20 September 2008

.:IHRAM '08 DI FASA TERAKHIR RAMADHAN:.


Bismillah...
Assalamamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah..10 hari terakhir Ramadhan menjelang tiba akhirnya..bagaimana puasa kita sepanjang Ramadhan ini?amal ibadat pula?tepuk dada tanya iman...yg penting, betulkan NIAT~! Semoga segala yg kita kerjakan selama ni, dinilai dgn nilaian yg baik di sisi Allah. Moga kita sentiasa dlm naungan rahmat dan maghfirah dariNya. Mari kita same2 membuat pecutan amal & ibadat dlm mencari RedhaNya..dalam usaha utk bertemu dgn malam Lailatul Qadar yg diharap2kan kehadirannya. "Lailatul Qadri Khairum min alfi syahr"[97:3]. Search for it~!Moga kita terlepas dari azab api neraka..ameen~

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR Bukhari)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.” (HR Muslim)

Dari 'Aisyah ra,ia berkata;"Rasulullah SAW sgt bersungguh2 dlm beribadat pd bulan Ramadhan, tidak seperti pd bulan2 lain, dan pd mlm 10 terakhir bln Ramadhan beliau semakin bersungguh2 dlm beribadat tidak seperti pd malam2 yg lain"[HR Muslim]

.: Ihya' Ramadhan '08 [[ IHRAM '08 ]] :.

Di antara program IHRAM'08 di penghujung Syahrul Mubarak ini ialah seperti di bawah. Sengaja diiklankan disini agar sahabat2 sekampus yg sudi singgah disini alert dgn program yg diusahakan ni..Moga sahabat2 yg dikasihi dapat sama2 menyertai, meluangkan masa yg ada ke program yg dianjurkan IMAN ini..segala yg baik datangnya dari Allah,Tuhan sekalian alam..dan yg buruk, lemah dan kurang itu datangnya dari kelemahan diri ini sebagai hambaNya yg sememangnya bersifat lemah...jazakumullahukhairan kathir~

Start: Sep 20, '08 02:30a
Location: MASJID IBNU SINA, UNPAD
Sempena IHRAM'08 1429H..

Qiamullail akan diadakan bermula jam 2.30 pagi sehingga selesai. Sahur disediakan..sesiapa yg berhajat utk mengimarahkan malam 20 Ramadhan ini dgn Qiam beramai2..sila inform kehadiran anda kpd wakil2 IMAN atau tulis nama anda pada kertas senarai nama yg telah diedarkan kpd setiap batch n fakulti utk memudahkan urusan penyediaan makanan..sekian,harap maklum...Ayuh!Sama2 kita buat pecutan amal di sepuluh malam terakhir ni~!=) Redha Allah kita cari~~(^^,)

Start: Sep 23, '08 5:00p
End: Sep 23, '08 8:30p
Location: YAYASAN RIYADUL JANNAH, JALAN SAYANG, JATINANGOR
Di bawah program kebajikan CRY NO MORE sempena IHRAM '08..1 Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim serta pemberian sumbangan seperti baju2 dan bahan makanan asas[beras,tepung,gula,susu dan minyak] & pemberian hadiah kpd anak2 yatim akan diadakan. Pengangkutan akan disediakan[angkot].

Bagi muslimin/at Unpad yg berminat, boleh bagi nama pada [Badihah:081910331421, ym: nureez88] atau terus hubungi ahli2 IMAN sesegera yg mungkin sebelum hari ahad ini.
Bayaran dikenakan sebanyak 10 000 Rp shj [utk makanan dan sewa angkot]. Info tambahan akan diberitahu kemudian.

p/s : kepada sesiapa yg masih berhajat utk menyumbang baju2 atau wang utk tujuan program CNM ni atau ada apa2 pertanyaan, blh contact,
-Nurul Aiman: 081802057313, ym: abid_sakina

sekian.harap maklum.


Start: Sep 25, '08 4:00p
End: Sep 25, '08 8:30p
Location: A.4.1, FAKULTAS KEDOKTERAN UNPAD
Sempena IHRAM '08..
Semoga tadarus Al-Quran yg dijalankan di setiap kosan sepanjang Ramadhan ini berjalan lancar dan berjaya dihabiskan mengikut pembahagian Juzuk yg telah diberi..Dengan itu, Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada tarikh diatas pada hari KHAMIS, 25 RAMADHAN. SEMUA PELAJAR MALAYSIA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI~! SEBARKAN~(^^,)

ATURCARA MAJLIS:

- MAJLIS KHATAM AL-QURAN
- TAYANGAN MULTIMEDIA / VIDEO
- TAZKIRAH
- MAJLIS BERBUKA PUASA
- SOLAT ISYAK & TARAWIKH BERJEMAAH
- BERSURAI

"RAMADHAN DIHIDUPKAN, AMALAN DIPERKASAKAN"
~*SeLaMaT BeRiBaDaH !!*~
[~_*]

.:CORAT CORET:.


Agak letih sikit sekarang ni..mungkin kerana kerja2 program, tambah lagi kerja2 tutorial, mentoring(usrah) dan sebagainya..masa agak kurang tersusun. Cuba tenang dalam situasi ni..otak asyik berfikir itu dan ini. Lama pula rasanya tak calling2 abah dan ummi di malaysia. InsyaAllah, Ahad depan dah nak blk raya. Jumaat pula birthday ummi..=)[Takkan ku lupa]

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan urusan kami sekalian...berilah daku kekuatan dan kesihatan..agar segala urusan berjalan dgn lancar [walau diri ini tahu byk kelemahan yg harus diperbaiki]. Alhamdulillah, suara pun dah semakin pulih..=) dah blh bercakap. kalau tak, suara tak keluar langsung..nak cakap n berbincang psl program pun susah, orang call pun tak boleh nak jawab..maaflah ye. Setelah beberapa gelas air asam jawa diminum, dengan berkat bismillah dan selawat, dgn izinNya Alhamdulillah..suaraku sudi keluar sikit demi sedikit..=) sempat merasa keadaan org yg tak boleh bercakap or bisu. Mungkin lebih banyak yg dipendamkan di dlm hati drp diluahkan. Tu la hikmahnya apabila nikmat yg dipinjamkan, diambil sementara....mengajar erti sabar dan syukur....=) Pstt..Duhai diri, MOGA TABAH HATI TAK BERBELAH BAGI!!


~Al-faqirah iLa Rabbi, "Berkhidmat demi Islam"~

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...