04 June 2008

.:APABILA..HARGA MINYAK ITU NAIK~:.

Assalamu'alaikum wbt...
Erm..tiba2 terpanggil utk mengisi sesuatu di teratak 'sakinah'[tenang] ni...=)
Ketenangan terganggu bila ramai yg membakar-bakar semangat...[forwarded msg about 'kenaikan harga minyak kt malaysia']...huhu..
Walaupun sebenarnya diri ni dah lali dengan segala kenaikan....[cepatnya lali cik kak ni~!]
Dari dulu sampai sekarang...susah nak dengar harga turun..ish3...[hanya menggeleng kepala]

Bila keluarnya berita...Petrol Naik 78 Sen, Diesel Naik RM1… Saya Terkesima!
Seperti penulisan Muhtar Suhaili ni....ringkas tp m'beri makna.[sila klik link di atas utk lbh menarik]

So...ape jadi dengan rakyat malaysia skrg ni..?duduk baik2 ye..jangan buat demo besar2an plak...risau2...huhu..
Ni la tanda 'cinta'nya pemimpin Malaysia kpd rakyatnya...???huhu~
rakyat miskin terus bertambah miskin, pemimpin kaya terus bertambah kaya...~!bagus2...
Kehidupan rakyat malaya sedang dipermainkan oleh pemerintah sendiri yang sebangsa dan seagama. menyedihkan..suara kecil rakyat yg terasa dizalimi ini akan menuntutnya di akhirat kelak~
Ya sabar itu cantik tetapi tidak relevan dalam hal ini.
"tertindas, terkepung di bumi sendiri"

Boleh same2 'hayati' brita ni bg yg belum dgr...



Jadi..kesimpulannya....
Buat pemimpin negara yg dikasihi.....

Perjuanganmu Sudah Selesai..


Ayuh tinggalkan barisan..
Undurlah dari medan..
Sebelum dirimu ditendang..
Kelak dirimu tidak dipandang..

Biar kalah dalam kemuliaan..
daripada menang penuh kehinaan..
Apalagi hendak dikau perjuangkan..
Andai bangsamu hilang kepercayaan..

Sekian lama kami alpa..
Bukan melayu mudah lupa..
Dek menjaga adat dan budaya..
Sopan santun budaya kita..

Undurlah dikau penuh kehormatan..
Usah sampai rakyat meradang..
Kelak bangsa jadi cagaran..
Cucumu jua akan kesusahan..

Tidak sekali dirimu kubenci..
Kerana dikau jua insani..
punya maruah dan harga diri..
Akhlak Rasul jadi teladani..

Apa erti benci-membenci..
Akhir masa kita kan pergi..
Bukan dunia ghayah hakiki..
Nun di sana kekal abadi..

Agamaku kian parah..
Bangsaku kian musnah..
Siapa harus aku persalah??
Sampai kemana akhir sudah..

Pejuang bangsa tidak kemana..
Kerana bangsa tidak pernah sama..
Hanya agama bisa menyatukan kita..
Kelak selamat di dua negara..
Mendapat rahmat dari yang Esa..

Sajak karya:amindaud

maaf andai terkasar bahasa...=)
tenang2 selalu ye...=)
MALAYSIA BOLEH!![sentiasa boleh..]
Ya Allah..lindungilah negaraku,MALAYSIA...
Ampunilah dosa2 kami...berilah kami petunjuk n hidayahMu..[terutama pemimpin kami]..ameen...

Komen mufti perlis,Dr.MAZA ttg isu kenaikan harga minyak,lebih mantap & tepat. [Klik sini-Agama Bukan Candu Utk Mengkhayalkan Org Miskin]

Sedikit petikan utk dikongsi...

Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini......

Wallahua'lam.......



2 .:KoMeN:.:

khaIRul_UmmAh said...

salam'alyk
ana buknnlah org yg hebat...
tp seharusnya kita tidak mebuduh secara melulu..
kenaikan harga minyak ini buknlah dibincangkan dlm masa sehari...tetapi berbulan2~
ana punyer pendapat...
begitu peliknya negfara yg rakyatnya tidak membantu pemimpin dlm melakukn tanggungjwb masing2..
segala keburukan digembar-gemburkn..
membuat kesimpulan begitu mudah..scr langsung tidak memikirkan hakikat sebenar dr yg sebenar...
asif kalau x faham ape yg ana nk sampaikan..
same2 kita didik diri utk menjadi bakal pemimpin yg lebih berwibawa di masa hadapan..waLLAHU a'lam

nurul88 said...

w'salam ya ukhti..
ana hormati pndangan enti...
bukan enti aje..org lain jga..
msg2 ade pndangan msg2...
boleh diterima n ditolak..
ini pendapat ana ttg pmimpin kita skrg...ada baik nya..bukan ana ckp buruk je...tp,ana rsa itu yg terbaik.ana x sanggup dh tgk umat islam kt msia dh makin sesat!dah lupa diri,lupa akhirat.mna pemimpin ngara ni pegi yg spatutnya jd contoh n beri peringatan pd rakyat tmbh2 yg seagama?mmg kta umat di akhir zmn..hanya berdoa utk mreka di sana..n kita pemuda pemudi Islam trus berjuang ats kbenaran.x mudah goyah,n dpt knal pasti haq n batil.jgn smpai syaitan mnutup mata kita dari membezakan 2 perkara 2...na'uzubillah wa astaghfirullah.wallahua'lam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...