26 June 2008

.:CRY NO MORE:.


Bismillah...
Assalamu'alaikum wbt..

"Tahukah kamu org yang mendustakan agama?Itulah org yg mengherdik anak yatim & tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.."[Al-Ma'un:1-3]

Baru2 ni..25 Jun 08, alhamdulillah satu program kebajikan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan tetapi penuh makna bg ana..Pertama kali di amanahkan membantu menguruskan 1 program kebajikan yang ana sendiri yang bagi nama.."CRY NO MORE"..=) Dengan tema program "Memberi Pada Yang Kasih", diharapkan program ini akan terus 'hidup' supaya dapat menjadi 1 wadah kepada pelajar muslim di Kampus Unpad ini untuk terus MEMBERI. Kami(IMAN-Islamic Malaysian Association) di umpamakan seperti 'orang tengah' dalam menyampaikan harta yang telah di infaqkan oleh sahabat2 muslim Unpad kepada mereka yang berhak menerimanya,diharapkan dapat membantu niat mereka untuk membuat amal..sememangnya masih banyak golongan yang memerlukan bantuan di sini. Peluang untuk menambah amal kebajikan dan membantu mereka yg dalam kesusahan & kurang kemampuan sangat besar di negara ini...Peluang ini harus digunakan dgn sebaiknya.

Berapalah sangat yang nak dihulurkan..Jika kita selalu menghabiskan wang beratus ribu rupiah(di Indonesia) untuk makan mewah,berjamuan,berjalan2 kesana kemari,shopping,beli cd dan lain2...Apa salahnya kita hulurkan sedikit wang untuk golongan mereka yang kurang bernasib baik..sedikit tapi berterusan itulah lebih baik..insyaAllah..dgn menghulurkan bantuan kpd mereka ini, membuktikan tanda syukur kita kpd Allah di atas nikmat yg diberikan. Tidak pernah kebuluran, itu sudah memadai utk bersyukur dan ingat kpd mereka yg kadang2 tidak ada nasi pun utk dimakan utk 1 hari. Tercari2 dimana akan dia ketemu sumber rezekinya..Kita sudah cukup senang wahai sahabat..bersyukurlah dan terus memberi..Moga Allah menambah rezeki ke atasmu di atas kesyukuran dan keikhlasan memberi itu..

"Kamu sekali-kali tidak sampai pada kebajikan yg sempurna sebelum kamu sekalian mendermakan sebahagian harta yg kamu cintai.."[Ali Imran : 92]

Alhamdulillah CNM telah dua kali berjaya di jalankan..ni sedikit laporan pasal CNM baru2 ni..=)


Start: Jun 25, '08 1:00p
End: Jun 25, '08 2:15p
Location: MASJID IBNU SINA, UNPAD
Setelah selesai sesi pertama CNM iaitu pemberian nasi goreng kpd anak2 miskin Cikuda pada 18 Mei yg lepas, kini sesi pemberian beg,buku dan alat2 tulis untuk anak–anak miskin sekitar Jatinangor pula dijalankan..

Melalui sumbangan wang yang telah diberi oleh pelajar2 muslim malaysia unpad..sebanyak 25 set peralatan persekolahan(beg,buku,alat tulis) telah diberi kepada 25 orang anak miskin yang masih bersekolah(SD dan SMP).Penerima terdiri daripada 10 lelaki dan 15 perempuan. Memandangkan banyak alat2 persekolahan kini semakin mahal(menjelangnya musim persekolahan yg baru tidak lama lagi),rasanya eloklah jika bantuan yang sederhana ini diberikan bagi mengurangkan beban di kalangan ibu bapa(bagi yg beribu bapa)..dan rasanya lebih diperlukan bagi si anak yatim..Moga bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka..moga Allah berkati usaha kecil ini.Ameen~

Aturcara program :
*Buka majlis oleh saudara pengerusi, Arif.
*Tilawah Al-Quran
*Ucapan oleh, Amir IMAN(Ahmad Zulhazwan) & Amir Unit Pembangunan modal Insan(Ahmad Zulfahmi).
*Sesi Penyampaian beg sekolah berserta alat tulis dan buku tulis kpd 25 0rg anak2 miskin n yatim di kawasan sekitar.
*Penutup.
*Pemberian bekalan makanan.
*Bersurai.

Bagi sesiapa yang masih berhajat untuk memberi sumbangan kepada insan2 yg kurang mampu di sekitar Jatinangor ini, dalam apa jua bentuk sumbangan, boleh di beri kpd atau hubungi:

~NAZATUL ZAHIRAH, FK'04 [081802285192]
~NATASHA ABD HADI, FK'05 [081809002592]
~MUHAMMAD KHALIS, FK'06 [081931444801] /AHMAD ZULFAHMI [081931444778]
~NURUL AIMAN ISMAIL, FK'07 [081802057313]
~MOHD FAIZ, TWINNING'07 [08172308476]
~MOHD QALIFF, FARMASI'07 [081802264899]
~NOR FATIHAH AZHAR, FKG'07 [081802262713]

**Program ini akan terus di sambung hingga ke sem baru depan..insyaAllah. Jadi,sesiapa yg berhajat bolehlah bagi sumbangan pada bila2 masa sahaja dan secara berterusan.
Moga Allah terima amal kami dan amal kamu~Ameen..

Dari Abu Hurairah ra, berkata Rasulullah,"Org yg menanggung anak yatim,baik anak yatim itu saudara/kerabat sendiri,mahupun org lain..maka ana(Rasulullah)) & org yg menanggung itu berada di syurga seperti 2 jari..(jari telunjuk & tengah)"[HR Bukhari]
~Kasih sejarak 2 jari

~Terharu & gembira melihat mereka tersenyum...(^^,) Jazakumullahu khair kpd semua yg turut membantu dan minta maaf jika byk kekurangan & kelemahan..

"Sungguh usahamu memang beraneka macam.Maka barang siapa yang MEMBERIKAN (hartanya di jalan Allah) dan BERTAQWA. dan MEMBENARKAN (adanya pahala) yang terbaik(syurga). Maka akan Kami MUDAHKAN baginya JALAN menuju kemudahan(kebahagian)"[Al-Lail :4-7]



0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...