14 August 2008

.:PERMULAAN YG BAIK BUKAN 1 JAMINAN:.


Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira.

Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata.


Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas di ketentuan.


Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.


Kata Peter F. Drucker, “sesuatu yang tidak boleh diukur, sulit sekali untuk mengurusnya”.


Justeru bagaimanakah yang dikatakan seseorang itu beragama? Adakah pada pakaiannya, solatnya, ilmunya, bakatnya, usrahnya, atau apa? Amat payah, pilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu ialah pada sesuatu yang amat abstrak.

Namun akhirnya dalam sulit itu, segala puji bagi Allah kerana melorongkan ramai anak muda hari ini agar memilih yang sulit itu. Hatta yang tidak pernah kisah dengan tuntutan-tuntutan agama pun, masih mahu satu-satunya hari permulaan perkahwinan mereka, disimpan aurat agar berkat. Mahu pernikahan itu sandarannya adalah agama.

“Seorang pembaca bertanya, apakah setelah membaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA, dan memulakan perkahwinan dengan baik, maka baiklah perkahwinan itu?”, tanya Encik Rushi, pegawai pemasaran Galeri Ilmu tatkala kami berbual selepas sesi tandatangan saya di Pesta Buku Selangor 2008 tempoh hari.

“Agaknya apa komen ustaz?”, tanya beliau kepada saya.

Senyap seketika.


IA HANYA PERMULAAN


“Permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya suatu permulaan”, saya bersuara.

“Setelah rumahtangga dibina di atas dasar agama pun, tiada jaminan jugakah ustaz?”, tanyanya lagi.

Teruskan membaca di saifulislam.com. Mesti klik sini~




.::. Ku terfikir dan termenung sejenak..Pelbagai ragam dan gaya manusia hari ini..permulaan yg baik bukan juga 1 jaminan..apatah lagi bagi permulaannya yg kurang baik?? Serba tidak lengkap..makanya, ayuh kita lengkapkan~!Syariatullah dan Sunnatullah..Tanggungjawab dan Cinta...

Sama-sama kita ambil pengajaran & peringatan bagi yg belum mengalami..Muhasabahlah bg yg sedang dan telah mengalami...moga Allah terus menganugerahkan rahmat kasih sayangNya kpd segenap makhluk ciptaanNya utk terus berkasih sayang padaMu dan di antara kami sekalian... Bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat..ameen~

Perbaiki diri..hiasi peribadi..teruskan memberi..nikmatNya disyukuri...


Selarikan syariatullah dan sunnatullah dlm hidupmu...

Syariatullah mengundang tenang jiwamu..

Sunnatullah membawa bahagia kehidupan insani..

Ertikan hidupmu pada memberi..

Pasakkan sabar dan syukur padaNya..

Memaknakan lagi hayat yg sementara cuma...

...............................~*~*~*~............................




0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...