04 August 2008

.:MENGAPA DUHAI HATI..?:.

~HATIKU MILIKMU~

Mengapa duhai hati..
Tiada tenangnya...
Gundah..
Resah..
Seperti telah ditarik
satu nikmat dariNya..
Nikmat yang memberi bahagia..
Seperti jua tertaut akan sesuatu..
Yang sering menarik...
Yang diri ini juga kurang pasti...
Patutkah memberi..
Patutkah menerima..
Tika ini..?
Begitu saja??

Ku sayang hati ini...
Yang selalu ku jaga..
Yang selalu ku lindung..
Yang selalu ku didik..
Yang selalu ku ajar..
Erti sabar..Erti bertuhan..
Yang selalu kudoakan..
Agar tetap di jalanNya..
Agar tetap dalam ketaatan..
Agar mewangi dengan iman..

Mengapa duhai hati..?
Maafkan diri ini..
Andai tidak pandai menjagamu..
Namun ketahuilah..
Ku terus..dan selalu meminta..
Walau diri ini tidak layak meminta..
Pada Sang Pemilik segala hati..

Yang membolak balik kan segala hati..
Agar ditetapkan pada sirat al-mustaqim..
Agar larian ini tidak lari dan tersasar..


Ketahuilah hati..
Aku al-faqirah ila Rabbi..

Aku 'abid yang mendamba sakinah..

Aku bukan sesiapa tanpaNya..

Izinkan ku memberi mu padaNya..
Sepenuhnya..bisa kan..?

Aku janji padamu..

Kau akan memiliki yang lain..
Jika kau benar2 ikhlas memberi..

Ia akan datang sendiri..

Tanpa diundang..


Namun..
Kau perlu tahu hati..

Dia akan memberi..

Apa yang kau perlukan..

Bukan apa yang kau mahukan..

Kau harus mengerti mengapa..

Kerana Dia Maha Mengetahui..

Dia tahu apa yang terbaik buatmu..

Hati yang ku kasihi..
Sukarnya menjagamu..

Seringkali ditimpa sakit..

Mujur aku tahu apa ubatnya..

Kadang2 mujarab..kadang2 tidak..
Mengapa..?aku tahu jawapannya..
Sering juga kau disentuh..
Dengan sentuhan pedih dan indah..

Pedih yang sering menyusahkan insan lain..

Indah yang hangat dengan kasih dan cinta..

Sedia maklum tentang fitrah..
Namun masih dalam dilema..

Samada ingin mengizinkan atau tidak..

Kerana aku mahu yang terbaik untukmu..

Kerana kau di dalam diriku..

Mempengaruhi jasadku..

Maafkan andai telah terluka..
Hargailah andai telah merasai..

Kau tahukan sekarang..
Semakin kau ingin memberi..

Semakin hilang sesuatu darimu..

Yang juga penting dalam hidupmu..

Muhasabahlah kembali..

Mengapa ia terjadi..
Aku akan terus doakanmu..
Agar pinjaman itu tidak hilang..

Yang memberi bahagia..

Kepada segenap makhluk..

Fil Ardh milikNya...

Al-hubb...

*Hanya aku dan Dia yang mengetahui,apa yg kau rasa,hati..*



“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”[Ali-Imran:8] ..(-_-)..




0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...