15 May 2008

.:BERJALAN,MELIHAT,MENTAFSIR:.

ASSALAMU'ALAIKUM WBT....

Alhamdulillah..masih diberi nikmat Iman yang secebis cuma (terkadang naik,terkadang turun) dan Addeen Islam yang sentiasa dijunjung tinggi. Masih lagi dapat menghirup udara dan melihat alam ciptaanNya yang indah..walaupun penulis kini dalam keadaan yang kurang sihat, namun terasa kasih sayangNya. Musibah yang melanda mentarbiyah diri. Mungkin kifarah dari dosa2 yang menggunung tinggi. Final exam hanya tinggal beberapa hari. 26 Mei 2008 bermula pertempuran di medan peperiksaan.Dengan jangka masa yang lama..menguji kesabaran supaya terus mara dan bersungguh2 dalam mencari kejayaan. Lillahi Ta'ala..insyaAllah~

Sebelum terlupa dek segala perjalanan, pengembaraan dan program yang ana pergi baru-baru ni..rasanya baik ana tulis sekarang. Banyak pengalaman menarik terjadi baru2 ni..My previous posting "Program oh Program" menyaksikan ke'kontra'an program yang telah di hadiri. Kali ni..insyaAllah kontranya bermanfaat=) Alhamdulillah~ Maaflah..boleh tulis ringkas2 je..ayat kurang memuaskan..=) cerita juga secara ringkas..ada yg terlupa dan ada yg krg pasti..=p

[[ MABIT ]]

Walaupun dah lama, tapi nak coretkan jugak dalam entry kali ni...hehe.Pada hujung bulan April..Bermula dengan MABIT di Pusat Islam di Bandung. Yang hadir adalah dari seluruh kawasan di Jawa Barat ni. Ramai tak terkata..MasyaAllah. Aktiviti Ruhaniyah yang patut dicontohi dan dipraktik di Malaysia! Terbayang kalau Masjid Negara segala masjid yang indah di bumi Malaysia dibanjiri muslimin muslimat untuk merasai nikmatnya mabit/bangun malam(qiamullail). Menarik mabit kali ini. Dengan di conduct oleh seorang ustaz yang agak terkenal dengan penulisannya tentang solat malam dan hal2 agama, iaitu ustaz KH Saiful Islam(kalau tak silap namanya). Tenang alunan kalamullah yang dilantunkan.

Tibanya di sana, ada sedikit ceramah yang diberi. Di akhirnya, ada sesi soal jawab. Waktu ni, sesuatu yg menarik berlaku. Dengan kehadiran Gabenor Jawa Barat(kalau tak silap)..ada seorang hamba Allah(wanita yg agak berusia) memberanikan diri ke hadapan(tempat solat muslimin di hadapan) hanya untuk bersalaman dengan Pak Gabenor itu. Sehingga berteriak untuk bersalaman dengan Gabenor itu. Ana pun tak kenal siapa gabenor tu dan apa yang membuatkan si wanita sangat berharap dapat bersalam dengannya.Tindakan wanita tu dihalang oleh beberapa muslimin.Ustaz KH Saiful Islam memberi komennya, dia meminta maaf dan mengatakan "kita tahu di dalam Islam, berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah haram".Bagus. Cuba bandingkan dengan suasana bagi sesetengah pemimpin di Malaysia. Satu lagi tanah air ku yang tercinta harus contohi=) Keadaan itu membuatkan ana terjaga dari tidur apabila terdengar kekecohan.Menarik bagi ana..hehe.Then,pukul 2 mcm tu bermula sesi qiamullail sehingga subuh.
3 dara solehah~=p ameen
Hepinyer...Mandi ke blum tu..??hehe

Depan masjid..cantik kawasan luar masjid tu...=)

[[ BANDUNG BOOK FAIR]]

Selepas selesai, tanpa dirancang, ana mengambil keputusan untuk ikut sahabat2 ana yang nak ke Bandung Book Fair. Rasa rugi pulak kalau tak pergi. Walaupun masa tu kedaan diri agak kurang selesa,tapi langkah diteruskan jugak. Nak beli buku Salim A.Fillah je sebenarnya. Book Fair selalunya memang murah2..peluang tak dilepaskan. sampai je sana, mata mula menjadi 'rambang'..=p banyak sangat2 buku yang berkenan di hati. dari buku comel2 sampaila buku2 hard cover yang cantik kulitnya.[Don't judge a book by it's cover]..tapi itu yang memukau pandangan sebenarnya..=)

Daripada budget nak beli 2 buku je, 'Saksikan Bahawa Aku seorang Muslim' & 'Bahagianya Merayakan Cinta' yang ditulis oleh Salim a.Fillah tu, tiba2 banyak pulak yang dibelinya. Dalam Rp200k ana habiskan. Ish3..=p Antara buku-buku yang berjaya memikat ana tu adalah penulis kegemaran, Dr.'Aidh. Banyak buku kecik2 yang comel2 berkenan.tapi tak semua la dibeli.Pokai nanti...sikit2 dulu. pastu buku yang dah lama berkenan pun nampaknya murah masa tu..buku "Aisyah The True Beauty". Apa lagi, beli jugak..yang lain tu,tambahan2..pasal dakwah dll..dalam 2jam lebih ada kat situ. Penat tapi..puas.Alhamdulillah.Beli jugak habbatus sauda'..nak beli madu lebah, tapi berat pulak. Tangguh dulu. Tu lah cerita kat bookfair. Memang murah la. Kalau abah ummi ada, mesti suka..banyak buku best dan berpatutan~


[[ INI SEJARAH KITA ]]

Kemudian pada 2-4 Mei 2008, adanya ISK. Ini Sejarah Kita. Kali ke-2 diadakan di bumi jatinangor.

Location:
Wisma Caringin, Jatinangor
Penceramah : USTAZ SALAM
Turut serta : Sahabat dari Malaysia, Jakarta, Jogjakarta, Medan.
Peserta : Muslimin Muslimat Unpad
Masa Pendaftaran: 4.00 ptg (Jumaat)
Dijangka selesai : 1.00Tgh hari (Ahad)
Bayaran peserta : 120k

Alhamdulillah..yang mana baik di ambil. Walaupun pada mulanya agak pening dengan analogi2 yang diberi..tapi last2 lepas fikir, semua tu basic. Dah tahu basicnya dan tak perlu nak fikir pening2..Terima sesuatu, fikir n kaji dulu. Kadang2 kita tak tahu apa sebenarnya yang nak disampaikan seseorang tu. Cumanya, dalam keadaan tu, lebih baik rasanya jika penerangan dibuat dengan lebih jelas dan tidak perlu putar belit atau berkias-kias. Islam itu mudah dan memudahkan umatnya. Takut ada yang tersalah faham/tafsir dengan pengisian yang dibuat. Bengkel alhamdulillah ok. Dapat fasilitator yang berasal dari Brunei, Kak Nisa'. Kenalan bertambah. Yang menarik part sejarah islam. disebabkan ana memang kurang tahu bab2 sirah sbb takde pluang nak tmbh ilmu sirah ni, jadi ana suka part tu..penyampaian dibuat oleh saudara dari Brunei. Secara keseluruhannya, alhamdulillah. Ada jugak la input yang dapat=p

Di meja pendaftaran~

Bersama kak fasi..sis hafizah [student dr UK]

sesi ta'aruf...ramainye~!

Ukhwah fillah ya ukhti......=)

Bersama sis Dina dari Jakarta~

Ini lah die Ustaz Salam...

Dengar2...jgn sembang..~!=p


[[ EXTRAMURAL ]]

Kemudian, baru-baru ni..ada extramural. Untuk subjek Bioethics & Humanities Program. Perjalanan yang menarik. Lawatan ke Pesantren SuryaLaya, Inabah 17(Pusat Pemulihan), dan Kampung Naga. Pukul 5.30 berkumpul dan bertolak beramai2 menaiki bas. seramai 300 lebih mahasiswa Fakultas Kedokteran '07. Di pesantren SuryaLaya, kami semua masuk ke dalam masjid,diberi sedikit pengisian,penerangan dan nasihat oleh tenaga pengajar di sana. Ada sekali tu, kena masuk 1 bilik, ingat nak buat apa, rupa2nya kena salam dengan tok guru tempat tu..(lebih kurang macam tok guru la). Bila dah tengok semua (perempuan) pegi salam jugak..ana terus keluar dari barisan tu ke pintu keluar. walaupun ditegur oleh seorang pakcik yang kawal orang ramai,tapi ana just geleng kepala(bermaksud taknak salam) dan terus keluar..pelik kenapa semua perempuan je yang banyak gi salam! Lelaki buat tak tahu je pun. Tok guru tu pun dah kelihatan uzur..

Kemudian,perjalanan diteruskan ke Inabah 17. Inabah ni sebenarnya under pesantren suryalaya jugak..Lebih kurang macam Pusat Pemulihan or Pusat Serenti tapi utk muslimin shj. sini menarik. dapat berbual dengan penghuni2nya..penagih2 narkoba(dadah), peminum arak,sakit mental dll. salah seorang yang ana ingat namanya, Farhan yang dulunya adalah penagih dadah. dah bekerja,tapi dibuang kerana dadah yang membawa padah. Ada sedikit kekesalan dalam dialog2 yang dikatakan..dia nasihatkan juga pada kami semua. Narkoba ni memang membawa padah. Keluarga buang,masyarakat buang..kerja hilang. Rasa jugak simpati kat dia. Diceritakan, tempoh berada kat situ cuma 3 bulan. Penekanan pemulihan dari ketagihan, seks bebas dan kes2 jenayah lain hanyalah tidak lain tidak bukan, mendekatkan diri kepada Allah. Hanya beribadah semata2! Yups..itulah pemulihan yang sebaik-baiknya. Mereka hanya ditekan untuk beribadah. solat,zikir..hanya hujung minggu beriadah. Kata Farhan,letih. Tetapi, terasa tenangnya=) Bak kata mereka,STM saje yg dilakukan iaitu SOLAT, TIDO, MAKAN. suka mendengar celoteh dia dan rakan2.. Ada jugak yg kata,pemulihan dgn MANDI.kalo rasa ketagih tu dtg..dia cpt2 mandi. lps tu akan rasa ok..timbul rasa kesian. dalam hati, ana berdoa agar mereka diberi hidayah dan pengampunan. semoga cepat pulih dan keluar menjadi muslim yang berguna pada keluarga, bangsa, masyarakat, dan agama.Ameen. Mereka juga minta didoakan begitu sebelum kami meninggalkan tempat itu. Alhamdulillah..

Kemudian,destinasi terakhir ialah Kampung Naga. Kampung yang penuh misteri=p Bagaimana sejarahnya tak dapat diketahui kerana mengikut adat kampung itu, pada hari sabtu, tidak boleh diceritakan sejarah kampung itu..huhu.geram je rasa...perasaan ingin tahu meluap2..tapi, kampung tu memang cantik! First time tengok kampung yang sebenar2 kampung! ada sawah padi...sungai..bukit2...indah sungguh ciptaan Ilahi!subhanallah.....rumah2 pun cantik..tapi,memang kampung tu,adatnya sangat kuat...takut jugak..=)ada khabar mengatakan kat kampung tu,banyak amalan khurafat. Wallahua'lam....tapi memang cantik kampung tu...=)) Cumanya, Nama kampung Naga tu berasal dari 'NAGARAI',kalau x silap bermaksud tebing/lembah..mcm tu la.bukan binatang Naga yg menakutkan tu..hehe

selepas kembalinya ke Unpad..diriku menjadi lemah keesokan harinya. Demam. mungkin sebab aircond bilik turorial yang sangat sejuk..dan kini sedang berusaha mengubat diri sendiri..huhu~doakan ana cepat sembuh ya...~syukran.....

Program terbaru..CRY NO MORE,program amal kebajikan IMAN..sebagai orang yang diamanahkan incharge program ni..alhamdulillah..melalui sumbangan2 saudara seislam ku..program ni dapat dijalankan. Bermula dengan kecil-kecilan memandangkan peperiksaan semakin hampir. Pemberian nasi goreng kepada 55 orang anak miskin (penjual kerepek di sekitar Unpad dll) pada 18 Mei 2008 di Chikuda. 10 orang lagi hanya mendapat roti disebabkan pada awalnya,hanya 50 nasi yang di sediakan. InsyaALLAH lepas exam akan disambung lagi dgn pemberian bantuan sekolah dan pakaian kepada anak2 miskin dan yatim insyaAllah. Moga dipermudahkan segalanya. Terima kasih kpd semua yang membantu dan menjayakan..jazakumullahu khair......"Memberi pada yg kasih.."[tema CNM]~Moga Allah terima amal kita sekalian...ameen..

Program terdekat..PERMAI '08(23-25 mei 08) kat Jogja. Sayang sangat2 tak dapat pegi sebab exam 26hb ni..kalau tak memang nak pegi.....huhu. Sedih, tapi mungkin mmg bukan rezeki lagi..bukan senang nak jumpa ust hasrizal (pemilik,penulis saifulislam.com) tu..huhu.slalu dapat baca artikel je.kalo dapat dgr talk ust mesti lg best..xpelah..harap lain kali ade lagi..buat kat bandung ke..=) Buku ustaz Aku Terima Nikahnya pun tak dapat beli lg..tringin nak baca..huhu. Ntah2 ade jual pe PERMAI nnt...alahai..frust2...napela tarikh tu..=(



Gerbang Pesantren Suryalaya...ahlan wasahlan!

Di Masjid Pasantren Surya Laya, Bandung. Kembar tiga=)[Nimy, Hud, Ana]

Sebelum bertolak...bergambo dlu....=)

Muslimat x-Unity College..macho btl yg tengah2 tu=p

Pemandangan yg diambil dari atas bas..on da way ke destinasi..hijau bumi Tuhan...

Di depan masjid Pasantren...

Dalam masjid pesantren..


stuktur bangunan masjid pesantren


Di pasantren tu jugak..terletaknya makam seorang syeikh. Syeikh Abdullah Mubarok.x pasti siapa gerangannya..

Tibanya di pusat pemulihan, Inabah 17. Menakutkan mural ni..hindarilah narkoba(dadah)!

Di antara penghuni Inabah 17. Masih dibenarkan merokok. 4 batang sehari diberi. Pemulihan secara berperingkat..

Setibanya di kawasan kampung Naga..Penduduk kelihatan sibuk mengemas kerja2 bila nampak ada tetamu. Terasa mengganggu pulak..=p

Sempat bergambar dengan topi petani..tapi x beli pun..ish3..


Turun bukit laju je....nak naik balik..??seksa2...huhu

Subhanallah..cantik kan sawah padi kat cni...sukenye~!

asik2 gaya peace tu je..ish3..boring2...=p

Emm...cantiknye..indahnye....=)

ketenangan dapat dirasa...ade sawah,sungai,bukit...ni la suasana kampung sebenar...

mcm nak terjun je rasa...hehe..sabar2..

"sungai nil dan mesir itu adalah jodoh.."[kata Maria dlm Ayat2 Cinta The Movie]=).Tp,ni bkn sg.nil la...huhu.xtau name pe...


tenang air mengalir..begitu juga hati yg melihat....=)


nape smpai tertido tengok beras..?=p 1st time dpt pegang beras dari pokok padi tu sendiri..!

air terjun yg kecik molek....comel kan...emm...=)

mcm2 gayenya...jalan2..pandang2....

ni la rumah kat kmpung naga...unik n cantik...

kumpulan raudhatun nisaa'...hehe

cover album pertama..=)

stylo....=p [jgn layan..he]
sesampainya kat kmpung naga....

siapa paling cantik...?=p...ish3..smua cantik..ciptaan Allah..indah2 belaka..=)


ok..penat dh bergambo....ukhwah fillah remains 4 eva..~!

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...