29 September 2008

.:SALAM LEBARAN UTK SEMUA(^_^):.



Sejuta kemaafan dipinta atas segala kekhilafan..
Yg zahir mahupun batin..
Moga ramadhan kali ini adalah yg terbaik utk kita..

Moga kita berkesempatan bertemu dgn Ramadhan lagi..=(
Kullu ‘amm wa antum bikhair..
Salam ingatan tulus dan ikhlas dariku..
.:SALAM AIDILFITRI:.(^^,)

**Alhamdulillah..dah sampai rumah..=)tahun ni berpeluang beraya dgn family. Utk yg berada diperantauan..jgn sedey ye,insyaAllah lain kali ade peluang beraya bersama family..=)salam eidulfitri~!**


Mai singgah sini jap no...=)[klik bwh ni,ade kuih raye utk jiwa sket..]

Perpisahan Ramadhan: Istiqamah Berpanjangan



20 September 2008

.:IHRAM '08 DI FASA TERAKHIR RAMADHAN:.


Bismillah...
Assalamamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah..10 hari terakhir Ramadhan menjelang tiba akhirnya..bagaimana puasa kita sepanjang Ramadhan ini?amal ibadat pula?tepuk dada tanya iman...yg penting, betulkan NIAT~! Semoga segala yg kita kerjakan selama ni, dinilai dgn nilaian yg baik di sisi Allah. Moga kita sentiasa dlm naungan rahmat dan maghfirah dariNya. Mari kita same2 membuat pecutan amal & ibadat dlm mencari RedhaNya..dalam usaha utk bertemu dgn malam Lailatul Qadar yg diharap2kan kehadirannya. "Lailatul Qadri Khairum min alfi syahr"[97:3]. Search for it~!Moga kita terlepas dari azab api neraka..ameen~

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR Bukhari)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.” (HR Muslim)

Dari 'Aisyah ra,ia berkata;"Rasulullah SAW sgt bersungguh2 dlm beribadat pd bulan Ramadhan, tidak seperti pd bulan2 lain, dan pd mlm 10 terakhir bln Ramadhan beliau semakin bersungguh2 dlm beribadat tidak seperti pd malam2 yg lain"[HR Muslim]

.: Ihya' Ramadhan '08 [[ IHRAM '08 ]] :.

Di antara program IHRAM'08 di penghujung Syahrul Mubarak ini ialah seperti di bawah. Sengaja diiklankan disini agar sahabat2 sekampus yg sudi singgah disini alert dgn program yg diusahakan ni..Moga sahabat2 yg dikasihi dapat sama2 menyertai, meluangkan masa yg ada ke program yg dianjurkan IMAN ini..segala yg baik datangnya dari Allah,Tuhan sekalian alam..dan yg buruk, lemah dan kurang itu datangnya dari kelemahan diri ini sebagai hambaNya yg sememangnya bersifat lemah...jazakumullahukhairan kathir~

Start: Sep 20, '08 02:30a
Location: MASJID IBNU SINA, UNPAD
Sempena IHRAM'08 1429H..

Qiamullail akan diadakan bermula jam 2.30 pagi sehingga selesai. Sahur disediakan..sesiapa yg berhajat utk mengimarahkan malam 20 Ramadhan ini dgn Qiam beramai2..sila inform kehadiran anda kpd wakil2 IMAN atau tulis nama anda pada kertas senarai nama yg telah diedarkan kpd setiap batch n fakulti utk memudahkan urusan penyediaan makanan..sekian,harap maklum...Ayuh!Sama2 kita buat pecutan amal di sepuluh malam terakhir ni~!=) Redha Allah kita cari~~(^^,)

Start: Sep 23, '08 5:00p
End: Sep 23, '08 8:30p
Location: YAYASAN RIYADUL JANNAH, JALAN SAYANG, JATINANGOR
Di bawah program kebajikan CRY NO MORE sempena IHRAM '08..1 Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim serta pemberian sumbangan seperti baju2 dan bahan makanan asas[beras,tepung,gula,susu dan minyak] & pemberian hadiah kpd anak2 yatim akan diadakan. Pengangkutan akan disediakan[angkot].

Bagi muslimin/at Unpad yg berminat, boleh bagi nama pada [Badihah:081910331421, ym: nureez88] atau terus hubungi ahli2 IMAN sesegera yg mungkin sebelum hari ahad ini.
Bayaran dikenakan sebanyak 10 000 Rp shj [utk makanan dan sewa angkot]. Info tambahan akan diberitahu kemudian.

p/s : kepada sesiapa yg masih berhajat utk menyumbang baju2 atau wang utk tujuan program CNM ni atau ada apa2 pertanyaan, blh contact,
-Nurul Aiman: 081802057313, ym: abid_sakina

sekian.harap maklum.


Start: Sep 25, '08 4:00p
End: Sep 25, '08 8:30p
Location: A.4.1, FAKULTAS KEDOKTERAN UNPAD
Sempena IHRAM '08..
Semoga tadarus Al-Quran yg dijalankan di setiap kosan sepanjang Ramadhan ini berjalan lancar dan berjaya dihabiskan mengikut pembahagian Juzuk yg telah diberi..Dengan itu, Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada tarikh diatas pada hari KHAMIS, 25 RAMADHAN. SEMUA PELAJAR MALAYSIA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI~! SEBARKAN~(^^,)

ATURCARA MAJLIS:

- MAJLIS KHATAM AL-QURAN
- TAYANGAN MULTIMEDIA / VIDEO
- TAZKIRAH
- MAJLIS BERBUKA PUASA
- SOLAT ISYAK & TARAWIKH BERJEMAAH
- BERSURAI

"RAMADHAN DIHIDUPKAN, AMALAN DIPERKASAKAN"
~*SeLaMaT BeRiBaDaH !!*~
[~_*]

.:CORAT CORET:.


Agak letih sikit sekarang ni..mungkin kerana kerja2 program, tambah lagi kerja2 tutorial, mentoring(usrah) dan sebagainya..masa agak kurang tersusun. Cuba tenang dalam situasi ni..otak asyik berfikir itu dan ini. Lama pula rasanya tak calling2 abah dan ummi di malaysia. InsyaAllah, Ahad depan dah nak blk raya. Jumaat pula birthday ummi..=)[Takkan ku lupa]

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan urusan kami sekalian...berilah daku kekuatan dan kesihatan..agar segala urusan berjalan dgn lancar [walau diri ini tahu byk kelemahan yg harus diperbaiki]. Alhamdulillah, suara pun dah semakin pulih..=) dah blh bercakap. kalau tak, suara tak keluar langsung..nak cakap n berbincang psl program pun susah, orang call pun tak boleh nak jawab..maaflah ye. Setelah beberapa gelas air asam jawa diminum, dengan berkat bismillah dan selawat, dgn izinNya Alhamdulillah..suaraku sudi keluar sikit demi sedikit..=) sempat merasa keadaan org yg tak boleh bercakap or bisu. Mungkin lebih banyak yg dipendamkan di dlm hati drp diluahkan. Tu la hikmahnya apabila nikmat yg dipinjamkan, diambil sementara....mengajar erti sabar dan syukur....=) Pstt..Duhai diri, MOGA TABAH HATI TAK BERBELAH BAGI!!


~Al-faqirah iLa Rabbi, "Berkhidmat demi Islam"~

19 September 2008

.:LELAKI..:.


**Buat renungan para pemuda Islam...harapan agama**

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi..

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa..

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik, Syria.

**Petikan dari Novel Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha.

Ayuh pemuda, bangkitlah. Bakar semangatmu~!


18 September 2008

.:LAHIRMU KE DUNIA~:.

Sebelum ni..tertunggu2 juga khabar gembira dari bumi mesir akan kelahiran seorang baby..

Tanggal 28.08.08..ALHAMDULILLAH..Lahirlah seorang mujahid,yg bakal menyambung perjuangan Kekasih Allah,insyaAllah..ameen

Moga kelahiran si comel, Zaid B. Mohd Fikri [cahaya mata pertama abg fikri & kak anna-'nullipara'], membawa keberkatan dan moga zaid menjadi anak yg soleh kpd abi dan ummi zaid ye~!ameen..=) Alhamdulillah..ku panjatkan syukur atas selamatnya insan baru ini lahir ke dunia,insan yg akan menceriakan dan memaknakan lagi kehidupan abg fikri dan kak anna nun di sana..=) Sihat2 slalu ye zaid..jadi anak soleh ye..=)

Moga dengan kelahirannya di bumi anbiya' itu
, menanam kekentalan semangat juang seorang mujahid dan kebijaksanaan laksana Zaid bin Tsabit, Zaid bin Harithah dan jua para sahabat lain yg banyak membantu Rasulullah dalam perjuangan agama Islam. Kiriman tahniah dan doa buat mereka sekeluarga. Dengan penuh kesyukuran…Ya Allah…pimpinlah pewaris mereka di jalan dakwah..


Smile..=)Comel..mata sepet tu ikut sape zaid...?
"like father, like son"..=)


"Solallahu'ala Muhammad, Solallahu'alaihiwassalam..~!"

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

Yang maksudnya, “Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Ameen~

16 September 2008

.:HADIAH UKHWAH RAMADHAN(^^,):.

Salam...
Erm, tiba2 kena tag pula ye dgn Ukhti Mahabbah..=)
Terima kasih daun keladi atas buah tangan yg diberi...

mahabbahfillah
:" salam cik abid sakina, jemput dtg di blog saya, ada buah tngn untk saudri.. epi2 sokmo"

Hehe..maka, gambar ensem matahari yg bersinar ini adalah buah tangan yg telah diterima dari kenalan baru dari blog ana..jazakillah ukhti~

"TETAP BERSINAR SELAMA RAMADHAN"

**Mahal ayat ni..insyaAllah akan terus bersinar hingga ke akhir Ramadhan..mahupun, setelah Ramadhan meninggalkan kita nanti..=( ape yg bersinar??Moga amal ibadah dan segala usaha ke arah kebaikan yg dilakukan di bulan mulia ni..terus bersinar, istiqamah dilakukan..IMAN juga turut bersinar..bukan pula semakin menyirna dan malap. Gilap, jangan tak gilap..Redha Allah kita cari yuk~!!=)[ni mengikut fahaman sendiri,he..]**

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi berita gembira kpd sahabatnya dgn sabdanya “ telah datang kepada mu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kpdmu berpuasa padanya, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup & para syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yg lebih baik daripada seribu bulan, barang siapa tidak memperolehi kebaikan ,maka dia tidak memperolehi apa-apa” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)


Jadi..dapat buah tangan bukan sekadar dapat..ana ditugaskan pula 'mengetag' 5 orang sahabat blog ana..[nape 5 je..?nak ikutkan kat semua orang ana nak bagi..hehe]
Maka diwajibkan ke atas kalian utk mengambil TAG ini dan mempamerkan di blog kalian, kemudian menyenaraikan pula 5 penerima hadiah pilihan anda..enjoy ukhwah~!=)

Sila jangan lebih dari 5 kerana ini SYARAT nye..jgn lebih2...n jgn nak mengelak pula ye~~hehe
Moga ianya dpt mengeratkan lagi ukhwah & mahabbah sesama kita..(^^,)..Mesti ade org yg nak kata, "buang tabiat agaknya budak ni..".hehe..ape2 je la..saje nk eratkan silaturrahim...=)


14 September 2008

.:MENGHADAM SYABAB MUSAFIR KASIH:.


Bismillah....
Salam'alaykum....
Hari ni, berjaya juga mengkhatamkan novel Syabab Musafir Kasih, novel terbaru Ukhti Fatimah Syarha Mohd Noordin yg baru sahaja memateri ikatan kasih dgn sebuah perkahwinan cuti baru-baru ni..=)Perjalanan cerita yg menarik & membuatkan pembaca tertanya2 apa akan terjadi di akhir cerita.....syabas kak fatimah..=)

Ni sinopsis sikit....tapi bg yg dah simpan hajat nak beli buku ni, dinasihatkan jgn baca lg sinopsis yg dibuat..tak best pulak nanti kalau dah tahu endingnye...(^^,)tp, terpulang la ye...=)tak cerita penuh pun..


Al-kisahnya mengenai seorang budak lelaki kecil bernama Syabab, anak kelahiran kampung, seorang anak yatim kematian bapa...kehidupannya agak terbiar disebabkan kurangnya didikan yg sempurna dari keluarga..ibu yg berkerja keras demi mencari wang utk menyara anak2nya yg malas bekerja dan tidak tahu berdikari. Menjadikan ibu mereka seorang 'hamba'. Syabab yg hanya seorang budak hingusan, yg masih tidak dapat membezakan yg mana baik dan buruk dan masih tidak tentu arah dalam mencari identiti diri....dibiarkan..namun, Allah menganugerahkan dia seorang jiran yg prihatin akan diri Syabab yg kelihatan mempunyai potensi yg bisa digilap utk menjadi seorang 'syabab agama'. Mumtazah dianggap Syabab seperti kakak kandungnya, dan begitu juga sebaliknya...walaupun Syabab sering dimaki hamun, di hina..dikatakan nakal, pengotor dll...Mumtazah terus menyayangi Syabab. Terasa dirinya bertanggungjawab mendidik anak yatim itu mengenal dan membezakan haq dan batil..menanam semangatnya mencedok ilmu supaya dipandang mulia..berapa kali Syabab tersasar haluan, namun Mumtazah kembali dan 'membetulkan' kembali anak muda itu ke landasan syariat sebenar...

Sehinggalah Syabab menjadi seorang yg sangat dikagumi oleh masyarakat. Semangat jiwa mudanya berkobar2 dlm membaiki diri dan menyeru masyarakat kepada Islam. Ilmunya semakin bertambah dan terus digilap dengan amalan dan penyampaian sehinggakan insan2 yg pernah membencinya, menghinanya suatu ketika dulu, memujanya dan mencintainya. Sampai ke akhirnya, Mumtazah tidak jemu memberi semangat, nasihat dan mendidik jiwa pemuda itu, sehinggalah suami yg dicintainya, Ust.Mursyid, yg turut menghembus semangat perjuangan kpd Syabab..akhirnya bertemu Tuhannya dahulu..ketika itu, terdetik di hati anak muda itu, Syabab untuk menjadikan muslimah yg dikaguminya itu sebagai teman hidupnya, sayap kirinya dlm perjuangan Islam. Ketika itu, adik Mumtazah yg memiliki kecantikan bondanya, Najihah telah menaruh hati kpd Syabab setelah menyedari kesolehan anak muda yg pernah dibencinya dulu, namun dipendamkan atas dassar malu. Begitu juga, syeikh Al-Quran Syabab di Syria, Syeikh Sobir menaruh hajat pada Syabab supaya dapat 'menjaga' cucu perempuannya yg terkenal dgn kejelitaannya..

Namun, dihati Syabab hanya ada Mumtazah. Insan yg sederhana rupanya berbanding 2 insan yg mengharap padanya, namun prinsip agamanya teguh, mantap dan peribadinya indah mempesonakan...itu yg memikat hati Syabab dan dengan itu, termatrilah ikatan..dan dalam pada itu, cinta pasangan itu teruji. Mumtazah memujuk Syabab memperisterikan juga cucu Syeikh Sobir krn yakin dgn agamanya dan itu adalah harapan seorang Syeikh..sebabnya adalah dakwah. Tapi,akhirnya Mumtazah tidak dapat menafikan naluri wanitanya, cemburu dan tidak dapat menerima 1 perkongsian kasih dgn seorang madu. Syabab lebih memahaminya sejak awal, dan perancangannya utk Imtiyaz, adik lelaki bongsu Mumtazah utk menjadi suami kpd cucu syeikhnya diperkenan..dan akhirnya segalanya berkesudahan dgn kebahagiaan...Najihah yg patah hati dgn Syabab pula bersuamikan seorang Cina kacukan Inggeris, Mursyid Lee yg melafazkan syahadah krn hasil dakwah Syabab, sahabat baiknya...misi dakwah dan pentarbiyahan masyarakat kampung telah berjaya, usaha ternakan juga turut berjaya..kebahagiaan berkeluarga juga dikecapi oleh Syabab..segalanya anugerah Allah, kpd mereka yg membantu agamaNya....=)


** Happy ending...terharu lepas habis bace buku ni...best...rase nak nangis je, tp tersenyum balik..hehe.bacela ye~!tak rugi...=)**
Banyak membakar semangat juang pemuda islam~! Ayyuhal al-syabab taujah ilal amam, Nujahidu fi sabillirrahman~!

"Katakanlah; kebenaran telah datang dan yg batil itu takkan memulai & tak (pula) akan mengulangi..."[Saba': 49]

11 September 2008

.:RAMADHAN AL-KAREEM:.


Assalamu'alaikum wbt.....

~Secebis celoteh~

Pertama sekali..maaf kerana membuatkan blog ni hampir 'bersawang'. Memandangkan ana baru pindah ke rumah baru di bumi Jatinangor ini..dari Bale Padjadjran 2 ke Desa Cileles, atas Cikuda..Pelik je nama die kan..tapi,alhmadulillah..seronok juga jadi sebahagian dari tetangga desa permai ni..masyarakat yg ramah n mesra...pemandangan belakang rumah indah[subhanallah]..baiti jannati ku ni pun selesa..cumanya, agak jauh jaraknya dari fakulti. Takpe..ade hikmah mungkin. Boleh exercise skit..tambah2 di bulan puasa..menguji ketahanan fizikal sungguh..=) Wireless Padma.net baru berfungsi hari ni, walaupun belum stabil..xpe..syukur boleh connect sampai sini.

~Ramadhan syahrul mubarak~

Marhaban ya Ramadhan..walaupun hari ni adalah hari yg ke 11 dah kite berpuasa..tapi tetap terasa kehadirannya seperti hari pertama..kerana sedia maklum banyaknya kelebihan pada bulan ini..madrasah tarbiyah yg berkesan mendidik rohani bg insan yg benar2 menghayati bulan yg penuh kemuliaan ini dan mengambil segala peluang berbuat amal soleh dalam bulan ini...segalanya terasa terkawal..“Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (HR Ibn Majah)..ramadhan sememangnya 1 perisai..Rasulullah ada bersabda yg bermaksud: “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”...

Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita..jangan persiakan. Mari berpesta ibadah~! Tibanya saat kita istirehat dari 'perjalanan dunia' yg hanya sebuah persinggahan ini...saatnya juga bagi membersihkan jiwa yg berjelaga dgn molekul2 dosa dan noda.saatnya kita mentadabbur indahnya kemurahanNya..saatnya kita memahami erti sebenar tazkiyatun nafs..semoga Ramadhan menemukan kita dgn segala keberkatan dan bertemu dgn keagungan Lailah Al-Qadr yg sentiasa diimpikan oleh jiwa2 yg mendamba cintaNya..


~IHRAM'08~

Setelah memeningkan kepala memilih nama yg sesuai untuk program sempena ramadhan anjuran IMAN, akhirnya, dengan segala kepasrahan ana hanya mengambil nama ringkas IHRAM'08..daripada Ihya' Ramadhan '08..alhamdulillah pengarah program pun tak kesah. Banyak nama2 yg sedap dicadangkan, tapi agak panjang..time kasih kpd yg menyumbang idea..jasamu dikenang shbt2...=)

Segala aktiviti dah dirancang..kebanyakannya sama je macam selalu..tapi, masalah dana melanda..hingga saat ni masih menunggu sumbangan yang bakal diterima dari pihak2 tertentu..harap lepas ni ada berita baik. Dana sangat diperlukan bagi kelancaran program..harap berjalan lancar. Pening juga kadang2..tapi..dapatla belajar sikit2 mcmana nak menguruskan 1 program kat sini...syukran kpd semua rakan seperjuangan yg sedia memberi komitmen..dana...oh...dana....tema IHRAM'08 ialah,"Ramadhan dihidupkan, Amalan diperkasakan"..sesuai dgn matlamat kebiasaan di bulan ini..melipatgandakan amalan dlm mencari redha Allah.....Semoga program yg dikendalikan ini dapat membuka peluang sahabat2 yg dikasihi utk istiqamah beramal di bulan yg penuh barakah ini...insyaAllah=) Barikillahumma lana fi syahri Ramadhan ya Allah...3x.ameen..
~Sedikit perkongsian~

Mari kita sama2 amalkan amalan kebiasaan Qudwah hasanah kita, Rasulullah SAW di dlm bulan Ramadhan....

1.Bersahur ~ Para ulamasepakat bahawa sahur itu hukumnya sunat dan tidak berdosa bagi orang yang meninggalkannya Rasulullah SAW bersabda: Makan sahurlah kamu kerana sahur itu berkah.”..tp, kena tau la..bukanla dinamakan sahur kalau makan di tgh malam sebelum tidur sebab malas nak bangun sebelum subuh tu ye...di akhir malam sebetulnya...

2.Menyegerakan berbuka ~ Disunatkan menyegerakan berbuka setelah datang waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”..waktu berbuka la di antara kegembiraan org berpuasa..tp, kena ingat..jgn tamak dan membazir..doa jangan lupe..doa orang berbuka itu makbul..doalah ape yg diinginkan..mulakan mengisi perut dengan buah kurma..

3.Berusaha untuk meninggalkan semua yang dapat mengurangi pahala puasa ~ Sasaran yang hendak dicapai melalui puasa ialah untuk menjadi insan bertaqwa dan peroleh keampunan. Rujuk Al-Baqarah:183. Bagi mencapai sasaran ini, akhlak yang mulia perlu diamalkan. Rasulullah SAW bersabda: Puasa itu bukanlah (semata-mata menahan diri dari makan dan minum, akan tetapi juga dari perbuatan sia-sia dan kotor. Maka jika seseorang memakimu atau menjahilmu, katakanlah bahawa aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa.”..sememangnya puasa akan lapar, membuatkan kita letih..bila letih..mula la cepat marah..maka, control la kemarahan itu..la taghdob..=)didik diri dgn sabar..tu sebab dikatakan Ramadhan ni pendidik yg baik...=) org nak gaduh..kita jawab,'aku tgh pose..x mau gaduh'..kan molek gitu....jaga hati insan lain...

4.Bersikap pemurah dan mesra kepada sesama Muslim ~ Ibnu Abbas mengatakan: Rasulullah SAW adalah manusia yang pemurah dan lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan.”..ha..contohi Rasulullah..ringankan tangan utk memberi...pemurah tu ada mcm2..bukan sedekah wang je blh..senyuman dgn tetangga yg ade..shbt2...membantu kerja2 bg sesiapa yg memerlukan & meringankan beban mereka...semuanya dikatakan pemurah...tak lupa juga bila mendoakan orang lain....

5.Solat Tarawikh dan Witir ~ Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang solat pada (malam) Ramadhan dengan dasar iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang lalu.”..tak kisahlah berapa rakaat..20 ke, 8 ke...yg penting niat..kusyuk...mengikut kemampuan masing2..jangan pula sampai rasa terpaksa..selagi mampu..dirikanlah solat sunat yg hanya di bulan ramadhan ini...tak kisahla di mana2..yg penting ape....NIAT mesti betul....dgn didasari iman dan mengharap redha Allah.

6.Bertadarus Al-Quran ~ Apabila tiba bulan Ramadhan, Rasulullah SAW memperbanyakkan tadarus. Sabda Rasulullah SAW: Ada pun malaikat Jibril pada bulan Ramadhan menemui Rasulullah SAW pada setiap malam lalu ia bertadarus Al-Quran bersamanya…”..Tadarus beramai-ramai kan lebih bagus sbb dalam masa yg sama dpt menarik dan menggalakkan orang lain turut bertadarus, menghabiskan bahagian bacaannya utk khatam di hujung ramadhan...contohnya dengan kawan2 serumah,dengan family..kemudian..bila dah habis..usahakan pula tadarus individu kita...kita mampu lakukannya~!Keep on bertadarus.....

Ok..ini la serba sedikit coretan setelah internet berjaya disambungkan di rumah baru ana ni...salam ramadhan buat semua....moga iman kita bertambah dan peroleh ganjaran taqwa......ameen.wallahu'alam...

"Kurangkan juadah, banyakkan sedekah.."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...