14 September 2008

.:MENGHADAM SYABAB MUSAFIR KASIH:.


Bismillah....
Salam'alaykum....
Hari ni, berjaya juga mengkhatamkan novel Syabab Musafir Kasih, novel terbaru Ukhti Fatimah Syarha Mohd Noordin yg baru sahaja memateri ikatan kasih dgn sebuah perkahwinan cuti baru-baru ni..=)Perjalanan cerita yg menarik & membuatkan pembaca tertanya2 apa akan terjadi di akhir cerita.....syabas kak fatimah..=)

Ni sinopsis sikit....tapi bg yg dah simpan hajat nak beli buku ni, dinasihatkan jgn baca lg sinopsis yg dibuat..tak best pulak nanti kalau dah tahu endingnye...(^^,)tp, terpulang la ye...=)tak cerita penuh pun..


Al-kisahnya mengenai seorang budak lelaki kecil bernama Syabab, anak kelahiran kampung, seorang anak yatim kematian bapa...kehidupannya agak terbiar disebabkan kurangnya didikan yg sempurna dari keluarga..ibu yg berkerja keras demi mencari wang utk menyara anak2nya yg malas bekerja dan tidak tahu berdikari. Menjadikan ibu mereka seorang 'hamba'. Syabab yg hanya seorang budak hingusan, yg masih tidak dapat membezakan yg mana baik dan buruk dan masih tidak tentu arah dalam mencari identiti diri....dibiarkan..namun, Allah menganugerahkan dia seorang jiran yg prihatin akan diri Syabab yg kelihatan mempunyai potensi yg bisa digilap utk menjadi seorang 'syabab agama'. Mumtazah dianggap Syabab seperti kakak kandungnya, dan begitu juga sebaliknya...walaupun Syabab sering dimaki hamun, di hina..dikatakan nakal, pengotor dll...Mumtazah terus menyayangi Syabab. Terasa dirinya bertanggungjawab mendidik anak yatim itu mengenal dan membezakan haq dan batil..menanam semangatnya mencedok ilmu supaya dipandang mulia..berapa kali Syabab tersasar haluan, namun Mumtazah kembali dan 'membetulkan' kembali anak muda itu ke landasan syariat sebenar...

Sehinggalah Syabab menjadi seorang yg sangat dikagumi oleh masyarakat. Semangat jiwa mudanya berkobar2 dlm membaiki diri dan menyeru masyarakat kepada Islam. Ilmunya semakin bertambah dan terus digilap dengan amalan dan penyampaian sehinggakan insan2 yg pernah membencinya, menghinanya suatu ketika dulu, memujanya dan mencintainya. Sampai ke akhirnya, Mumtazah tidak jemu memberi semangat, nasihat dan mendidik jiwa pemuda itu, sehinggalah suami yg dicintainya, Ust.Mursyid, yg turut menghembus semangat perjuangan kpd Syabab..akhirnya bertemu Tuhannya dahulu..ketika itu, terdetik di hati anak muda itu, Syabab untuk menjadikan muslimah yg dikaguminya itu sebagai teman hidupnya, sayap kirinya dlm perjuangan Islam. Ketika itu, adik Mumtazah yg memiliki kecantikan bondanya, Najihah telah menaruh hati kpd Syabab setelah menyedari kesolehan anak muda yg pernah dibencinya dulu, namun dipendamkan atas dassar malu. Begitu juga, syeikh Al-Quran Syabab di Syria, Syeikh Sobir menaruh hajat pada Syabab supaya dapat 'menjaga' cucu perempuannya yg terkenal dgn kejelitaannya..

Namun, dihati Syabab hanya ada Mumtazah. Insan yg sederhana rupanya berbanding 2 insan yg mengharap padanya, namun prinsip agamanya teguh, mantap dan peribadinya indah mempesonakan...itu yg memikat hati Syabab dan dengan itu, termatrilah ikatan..dan dalam pada itu, cinta pasangan itu teruji. Mumtazah memujuk Syabab memperisterikan juga cucu Syeikh Sobir krn yakin dgn agamanya dan itu adalah harapan seorang Syeikh..sebabnya adalah dakwah. Tapi,akhirnya Mumtazah tidak dapat menafikan naluri wanitanya, cemburu dan tidak dapat menerima 1 perkongsian kasih dgn seorang madu. Syabab lebih memahaminya sejak awal, dan perancangannya utk Imtiyaz, adik lelaki bongsu Mumtazah utk menjadi suami kpd cucu syeikhnya diperkenan..dan akhirnya segalanya berkesudahan dgn kebahagiaan...Najihah yg patah hati dgn Syabab pula bersuamikan seorang Cina kacukan Inggeris, Mursyid Lee yg melafazkan syahadah krn hasil dakwah Syabab, sahabat baiknya...misi dakwah dan pentarbiyahan masyarakat kampung telah berjaya, usaha ternakan juga turut berjaya..kebahagiaan berkeluarga juga dikecapi oleh Syabab..segalanya anugerah Allah, kpd mereka yg membantu agamaNya....=)


** Happy ending...terharu lepas habis bace buku ni...best...rase nak nangis je, tp tersenyum balik..hehe.bacela ye~!tak rugi...=)**
Banyak membakar semangat juang pemuda islam~! Ayyuhal al-syabab taujah ilal amam, Nujahidu fi sabillirrahman~!

"Katakanlah; kebenaran telah datang dan yg batil itu takkan memulai & tak (pula) akan mengulangi..."[Saba': 49]

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...