dan ini.. Ini perihal doa awal tahun dan akhir tahun yg selalu diamalkan. Bukan lah amalan wajib untuk dilakukan..walaupun bukan sunnah..jadikan ia hanya satu DO'A.Wallahua'lam..

"Seorang muslim adalah orang yg membuat muslim lainnya merasa aman dari lisannya dan tangannya.."[HR Bukhari]

Bulatkan tekad dalam peng'hijrahan'..Allah sentiasa bersamamu..Yang pasti ke arah yg diredhaiNya..Hijrahlah menuju Allah..menuju yg Haq..Ianya sunnah para nabi..para salihin dan muttaqin..Kembarakan hati menuju Ilahi..Andai rasa diri lemah di 'perjalanan' hijrah..tidak mampu di kala sendiri..mohonlah pada Tuhanmu..

"Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah.."


  • Bangkitlah putera puteri Islam..Lakukan perubahan~!
Hayati bait lirik dan lagu ini..baik utk menyedarkan yg masih terlena..atau dijadikan penguat semangat..insyaAllah=)

Putera Puteri
Munsyid : Inteam (feat Hisyam)

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku
Dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Putera puteri harapan masa depan





"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

.:DIARI PERANTAU:.


In the name of Allah...

  • 22 DISEMBER 2008
Semester baru telah bermula..Sem 4. Masuk block baru : Endocrine & Metabolism System.. Bersama tutorial mate baru..Group 29. InsyaAllah..teman seperbincangan yg bagus..bermula dgn case pertama : Yudi, 15 years old, Craniopharyngioma. Diskusi pertemuan pertama yg agak blurr dan kurang energi..Mungkin kesan dari cuti 10 hari..Otak masih dlm kondisi lemah. Tiba2..pembahagian tugas Learning Issue.."All about GROWTH"..growth,disorder of growth, growth curve etc..hanya seorang. Ana orangnya..malang sedikit rasanya. Pasrah.

Pulang ke rumah, tengok dlm buku Greenspan's Basic & Clinical Endocrinology, 1 BAB..banyak. Hanya akur. Mulakan tugas malam itu juga. kerana esoknya akan ke Bandung. Extramural. Huhu..Tapi,tetap belum selesai..terpaksa di sambung malamnya pula..

  • 23 DISEMBER 2008
Extramural. Program subjek Bioethics & Humanities. Lawatan ke Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung. Sepatutnya jam 6 harus berada di pangkalan bas. Sedikit lewat. Hujan..bersesak di dalam bas bersama penumpang lain. Terpaksa berdiri. Rimas. Hanya bersabar..Hampir sampai ke hospital, baru mendapat tempat duduk.

Sampainya di hospital, fokus untuk ke bahagian forensik. Setelah bertanya beberapa orangnya, alhamdulillah sampai..kebanyakan teman2 Indonesia sudah tiba di situ. Syukur kerana telah sampai,walaupun sedikit lewat. Terdengar bisik2 bahawa ada teman lain yang tersesat. Kasihan. Bermula dgn sedikit penerangan dari doktor yg bertugas. Menarik. Banyak ceritanya. Tentang pelbagai ragam kes yg dikendalikan di bahagian itu. Memerlukan keberanian, ketelitian dan kerja keras. Dan yang lebih penting, perlunya sifat terpuji jujur dan amanah. Tidak sewenang-wenangnya membuka aib pesakit/mayat kepada orang yg tidak seharusnya tahu dan tidak mengambil kesempatan..

Lawatan bermula. Ke bilik autopsi. Bau kurang enak mula menusuk hidung. Sedia maklum dgn keadaan sebegitu. Bilik yg ditempatkan mayat, tidak mungkin baunya semerbak kasturi. Terlihat 1 meja bedah yg menempatkan seorang mayat. Baru dikeluarkan dari freezer. Dari penerangan, mayat itu sudah 3 bulan di situ. Tidak dituntut sesiapa. Asbab kematiannya, kelaparan. Kiranya, dia seorang pengamen jalanan. Peminta sedekah. Kasihan dan simpati. Di sudut hati, semoga diriku memiliki pengakhiran yg baik nanti..asbab yg baik, diurus juga dengan baik, berjumpa dgn Tuhanku dlm keadaan baik..dan ditempatkan bersama golongan yg baik-soleh..orang2 mukmin. Ameen ya Rabb~!


Lawatan diteruskan ke bilik simpanan mayat. Peti mayat yg kelihatan di situ,hanya empat. Mana yg lain? Soalan hanya di benak fikiran. kelihatan ada mayat yg sudah dikafankan..ada yg masih tanpa seurat benang, tapi di tutup dgn kain, sedikit terbuka. ada yg masih didalam peti mayat, juga tidak dituntut..astaghfirullah..pelbagai kondisi..Hati terus berdoa..moga diri tidak seperti itu nanti. Biarlah pengakhiran hidup yg mudah,aman dan sejahtera..untuk berjumpa Tuhanku..

Lawatan berakhir, terus keluar. Destinasi seterusnya ke Unpad, Kampus Utama. Hanya menemani rakan2 lain dgn urusan mereka. Kemudian pulang ke desa Jatinangor. Ke Kampus pula. Gedung Biru. Untuk membuat kartu(kad) mahasiswa yg baru. Harus diperbaharui dan itu tarikh terakhir. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Pulang ke rumah secepat mungkin kerana dahi ini belum menyentuh tikar sejadah menjelang 'Asar..Letih. Namun terpaksa bersengkang mata di malam hari utk menyelesaikan tugas tutor yg belum selesai semalam..sangat seksa terasa..
  • 24 Disember 2008
Jam 9 pagi bermula sesi Lab. Hanya membuat tugas masing2 menjawab soalan berkisar Endocrine yg telah dibahagi sesama ahli tutorial..Ana menjawab bahagian Anatomy. Hypothalamus. Sedikit bosan Lab hari itu..kemudian,jam 1 bermula Tutorial. Waktu utk semua ahli tutorial membentangkan tugas yg diamanatkan..sesampai giliran, memaklumkan siap2 bahawa topik ana sgt banyak utk diterangkan..kelihatan semua sedikit mengeliat. merenggangkan otot badan masing2..takut mengantuk agaknya=) Pembentangan diteruskan sekadar termampu. Buat sahabat tutor,maaf andai ada kekurangan..Tak sempat. Masa sedikit,kerja banyak..hmm. Seusai pembentangan, lega terasa. Alhamdulillah hari itu berakhir dengan baik..


  • 25 DISEMBER 2008
Bersama ahli bait ke Bandung. Rancangan untuk berjalan2 sekitar shoping complex..bertolak sekitar jam 8.30 pagi. Menaiki bas Damri. Alhamdulillah, ada tempat duduk. Tidak seperti hari sebelumnya. Tidak sanggup lagi berasak dan diasak~Destinasi pertama ke BEC. Bandung Electronic Center. Tidak ada apa keperluan penting utk dibeli. Hanya accessories..'Peghabeh dwet ja...'.huhu.

2nd destination, BIP. Bandung Indah Plaza. Tujuan utama, makan dan solat.Pizza Hut menjadi pilihan hati. Dah lama mengidam...Alhamdulillah. Perut kenyang, jiwa belum. Solat. Cari surau..alhamdulillah, semuanya dah kenyang...=)

Perjalanan diteruskan ke IP. Istana Plaza. Jauh sedikit. Terpaksa naik Angkot[angkutan kota]. Tujuan utama yg ditunggu2...'Meluncur ais'...=] Main 'Ice Skating'. Lama rasanya tak bermain..alhamdulillah..masuk2,kaki rasa sedikit kekok. Disebabkan lama tidak bermain. Ini kali yg ke2 baru..alhamdulillah Allah memberi skill dapat meluncur dgn baik..tidak hebat, hanya 'boleh'. Dan utk 'boleh' itu juga sebenarnya susah..mungkin disebabkan ana tahu bermain 'roller blade'..maka,tidak terlalu masalah utk ber'ice skating'. Sedikit maju kali ini. Alhamdulillah.. kasihan sahabat ana yg terjatuh..memang utk 'boleh' kena berani mencuba dan terus berlatih. Teruskan usaha...~!=)

Usai bermain, bergegas keluar utk solat. Membeli barang keperluan sikit, dan balik. terpaksa mengambil teksi kerana hari sudah malam. Bas sudah pastinya tiada. Rp 110k dipersetujui antara kami dan pemandu teksi. Letih..hanya melemparkan pandangan keluar sepanjang perjalanan, memerhatikan gelagat manusia dan kejadian malam yg indah. Subhanallah.

Alhamdulillah,selamat pergi dan pulang...=) Niat utk ke Ta'lim di Bale 4 terpaksa ditangguhkan..sudah lewat..memang tak sempat..memang diikutkan nak blk sebelum tu.maaf kpd rakan2 yg mengharap kedatangan. Rasa bersalah juga jadinya..apakan daya,kita hanya merancang..=]

  • 26 DISEMBER 2008
Seawal pagi mengadap laptop..meninjau dan berjalan serata dunia..pagi yg khair..disambut dgn ceria..tiba2..mendapat 1 link dari seorang sahabat, ASTAGHFIRULLAH~! Panas mata melihat, hangat hati terasa. Merubah mood dlm sekelip mata~!Sangat marah dan sakit hati melihat! Bergenang air mata melihat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW diperbuat sedemikian. Siapa dia yg berani berbuat begitu?Geram tersangat2.Hati beristighfar beberapa kali.Blog seorang manusia, si laknat hatiku memanggil. Mungkin kebanyakan sudah maklum dgnnya. Blog yg menghina kesucian agama Islam. Yg berani menghina kekasih Allah yg dicintai..sungguh tidak berakal dan bermaruah. Siap ditampilkan gambar dan no.hp nya. Dikatakan, wanita yg bernama Adibah Ahmad itu dianiaya..Wallahu'alam.

Kalau ana tahu cara menghapuskan blog itu,sudah lama ana berbuat begitu. Membawa fitnah. Dan hari ini tidak tahu apa yg terjadi dgn blog itu, yg ana lihat,sudah dihapuskan. Alhamdulillah. Terpampang juga di dada akhbar Utusan mengenai blog itu. Memang tindakan tegas harus diambil.Tapi,akhbar itu..tidak tahu lah tahap ketulusannya.Apakah kerajaan Malaysia benar2 mengambil berat akan hal ini?? atau gimik politik je? Wallahua'lam. Perbuatan terkutuk itu akan membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Harap tiada lagi yg cuba mempermainkan Islam. Tunggu sahaja hukuman dari Allah.Ana hanya berdoa..sesiapa yg melakukan perbuatan terkutuk itu diberi balasan oleh Allah dgn apa yg dilakukan terhadap agama yg mulia ini. Moga Allah memberi mereka hidayah..ya Allah..selamatkanlah agama Islam ini dari segala fitnah dan kehinaan..Hapuskanlah musuh2 Islam..Sejahterakanlah umat akhir zaman ini..Lindungilah kesucian Islam..dan jadikanlah hambaMu ini di antara orang2 yg berjuang melindungi dan mempertahankan kedaulatan ISLAM..ameen, ameen, ameen ya Rabb~!

“Sesungguhnya sebaik-baik bicara adalah Kitab Allah [Al-Quran] , sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bid'ah itu sesat”
(Riwayat Muslim)



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.

19 December 2008

.:SELAMAT BERTEMU, SAUDARIKU~:.


BATU DELIMA :

SELAMAT BERTEMU WAHAI SAUDARIKU~

Diucapkan...

Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa mendirikan SOLAT, TAAT BERPUASA dan melakukannya dgn KUSYUK..

Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg memakai HIJAB kerana rasa MALU dan utk MENJAGA MARUAH serta PRINSIP mulia..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa BELAJAR dan MENELAAH dgn penuh KESEDARAN dan PEMIKIRAN yg BERSIH..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa MENEPATI JANJI, DIPERCAYAI dan AMANAH..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa berSABAR, BERHATI-HATI dan sentiasa MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa BERZIKIR, BERSYUKUR dan BERMUNAJAT..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg menjadikan Asiah, Maryam dan Khadijah sebagai TELADAN DAN IKUTAN..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg MENDIDIK dan bakal mendidik calon2 PAHLAWAN dan MELAHIRKAN calon2 tokoh terkemuka..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa MENJAGA NILAI-NILAI dan MEMELIHARA DIRI serta IFFAH..


Selamat bertemu, saudariku..

Muslimah yg sentiasa TAKUT KEPADA ALLAH dan MENJAUHI LARANGAN dan KEMURKAAN ALLAH..


“Wahai kaum wanita, janganlah bersedih~! Sambutlah hari esok dgn hati yg ceria dan optimis. Jadilah anda WANITA YG PALING BAHAGIA DI DUNIA..”(^^,)


**Dipetik dari terjemahan Kitab As’adum Ra-atin fil ‘Alam [Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia]

By : Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni [Pengarang buku kegemaranku=)..]


P/S : Ana berhajat utk membuat koleksi karya Dr.'Aidh ni, terutamanya dlm buku ini..yg merupakan lanjutan kpd karya sebelumnya yg terkenal iaitu 'La Tahzan'..utk tatapan dan motivasi dalaman setiap drpd kita..khasnya WANITA..kita sedia maklum, tiada seorang pun yg tidak mempunyai masalah, kalau tiada pun..sekurang2nya..dia mempunyai keinginan..semoga termotivasi & bermanfaat hendaknya~

"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah
.:'abid sakina:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...