03 April 2008

.:BOIKOT PRODUK BELANDA!!:.


TERKINI : Sokong Boikot produk Belanda: Ulama Malaysia dan Indonesia


SEPANG:Ulama di Malaysia dan Indonesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina Islam.
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata majlis itu bersetuju dengan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan keluaran Belanda bagi menyuarakan kemarahan terhadap penerbitan filem itu.
"Hubungan perniagaan adalah hubungan kerajaan, kita boikot barangan itu untuk tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negara mereka yang membenarkan filem itu ditayangkan.
"Umat Islam dilarang mencaci agama lain, haram bagi orang Islam mencaci agama lain, sebab itu kita kena lawan dan kalau hendak jawab, kita boleh jawab macam-macam. Kita juga hanya boleh menyatakan kebenaran agama kita dan bukan dengan mencaci kepercayaan orang lain," katanya.
Harussani turut menyelar pemimpin Parti Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana menghasilkan filem itu serta sengaja menggunakan petikan tidak lengkap ayat al-Quran berkaitan jihad bagi menggambarkan Islam menggalakkan keganasan.
"Filem ini betul-betul fitnah kepada kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran yang perintahkan kita berjihad dengan orang kufur. Dia lupa bahawa sebelum itu ayat berkenaan menceritakan bagaimana orang kufur menentang umat Islam, cuba nak hapuskan Islam.
"Perintah kepada orang Islam supaya berjihad mempertahankan agama, tapi dia ambil kalimah yang al-Quran mengajar supaya membunuh orang, pancung orang, seolah-olah itulah perkara sebenar... sedangkan ayat itu tidak ditunjukkan sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran (LPPPQ) Bil 54/1.2008, Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPPPQ, Datuk Noh Gadut serta Pengerusi Lujnah Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.Penerbitan filem 15 minit itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan beberapa NGO serta pertubuhan politik di negara ini turut melancarkan kempen memboikot barangan buatan Belanda.
Filem itu yang antara lain menyelitkan imej peristiwa 11 September 2001 dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran, mula disiarkan menerusi internet mulai Khamis lalu.
Harussani yang juga Mufti Perak, berkata Wilders mempunyai agenda tidak baik terhadap Islam apabila sengaja tidak menyiarkan ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam menghormati sesama manusia dan melarang mereka berkelahi dengan orang kafir jika tidak diancam.
Sementara itu, Noh yang juga Mufti Johor berkata, kehebatan Islam sudah ditonjolkan pada zaman Rasulullah SAW menerusi Piagam Madinah yang memberi keadilan kepada semua termasuk bukan Islam.
Malah, katanya, ketika peperangan pun tentera Islam tidak dibenarkan menganiaya orang tua, wanita, kanak-kanak, pokok dan haiwan atau mereka yang berlindung di tempat ibadat."Kita perlu ingat, Islam berkembang bukan kerana pedang tetapi kerana kemanusiaan dan pendekatan tanpa membezakan warna kulit dan kedudukan," katanya.

Di JAKARTA, Majlis Ulama Indonesia menggesa supaya barangan dari Belanda diboikot dalam bantahan dunia terhadap penerbitan filem itu.
Jurucakapnya, Ma'ruf Amien berkata Majlis Ulama mengambil ketetapan itu kerana penghinaan pengeluar filem Belanda berkenaan terhadap agama Islam.
Awal pagi semalam, kira-kira 50 pelajar Islam memasuki perkarangan bangunan konsulat Belanda di Indonesia dalam satu tunjuk perasaan membantah filem anti Islam itu.
Penunjuk perasaan berkenaan mengoyakkan bendera di bangunan berkenaan di Medan, kata seorang jurucakap kedutaan Belanda, Gonneke De Ridder.Stesen radio el-Shinto melaporkan penunjuk perasaan juga melontarkan batu ke arah konsulat dan membakar bendera tetapi perkara itu tidak dapat disahkan jurucakap berkenaan.

Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080402231652/Article/index_html[/url

Setakat ini yang menyokong Kempen Memboikot ini :

(1) al-ahkam.net (AAN)
(2) Institut al-Qayyim (IQ)
(3) Parti Islam Semalaysia (PAS)
(4) Ustaz Zahruddin Abdul Rahman (UZAR)
(5) Dr Yusoff al-Qaradaawi
(6)Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Kerajaan Perak
7) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
(8) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
(9) Majlis Fatwa Kebangsaan
(10) Tun Dr Mahathir Mohamed)
(11) Tranungkite.net
(12) Presiden Soesilo Bambang Yudhoyono
(12) Datuk Noh Gadut ( Mufti Kerajaan Johor)
(13) Majlis Ulama Indonesia

Alhamdulillah...Ada yang PEDULI apabila Islam difitnah! Ana akan cuba yang terbaik membantu usaha Memboikot ini...Mereka yang ana senaraikan semuanya berhujah dengan hujah yang ilmiah bukan berdasarkan emosi semata-mata...marilah kita sama2 berusaha!!

Dan disini ana sertakan 5 Kompenan yang disyorkan oleh imam besar kita Dr Yusof al-Qaradhaawi untuk kita laksanakan...

1. Membuktikan secara ilmiah bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap Rasulullah adalah tidak benar.
2. Meminta supaya Negara-negara Islam bertegas dalam hal ini seperti yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘berdiri secara jantan”.
3. Mendesak pemerintah kaum Muslimin supaya tegas membantah tindakan tersebut.
4. Menerbitkan karya yang mengambarkan keindahan Islam supaya non-Muslim lebih memahami Islam yang indah.
5. Memboikot produk negara-negara yang mnghina Islam dan umatnya.

Wallua'lam...

Berikut ini senarai produk Belanda yang disenaraikan oleh PPIM di webnya untuk diboikot:

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin

6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29.
30.
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan3
3. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-
*Boleh juga baca karya dari http://saifulislam.com/?p=1678 dalam "FITNAH FILEM FITNA", di mana saifulislam mempunyai pandangan lain untuk isu pemboikotan ini. Menurutnya, cara memboikot ini akan menzalimi saudara-saudara muslim kita di Belanda dan orang lain yang tidak terlibat..ada kebenarannya.Terpulanglah kepada pandangan masing2..selagi kita mampu lakukan sesuatu...lakukanlah.sekadar yang terdaya..semoga Allah memberi petunjuk kpd kita ke jalan yang benar..dan melindungi addeen ISLAM yang mulia dari pelbagai bentuk fitnah..dan satukan seluruh umat Islam ini agar terus kukuh n utuh dalam menghadapi musuh2Mu..ameen ya Rabb!~

0 .:KoMeN:.:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...