21 August 2008

.:REMEMBRANCE OF AL-QUDS [R.O.Q] :.


Ayuh Edar Risalah. Juga Berbaju Hitam~!

Ada apa dengan 21 Ogos 2008?

Ada! Genap 39 tahun Masjid Al-Aqsa yang mulia telah dibakar oleh Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi.

Ayuh, sebarkan mesej kemanusiaan. Buktikan solidariti umat manusia sejagat dalam mempertahankan kiblat pertama umat Islam itu.

Bahagian Luar


Bahagian Dalam


Cetak di bahagian depan dan belakang, kemudian lipat dua.

Hakcipta tidak terpelihara. Demi Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.


Seperkara lagi. Ayuh berpakaian serba hitam hari ini. Bukan sebagai manifestasi perkabungan (entah wujud ke tidak istilah ini?), sebaliknya simbol kegelapan. Kegelapan yang mendamba sinar. Kesedihan yang menyelebungi. Inilah yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Saban hari dilayan tidak ubah seperti haiwan oleh puak Israel yang sarat nilai kebinatangan.


Cahaya itu pasti datang. Segalanya terpateri di dalam ayat-ayat Tuhan. Siapa lagi yang paling mengotakan janji, melainkan Allah Ta'ala.


Selain itu, berpakaian hitam beramai-ramai akan mewujudkan suasana yang signifikan. Maka ambillah peluang untuk menyebarluaskan mesej kemanusiaan ini.


Setakat itu sahaja niat berpakaian hitam untuk beramai-ramai. Bukan kerana berkabung lalu menurut kepercayaan agama lain atau mempromosikan black metal, apalagi meraikan hal-hal yang bertentang syarak.


Cepat, selongkar almari anda sekarang. Atau pergi basuh baju.


Berpadu jiwa mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Al-Quds, kami senantiasa bersamamu! Mari menyumbang kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke:


Akaun Maybank 562209608847 atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” (Sila fakskan bank-in slip pembayaran ke 03-4107 1754)

atau

Pembayaran kad kredit secara online melalui laman sesawang di bawah

http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=27&zenid=90f4f7ee436e7




18 August 2008

.:PANAS PENAMAAN CALON:.

GALERIA 16 OGOS 2008
PENAMAAN CALON DI INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN, BKT MERTAJAM

~Pertama kali berkesempatan melihat sendiri suasana hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil permatang pauh yg bakal menjelang tidak lama lagi..sebuah pemandangan yg menarik..duduk bersama wartawan2..tapi, disebabkan kekerdilan diri, gambar2 kureng menarik..tetapi ia tetap sebuah gambar yg menggambarkan suasana....Hanya menjadi pemerhati(^^,)V~


DSAI vs YB ARIF SHAH

PKR
BN/UMNO
Medan PKR vs BN

Dewan penamaan calon

Orang ramai setia menunggu. Mencari tempah teduh..

FRU dan POLIS
Memberanikan diri..Turun padang...

Siapakah?

Orang ramai mengiringi kereta yg dinaiki Tuan Guru Nik Abd Aziz

Tuan guru pulang awal..dgr kata kurang sihat..syafakallah~

Bendera terus semangat dikibarkan..

Menuju ke padang..

Puteri reformasi..di bwh payung hijau putih [org rmai, x sempat tangkap gambar]
Skuad FRU bergerak ke padang..

pandangan dari atas..

Syed Ibrahim[kanan]..Timbalan Presiden JIM.turut menjadi pemerhati..sape sebelah die ye?tertanya2..

Dr.Lo'lo'

Pengumuman pengesahan..

Semangat..

Orang ramai beransur pulang...

Satellite apekah itu...?=)

hadapan rumah..menjadi tapak menumpang TV3.

Penyokong setia..dari 7.30 pagi - 1 tghri

sebelum balik, sempat jgk snap gambar banner nih..

~semangat2 semuanya.....~

*ni je lah yg sempat tangkap...x leh jd jurugambar paper lg la nmpaknya*=p

.:SALAM NISFU SYAABAN:.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Jumaat lepas..16 ogos 2008..setelah masuknya maghrib..
Genaplah 15 Syaaban 1429H..
Pertengahan bulan syaaban..[Nisfu Syaaban]
Bermaksud, lagi 14 hari mcm tu je Ramadhan akan tiba..
Bulan yang kurindu...dan ku nanti...
Semoga..dipanjangkan umur kami dalam kebaikan, dimurahkan kami rezeki yg halal, dan dikurniakan kpd kami iman yang sempurna ketika mati kelak..ameen ya Allah~!
Same2lah kita sentiasa membaiki diri..menambah amal di bulan yg barakah ini utk 'topup' iman kita yg grafnya tak konsisten ni....moga sentiasa menjadi graf 'pecutan'..
Dengan hipotesisnya, Semakin bertambah pecutan amal ibadah, semakin meningkat iman...insyaAllah!
Semakin hampir dengan Ramadhan..semoga amalan kita diterima Allah~

*20 syaaban adalah besday ku mengikut takwim hijrah*wing(^^,)v

15 August 2008

.:KONVOKESYEN U.MALAYA '08:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Diari pada 7 Ogos 2008...

Perjalanan....
Perjalanan ke destinasi tujuan, Universiti Malaya di Kuala Lumpur..sempena konvokesyen kakak pertama ana, Nurul Asmaa' , Ijazah sarjana muda, Sains Gunaan & Pengajian Islam. ana, abah dan ummi bertolak pada 6 Ogos kira2 selepas maghrib. Memandangkan abah yg baru balik dari Jitra, jadi kami bertolak agak lambat....

Kemudian..perjalanan mengambil masa yg agak lama, memandangkan abah keletihan dan mengantuk...pelbagai usaha telah dilakukan..akhirnya, pemanduan Unser bertukar tangan. Ummi meneruskan perjalanan ke Hotel Empress, Nilai, Negeri Sembilan. Tiba2...ana teringat sesuatu. Ana terlupa bawa baju kurung ana yang nak pakai esok~!huhuhu....baju tu dah iron siap dan gantung..terlupa nak bawak masuk kereta...masa tu sedih tak terkata. Nak dekat masuk negeri sembilan baru teringat!masyaAllah....dahla excited nak pakai baju tu. kononnya nak pakai semua pink...benda dah nak jadi..redha je la..hilang mood ana nak pergi konvo tu esok.hmm..

Sampai2 jam menunjukkan pukul 2[lebih krg]..fikir2..esok dah kena bangun awal..sbb dari nilai,takut jalan jem. Orang nak pegi kerja...Tidurla kami dalam keletihan yg teramat..[padahal diri ni x memandu pun!]..=)

Keesokan paginya...
Dalam pukul6, ummi gerak suruh mandi cepat..abah masih enak dalam mimpinya dan alunan dengkurannya..=p Lepas mandi, ummi gerak abah..terjadilah cerita 'asam garam kehidupan'.....hehe. Ape cerita tu??biarlah rahsia..hanya kami yg tahu. Nanti kalau cerita dlm ni kena saman lak...hik3. Dan diceritakan bahawa pagi tu, ana terpaksa la meminjam baju ummi..nasib baik saiz kami semua sama~!huhu...daripada nak semua pink..tiba2 jadi serba biru pulak hari tu..nasib baik ummi bawa baju lebih..syukur.cuma, mood hilang la..handbeg kaler pink, baju biru!tak masuk betul...takpela,sape je nak tengok kan..bukan nak naik pentas pun...hehe..ana pasrah~tudung pun takde yg sesuai, maka, kakakku menjadi mangsa buli. Ana mintak tlg die bawakan tudung biru muda dan iron siap2..hehe. Time kaceh daun keladi..=)

Lepas semua siap.keluar, ummi pegi check out bilik, abah dan ana gi breakfast sikit..rugi kalau tak makan ape..makan cepat2..'seludup' sikit puff2 untuk ummi..dan keluar. Dah lewat masa tu! Kemudian, perjalanan diteruskan ke hostel USIM, nak ambil kakak ke2 ku..Nurus Sa'adah, Tahun 2 Fak.Syariah dan Undang-undang USIM.

Kemudian terus pecut ke KL. Jalan jem sangat! dalam hati kami byk2 berdoa agar sempat sampai...dengan jalannya tak berapa tahu...kami meredah...dan akhirnya sampai juga...tak ingat dalam pukul berapa,tapi alhamdulillah..sempat melihat kakak naik ke pentas..



walaupun dari luar je,sebab takleh masuk..tiket 2 je..utk abah dan ummi. Ni la khemah tempat mereka2 yang takleh masuk dewan..tengok kat tv je la.

Ni suasana dalam dewan canselor...
Wajah gembira kakak yang berjaya menggengam segulung ijazah..Mabruk 'alaik~! Gembira abah & Ummi..[menanti kejayaan anak2nya yg lain..insyaAllah akan dtg!]
Kegembiraan terserlah..yela..dah habis belajar..lega la kan...dah lama memerah otak.[ana lagi 5 thn tu..huk3]
Akhirnya...ana berjumpa juga sahabat lama skolah dulu...Zilah Sabahan gitu...=)

Bear ana yang pink tu...tu je mampu bagi..tapi, comel, xpe...hehe.pink lagi!adeh...

Dan hari itu berahir....dengan langkahku yg longlai, hatiku yg entah ape rasanya..namun terselit sedikit kekuatan dan ketabahan...dengan perjalananku seterusnya....Alhamdulillah, segalanya selamat dan dipermudahkan Allah segalanya...Alhamdulillah wa syukrulillah padaMu...yang sentiasa mendengar pertolongan hambaMu, dan sentiasa melindungi langkah kecil ini...Tidak lupa, syukur atas segala nikmat kejayaan yg KAU beri..moga usaha dan kejayaan kami berterusan...dan terus meningkat..demi redhaMu...demi ummat yg sedang menunggu. Semoga kami tergolong dalam golongan yang dapat menyumbang sesuatu pada Ad-Deenul Haq, ISLAM~

Pengajaran diri dan bersama....

* Sebelum bermusafir, tengok betul2 barang2 yg hendak dibawa. Jangan ulang kelalaian yg sama.
* Rehat kena cukup sebelum perjalanan yg jauh...
* Kena ambil lesen memandu cepat2 nih...senang nak ganti org drive..hehe
* Elakkan amalan 'last minute'!!
* Usaha sebaik mungkin..dan tawakal pada Allah...jangan putus asa..selalu berdoa,yakin padaNya....
* Berusaha menjaga hati insan sekeliling kita agar tidak dilukai..=)
* Dimana sahaja bumi di pijak....di situ tetap bumi Allah...di mana sahaja kau dicampak, insyaAllah kau akan selamat..dengan berkat doa dan usaha yang tidak putus2..
* Redha dengan segala apa yang berlaku..kita hanya merancang, Dia yg Maha Penentu segala.
* Jangan lupa solat sunat 2 rakaat sebelum bermusafir jauh. Berkat perjalanan dan dipermudahkan insyaAllah. Doa org bermusafir itu mustajab...

Pengajaran terpenting!

* Doa senjata mukmin..pentingnya berdoa dikala dirimu sudah tiada daya, tiada jalan..Allah pasti akan menolongmu....^^, Biar sentiasa ada DO'A biar apa pun keadaan kita!


"BERDOALAH KEPADAKU, AKAN AKU PERKENANKAN PERMINTAANMU.." [Al-Mukmin,60]


"Ya Allah, kami memohon keselamatan agama, kesejahteraan badan, penambahan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati,rahmat semasa mati dan keampunan sesudah mati..."ameen ya Rabb~!

14 August 2008

.:PERMULAAN YG BAIK BUKAN 1 JAMINAN:.


Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira.

Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata.


Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas di ketentuan.


Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.


Kata Peter F. Drucker, “sesuatu yang tidak boleh diukur, sulit sekali untuk mengurusnya”.


Justeru bagaimanakah yang dikatakan seseorang itu beragama? Adakah pada pakaiannya, solatnya, ilmunya, bakatnya, usrahnya, atau apa? Amat payah, pilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu ialah pada sesuatu yang amat abstrak.

Namun akhirnya dalam sulit itu, segala puji bagi Allah kerana melorongkan ramai anak muda hari ini agar memilih yang sulit itu. Hatta yang tidak pernah kisah dengan tuntutan-tuntutan agama pun, masih mahu satu-satunya hari permulaan perkahwinan mereka, disimpan aurat agar berkat. Mahu pernikahan itu sandarannya adalah agama.

“Seorang pembaca bertanya, apakah setelah membaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA, dan memulakan perkahwinan dengan baik, maka baiklah perkahwinan itu?”, tanya Encik Rushi, pegawai pemasaran Galeri Ilmu tatkala kami berbual selepas sesi tandatangan saya di Pesta Buku Selangor 2008 tempoh hari.

“Agaknya apa komen ustaz?”, tanya beliau kepada saya.

Senyap seketika.


IA HANYA PERMULAAN


“Permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya suatu permulaan”, saya bersuara.

“Setelah rumahtangga dibina di atas dasar agama pun, tiada jaminan jugakah ustaz?”, tanyanya lagi.

Teruskan membaca di saifulislam.com. Mesti klik sini~




.::. Ku terfikir dan termenung sejenak..Pelbagai ragam dan gaya manusia hari ini..permulaan yg baik bukan juga 1 jaminan..apatah lagi bagi permulaannya yg kurang baik?? Serba tidak lengkap..makanya, ayuh kita lengkapkan~!Syariatullah dan Sunnatullah..Tanggungjawab dan Cinta...

Sama-sama kita ambil pengajaran & peringatan bagi yg belum mengalami..Muhasabahlah bg yg sedang dan telah mengalami...moga Allah terus menganugerahkan rahmat kasih sayangNya kpd segenap makhluk ciptaanNya utk terus berkasih sayang padaMu dan di antara kami sekalian... Bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat..ameen~

Perbaiki diri..hiasi peribadi..teruskan memberi..nikmatNya disyukuri...


Selarikan syariatullah dan sunnatullah dlm hidupmu...

Syariatullah mengundang tenang jiwamu..

Sunnatullah membawa bahagia kehidupan insani..

Ertikan hidupmu pada memberi..

Pasakkan sabar dan syukur padaNya..

Memaknakan lagi hayat yg sementara cuma...

...............................~*~*~*~............................




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...