15 August 2008

.:KONVOKESYEN U.MALAYA '08:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Diari pada 7 Ogos 2008...

Perjalanan....
Perjalanan ke destinasi tujuan, Universiti Malaya di Kuala Lumpur..sempena konvokesyen kakak pertama ana, Nurul Asmaa' , Ijazah sarjana muda, Sains Gunaan & Pengajian Islam. ana, abah dan ummi bertolak pada 6 Ogos kira2 selepas maghrib. Memandangkan abah yg baru balik dari Jitra, jadi kami bertolak agak lambat....

Kemudian..perjalanan mengambil masa yg agak lama, memandangkan abah keletihan dan mengantuk...pelbagai usaha telah dilakukan..akhirnya, pemanduan Unser bertukar tangan. Ummi meneruskan perjalanan ke Hotel Empress, Nilai, Negeri Sembilan. Tiba2...ana teringat sesuatu. Ana terlupa bawa baju kurung ana yang nak pakai esok~!huhuhu....baju tu dah iron siap dan gantung..terlupa nak bawak masuk kereta...masa tu sedih tak terkata. Nak dekat masuk negeri sembilan baru teringat!masyaAllah....dahla excited nak pakai baju tu. kononnya nak pakai semua pink...benda dah nak jadi..redha je la..hilang mood ana nak pergi konvo tu esok.hmm..

Sampai2 jam menunjukkan pukul 2[lebih krg]..fikir2..esok dah kena bangun awal..sbb dari nilai,takut jalan jem. Orang nak pegi kerja...Tidurla kami dalam keletihan yg teramat..[padahal diri ni x memandu pun!]..=)

Keesokan paginya...
Dalam pukul6, ummi gerak suruh mandi cepat..abah masih enak dalam mimpinya dan alunan dengkurannya..=p Lepas mandi, ummi gerak abah..terjadilah cerita 'asam garam kehidupan'.....hehe. Ape cerita tu??biarlah rahsia..hanya kami yg tahu. Nanti kalau cerita dlm ni kena saman lak...hik3. Dan diceritakan bahawa pagi tu, ana terpaksa la meminjam baju ummi..nasib baik saiz kami semua sama~!huhu...daripada nak semua pink..tiba2 jadi serba biru pulak hari tu..nasib baik ummi bawa baju lebih..syukur.cuma, mood hilang la..handbeg kaler pink, baju biru!tak masuk betul...takpela,sape je nak tengok kan..bukan nak naik pentas pun...hehe..ana pasrah~tudung pun takde yg sesuai, maka, kakakku menjadi mangsa buli. Ana mintak tlg die bawakan tudung biru muda dan iron siap2..hehe. Time kaceh daun keladi..=)

Lepas semua siap.keluar, ummi pegi check out bilik, abah dan ana gi breakfast sikit..rugi kalau tak makan ape..makan cepat2..'seludup' sikit puff2 untuk ummi..dan keluar. Dah lewat masa tu! Kemudian, perjalanan diteruskan ke hostel USIM, nak ambil kakak ke2 ku..Nurus Sa'adah, Tahun 2 Fak.Syariah dan Undang-undang USIM.

Kemudian terus pecut ke KL. Jalan jem sangat! dalam hati kami byk2 berdoa agar sempat sampai...dengan jalannya tak berapa tahu...kami meredah...dan akhirnya sampai juga...tak ingat dalam pukul berapa,tapi alhamdulillah..sempat melihat kakak naik ke pentas..



walaupun dari luar je,sebab takleh masuk..tiket 2 je..utk abah dan ummi. Ni la khemah tempat mereka2 yang takleh masuk dewan..tengok kat tv je la.

Ni suasana dalam dewan canselor...
Wajah gembira kakak yang berjaya menggengam segulung ijazah..Mabruk 'alaik~! Gembira abah & Ummi..[menanti kejayaan anak2nya yg lain..insyaAllah akan dtg!]
Kegembiraan terserlah..yela..dah habis belajar..lega la kan...dah lama memerah otak.[ana lagi 5 thn tu..huk3]
Akhirnya...ana berjumpa juga sahabat lama skolah dulu...Zilah Sabahan gitu...=)

Bear ana yang pink tu...tu je mampu bagi..tapi, comel, xpe...hehe.pink lagi!adeh...

Dan hari itu berahir....dengan langkahku yg longlai, hatiku yg entah ape rasanya..namun terselit sedikit kekuatan dan ketabahan...dengan perjalananku seterusnya....Alhamdulillah, segalanya selamat dan dipermudahkan Allah segalanya...Alhamdulillah wa syukrulillah padaMu...yang sentiasa mendengar pertolongan hambaMu, dan sentiasa melindungi langkah kecil ini...Tidak lupa, syukur atas segala nikmat kejayaan yg KAU beri..moga usaha dan kejayaan kami berterusan...dan terus meningkat..demi redhaMu...demi ummat yg sedang menunggu. Semoga kami tergolong dalam golongan yang dapat menyumbang sesuatu pada Ad-Deenul Haq, ISLAM~

Pengajaran diri dan bersama....

* Sebelum bermusafir, tengok betul2 barang2 yg hendak dibawa. Jangan ulang kelalaian yg sama.
* Rehat kena cukup sebelum perjalanan yg jauh...
* Kena ambil lesen memandu cepat2 nih...senang nak ganti org drive..hehe
* Elakkan amalan 'last minute'!!
* Usaha sebaik mungkin..dan tawakal pada Allah...jangan putus asa..selalu berdoa,yakin padaNya....
* Berusaha menjaga hati insan sekeliling kita agar tidak dilukai..=)
* Dimana sahaja bumi di pijak....di situ tetap bumi Allah...di mana sahaja kau dicampak, insyaAllah kau akan selamat..dengan berkat doa dan usaha yang tidak putus2..
* Redha dengan segala apa yang berlaku..kita hanya merancang, Dia yg Maha Penentu segala.
* Jangan lupa solat sunat 2 rakaat sebelum bermusafir jauh. Berkat perjalanan dan dipermudahkan insyaAllah. Doa org bermusafir itu mustajab...

Pengajaran terpenting!

* Doa senjata mukmin..pentingnya berdoa dikala dirimu sudah tiada daya, tiada jalan..Allah pasti akan menolongmu....^^, Biar sentiasa ada DO'A biar apa pun keadaan kita!


"BERDOALAH KEPADAKU, AKAN AKU PERKENANKAN PERMINTAANMU.." [Al-Mukmin,60]


"Ya Allah, kami memohon keselamatan agama, kesejahteraan badan, penambahan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati,rahmat semasa mati dan keampunan sesudah mati..."ameen ya Rabb~!

2 .:KoMeN:.:

Ibnu Aiman said...

salam...ana tertarik dengan seludup puff tu..cm sama je kita buat.tp ana masa kecik-kecik dlu la.time besor-besor ni..malu.Kalu xda malu,jd la cm nti ni...hik3.peace2

nurul88 said...

w'salam...
hehe..ala..ana seludup masuk dlm handbeg..xde la nak malu..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...