31 May 2008

.:SAHABAT SAHABIAH KU..SETUJU TAK.? :.


Assalamu`alaikum warahmatullah.. Mari kita bermuhasabah diri..
AWAK SETUJU TAK DENGAN 14 SOALAN INI?Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

1. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini

2. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.

3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.

4. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.

5. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

6. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya
.
7. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.

8. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.

9. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.

10. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.

11. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.

12. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

13. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

14. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

So..AWAK SETUJU TAK...?Wallahua'lam..sama2 kita renungkan~

28 May 2008

.: PERMAI '08 :.

Permai '08 dah berakhir 25hb Mei hari 2...Alhamdulillah semua dah selamat kembali ke tempat masing2..harap wakil2 IMAN dari UNPAD ni nnt boleh cite la skit kat kami yg x dpt pegi Permai hari 2 disebabkan ada urusan yg dirasakan perlu juga di utamakan. Memandangkan diri belum sedia menghadapi final exam pada hari berikutnya, 26 Mei. semoga peserta Permai dapat mempraktikkan all the habits to be an effective muslim..n all pengisian lain yg telah diberi~

Semoga tahun depan diizinkan ana utk hadir ke PERMAI'09 mungkin..insyaAllah. Adakah Bandung destinasi Permai berikutnya?=) Wallahua'lam...tgk komitmen ikhwah akhwat Bandung dulu. Kalau kat sini, lagi bagus..dekat skit. Tempat lain pun xpe..blh jalan2..hehe.ok..untuk cerita lebih lanjut, blh layari:

:: http://saifulislam.com/ [ada gambar peserta dari Bandung, kalo dpt pegi mesti ada skali..huhu.jelesnye...=( kempunan nak dgr talk n jumpe ust.hasrizal @ abu saif secara live!]

:: http://permai08.wordpress.com/ [Blog Permai yg akan terus hidup~insyaAllah]

Dat's all...ilalliqa' wa ma'assalamah~!
Study2...! Pening dgn Pathology...huhu..rehat jap..doakan ana........

25 May 2008

.: IMTIHAN MODE~BERMUJAHADAH! :.

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni..tanggal 25 Mei 2008..Esok 26 Mei.maka..bermulanya perjuanganku di medan peperiksaan..FINAL EXAM for first year medical student di kampus UNPAD ni. Berhempas pulas mengulang, menghafal, memahami..bersengkang mata..hanya kerana exam?? Microbiology, Parasitology, Pathology, n pharmacology. semua ni akan di uji nnt. Doakan ana untuk mendapat yg cemerlang bermatlamatkan redha Allah. InsyaAllah. Semoga usaha ini diberkati Allah...dikurniakan kejayaan yg cemerlang. Bismillahitawakkaltu 'alallah~! masih byk yg tak cover lagi....moga masa yg ada masih sempat. insyaAllah. Bantulah hambaMu ini ya Rabb...ameen~~

Buat sahabat dan semua..
Maafkan atas segala salah dan silap..halalkan segalanya. Redhailah ana...Doakan ana najah dlm imtihan kali ni.......hanya mampu berusaha, Allah yg berhak menetukan segalanya. Mengharap yg terbaik dariMu Ya Fattahu Ya 'Alim...

**Tiket balik malaysia dah beli..31 Julai 08. sampai 6 sept...tiket raya pun dah.27 sept-4okt...=p
betapa semangatnya diri ni nak balik....huhu. Sabar2......Fasobrun Jamil!=)


Buat renungan seorang insan bernama 'manusia' tatkala dirinya di landa ujian dari yg Maha Esa...
Di mana fikirannya mula mencipta bait2 persoalan....Dan Kalam indah Ar-Rahman Ar-Rahim itu bersuara, membisik di dalam qalbu insani yg lemah itu...menjawab persoalan, memujuk diri yg faqir iLAllah...tercatat dan termaktub bisikan2 cinta hakiki yg tiada lg keraguan itu di dalam mukjizat terbesar Baginda S.A.W...Al-Quran Al-Kareem..~
insan itu siapa..?insan itu adalah KITA......

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami
telah beriman."("I am full of faith to
Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan
sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU INGINKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah
pula kamu bersedih hati,padahal kamulah
org2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT
DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
org2 mu'min,diri,harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU PATUT BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan
selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI..!!!!!!

QURAN MENJAWAB

"......dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


SESUNGGUHNYA....ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG TERHADAP HAMBA2NYA...BERSABARLAH...JGNLAH BERDUKACITA DAN BERPUTUS ASA TERHADAP RAHMATNYA...DISEBALIK KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN YG TELAH DIJANJIKAN-NYA...UJIAN ITU TANDANYA ALLAH MENGASIHIMU,BERSYUKURLAH SELALU..SENYUMLAH.BERUSAHALAH UTK MENJADI LEBIH BAIK WAHAI MUJAHID & MUJAHIDAH SOLEHAH~!^^, BIAR TERSUNGKUR..JGN KAU UNDUR...!

21 May 2008

.:KESEMPURNAAN DIRI SEORANG MUSLIM:.


"Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata: Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : " Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada di! iri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyar
akat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

Dia! berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahu!) dan menghubungkan kasih sayang.

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

20 May 2008

.: HaBiT 6: SINERGI UTK 1+1=3 MALAH LEBIH:.


RAKAMAN MP3 KULIAH HABIT #6 DI AL-NIDAA’ PADA 28 NOV. 2007

“Baik, sekarang cuba awak jelaskan, kenapa awak kata saya telah mengabaikan rumahtangga kita?”, tegas seorang suami, yang juga CEO sebuah syarikat besar, kepada isterinya.

“Penjelasan yang macam mana? Puas sudah saya jelaskan sebelum ini”, jawab isterinya.

“Penjelasanlah! Facts and figures… di mana kurangnya, apa kurangnya…”, muka si suami sedikit kemerahan.

“Tak adalah facts and figures tu. Tetapi ia suatu perasaan yang kuat. Saya rasa awak semakin longgar dari rumahtangga kita”, kata isterinya.

“Tengok tu Encik Covey, tak faham saya dibuatnya. Asyik-asyik itulah yang diulangnya sejak sekian lama. Perasaan, perasaan, perasaan!”, rungut si suami.

Stephen Covey tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Hilang sedikit tumpuannya kepada makan malam mereka. Si suami berfikir dengan otak kiri, manakala si isteri membalas dengan sentuhan otak kanan.

“Saya tahu awak mungkin tak suka saya jemput Encik Covey makan malam bersama dengan kita malam ini. Tetapi, saya nak beliau bantu selesaikan apa masalah kita. Awak kata kita bermasalah tetapi awak tidak dapat memberikan penjelasan mengenainya”, si suami menyambung leteran. Buruk juga apabila orang lelaki berleter.

Si isteri tunduk. Garpunya menguis-nguis kobis bunga di dalam pinggan.

“Baik, sekarang ni, awak puas hati tak dengan rumah kita?”, tanya si suami. Cuba memecahkan kebuntuan diskusi mereka.

Isteri mengangguk lemah.

“Cukup tak makan pakai kita selama ini?”, soal si suami.

“Lebih dari cukup…”, jawab isterinya lemah.

“Habis, di manakah yang tidak kenanya?”, si suami sudah naik angin sedikit.

“Bukan soal makan pakai. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya, terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?”, si isteri mengangkat muka. Sedikit memberontak.

“Saya sayangkan awak. Begitu juga anak-anak kita”, kata si suami.

“Tetapi saya tidak dapat merasainya!”, tegas si isteri.

“Tengok, Mr. Covey. Tak habis-habis dia akan mengulang perkara yang dia sendiri tidak dapat jelaskan”, si suami bernada mengalah. Bosan barangkali.

Kisah ini dicatat oleh Covey di dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective Families. Tetapi ia bukan kisah Covey semata. Ia kisah kehidupan kita semua.

“Tadi awak kata awak ada anak. Berapa orang?”, tanya Covey kepada pasangan itu.

“Dua orang!”, mereka berdua menjawab serentak.

“Oh dua orang. Bagaimana keluarga kamu bertukar dari kamu berdua kepada empat orang sekarang ini?”, tanya Covey dengan nada provokasinya.

“Apa maksud awak?”, tanya CEO itu, kebingungan.

“Maksud saya, macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Satu campur satu jadi empat!”, soal Covey.

Merah padam muka mereka berdua.

“Faham-faham sahajalah bagaimana kami dapat anak”, jawab si suami. Terasa sedikit aib pada soalan itu.

“Ya, kamu dan isteri bekerjasama untuk mendapat anak. Ketika kamu bekerjasama itu, kamu mahukan isteri kamu serupa dengan kamu, atau kamu menghargai dirinya sebab dia ‘berbeza’ dari diri kamu?”, tanya Covey lagi.

“Wah… peliknya. Tentulah saya gembira kerana isteri saya adalah isteri saya”, kata lelaki itu. Nafasnya kencang.

“Bagaimana kalau isteri kamu serupa dengan kamu? Bolehkah kamu gembira dan mampukah kamu berdua hari ini memiliki dua anak hasil persamaan itu?”, Covey terus menghentak pemikiran pasangan suami isteri itu.

Apa yang cuba Covey sampaikan, sudah difahami oleh mereka berdua. Mereka terlupa bahawa perbezaan antara suami dan isteri, bukan punca masalah, tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka.

Kerana suami itu seorang lelaki, dan isterinya pula seorang perempuan, mereka bahagia, dan natijah kebahagiaan mereka, rumahtangga yang bermula dengan dua insan bercinta itu, sudah bertambah menjadi empat dengan sepasang anak yang menyerikan kehidupan. Rumahtangga itu bukan sahaja memuaskan naluri mereka sebagai manusia, tetapi juga mencambahkan kebaikan, menambah keturunan, dan manfaatnya tidak berhenti-henti, tidak putus.

Itulah sinergi.

Satu tambah satu bukan dua, malah tiga, mungkin empat dan lebih lagi.

e13.jpg
SINERGI

Sinergi adalah kemuncak kepada tabiat-tabiat yang telah dibincangkan sebelum ini. Ia adalah Sunnatullah yang telah menyuburkan kehidupan manusia, lantas seluruh kehendak Syariat mendorong insan untuk saling bersinergi.

Lihat sahaja sepinggan nasi berlauk ikan.

Kita membayarnya dengan harga RM5 tetapi hakikatnya, sebelum nasi dan ikan itu sedia untuk dihidangkan, berapa ratus malah mungkin ribu manusia yang terbabit untuk memastikannya? Nelayan yang turun ke laut, peraih dan pemborong, pemandu lori, pembuat lori, pembuat garam dan gula, penanam bawang, pekerja ladang kelapa sawit, pesawah dan senarai itu terus menerus memanjang tanpa henti. RM5 bukan harga sebenar pada usaha yang telah dilakukan untuk membolehkan kita menikmati sepinggan nasi berlauk ikan.

Itulah hasil sinergi manusia.

Malah kerana sinergi itu juga, kita hanya perlu membayar RM5 untuknya.

Cuba patah kembali kepada zaman sebelum manusia bersinergi begini. Mudahkah untuk kita menikmati sepinggan nasi berlauk ikan, jika segala-galanya perlu dilakukan sendiri tanpa ikhtiar orang lain?

Oleh kerana itu, salah satu teori yang wujud di bidang kajian ketamadunan, bahawa sejarah manusia bermula apabila mereka mula menghasilkan pemerosesan makanan bersama.

Itu soal manusia.

Lihat pula pada kehidupan di alam ini?

sc0029.jpg
Kerbau besar dan gagah, tetapi sering kegatalan kerana badannya berkutu. Burung gembala kerbau pula tidak pandai memburu makanan, sebaliknya dijadikan Allah gemar pada bersarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan hidangan kutu kerbau. Mereka bersinergi untuk saling memberikan keselesaan hidup dan manfaat kepada manusia yang menggunakan kerbau dalam kehidupan.

Malah burung yang kecil itu, dinamakan sebagai gembala kerbau, kerana mungkin peranan sinerginya telah mengekalkan ketenteraman kerbau dari terus gelisah dan turun minyak akibat kegatalan kutu. Burung itulah gembalanya. Semua orang tahu, apa kesannya jika kerbau itu turun minyak!

Seluruh alam bersinergi…

Seperti juga tubuh badan. Apalah sangat tangan, jika tangan hanya tangan. Tetapi kerjasama tangan kanan dan kiri, bersama kepala dan kaki, juga dengan anggota tubuh yang lain, ia mampu melakukan kerja-kerja yang hebat. KLCC itu juga hasil sinergi dua tangan seorang pekerja dengan tangan-tangan pekerja yang lain.

Seluruh alam bersinergi untuk keperluan masing-masing. Hanya manusia sahaja yang diberi pilihan, sama ada mahu menjadi sebahagian daripada sistem ini, atau menjadi makhluk asing yang mengasingkan diri dari Sunnatullah?

Jika dalam soal KEPERLUAN hidup, alam ini disusun oleh Allah agar mereka bersinergi, apatah lagi dalam soal TUJUAN hidup yang lebih besar dan utama?

BERSUNGGUH MEMIKIRKAN SINERGI

Betapa pentingnya sinergi dalam kehidupan, saya jadi tidak segan dan tidak pernah berasa susut keislaman jika saya mencadangkan bakal pengantin membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus karangan John Gray. Ia mengajar seorang lelaki dan seorang perempuan untuk memahami bahawa lelaki itu sangat berbeza dari perempuan, dan perbezaan itu bukan masalah tetapi rahmat dan anugerah. Perkahwinan adalah untuk menghasilkan kebaikan daripada perbezaan itu.

Perbezaan fizikal.

Perbezaan cara berfikir.

Perbezaan kekuatan rasional dan emosi.

Perbezaan selera dan kecenderungan.

Berbeza belaka…

Untuk itu, syarat pertama SINERGI adalah MERAI DAN MEMANFAATKAN PERBEZAAN.

hujurat13.JPG"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "[Al-Hujurat : 13]

Kejadian manusia itu asasnya pada kepelbagaian dan perbezaan. Lelaki dan perempuan tidak sama, suku bangsa dan puak tidak serupa. Mereka itu memiliki pelbagai perbezaan, pada rupa, bahasa, kecenderungan, selera, cara berfikir, dan budaya yang terbit daripadanya.

Terpulang kepada kita, sama ada mahu melihat perbezaan itu sebagai punca masalah, lantas masalah kita tidak pernah habis. Atau kita melihat perbezaan itu sebagai kunci taaruf… kenal mengenal dan mengambil manfaat daripadanya.

almaidah48.JPG
"Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan . Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." [Al-Maidah : 48]

Sinergi bukan bermaksud berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan. Ia bukan soal bertolak ansur di mana hari ini saya ikut jalan awak, dan esok awak pulalah ikut jalan saya.

Tetapi sinergi itu bermaksud saya datang dengan pandangan saya dan awak datang dengan pandangan awak, tetapi kita berdua terbuka bukan hanya kepada memilih antara dua pandangan berbeza yang kita ada, sebaliknya bersedia untuk mencari sesuatu yang lebih baik dari cara saya dan cara awak.

Kompromi akan menyebabkan awak buat cara awak, saya buat cara saya. Ia mendamaikan, tetapi perbezaan yang terbiar tanpa titik temu akan segera kembali kepada pusingan yang sama… bertemu pada sebuah pertembungan, buat kali yang entah ke berapa.

Kompromi bagus sebagai penyelesaian sementara tetapi ia bukan jalan terdekat kepada TAQWA. Ia tiada sinergi. Perbezaan yang tidak menerbitkan kebaikan, sebaliknya masing-masing membawa haluan sendiri. Setiap puak, gembira dengan apa yang ada pada diri mereka (Al-Rum : 32)

SINERGI RUMAHTANGGA

Seorang lelaki dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara diplomasi dan berlembut. Jarang benar mengangkat suara, apatah lagi tangan naik ke muka. Didikan tersebut berjaya membentuk lelaki itu menjadi insan cemerlang menuju dewasa.

Seorang perempuan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara tegas dan garang. Jarang benar pandangan anak ditanya, sebaliknya melanggar peraturan rumah akan mengundang hukuman yang berbekas dan lama meninggalkan kesan. Cara itu berjaya membentuk perempuan itu menjadi insan cemerlang menuju dewasa.

0415.JPG

Lelaki dan perempuan ini bertemu, dan mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri. Hasil sinergi, mereka berjaya menjadikan setiap perbezaan antara mereka sebagai suatu surprise dan adventure dalam rumahtangga sepasang pengantin baru. Mereka terus meniti hari bahagia hingga rumah berseri dengan kurniaan cahaya mata.

Selepas cinta bersulam tanggungjawab, perbezaan mula menjadi ujian.

Suami percaya bahawa cara ibu bapanya yang diplomatik itu cara terbaik. Isteri pula percaya anak-anak mereka harus dibesarkan dengan ketegasan dan kegarangan kerana hasil disiplin sebegitulah dia mampu menjadi manusia. Lantas suami isteri bertelagah, manakah cara terbaik untuk membesarkan anak-anak.

Hal ini tidak boleh diselesaikan dengan kompromi.

Bab marah-marah bagi pada ibu.

Bab pujuk-pujuk bagi pada ayah.

Di mata ibu ayah, mereka melihat pendekatan itu seimbang.

Di mana anak-anak, mereka melihat ayah lemah dalam berprinsip tetapi kaya dengan kasih sayang, manakala ibu mengambil berat tentang disiplin tetapi tidak peduli kepada perasaan anak-anak.

Mungkin kompromi seperti ini menjadi punca mengapa ramai remaja yang saya temui membuat keputusan bahawa ibu lebih penyayang berbanding ayah, atau sebaliknya.

Akan tetapi SINERGI mengajak bapa mengimbas kembali bahawa diplomasi yang mewarnai kehidupannya sebelum dewasa, banyak kemanisan dan kebaikan. Tetapi ia mungkin menjadikan dirinya atau ada adik beradiknya yang kurang berdisiplin dalam kehidupan, atau lemah dalam membuat keputusan. Diplomasi berlebihan itu ada beberapa kesan sampingan.

Manakala si ibu pula atas tuntutan sinergi, muhasabah kembali dan melihat bahawa cara dirinya dibesarkan dengan ketegasan dan garang ibu bapa, memang telah berjaya menyuntik kecemerlangan akademik dan kerjaya, tetapi mereka tidak lupa kepada betapa peritnya hari-hari yang mereka tempuhi dalam ketakutan dan sempitnya jiwa kerana ibu bapa tidak membuka pintu kepada mereka untuk bersuara dan memberikan pandangan. Ketegasan berlebihan itu ada beberapa kesan sampingan.

Lantas mereka sedar, bukanlah diplomasi dan ketegasan itu saling bertentangan lantas perlu dipilih satu antara duanya. Sebaliknya pendekatan yang berjaya menggabungkan dua elemen itulah yang terbaik. Bapa yang penyayang juga ada ketegasan dan prinsip yang menjadikan dirinya disegani dan dihormati anak-anak. Ibu yang tegas dan garang juga ada sentuhan emosi dan diplomasi untuk menjadikan kasih sayangnya difahami oleh si anak. Maka bapa harus belajar teknik tegas dan marah. Ibu pula mesti belajar cara membelai dan mendengar suara anak-anak.

Sinergi bukan kompromi, ia bukan My Way atau Your Way, tetapi High Way! Cara terbaik dari dua perbezaan yang bertentangan.

SINERGI DI PESADA POLITIK

Tiada keraguan bahawa sinergi di dalam pembentukan hidup peribadi dan keluarga itu penting. Sinergi itu Sunnatullah pada cara manusia disusun oleh Penciptanya.

Maka kesan sinergi bukan hanya berperanan pada skala kecil di dalam sebuah rumahtangga, malah apa sahaja yang membabitkan manusia, sinergi penting untuk memperkembangkan kehidupan ke arah yang lebih baik.

ba.gif

Pengalaman kita pada akhir kurun ke-20, melihat sesuatu yang mustahil telah berjaya disinergikan. Era reformasi Malaysia telah menemukan PAS dan DAP di meja rundingan. Siapa yang tidak tahu, kenyataan popular “Cross My Dead Body” Karpal Singh apabila isu Negara Islam dibangkitkan oleh PAS. Maka kedua-dua parti pembangkang utama Malaysia ini amat berbeza dan saling bertentangan. PAS mahukan Negara Islam, DAP mahukan Malaysian Malaysia.

Tetapi suasana politik negara ketika itu mendesak semua pihak untuk menyemak mindset. Sama ada kita melihat perbezaan itu sebagai titik permusuhan, atau peluang untuk saling melengkapi dan bekerjasama.

Analisa dibuat, mengapa PAS mahukan Negara Islam. Intipati kepada cita-cita PAS ini ialah, Negara Islam adalah alat untuk manusia beroleh pembelaan dan keadilan. PAS mahukan keadilan ditegakkan, dengan kepercayaan bahawa caranya ialah melalui sebuah Negara Islam.

DAP pula mahukan sebuah negara sekular yang berjiwa Malaysian Malaysia. Ia adalah gambaran DAP kepada sebuah negara yang diyakini sebagai alat yang mampu memberikan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. DAP mahukan keadilan ditegakkan, dengan kepercayaan bahawa caranya ialah melalui sebuah Negara Sekular yang berjiwa Malaysian Malaysia.

Titik temunya adalah pada komitmen masing-masing kepada soal keadilan. Manakala kesemuanya sedang berdepan dengan isu yang sama iaitu pencabulan keadilan, dan penindasan ke atas massa.

Maka perbezaan di antara PAS dan DAP tidak menjadi halangan untuk mereka bekerjasama dalam soal yang disepakati iaitu menentang kezaliman dan memperjuangkan keadilan.

Mereka duduk semeja bukan dengan My Way, atau Your Way, tetapi mencari High Way.

Tentu sahaja dalam soal ini, sinergi boleh dilihat sebagai suatu pendekatan yang berisiko tinggi. Keterbukaan kedua belah pihak memang boleh diterjemahkan secara dangkal sebagai penggadaian prinsip atas nama politik. Tetapi prinsip dan strategi adalah dua perkara yang harus dinilai dengan teliti.

Bukan Nabi SAW tidak pernah bekerjasama dengan non Muslim. Bukannya Baginda SAW tidak pernah bersetuju dengan ‘kekalahan superficial‘ di pihak Muslim, demi kemenangan besar jangka panjang dalam Perjanjian Hudhaibiyyah. Semua itu bukan untuk diilmiahkan sebagai kenangan silam, tetapi harus lahir dalam bentuk panduan bersiasah dalam dunia kontemporari yang serba mencabar.

Kerana itu, Stephen Covey sendiri menegaskan bahawa Sinergi mesti berasaskan kepada tiga Habit pertama, kerana ia menentukan nilai yang dipegang, destinasi akhir yang ingin dicapai, dan prioriti yang mahu diperjuangkan.

Sinergi bukan keterbukaan yang mutlak tetapi ada prinsip-prinsip dan nilai yang memimpin.

PAS tidak secara semberono datang ke meja rundingan. Nasihat-nasihat ulama tempatan, dan antarabangsa telah dirujuk malah percubaan PAS pada pilihanraya 1999 itu diterima sebagai suatu pengalaman berharga untuk dianalisa dan dipelajari oleh gerakan Islam yang lain di seluruh dunia.

PAS dan DAP bukan sekadar bekerjasama hasil kompromi, malah mereka berjaya mengatur strategi dengan bersinergi. Bersama-sama dengan Parti Keadilan dan PRM ketika itu mereka membentuk Barisan Alternatif dengan meletakkan satu lawan satu di setiap kawasan pilihanraya. Hasilnya menjadi fenomena bersejarah dalam catatan politik tanah air.

Tentu sahaja selepas kemenangan itu, soal perbezaan antara PAS dan DAP muncul kembali, dan pandangan saya terhadap gagasan Negara Islam yang PAS perjuangkan, telah pun saya perkatakan di dalam ulasan-ulasan saya tentang kemenangan AKP di Turki. Harapnya diskusi mengenai hal ini, tidaklah bercampur aduk dengan persoalan sinergi yang menjadi fokus kali ini.

Tetapi pengalaman politik 1999 memperlihatkan apakah signifikannya SINERGI dalam pembangunan tamadun manusia.

PERBEZAAN ANTARA KITA: MASALAH ATAU PELUANG

Sudah sekian lama, mereka yang mahu kepada Islam di negara kita sudah berpecah kepada begitu banyak kumpulan. Ada kumpulan politik, ada NGO Kebajikan, ada NGO Pendidikan, ada gerakan dakwah yang berpengkalan di masjid-masjid, dan senarai ini berterusan.

Rasyid Ridha sudah lama menyeru dengan lisan Hasan al-Banna, bahawa kumpulan-kumpulan sebegini harus berlapang dada untuk bertolak ansur dalam perkara yang mereka saling bertentangan, dan bekerjasama dalam perkara yang disepakati. Tetapi ia masih slogan yang enak disebut, namun jauh dari realiti.

3009.JPG

Ia berbalik kepada mindset.

Sudah lama PAS menganggap ta’addud jamaah sebagai suatu jenayah kecelaan kepada dakwah dan ummah.

Sudah lama juga JIM dan cabang-cabangnya menganggap keputusan mereka untuk wujud dan berkembang adalah kerana ketidakterbukaan PAS dalam mengakui kelemahan-kelemahannya yang banyak di kaca mata mereka.

Manakala Tabligh melihat perbalahan ini sebagai sesuatu yang jauh dari fikir iman dan amal, lalu mereka menjauhkan diri dari polisi sosial dan memfokuskan kerja kepada agenda sendiri. Masing-masing buat hal masing-masing.

Senarai ini berterusan dari satu kelompok kepada kelompok yang lain. Terkini, golongan Salafi muda pula membentuk entiti baru dengan elitisma Sunnah sebagai identiti kumpulan mereka.

Selagi mana kita semua melihat perbezaan ini sebagai titik penting untuk mengekalkan survival masing-masing, selagi itu kita 1000 batu jauh dari sinergi dan mencari jalan keluar.

Alangkan berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan pun masih jauh dari realiti, apatah lagi untuk menjadikan perbezaan sebagai peluang dan bahan sinergi untuk tidak lagi taaasub menerima My Way dan taasub menolak Your Way, sebaliknya berusaha mencari High Way.

3187.jpg

Tidakkah ada kemungkinan untuk berbilang jemaah dan berbilang pendekatan ini tidak lagi dibaca sebagai masalah. Sebaliknya dilihat sebagai pengkhususan kerja oleh kumpulan-kumpulan Islam yang memang tiada siapa pun mampu untuk buat semua benda?

Politik penting, tetapi dengan pembabitan dalam politik, menyebabkan banyak ruang yang ahli politik dan partinya tidak boleh tembusi atau berperanan.

Pendidikan itu penting, tetapi beban dan tugasan dalam memperbaiki usaha mendidik masyarakat, memerlukan pergerakan ini bisa menembusi sempadan fahaman politik, agar sesiapa sahaja boleh datang mengambil kebaikan, lantas gerakan pendidikan harus mengambil sikap bebas dari memihak kepada mana-mana aliran politik? Namun bukan dengan memusuhi politik.

Tegasnya, kepelbagaian kumpulan Islam, wajar dilihat sebagai suatu perbezaan. Tetapi perbezaan itu adalah pengkhususan dan fokus, bukan semestinya persaingan atau pertembungan.

Namun, Stephen Covey juga ada mengingatkan, bahawa sinergi perlu kepada penghayatan Habit #4 iaitu Think Win-Win, dan Habit #5 iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood.

Inilah cabaran kumpulan Islam.

Pemikiran perlu dipositifkan, dan seterusnya bagaimanakah kesanggupan kita untuk memahami orang lain, sebelum meletakkan demand untuk difahami?

Seruan saya kepada komitmen kita semua agar menghayati Habit #5 iaitu belajar untuk memahami sebelum mengharapkan diri difahami, itu pun sudah cukup untuk meributkan kehidupan saya, hingga Habit #5 itu menjadi terlalu pahit untuk ditulis buat masa ini.[Tapi ana post habit 5 dlu ye..ade kat bawah ni..nak ikut urutan skit..huhu]

Akal, Hati dan Nafsu… masih kunci kepada segalanya…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur



****Erm..kena post all da habits dari saifulislam.com memandangkan PERMAI'08 dah nak dekat..23hb ni..huhu..x dapat pegi..apekan daya..tlg post je la kat blog ni...semoga bermanfaat. Tinggal habit 7 je xde lagi..dinanti....=) EXAM MODE. Dah2..nak study lak....saje rehat..takut jadi 'tak betul' plak dok push otak ni...hehe~Doakan ana ye....najah dgn cemerlang dlm final ni..26hb Mei 2008......


.: HaBiT 5 : BERUSAHA UTK MEMAHAMI, SEBELUM DIFAHAMI :.



KENYATAAN:

Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 - ABU SAIF

“Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini”, keluh seorang bapa kepada seorang pesakit.

“Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya mengeluh dengan kejadian ini tetapi sepatutnya mencari hikmah terhadap apa yang terjadi!”, balas si ustaz dengan penuh kefasihan dan keyakinan.

“Huh! Macamlah si ustaz ni tahu sakitnya menanggung derita anak kena uji macam ini!”, pakcik tersebut mengeluh di dalam hati. Wajahnya pun masam.

Si ustaz kehairanan.

“Di mana salahnya nasihat aku tadi?”, fikir ustaz tersebut. Sangkanya realiti hidup ini macam kertas jawapan peperiksaan. Menjawab mengikut skema. Asalkan betul dengan al-Quran, betul dengan al-Sunnah, tepat seperti huraian ulama’, maka berhak mendapat markah penuh.

Salahnya bukan pada nasihat.

Tapi nasihat tak bertempat. Tak betul masa, tak betul suasana, tak betul konteks.

Puncanya mudah. Tidak bijak mendengar lantar terlalu mudah untuk berkelakuan memahami.

Anda tidak kepingin untuk pergi lagi ke kedai yang penjualnya terlalu tahu dengan selera anda hingga tidak peduli dengan kehendak anda yang sebenarnya. Anda juga serik untuk ke klinik yang doktornya terlalu cepat membuat diagnosis sebelum sempat anda menceritakan sakit yang anda hadapi. Anda juga bosan dengan ibu bapa, guru-guru termasuklah pendakwah yang seakan-akan tahu dan faham belaka masalah anda, dengan alasan mereka makan garam lebih awal.

Anda berhak untuk rasa begitu kerana mereka lupa bahawa Allah SWT menciptakan manusia ini dengan satu mulut dua telinga. Maka kurangkan cakap, banyakkan mendengar!

Seek first to understand, then to be understood!

39-18.jpg
Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang terbaiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [Al-Zumar 39 : 18]

Manusia yang berakal sempurna dan beroleh petunjuk dari Allah itu, adalah manusia yang memilih qaul yang terbaik. Mana mungkin seseorang menemui pandangan terbaik, jika dirinya tidak terbuka untuk mendengar kepelbagaian pandangan terlebih dahulu? Maka, kemahiran dan keupayaan mendengar dengan baik, adalah asas untuk manusia mencari, memberi dan menerima yang terbaik dalam hidup ini.

0104.JPG

CEPAT MELOMPAT

“Oh, Ustaz A ke ceramah malam ni? Jom kita dengar, mesti hebat dan betul punyalah ceramah dia!”, kata seorang pengunjung kuliah Maghrib.

“Oh, ustaz anu ke ceramah malam ni? Tak payah le dengar. Mesti mengarut punya!”, katanya pada hari yang berbeza. Ustaz itu pun dibahasakannya sebagai ‘anu’ sahaja.

Jika kita konsisten berkelakuan begini, membuat keputusan sebelum sesi hearing mengambil tempat, maka akan banyaklah kebaikan yang terlepas dan banyak juga keburukan yang terbit dari kelakuan begitu.

Masakan tidak, jika tabiat seperti ini dibawa ke rumah, bagaimanakah sang suami boleh memahami masalah isteri? Bagaimana pula isteri boleh menangkap kehendak suami? Bolehkah ibu bapa membantu anak keluar dari belenggu masalahnya jika mereka terlalu cepat melompat kepada kesimpulan sebelum mendengar dan memahami?

Ia jadi penyakit.

Mungkin di situ hikmahnya Allah menggesa kita supaya berdoa. Bukan Allah tidak tahu apa yang kita mahu dan perlu sebelum kita meminta. Tetapi disuruhnya kita meluahkan dahulu, agar kita sendiri faham apa yang kita hajatkan, sebelum Allah memakbulkan permintaan. Allah mahu kita berdoa supaya kita melihat betapa Allah Maha Mendengar, sebelum menunaikan hajat kita. Sebelum bertindak.

Mendengar itu sendiri sudah merupakan syifaa’, rawatan buat yang memperdengarkan masalahnya.

Maka hamba-hamba-Nya juga harus begitu. Sebelum bertindak, luaskan ruang untuk orang meluahkan keinginan dan perasaan serta mulakan semua itu dengan kesediaan kita untuk mendengar.

PENDENGARAN SONGSANG

Jangan dibiasakan diri dengan cara-cara mendengar yang songsang. Mendengar, mendengar juga. Tetapi tidak membantu malah memburukkan keadaan.

Setelah sepanjang hayat kita belajar membaca, menulis dan bercakap, pernahkah anda luangkan masa untuk belajar mendengar? Kita belajar kaedah membaca pantas, menulis dengan baik dan bercakap dengan fasih, tetapi amat jarang sekali kita memperbaiki cara kita mendengar. Akibatnya, kita jarang mendengar kerana setiap kali berlaku percakapan kita akan sibuk menyiapkan diri untuk memberikan respond, sibuk untuk menilai dan menapis percakapan itu mengikut paradigma diri kita sendiri.

Sikap ini banyak menjejaskan kehidupan kita.

Pekerjaan di pejabat.

Rumahtangga antara suami, isteri dan anak-anak.

Pergaulan sesama rakan.

Malah dakwah dan penyebaran Islam.

Berikut adalah contoh-contoh pendengaran songsang yang wajar sama-sama kita elakkan:

dog-christmas.jpg

1. MACAM DENGAR TETAPI TIDAK DENGAR

“Aku pun dah habis ikhtiar. Tak tahu nak buat macam mana. Apa pandangan engkau?”, tanya Ali.

“….”, Ahmad termenung. Matanya menembus dinding.

“Hoi, ko dengar tak apa yang aku cerita tadi?”, Ali kepanasan.

“Err… !”, itu sahaja jawapan Ahmad.

Kita sering terbabas semasa meminjamkan pendengaran kepada seseorang yang mahu berkongsi masalah. Tetapi terlalu kerap melakukan perkara sedemikian akan menyebabkan kita kehilangan reputasi dan kepercayaan rakan.

Blurred memanjang!

2. BUAT-BUAT DENGAR

Ini adalah kebiasaan yang lebih popular. Kita tidak begitu mempedulikan apa yang sedang diperdengarkan kepada kita. Sebaliknya cuba menyembunyikan ‘kehilangan’ kita dari perbualan itu dengan memberikan komen-komen tanpa makna berbunyi hmm…, ooo…, I see…, gitu

Semua itu adalah cara yang mudah untuk memberitahu kepada rakan yang sedang bercakap itu betapa tidak bernilainya percakapan beliau, tidak signifikan dan tidak berharganya segala yang disuarakan itu.

3. DENGAR APA YANG MAHU DIDENGAR SAHAJA

Disebabkan oleh obsesi kita dengan beberapa isu yang mendominasi fikiran, kita menjadi sangat selektif dalam meminjamkan pendengaran. Tumpuan kita hanya kepada apa yang kita minat, malah mungkin menyebabkan perbincangan tersasar dari maksud asalnya.

“Aku sebenarnya susah hati. Ada ura-ura yang isteri aku akan dipindahkan ke Sabah hujung tahun ini”, kata Ali kepada Ahmad, rakan karibnya.

“Sabah? Oh, aku memang suka betul dengan Sabah. Especially bab udang. Murah betul di sana tu. Setiap kali aku ke Sabah, mesti aku bawa balik sekotak udang dari Sabah”, jawab Ahmad sambil tangannya sibuk memicit jerawat batu yang degil di atas dagunya.

Apa rasanya jika kita mendapat maklum balas yang sebegini? Tentu panas hati dibuatnya.

Ini merupakan gejala yang semakin biasa dan berleluasa di dalam internet hari ini. Lihat sahaja diskusi yang dibuat dalam format forum. Bandingkan tajuk asal pada posting pertama, dengan posting terakhir.

“Masjid di Atas Tanah Waqaf Ditutup Oleh Pihak Berkuasa Kerana Politik”, bunyi tajuk yang diberikan oleh penghantar artikel berkenaan.

Diskusi sepatutnya memfokuskan kepada tindakan pihak berkuasa yang menutup masjid atas motif politik, tetapi perbincangan tersasar apabila ramai yang mendengar secara selektif, menarik tumpuan kepada isu hukum membina masjid di atas tanah waqaf!

Anda juga boleh melihat secara konsisten corak diskusi sebegini di dalam blog saifulislam.com, namun saya terpaksa berperanan memadamkan diskusi-diskusi yang dirasakan menyimpang dari tujuan asal sesuatu tajuk diketengahkan.

“Pakcik itu hanya penoreh getah. Tetapi dengan sikap yang baik, beliau lebih berguna dari seorang kardiologist dalam insiden berkenaan, walaupun dia hanya ada payung mayat yang orang kampung sedekah selepas talqin”, saya pernah mengulas begini tentang iklan Petronas di dalam ceramah berkenaan sikap.

“Ustaz, bukan talqin tu bid’ah ke?”, sampuk seorang peserta.

Saya rasa terpancit kebosanan apabila disampuk sedemikian rupa. Semenjak itu saya lebih selektif dalam memilih perkataan kerana masyarakat kita amat mudah tersampuk dengan perkataan-perkataan yang berada di dalam obsesi masing-masing semata.

4. HANYA MENDENGAR PERKATAAN

Dunia ini bukan kertas. Bukan juga skrin komputer. Lantas apa yang dibaca hasil tulisan, mungkin berlainan maksud disebabkan oleh faktor-faktor di luar dunia kata-kata. Pendengar yang baik bukan hanya cuba memahami perkataan, tetapi harus juga memberikan perhatian kepada apa yang tidak diperkatakan.

“Tolong belikan aku seluar dalam dua tiga helai!”, sms sahabat saya kepada rakan kami yang pulang bercuti ke Malaysia.

Terkasima rakan di Malaysia menerima sms sebegini. Sms yang kering dari sebarang ekspresi wajah, intonasi suara dan gaya tubuh. Apakah rakannya meminta beliau membeli seluar dalam, sebanyak dua tiga helai, atau membelikannya seluar biasa, dalam dua tiga helai?

Masalah komunikasi boleh berlaku hanya kerana perkara sebegini. Jika di dalam tulisan, kita dibantu oleh tanda koma, tanda seruan, tanda soal dan titik, maka semasa mendengar kita juga harus peka kepada tanda-tanda sedemikian yang dizahirkan bukan melalui perkataan, tetapi sebaliknya melalui gaya tubuh, memek muka, intonasi suara dan sebagainya.

Dalam percakapan, perkataan hanya mewakili 7% makna, 40% diwakili oleh nada dan perasaan, manakala 53% disampaikan melalui bahasa tubuh. Maka pendengar yang baik ialah seseorang yang mendengar apa yang tidak diperdengarkan!

5. MENDENGAR SUARA SENDIRI SEMATA

Mendengar seperti ini, lazim berlaku kepada seseorang yang sangat obses dengan dirinya sendiri. Kita sentiasa menilai orang lain dari pandangan diri kita sendiri, dan jarang sekali ‘memakai kasut orang lain’ untuk melihat masalah dari sudut yang di luar lingkungan persepsi sendiri.

“Susah sangat ke nak faham benda macam tu?”, kita cepat melenting kerana menyangkakan orang lain juga ada daya memahami seperti kita.

“Oh, aku faham sangat dengan perasaan engkau!”, kita bersuara dengan hasrat membantu.

Hakikatnya kita tidak faham dengan perasaan dia. Kita hanya faham dengan perasaan kita dan kita sangka orang lain mempunyai perasaan yang sama dengan kita.

Lantas orang yang seperti ini, akan mudah menghukum, terlalu cepat mahu memberi nasihat dan gemar menceroboh sempadan.

Menghukum

Lihat sahaja perbualan berikut dan perhatikan betapa sibuknya si pendengar menghukum kawannya. Hukuman-hukuman yang bersarang di kepala pendengar itu dicatatkan dengan Italic untuk memudahkan pembacaan.

ALI: Seronok betul ana pergi dengar ceramah Ustaz Abu semalam.

AHMAD: Oh, baguslah begitu (Ustaz Abu lagi! Apa benda yang dia nak cari dari kuliah ustaz macam Ustaz Abu tu?).

ALI: Tak sangka pula bagusnya ceramah Ustaz Abu tu.

AHMAD: Iye? Masya Allah (Itulah penyakit engkau, Ali. Semua ustaz engkau kata best).

ALI: Ana ingat nak ajak Ustaz Abu ceramah di surau pejabat ana lepas ni.

AHMAD: Ana ingat anta cuma pilih penceramah yang aliran kita sahaja (Engkau ni dah gila ke? Baiklah engkau ajak Ustaz Aman tu. Ceramahnya tidaklah menarik tetapi alirannya jelas).

ALI: Memang macam tu. Tapi ana rasa Ustaz Abu juga harus diberi peluang di tempat kita. Biar ada kelainan.

AHMAD: Tak apalah kalau begitu. Jemputlah dia (Aku yakin esok engkau mesti berubah fikiran punya).

Lihatlah betapa sibuknya Ahmad menghukum dan menilai Ali hingga terlepas banyak peluang baginya untuk memberikan pandangan yang lebih menjurus kepada kebaikan.

1604.JPG

Saya Penyelesaian Awak

Sama jugalah dengan mendengar ala-ala self centered yang dilakukan dalam bentuk keghairahan memberikan nasihat dengan diri sendiri sebagai objek contoh. Lazimnya nasihat sebegini akan berbunyi kalau sayalah, zaman saya dulu dan yang seumpama dengannya.

ALUMNI sekolah sering mengundang senior untuk memberikan ceramah kepada pelajar dengan bahasa nasihat seperti ini.

“Zaman kami dulu, sekolah ini serba kekurangan. Tetapi kami boleh berjaya. Apa masalahnya dengan kalian semua sekarang ini?”, tanya seorang profesor, bekas pelajar sebuah sekolah terkenal di zaman 70′an dahulu.

“Zaman prof dulu cabarannya Pop Yeh Yeh. Zaman kami cabarannya Black Metal! Mana sama daaa!”, bangkit seorang pelajar Tingkatan 4 yang kepanasan.

Ambik!

Menjadi mangsa perbandingan, adalah sesuatu yang menyakitkan. Anak diminta menginsafi pengalaman ibu bapa, generasi muda dipaksa menghayai perjuangan generasi sebelum merdeka, ia sesuatu yang tidak mengundang penyelesaian. Manusia memang berkongsi prinsip dan nilai kehidupan yang sama, tetapi konteks sentiasa berbeza.

Cabaran di zaman susah adalah kesusahan hidup pada keperluan fisiologi. Tak cukup makan, tak cukup minum, tak cukup pakai, berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah… itulah cabaran di zaman itu.

Cabaran di zaman senang pula bukan lagi kesusahan hidup tetapi pada fikiran dan perasaan. Fikiran dicabar oleh idea-idea yang tidak pernah mengganggu keagamaan generasi dulu, malah mencabang-cabangkan pandangan kehidupan. Perasaan pula terpaksa bertarung dengan kekurangan perhatian ibu bapa, desakan kehidupan yang sangat materialistik hingga menggersangkan jiwa generasi hari ini… itu cabaran semasa.

Tiada zaman susah dan tiada zaman senang.

Setiap zaman ada kesusahan yang berbeza, di samping kesenangan yang bersama.

Jangan banding-bandingkan, kerana apa yang berkesan dalam menyelesaikan masalah kita, mungkin tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah orang lain.

Menceroboh

Apabila kita terlalu mendesak seseorang untuk meluahkan masalahnya dalam keadaan dirinya belum bersedia, kita sudah menjadi penceroboh. Mungkin keadaan seperti ini sering dilakukan oleh ibu bapa semasa mendesak anak-anak untuk bersuara. Niatnya murni untuk cuba memahami masalah anak-anak. Tetapi mendesaknya untuk bercerita tanpa kesediaan, adalah pencerobohan yang tidak dialu-alukan.

“Ani, apa khabar?”, tanya si emak kepada anak yang baru pulang dari sekolah.

“Ok!”, jawab Ani bersahaja.

“Peperiksaan tadi senang ke susah?”, tanya si emak lagi.

“Boleh laaa”, Ani membalas lesu.

“Kawan-kawan Ani rasa boleh jawab tak?”, emak masih tidak berputus asa.

“Entah!”, Ani semakin sejuk dan beku.

“Kenapa dengan Ani? Ada masalah ke?”, si ibu mula kehairanan.

“Ala… Ani masuk bilik dululah ye!”, anak perempuannya terus berlari masuk ke bilik dan menghempas pintu.

Bila mana soalan kita tidak membawa perbincangan lebih jauh, ia mungkin sudah beralih menjadi sebuah pencerobohan. Tiada sesiapa yang suka dirinya dicerobohi. Mungkin belum masanya lagi untuk beliau berkongsi. Maka cukuplah sekadar kita memberitahu tentang kesediaan diri untuk mendengar apabila diperlukan, itu sudah cukup baik, dan berikan ruang kepada mereka yang memerlukannya.

1607.JPG

PENDENGARAN SAHIH

Marilah kita bersama-sama memperbaiki cara kita mendengar. Ia adalah kunci komunikasi yang efektif, pembaik hablun minannaas yang dituntut oleh agama.

Mendengar yang betul itu adalah mendengar yang membantu kita mengenalpasti ketepatan dan kebenaran. Demikian itu, mendengar dengan telinga semata adalah tidak memadai.

1. Dengar Dengan Mata, Hati dan Telinga

Telinga yang menangkap perkataan yang mewakili 7% maksud pengucapan, sedangkan makna-makna berbaki itu banyak terkandung pada intonasi, gaya badan dan ekspresi muka.

Cuba semak semula tiga ayat berikut dengan mengubah intonasi pada perkataan yang ditebalkan dan bergaris:

  1. SAYA rasa awak ada masalah sikap.
  2. Saya rasa AWAK ada masalah sikap
  3. Saya rasa awak ada masalah SIKAP.

Oleh itu, belajarlah untuk mendengar dengan mata, hati dan telinga!

2. Memakai Kasut Orang Lain

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2007/06/dscn1194.JPG

“Apakah punca kepada kejadian di masjid tadi? Mari kita senaraikan”, saya mengendalikan bengkel di dalam sebuah seminar.

Salah seorang peserta di dalam kumpulan saya adalah seorang aktivis Sisters in Islam.

“Pemikiran yang konservatif!”, jawabnya tegas.

Seperti yang saya jangkakan. Kejadian pegawai masjid menghalau rombongan kami petang tadi sememangnya masih panas membakar perasaan kebanyakan kami. Aktivis SIS ini juga tidak terkecuali.

“Izinkan saya memberi pandangan”, saya mencelah.

“Silakan”, beliau dan ahli kumpulan yang lain menyatakan persetujuan.

“Jika kita guna istilah konservatif, istilah tersebut mempunyai konotasi yang pelbagai dan falsafah yang mengundang perdebatan. Kita mungkin tidak punya cukup masa untuk menjelaskannya dan kehilangan peluang untuk menghuraikan fakta-fakta yang lain. Saya rasa, apa yang saudari maksudkan tadi ialah pemikiran sempit, narrow-mindedness. Boleh tak kita gunakan sahaja istilah yang lebih casual iaitu narrow-mindedness?”, saya memberikan cadangan.

Well, not a bad idea at all. Of course, narrow-mindedness“, jawabnya. Rakan-rakan yang lain juga bersetuju.

Mungkin ramai di luar sana yang alergik dengan SIS. Tetapi saya berfikir, jika tiada rasa sayang kepada Islam, mengapa perlu beliau hadir ke seminar ini dan bersusah payah memeningkan kepala dengan masalah dunia (ummah)? Beliau boleh memilih untuk duduk sahaja di rumah pada hujung minggu, berehat di spa atau menonton televisyen, seperti kebanyakan orang di luar sana!

Tetapi beliau hadir ke sini. Saya tidak dapat membohongi diri bahawa saya percaya mesti di hatinya ada perkongsian cinta yang sama kepada Islam seperti saya. Tetapi, disebabkan kami datang dari kawasan kelahiran dan perumahan yang berbeza, cara hidup yang berbeza, sekolah dan persekolahan yang berbeza, lingkungan kawan-kawan yang berbeza, maka cara kami menyatakan sayang kami kepada Islam jadi berbeza malah mungkin bertentangan.

Tetapi sikap seek first to understand, then to be understood berupaya mengumpulkan saya dan seorang aktivis Sisters in Islam di dalam sebuah LDK dan kami mencapai banyak kata sepakat.

Oleh kerana SIS sering dikaitkan dengan idea Liberal, maka mungkin kerana itu secara spontan beliau mengatakan bahawa kelakuan buruk pegawai masjid petang tersebut adalah manifestasi pemikiran Konservatif iaitu lawan kepada Liberal. Tetapi dengan meletakkan diri di tempat beliau, saya mendapat idea untuk mencadangkan sesuatu yang lebih ‘damai’ dan mencapai maksud dengan menawarkan perkataan narrow-mindedness.

Cuba melihat sesuatu dari sudut orang lain, banyak merawat prasangka yang kadang-kadang sudah teranut hingga ke taraf yakin!

3. BERLATIH CERMIN-MENCERMIN

Berfikirlah seperti cermin.

Lihat wajah anda di hadapan cermin.

mirror.gif

Cermin tidak menghukum, tidak menilai, tidak mengkritik, tidak memberi nasihat. Sebaliknya cermin hanya memberikan refleks.

“Seorang mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya” - (Abu Dawood 41: 4900)

Iman yang menjadikan kita bersaudara, diterjemahkan dalam bahasa komunikasi sebagai tindakan cermin. Rasulullah SAW mahu kita melihat saudara kita sebagaimana kita melihat cermin. Seperti melihat diri sendiri. Ini merupakan langkah yang sangat kritikal dalam membentuk upaya mengamalkan tabiat seek first to understand, then to be understood.

Lihat sahaja perbualan Amin dengan ayahnya ketika Amin mahu ke Tamrin.

“Ayah, Min nak minta izin keluar rumah sehari ya. Esok Min balik, Insya Allah”, kata Amin kepada ayahnya.

“Min nak ke mana?”, tanya si ayah. Tegas bunyinya.

“Err.. Min nak ke Gombak”, jawab si anak. Sedikit gugup.

“Tak boleh. Kamu jangan ke mana-mana. Duduk di rumah”, perintah si ayah.

“Tapi ayah…”, Amin cuba memujuk.

“Tak ada tapi-tapi. Masuk!”, ayah memberi kata pemutus.

Jika perbualan Amin dengan ayahnya terhenti di situ, Amin mungkin akan masuk ke bilik dan tidur dengan persepsi yang pelbagai terhadap ayahnya sendiri. Beliau berasa sedih dengan ‘kedegilan’ ayahnya terhadap pendirian politik mereka. Amin akan menghantar sms kepada rakan-rakan yang sudah pun sampai ke lokasi Tamrin di Gombak, bahawa beliau sedang berdepan dengan ujian seperti kisah ghulam dalam Ashab al-Ukhdud. Persepsi-persepsi Amin terus meliar dan meracau.

Bagaimana kalau perbualan di atas diulang semula dengan Amin cuba melihat ayahnya seperti dia melihat cermin.

“Tak boleh. Kamu jangan ke mana-mana. Duduk di rumah”, perintah si ayah.

“Amin minta maaf sebab susahkan hati ayah”, Amin berlembut.

“Tahu pun kamu ayah susah hati. Keputusan peperiksaan kamu tak berapa elok, kamu nak keluar rumah pula masa-masa macam sekarang ni”, ayahnya menyambung.

“Ayah risaukan keputusan peperiksaan saya…”, Amin sedikit terkejut.

“Ya. Kamu tahu kan, ayah bukannya ada duit nak sponsor kamu belajar. Kalau biasiswa kamu ditahan sebab keputusan peperiksaan merosot, apa yang akan terjadi nanti?”, ayah bersuara kesah.

“Oh begitu. Maafkan Amin ayah”, Amin bersuara perlahan.

“Kalau kamu dah selesai semua ulangkaji pelajaran kamu ayah tak kisah kamu nak keluar sesekali bersama kawan-kawan”, ayahnya memberitahu.

“Alhamdulillah ayah, Amin dah selesai ulangkaji. Ini pun Amin memang ada bawa buku untuk ulangkaji dengan kawan-kawan Amin”, si anak memberi penjelasan.

“Okay, kalau macam tu tak apa. Amin nak ayah hantarkan ke LRT ke?”, tawar si ayah.

Dapatkah anda perhatikan, dengan berusaha mengamalkan kaedah cermin-bercermin, Amin dapat membongkar sebab sebenar yang menghalang ayahnya daripada membenarkan beliau keluar. Ia langsung tiada kena mengena dengan pendirian politik, perjuangan, atau apa sahaja yang dilakarkan di dalam kertas-kertas kerja Tamrin. Ia hanya kerisauan biasa seorang ayah terhadap pelajaran anaknya.

PENAFIAN

Oleh kerana subjek yang saya perkatakan ini adalah berkaitan tabiat, ialah kelakuan manusia, maka saya tidak mempunyai sebarang upaya untuk memberi jaminan bahawa kaedah ini bakal menatijahkan apa yang kita harapkan secara yang begitu ideal lagi tekstual. Namun yakinlah, dengan memperbaiki cara kita mendengar, kita akan beransur-ansur membuang persepsi, prasangka, dhan… yang sebahagiannya adalah dosa dan perosak komunikasi, rumahtangga, pekerjaan, dakwah dan keseluruhan hablun minannaas sesama insan.

Setelah kita berusaha untuk merangka panduan bagi mengamalkan tabiat seek first to understand, maka bagaimanakah pula kaedah untuk melengkapkan bahagian kedua iaitu then to be understood? Nantikannya di dalam siri kedua artikel ini, Insya Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...