02 July 2008

.:BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG~??:.

~Tak nampak yg ditulis..tp tengok gambar pun tahu.
BERPAKAIAN TP BERTELANJANG[x cukup syarat]~

Sabda Nabi S.A.W.

‏صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ‏ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ‏ ‏مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ

الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


Maksudnya: ‘Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.” (HR Muslim)


Kaum yang memiliki pemukul adalah golongan yang memukul manusia tanpa sebab yang dibenarkan oleh Syara’.


Manakala perkataan kasiyaat ‘ariyaat (berpakaian tetapi bertelanjang) ditafsirkan oleh para ulama sebagai:


  1. Wanita yang menerima nikmat-nikmat daripada Allah tetapi tidak bersyukur. Dia tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak meninggalkan maksiat dan keburukan dalam keadaan dia menerima nikmat yang berupa harta dan selainnya.

  1. Hadith juga membawa maksud wanita-wanita yang berpakaian yang tidak menutup auratnya disebabkan nipis,ketat dan pendek pakaiannya, maka ia tidak memenuhi maksud berpakaian menutup aurat.

Manakala perkataan :


Ma-ilaat pula membawa maksud:


Cenderung kepada maksiat dan perkara-perkara keji, dan mengurangkan kefardhuan seperti solat dan seumpamanya.


Mumilaat pula ialah:

Menyeru orang lain kepada kejahatan dan kerosakan. Dengan perkataan dan perbuatan, mereka memalingkan orang lain kepada kejahatan dan maksiat.


**~Sedikit pengajaran yg diambil dari Al-Hadith utk hari ini..yang nak ditekankan..ttg pakaian muslimah hari ini..byk yg rasa diri mereka berpakaian..tp sebenarnya 'telanjang'~..tak mengikut tuntutan syariat yg sebenar..apekah maksud menutup aurat yg digariskan dalam Al-Quranul Kareem dan hadis..??same2 kita renungkan..buat diri sendiri juga..moga tak memandang ringan hal ni..peliharalah diri..tutuplah auratmu..kerana di situ ada hikmahnya.bukan utk menyusahkan, tetapi utk menyelamatkan. hargai diri..jangan murahkan dirimu di khalayak ramai.terutama di hadapan yg bukan halal bagimu~! jangan rendahkan darjatmu wahai insan istimewa..MUSLIMAH..


tutuplah..tutuplah..tutuplah...segala perhiasan yg indah yg ada padamu...biar hanya yg muhrim dan layak/halal utkmu sahaja yg mengetahuinya..semoga dirimu terus dihargai, diberkati dan dilindungi, wahai muslimah yg ku sayangi...uhibbukum fiLLah~! Tetap teguh duhai hati...


~ Ni baru betul...(^^,) x nmpak tulisan..asif jiddan~



1 .:KoMeN:.:

yangterindah said...

mohon di copy&paste di blog saya ye. terima kasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...