29 April 2008

.:ALAMI bY ALARM-ME:.


Tajuk: Alami

Penyanyi: Alarm Me

Lirik: Yassin


Bismillahirrahmanirrahim..وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ


"Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat

Bagi orang-orang yang beriman"(Surah Az-Zariyat:55)


************************

Berilah peringatan buatku yang kealpaan

Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan


Kerana suatu peringatan

Nasihat, panduan dan teguran

Amat berguna kepada insan nan beriman


Beri peringatan untukku dan untuk semua

Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan


Alami luahan isi hatiku yang kekosongan

Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian...kawan


Bukankah engkau khalifah

Di muka bumi membawa risalah

Kebenaran dan peringatan..seluruh insan


Alami suasana irama

Hatiku yang syahdu

Agar kau memahami rahsia

Yang terpendam di kalbu

Selamilah diriku yang sesungguhnya amat perlukanmu

Oh sahabatku...


.: Tiba2 ternampak bait2 lirik ni di iLuvIslam..lirik yg penuh makna yg insyaAllah di jadikan lagu tema iLuvIslam..Lagu ni ditujukan khas buat semua sahabat & saudaraku yg bertandang ke blog ni..=)
Boleh dengar kat bawah ni..kalau takde problem ape..^^,
~Berilah peringatan utkku..~jazakumullahu khair..



27 April 2008

.:TERSISIH DARI KETAATAN:.

Sewaktu-waktu kita terasa bagai didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita dapat lakukan. Bukan saja orang lain rasa kagum, kita sendiri pun naik hairan.
Waktu itu, hati rasa bahagia yang amat. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah swt. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolonganNya. Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, kalau sewaktu-waktu yang lain, langsung apa kebaikan pun tak mampu kita hendak lakukan?

Apa jua kebaikan dan amal soleh pun rasa tak berdaya dibuat dan ianya bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Kadang ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sedu dan sesak. Hidup jadi tak keruan dan tidak ketahuan.

Contohnya yang paling mudah macam solat sunat qabliah ba’diah, membaca Al-Quran setiap hari, Mathurat (lepas subuh n asar) ataupun memberi sejumlah wang (walaupun sedikit) kepada fakir miskin yang meminta dan mungkin sangat memerlukan di luar sana (mudah di lihat di bumi jatinangor ini). Kadang-kadang kita sendiri sedar, apabila muhasabah balik sebelum tidur atau terdetik seketika untuk muhasabah diri, apa yang kita telah lakukan dalam sehari, kita langsung tidak ada kekuatan untuk melakukannya. Terlampau sibuk dengan hal dunia atau yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan. Mudah untuk kita lihat kekurangan amalan kita dalam sehari apabila menganalisa mutaba’ah masing-masing. Disiplin dengan mutaba’ah dan tolong ambil peduli~!(pesanan kpd diri dan anda)

Ramai di kalangan kita yang boleh juga mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah Al Jabbarul Muntaqim! Kita hanya melihatnya sebagai faktor biasa dan tak ada apa-apa macam saintis barat yang mengatakan fenomena alam yang biasa bila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah swt di angkasa raya.

Sebenarnya faktor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikkan. Bila berdosa, Allah pun murka. Bila sudah murka lalu akan ditinggalkannya kita. Bila Allah tinggalkan kita, bermakna Allah sudah tidak campur tangan dengan kita. Allah sudah ‘berlepas diri’ dari kita. Allah juga tidak lagi menolong dan membantu kita.
Bila Allah tak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tak berdaya kita membuatnya. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat. Baca Quran,(sehelai sehari pun) berapa lama je..Mathurat,yang dah hafal lagi-lagi la mudah. Derma Rp1000=40sen seminggu pun apalah sangat..Tak berkudis apa pun. Itulah analoginya dan itulah pengalaman benar kita. Andainya tiada hukuman dan denda lain lagi bagi dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa.

Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ‘mengasing’ dari kita. Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang dari berbuat ketaatan sudah cukup dirasakan bagai meteor yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu dari ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya.

Terbacakah kita ada di kalangan Sahabat yang oleh kerana sekadar tertinggal Takbiratul Ihram bersama Rasulullah saw, beliau rasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada Allah dan Rasul. Fi Sabilillah!!

Justeru, mereka selalu memantau dan ‘update’ hubungan mereka dengan Allah swt. Bukan sekadar itu. Bagi mereka ‘sesaat’ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukuriNya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ‘demam’.

Jauh sangat kita dari konteks ini. Apa taknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih buat muka seposen, masih selamba dan mampu ketawa berjenaka. Astaghfirullah....Pekalah dengan amalan kita seharian. Menjaga hanbluminAllah dan habluminannas dengan sebaiknya dan seimbang.Jangan kerana DOSA kita tersisih dari KETAATAN kepadaNYA. Allah tetap Maha Pengasih dan Maha Pengampun~

22 April 2008

.:SEUTAS TASBIH, SEBUAH JANJI:.


AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau. Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang amat mengusik hati. Usikan itu bagaikan mendorong mataku (yang melihat Pak Long berwirid di satu sudut ruang tamu) supaya turut menitiskan air jernih seperti Pak Long. Ketika berjalan menuju ke bilikku dengan bibir terketap, aku dapat merasakan jolokan hatiku tadi benar-benar terlaksana.


Setelah menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil dan menyembamkan mukaku di bantal, beberapa titik air jernih sudah tertitis ke bantal itu, membentuk satu bulatan besar, seolah-olah membentuk huruf 'O', kebetulan huruf pertama bagi nama Pak Long - Omar. Bahuku terenjut-enjut. Sebak dadaku bukan main. Kupejamkan mataku rapat-rapat. Dalam pejam mataku, aku dapat melihat kisah-kisah silam berputar semula seperti tayangan filem. Sungguh jelas. Mula-mula aku dapat melihat Pak Long seperti biasa menegurku dengan penuh sinis, panjang lebar pula seperti orang berkhutbah:


"Ini bukan cerita Hindustan, di mana kau boleh atasi masalah dengan menyanyi rayu atau beritahu masalah dengan hanya menyanyi tanpa berbuat apa-apa. Kau fikir cukup ke dengan air mata sebagai ubat untuk perasaan yang pilu? Ini hidup nyata, Tini. Kau mesti lakukan sesuatu dengan bijak dan realistik. Caranya tiada lain daripada belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, kalau hendak lulus peperiksaan penggal akhir.


"Berdesing telingaku pada ketika itu. Ketika aku dalam Menengah Lima dahulu. Pak Long tidak akan tahu kalau ibuku tidak memandai-mandai mengadu kepadanya. Benciku kepada Pak Long usah dikira lagi. Habis adegan itu, adegan lain menyusul di benakku. Kali ini disebabkan kenakalanku. Ibu amat marah dan kecewa. Marah kerana lidahku telah menderhaka kepada diriku sendiri. Kecewa, kerana aku tidak menunjukkan diriku sebagai wanita yang harus bersifat baik dan dihormati. Aku melihat Pak Long berkhutbah panjang lagi, tidak berhenti-henti macam kereta api ekspres dan dalam satu nafas. Kesian aku tengokkan.


Dia menukas: "Dalam hidup jangan suka berbohong. Jangan suka menipu. Berbohong dan menipu tak menguntungkan. Ini tandanya hati orang itu busuk dan jahat. Dan tidak Islamik. Juga membuat hati seseorang itu tak senang dan tenang. Tak kurang resah. Kalau hendak berhati tenteram kenalah bersikap jujur. Jujur kepada orang lain dan jujur kepada diri sendiri."


Aku membuka mataku. Berbinar-binar seketika. Apabila sudah menjadi sebati dengan keadaan dalam bilik yang diterangi lampu 40 watt, aku memusingkan badanku menghadap siling. Hidungku terasa berair juga. Aku mengesat-ngesat dengan belakang jari telunjuk. Dadaku terus sebak.


Pak Long, teguran Pak Long pada masa itu begitu pedas dan keras. Juga tajam. Dalam diam, Pak Long lebih menunjukkannya kepadaku. Pada tahap ini, aku merasakan apa yang Pak Long katakan itu sedikit pun tidak salah. Memang orang atau lebih tepat aku yang tidak jujur. Sentiasa hidup dalam ketakutan dan keresahan. Takut kerana rahsia buruk dan busuk diketahui orang. Resah kerana orang lain, lebih tepat si Jamil tidak mempercayaiku lagi. Perempuan apakah aku ini?


Pada Hassan aku kata 'cinta'. Pada Jamil pula aku kata 'sayang'. Dan akhirnya tembelangku pecah. Jamil yang amat menyayangiku terluka hatinya. Tergores, disiat-siat pedih dengan belati paling tajam. Maafkan aku, Jamil. Aku telah melaknati kasihmu. Maafkan aku juga Hassan. Astaghfirullah Al –Adzim.


Kini mataku terus memandang siling. Kali ini dalam mata terbuka, adegan lain ligat berputar di ruang mata. Aku dapat melihat Pak Long tidak habis-habis marah dan seperti berkhutbah lagi apabila dia mendapat tahu sikap ibu yang menjengkelkan hatinya. Tetapi puncanya tetap aku juga.


"Bedah, aku sangkakan kau telah berjaya membawa Tini balik ke pangkal jalan. Mengenal Allah setelah dia bertaubat dahulu," tekan Pak Long. "Memang dia telah bertaubat," tingkah ibu bersungguh-sungguh.


Pak Long menggigit-gigit bibir. Kuat-kuat. Dia memandang ibu seperti hendak makan ibu layaknya. Matanya benar-benar mencerlang garang. Merah seperti biji saga. Dahsyat. Aku tahu Pak Long bukan saja marah. Dia sebenarnya berasa pilu berbaur kesal. Pilu kerana ibu katanya hanya pandai menyediakan wang yang mencukupi untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti. Pandai menyediakan selimut dan bantal serta pakaian tebal untuk aku tidur nanti di bilik sewa berhawa dingin di Kuala Lumpur. Kesal kerana ibu katanya lagi, sudah lupa satu perkara yang tidak boleh diambil ringan. Ibu hanya bijak mengambil berat akan kebajikanku termasuk perbelanjaan yang mencukupi serba-serbi itu. Kesian ibu dimarahi Pak Long. Ibu diam dan tidak berani menentang mata abangnya.


Sejak arwah ayah berpulang ke Rahmatullah beberapa tahun lalu itu, dialah yang banyak menolong kami. Pada tahap ini aku berasa lebih kesian kepada Pak Long. Tidak dapat dinafikan kerana daripada mata yang mencerlang garang, dia seperti kanak-kanak yang tiba-tiba kaya dengan air mata. Oh, Pak Long!


Kemudiannya aku tertanya-tanya apakah yang Pak Long kesalkan? Mengapakah ibu dimarah-marah hebat? Aku tidak kecewa kerana dari mulut Pak Long sendiri, dia menyahut pertanyaanku yang satu-satu itu. "Manalah Pak Long tak kesal, Tini," suara Pak Long bergetar panjang. Aku memandang tepat ke muka Pak Long yang air matanya sudah meleleh membasahi pipinya yang cengkung. Aku ingin benar bertanya apa yang begitu dikesalkan sampai ibu kecut apabila dimarahinya. Tetapi sebelum aku sempat berbual demikian, Pak Long yang berusia 60 tahun, lapan tahun lebih muda daripada ibu itu berkata, "Mak kau sudah lupa. Lupa menyediakan sejadah, buku Yasin dan telekung. Apa gunanya bertaubat kalau itu tidak dibekalkan untuk kau, Tini?"


Tersentak aku dibuatnya. Kecur air liurku. Terasa pahit apabila aku cuba hendak menelannya. Manalah tidak pahit kerana kata-kata Pak Long dalam dua ayat itu memang benar belaka. Aku mengutuk diriku sendiri kerana tidak terfikirkan perkara itu. Tidak terfikirkan begitu daifnya aku dan ibuku sendiri. Apakah dalam mengejarkan ilmu dunia, aku menjadi lalai? Kesian ibu. Lebih kesian kini Pak Long yang penyayang itu. Aku tahu kini perasaan Pak Long yang sebenarnya. Betapa remuk hatinya apabila kematian isteri dan anak perempuannya, Azizah. Kalau sepupuku tidak terkorban dalam nahas jalan raya bersama ibunya dulu, tentu dia sebaya denganku. Mungkin inilah agaknya Pak Long begitu mengambil berat terhadapku, seolah-olah aku adalah Azizah yang amat disayanginya. Seolah-olah akulah pengganti Azizah. Seolah-olah akulah penawar rindunya pada arwah Azizah. Seolah-olah aku adalah anaknya sendiri. Pak Long!


Bercakap tentang kesian, aku kini dibawa ke satu masa silam juga yang membuat kesianku kepadanya bercambah. Bercambah kerana Pak Long tidak habis-habis menegurku. Mulutnya seperti murai dicabut ekor, tetapi hatinya pada ketika itu tulus. Susah hendak mendapatkan orang yang baik seperti Pak Long. Aku masih ingat betapa Pak Long terbakar hatinya. Terbakar memikirkan satu lagi halku. Aku tahu kini kalau sikapku yang tamak ketika itu tidak dibetulkan, aku tentu tidak akan selamat dunia akhirat. Aku akan terus khayal dengan hal-hal keduniaan.


"Apa yang kau fikirkan tu, Tini?" Aku tidak segera menjawab. "Eh, budak ni. Mengapa Tini?" "Saya risau dan malulah Pak Long." "Risau? Malu?" "Manalah tak risau dan malu Pak Long. Saya sudah gemuk," sahutku sambil melihat diriku di cermin almari. Jelas terlantun wajahku yang berkulit cerah, berambut panjang, beralis tipis hitam pekat, berbaju agak besar dan berseluar panjang yang tidak pula menampakkan luruh punggung yang kental. Dan yang menjadi isu tubuhku yang sudah bertambah berat. Pak Long tersentak. Sampai kelu lidahnya. Agak lama baru dia menekan keras-keras, "Oh, risau dan malu. Orang-orang zaman sekarang termasuk kau sungguh menjengkelkan. Risau dan malu kerana gemuk konon. Tapi tak pula risau dan malu bila tak sembahyang. Kau nak jadi ahli neraka?"

Kini giliran aku pula tersentak. Lupa sekejap pada rasa malu dan risau kerana sudah gemuk. Terasa teguran Pak Long amat pedas. Amat tajam. Amat pedih. Dalam keadaan tersepit seperti itu, aku menjadi manusia yang tidak berani membantah. Kata-kata Pak Long yang pedas, tajam dan pedih telah terkumpul menjadi satu. Aku memang masih ingat lagi dengan jelas semua itu dan yang paling jelas ialah sesuatu yang paling tidak didugakan menimpa diri Pak Long sendiri. Ibu bagaikan tidak percaya. Mungkin tersalah orang, tekaannya.Bagaimana mungkin Pak Long yang kaya dengan tegurannya padaku suatu masa dulu boleh tersasar begitu rupa? Aku hanya menenangkan hatiku dengan mendesis: "Pak Long juga manusia biasa. Lemah dan serba kekurangan juga. Sekali manusia tersalah langkah, parah. Pada tahap ini tidak dapat disangkalkan telingkah iman dan kufur selalu terjadi setiap detik dan hari. Sekalipun dia kuat sembahyang. Bukankah iblis dan syaitan memang menunggu peluang ke atas mereka yang lalai. Tetapi bagaimana Pak Long boleh lalai?


"Betul mak. Pak Long telah cedera parah. Kepalanya dipukul dan kakinya patah sebelah kanan. Banyak kehilangan darah, tapi Tuhan masih sayangkan dia," terangku kepada ibu apabila mendapat berita daripada kenalannya di Batam. Ibu hanya kaya air mata. Tersedu-sedu menahan sebak dan kesal berbaur marah? Aku ingin mengatakan perbuatan Pak Long amat memalukan, mengecewakan dan mengesalkan. Malu kerana bukankah Pak Long sembahyang tak tinggal. Puasa setia dikerjakan. Zakat fitrah tak pernah lupa. Sedekah tak usah dikira lagi. Kecewa kerana seorang lelaki Muslim seperti Pak Long tergamak menderhaka kepada Tuhan. Kesal kerana seorang yang dihormati seperti Pak Long boleh mudah terpengaruh dengan ajakan kenalan yang jahat dan kerana seorang perempuan muda lagi jelita di Batam itu, dia habis. Imannya tergugah. Punah! Juga aku ingin menambah lagi kerana setitik madu Pak Long menjadi pelupa dan hanyut. Masya-Allah.


Tetapi aku padamkan saja keinginan itu. Tidak mahu hati ibu bertambah luka dan duka. Cukuplah. Hatinya benar-benar terguris. Tersiat maha pedih. Sekalipun Pak Long tersasar, dia tetap abang ibuku. Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Tetapi apabila difikirkan masak-masak, aku menjadi tidak peduli. Kalau kepada ibu tak akan kukatakan dengan lebih lanjut, kepada Pak Long aku masih mahu menegurnya. Kalau Pak Long hendak mengecapku kurang ajar, biarkan. Kalau Pak Long hendak menuduh aku semata-mata membalas dendam ke atasnya, biarkan. Dan jika dia hendak memarahi aku kerana tidak menghormatinya lagi kerana setitik madu itu, aku lebih tidak peduli. Juga biarkan. Ya, aku tidak peduli langsung kalau Pak Long atau ibuku sendiri akan membidas aku sebagai ada jebat yang derhaka dalam jiwaku. Ataupun di dalam hatiku pula ada api yang membara. Yang penting, Pak Long mesti diingatkan. Mesti!


Dan aku pun menunggu masa yang sesuai. Menunggu sehingga Pak Long dipindahkan dari hospital di Batam ke Hospital Besar di tanah air. Pak Long tidak perlu bercerita apa-apa yang terjadi di Batam. Semua orang sudah tahu. Seorang lelaki 60 tahun telah dirompak dan dipukul hingga cedera parah selepas menjunjung piala kasih sayang dengan perempuan muda yang lebih kurang seusia dengan anak saudaranya - 25 tahun. Berdesing telinga apabila ada orang sengaja mempersendakannya dengan penuh sinis: "Orang tua tu 'bum boat'. Mana dia ada tenaga hendak lawan 'speed boat'? Nasib baik dia kena rompak, kalau kojol terus atas katil, macam mana? Kena pelukan perempuan muda, habis! Sejadah tercampak entah ke mana? Kiblat pula entah ke mana arahnya? Cakap saja bijak, tetapi satu habuk pun tak boleh pakai."


Dalam kekesalan dan kekecewaan bebaur marah, terasa kesian pula apabila aku melihat kepala Pak Long yang berbalut. Mukanya lebam-lebam dek ditumbuk. Bibirnya luka-luka ditangani perompak. Dan dengar kata perompak itu kekasih perempuan yang telah mengoyak-ngoyak iman Pak Long. Kaki kanan Pak Long tak terangkat kerana dipukul dengan sebatang kayu. Ada air jernih bergenang di mataku. Agak lama Pak Long di hospital. Apabila sudah agak sembuh, muka dan bibir Pak Long kembali asal. Cuma kaki kanannya tempang apabila berjalan.


Pada suatu pagi di rumahku (Pak Long sudah tinggal bersama kami selepas kejadian itu), aku meluahkan keinginanku yang sudah lama terpendam. Dan tidak lupa aku tambah dengan panjang lebar yang berbunyi begini: "Ingat, Pak Long akan janji Tuhan. Pak Long juga kata, kematian adalah janji Tuhan yang paling akrab dan tidak tergelincir walau sesaat pun. Dia tidak akan mungkir. Jangan tunggu sampai disembahyangkan sebelum sempat bertaubat dan bersembahyang dalam erti kata yang sebenarnya. Biarlah kita mati dalam iman."


Aku menantikan Pak Long yang bersejemput janggut di dagu itu bersuara. Suara yang akan mengecapku kurang ajar. Tuduh aku pendendam. Bidas aku apa saja. Ya Allah mulutnya yang macam mesingan dulu bagaikan kehabisan peluru. Tiada lagi api. Pak Long hanya tunduk sambil mengetap-ngetap bibir. Badannya kulihat menggeletar. Di atas sofa ruang tamu aku terus menyerang, "Pak Long bernasib baik. Wang yang dirompak boleh dicari. Iman yang menipis boleh ditebalkan dengan kembali kepada perintah Allah dengan lebih setia. Tapi nyawa Pak Long tak boleh dicari ganti bila dicabut malam itu."


Pak Long yang kurus tinggi, bermisai nipis dan berambut kerinting agak menipis dan sudah banyak putih daripada hitamnya itu kian tunduk. Ketapaannya kian kuat. Aku terus menambah, "Pak Long, saya sayangkan Pak Long. Manusia manalah yang tak buat silap. Dulu Pak Long pernah menghadiahkan saya seutas tasbih dan mahu saya berjanji supaya teguh dengan taubat saya. Saya patuh. Kini saya hadiahkan seutas tasbih juga. Ini bukan untuk balas membalas. Tidak sesekali. Saya rasa tak salah bagi orang lebih muda seperti saya mengingatkan kepada orang yang lebih tua seperti Pak Long supaya berjanji juga agar tidak kesasar lagi. Ya, berjanjilah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kerana janji Ilahi tak pernah mungkir. Orang yang beriman akan diberi ganjaran yang setimpal. Pak Long masih ingat, 'kan?"


Ya Allah bergetarnya suaraku. Mataku terasa berpasir. Ibu ada pada pagi itu. Dia tidak menegah aku. Dia tahu aku bukannya sengaja hendak mengasari Pak Long. Dia tahu aku sayangkan Pak Long. Dan Pak Long sendiri pun tahu aku amat menyayanginya. Kalau sekalipun dia bukan Pak Longku, aku akan tetap menasihatinya kerana sebagai sesama Muslim bukankah itu satu sikap yang digalakkan agama? Aku bangun berdiri lalu keluar dari bilik untuk ke dapur, hendak membuatkan teh susu panas kesukaan Pak Long. Untuk membasahi tekaknya setelah berwirid panjang nanti. Angin 9.00 malam menyerbu masuk melalui jendela yang terbuka, melenggang lenggokan langsir hijau daun. Ibu di biliknya. Berehat setelah bersolat Isyak bersamaku tadi dan makan ubat. Ibu sering sakit-sakit sejak peristiwa melibatkan Pak Long yang memalukan di Batam dahulu. Peribahasa lama itu ternyata benar dan sahih ke atas dirinya. Apabila ada orang mengejek Pak Long, dia merasa tempias sinisnya. Apabila ada orang mempersendakan Pak Long, dia merasa percikan ejekan pahit itu.


Rumah tiga bilikku di tingkat sepuluh sunyi. Tetapi aku lihat mulut Pak Long tidak pula sepi daripada terus berwirid panjang. Sepanjang rantaian biji tasbih yang kuhadiahkan kepadanya. Hadiah berulit janji yang tidak diingkarinya sejak peristiwa yang menggugat keluarga kecilku. Sebuah janji bukan untuk diriku atau dirinya sendiri, tetapi lebih kepada janjinya kepada Tuhan yang benar-benar pula tidak mungkir janji-Nya.




**Biodata Penulis PETER Augustine Goh adalah nama pena bagi Iskandar Goh Mey Teck. Dilahirkan di Melaka pada 1953 dan menerima pendidikan di Malaysia selain Singapura. Terbabit dalam genre cerpen, novel dewasa, novel kanak-kanak, puisi, drama TV dan radio serta kritikan sastera. Memenangi sejumlah anugerah sastera termasuk Hadiah Pena Mas (Kategori Cerpen) 1995, 1999 manakala puisi (2003). Novel terbarunya, Warna Sebuah Penghijrahan, menemui khalayak pada 2005 dan antologi cerpennya, Hati Yang Terusik, (2006). Warna Sebuah Penghijrahan turut disenaraipendekkan untuk Hadiah Sastera Singapura (Bahagian Melayu) 2006. Kini bertugas sebagai penterjemah dalam perkhidmatan awam di Singapura.



~~Cerita yg menyentuh hati..=( Iman manusia adakalanya nipis, dan ada kalanya menebal. Bagi orang yang berilmu, doanya pada Ilahi supaya memelihara dirinya dari kemungkaran terutama ketika imannya sedang menipis....=)

.:SEBUAH PEMERGIAN:.


Kematian. Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya. Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak-anak,ibu,ayah,adik beradik sepupu,jiran,rakan,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.

Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??

Ketika peperangan Mu’tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak-anaknya dibelai oleh kenalan-kenalan,kawan2 rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak2ku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??..Apakah anak2ku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??…Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya..Jadi,dengan menggembirakan anak-anak si mati,sekurang2nya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak-anaknya.

Keduanya,memberi/memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.


Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.

sumber: iLuvIslam.com


***al-fatihah buat arwah ibu kepada kakak senior '05 yg telah kembali ke rahmatullah..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau..moga kakak tabah menghadapi ujian dari Allah..tanda kasihNya..zikrul maut..sentiasa dekat dgn kita..mengingatkan kita "kullu nafsin zaiqatul maut"..setiap yg bernyawa pasti akan mati.....

.:DARURATNYA BERUBAT:.



Daruratnya berubat, iaitu ketergantungan sembuhnya suatu penyakit pada memakan sesuatu dari barang-barang yang diharamkan itu. Dalam hal ini para ulama fiqih berbeza pendapat. Di antara mereka ada yang berpendapat, berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat memaksa seperti halnya makan.


Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadis Nabi yang mengatakan:

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)


Sementara mereka ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggapnya berubat itu seperti makan, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan kelangsungan hidup.

Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan haram kerana berubat yang sangat memaksakan itu, ialah hadis Nabi yang sehubungan dengan perkenan beliau untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam yang justru kerana penyakit yang diderita oleh kedua orang tersebut, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah terlarang dan diancam.


Barangkali pendapat inilah yang lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundang-undangan dan rekomendasinya.


Tetapi perkenan (rukhsah) dalam menggunakan ubat yang haram itu harus dipenuhinya syarat-syarat sebagai berikut:


1. Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat.

2. Tidak ada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.

3. Adanya suatu pernyataan dari seorang dokter muslim yang dapat dipercaya, baik pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).


Kami katakan demikian sesuai dengan apa yang kami ketahui, dari realita yang ada dari hasil penyelidikan dokter-dokter yang terpercava, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan barang-barang yang haram seperti ubat.

Tetapi kami menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar ikhtiyat’ (bersiap-siap dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap muslim, yang kadang-kadang dia berada di suatu tempat yang di situ tidak ada ubat kecuali yany haram.


sumber:PAPISMA

.:PROGRAM..OH PROGRAM...:.

Assalamu'alaikum wbt...
hmm..terasa nak menulis plak..

actually..baru2 ni..letih sangat2...program berturut2....
walaupun hanya dalam masa 2 hari je...
dari 19/4 sampai 20/4..sabtu ahad ku penuh dgn program...
sama ada jadi 'abidNya(MABIT), jadi panitia(Saphire3),n jadi AJK Logistik(MSB)

Perasaan ana lps join program2 tu..?

:: MABIT (Mlm Bina Iman n Taqwa) = Terasa Tenang...=)

:: Saphire 3 (Spiritual & Medical preparation of brides will be) = Terasa Girang...=D

:: MSB (Mlm Seni Budaya) = Terasa Kesian...=(

Secara ringkasnye...

.:MABIT:.

Masa MABIT kat masjid habiburrahman, bandung..Alhamdulillah..dpt pengalaman, ilmu n menguji kekuatan jasmani n rohani..=)Ceramah dari Ust Ahmad Humaidi (dari Ikatan Da'ie Indonesia) tentang "KEPIMPINAN DALAM AL-QURAN"..alhamdulillah..menarik jugak..byk jugak dapat..

Nama ust tu mcm adikku, Hasan Humaidi..bile pulak ateh nak dengar ceramah dari Ust Hasan Humaidi ni ye...?=) InsyaAllah suatu hari nanti...esok(23/4) dah masuk 17 tahun..makin beso Acu ku ni...=p..Achik pun dah 18thn(19/4)..nak sambung blaja mane plak tu ye..moga dapat yg terbaik..Perkahwinan abah ummi lak dah berusia 21 ek?(18/4)kan..sbb thn lepas ke20..alhamdulillah..moga kasih sayang antara abah ummi n anak2 abah ummi yg comel2 ni tetap utuh n kukuh..mekar selama2nya dlm Redha Ilahi...ameen~hehe=p..ni dah kluar tajuk nih..he..homesick katekan...huhu=( Konklusinye...ketenangan sgt terasa..dengan alunan syahdu kalamullah dari imamnya..3 juz/malam terasa bermakna n indah sekali kalamMu ya Allah..Mendapat kekuatan utk terus berdiri..setia di dlm saff..=)

Boleh Rujuk Nisa':59, Nisa':144, Nisa':5, Baqarah:247, Yusuf:55, Nisa':58, Nisa':34 untuk mengetahui ciri2 pemimpin dalam AQ..


.:SAPHIRE 3:.

Then, Saphire 3 plak..program khas utk kaum muslimat utk mendapatkan tips persediaan ke alam perkahwinan...hehe.Lawak je bunyi..=P Walaupun jadi panitia, tak terasa pun jadi panitia,sebab tak ade keje pun..banyak kakak2 indonesia yang buat.takpelah kan..=) Penulis buku, Salim A.Fillah mmg best...bagi tips macamana nak jadi isteri yg solehah....=) sebab tu Terasa Girang..sambil2 tu..biasalah..penulis asyik promote buku die.."Bahagianya Merayakan Cinta"..macam menarik..insyaAllah akan diusahakan utk beli buku tu.hehe..nanti2 lah..byk lagi buku x habis baca nih..n yang best jugak..ana sempat la amik autograf die.dapatla sign die dalam buku ku yg x di khatam lg.."Agar Bidadari Cemburu Padamu"..hehe. Banyak diterangkan mengenai fitrah lelaki dan perempuan n jugak komponen2 yang penting dalam rumahtangga..Tengok muslimat lain semangat je..mungkin sbb penceramah yg mantap..mungkin jugak sebab hari bahagia die bakal tiba tak lama lagi..hehe.tapi, dalam pengisian yang best tu..sempat jugak ana tidur..hmm..apekan daya..he..=) letih..tertinggal berape tips dah tak tau la..he^^, lepas rest jap utk solat zohor..tak pegi dah..balik bilik rehat. siap ke MSB yg akan berlangsung smpai lewat malam..huhu~~

.:MSB:.

MSB plak...Sebagai AJK logistik yg berjalan berulang-alik,naik turun pentas,uruskan bas..Terasa "kesian"...nape rase kesian..?kesian kat diri sendiri, kawan2 n kat orang lain yg hadir malam tu...kenape tu...???hmm...jawapannya..biarlah rahsia...di hati ini, hanya Tuhan yang tahu..DIA YG MAHA MENGETAHUI...=( Biar ape orang kata..ana yakin, Allah tahu ape sebenarnya yg tersirat di hati ni......derita dilema yg dihadapi...


Akhirul kalam, alhamdulillah..segalanya dah selesai..pesanan pada diri...ape yg baik..jadikan teladan,simpan n amalkan..teruskan mencari ketenangan hakiki yg didamba..ape yang buruk jadikan sempadan n pengajaran utk masa akan datang......tiada guna penyesalan tanpa usaha utk meningkatkan kelemahan diri n mengelak dari kesilapan yg sama berulang kembali.......

Yg tinggal sekarang..bola tampar..alhamdulillah 3x menang berturut2..esok final..semoga kemenangan milik kami~ameen~bola jaring for karnival sukan..malas nak masuk plak..next time lak ye..he..walaupun rindu nak main mcm zmn muda2 dlu..tp xpela..tahan jap la..=) bagi peluang kat orang lain..hehe=p Bola Tampar utk karnival sukan mmg x blh masuk sbb ade ISK..


:: Update: Pasukan Volley ball Fakultas Kedokteran '07 menjadi JOHAN dlm Olympiad 08.Alhamdulillah~great!

~Tiba-tiba dipanggil masuk main Galah Panjang masa karnival Sukan hari tu..tak ingat dah nak main mcmmana..kalah 2 games..malu2..pastu, tukar orang lain bila ramai yang datang tengok..kacau je..baru je nak wat betul2..he=)

ok..rasenye,itu je yang nak di coretkan utk kali ni...barakallahufiikum...~~

"Ya Rabbul 'Izzati..Lindungi diriku dari murkaMu..Tunjuki aku ke jalan lurusMu..Kuatkan aku menggapai RedhaMu..Kasihi diriku mencari cintaMu..Berkati aku dalam urusan hidup dan matiku..berikan aku cahaya bahagiaMu dunia dan akhirat..ampuni daku atas dosa2 ku..Jauhkan aku dari api JahannamMu..Tempatkan aku dalam JannahMu...Ameen ya Rabb~~"

::~Biar kepahitan itu pergi..agar kemanisan mengisi~::


~MABIT di Masjid Habiburrahman~



~Moga Ukhwah berpanjangan~


~Saphire 3~

~MSB:Malam Seni Budaya~











18 April 2008

.:HaBiT4 : ThiNk WiN-WiN UtK SuRvival DaKwaH:.


“Saya tidak akan menang kecuali ada yang kalah”, kata Ahmad.
“Betul, jika ia sebuah pertandingan. Tetapi hakikat kehidupan kita bukan suatu pertandingan. Ia adalah suatu realiti yang kita boleh menang bersama”, jawab Syarif.


“Betulkah begitu? Bukankah sudah sekian lama kita hidup dalam dunia pertandingan? Sejak Darjah 1 lagi. Kalau tak dapat nombor 1 hingga 30, tentu sahaja masuk ke kelas 2 Bakti dan bukan lagi 2 Aman. Silap-silap tercampak ke 2 Erat”, sambung Ahmad pula.


“Ya, sebab itulah susah untuk Think Win-Win kerana kita hidup dan membesar di dalam dunia Win-Lose atau jika dua Win-Lose gagal beralah, ramai pula yang memilih Lose-Lose”, ujar Syarif sambil mengenang-ngenang kembali PUISI 2006 yang ditelitinya dari Saifulislam.Com.


THINK WIN-WIN

Ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mendokumenkan Habit 4 iaitu Think Win-Win, selepas 3 habit yang pertama telah selesai saya nukilkan.

Jawapannya mudah.

Terlalu sukar untuk menulis tentang Think Win-Win, sebagaimana susah untuk mempraktikkannya. Kita sudah benar-benar selesa hidup, makan, minum, belajar, bekerja malah berdakwah dengan Think Win-Lose.

Pemikiran Win-Lose terbit dari sangkaan diri bahawa dunia ini miskin kebaikan. Pemikiran yang membayangkan bahagian masing-masing seperti sebuah kek. Jika engkau makan potongan yang besar, maka ia akan mengecilkan bahagianku!


Lantas kita sentiasa bertanding di luar pertandingan. Hasilnya tidak ada sesiapa yang menang. Menang atas kekalahan orang lain, bukanlah kemenangan yang bermakna. Ia umpama enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.

Sakit apa?
Sakit iman. Memanjat kejayaan dengan memijak orang lain.
Paling malang, apabila pemikiran Win-Lose ini menguasai jiwa daie. Bertanding di dalam dakwah.

Saya pernah menempuh pengalaman yang mengajar saya betapa peritnya berdakwah di dalam kerangka Win-Lose.


PENGALAMAN PAHIT

Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, saya sungguh berhasrat untuk memberikan sepatah dua kata menyambut kedatangan pelajar baru tahun itu. Atas kapasiti saya sebagai Imam, saya bertemu dengan pelajar Muslim baru dari pelbagai negara yang datang belajar di The Queen’s University, Belfast. Namun sudah tentu saya juga mahu bercakap secara khusus kepada pelajar Malaysia yang senegara dengan saya.


Lantas sebuah program diatur semenjak seminggu dua sebelum pelajar baru tiba, dan ia adalah amalan biasa bagi komuniti pelajar Malaysia. Tiba-tiba saya dikejutkan apabila ada pula pelajar senior lain yang mahu mengadakan program pada tarikh dan masa yang sama. Untuk berkelakuan rasional dan berfikiran Win-Win, saya mengajak pelajar yang mahu bercakap itu untuk bersama-sama di dalam program yang telah dirancang ini.


Malah saya menawarkan diri untuk bercakap hanya setengah jam, supaya setengah jam berbaki diisi oleh pelajar tersebut.


Prioriti utama ialah, saya tidak mahu pelajar baru diletakkan di dalam suasana terpaksa memilih. Ia bukan pertandingan populariti, tetapi ia adalah tanggungjawab agama yang maqasidnya adalah pada mengumpulkan manusia di dalam kebaikan.


“Agar kamu tegakkan agama, dan janganlah pula kamu berpecah belah di dalam urusan itu”
(Al-Syura 42: 13)


Beberapa panggilan telefon dibuat untuk mencari kata sepakat. Tetapi masa dibuang dari pagi hingga lewat malam tanpa penyelesaian kerana Win-Lose adalah jenayah kepada dakwah.


“Ustaz ambil pelajar lelaki dan biar pelajar perempuan datang ke program kami”, katanya.
“Apa? Apakah kalian ini feminist atas nama dakwah?”, mengapa yang lelaki disingkirkan dari manfaat jika benar dakwah kamu substancenya adalah kebaikan?”, tersirap darah saya menerima cadangan itu.

Selepas puas berdiskusi, akhirnya saya pula disinggung sebagai ‘outsider‘ yang sepatutnya ke tepi.

Lambakan gerakan Islam yang ada di Malaysia belum berupaya memenangkan Islam kerana mereka sangat berminat untuk bertanding di dalam dakwah. Kemenangan hanya dapat dicapai di atas kekalahan orang lain!


Jika soal pilihanraya yang dimaksudkan, maka amat sahih hanya satu kemenangan yang boleh diwartakan. Tetapi soal Tarbiyah, pemuliharaan spesis manusia agar keluar dari Jahiliah kepada Islam, Win-Lose telah membazirkan masa dan manusia.

Lose-Lose jua yang sering terhasil..

REFORMASI 1998

Besarnya hikmah di sebalik Reformasi 1998, gerakan Islam diajak bermuhasabah dan tiada peranan yang signifikan boleh dimainkan oleh sesiapa jika setiap satunya masih terperangkap di dalam kesumat Win-Lose. Kita harus mencari titik pertemuan, bukan untuk bertolak ansur semata, tetapi untuk mencipta suatu momentum yang berkesan ke arah memenangkan Islam.


Tetapi Win-Lose itu sudah melekat pada hemoglobin darah mujahidin dakwah kita, terlalu sukar untuk mempercayai bahawa kemenangan sebenar ialah pada keupayaan diri membawa orang lain untuk sama-sama berjaya. Berjaya sendiri-sendiri adalah kepalsuan yang menipu.


Apabila mereka yang berjuang atas nama Islam gagal melakukan hijrah dari Win-Lose kepada Win-Win, akhirnya pencapaian kita pada ulangtahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, adalah Lose-Lose. Semakin kita sangka yang kita berdakwah, semakin rancak orang melarikan diri dari Islam. Kerana pseudo mujahid ini tidak mahu mencari kemenangan Islam, sebaliknya lebih berselera mencari kemenangan sendiri-sendiri.


PAS


Antara pencetus kepada pemikiran Win-Lose ialah pada superiority complex. Lawannya ada inferiority complex yang sentiasa membiarkan dirinya menjadi tempat orang mengelap kaki. Ia adalah Lose-Win.


Untuk itu saya sering mencadangkan sahabat-sahabat yang mahu menggunakan alasan PAS sebagai jemaah tertua sebagai alasan untuk ‘mewajibkan’ penyertaan bersamanya, agar membuat semakan semula terhadap pendekatan sebegini.


Di zaman orang berani berfikir dan bercakap apa sahaja, nanti yang tertua itu akan disendakan sebagai terbongkok, ternyanyuk dan tertinggi tekanan darahnya. PAS sebagai jemaah tertua, tetap jemaah tertua. Tetapi keistimewaan menjadi jemaah tertua, ialah pada kelebihan pengalaman dan pelajarannya di dalam senario dakwah dan politik Malaysia. Tawarkan ia sebagai suatu kelebihan, dan bukannya hak yang menekan.


Menawarkan kelebihan, lebih berkesan dalam mencipta kawan tanpa perlu mengambil risiko membiakkan lawan.


Alhamdulillah pendekatan yang proaktif ini semakin mudah diterima, khususnya di kalangan generasi muda yang mempunyai prospek yang tinggi terhadap angin perubahan. Jika ia belum begitu membantu PAS dalam menambah keahlian sekali pun, ia meramaikan orang yang memahami dan tidak memusuhi PAS.

Saya yakin gerakan-gerakan Islam sedang rancak menjana perubahan ke arah Win-Win ini.


ABIM


Alhamdulillah dengan sikap yang positif, saya tidak berdepan dengan apa-apa masalah malah menghargai peluang dari sahabat-sahabat di dalam ABIM yang sering mengajak saya kepada dialog dan kerjasama. Saya telah beberapa kali mengisi program di Anjung Rahmat dan semua orang saling mengambil manfaat. Diskusi saya bersama kepimpinan ABIM juga menyegarkan jiwa dakwah atas keyakinan semua bahawa Win-Win adalah kunci kejayaan.

Saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang penasihat Gabungan Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang diusahakan oleh tenaga-tenaga muda ABIM, sebagai mengambil manfaat dari serba sedikit pengetahuan saya di dalam Sejarah, khususnya Kajian Othmaniyyah. Sifat saling hormat menghormati dan terbuka kepada dialog dan kerjasama, menghasilkan banyak kebaikan yang pulangan manfaatnya ialah kepada Ummah. Itu keutamannya.
Tetapi kesedaran di peringkat tinggi ini selalu hanyut di tengah jalan apabila di peringkat akar umbi, masih ramai yang suka meneruskan tradisi Win-Lose.


TIDAK YAKIN DENGAN KEFAHAMAN SENDIRI


Win-Lose ini juga menghasilkan tabiat yang merugikan bagi gerakan dakwah khususnya di peringkat pelajar. Setelah berpenat lelah berebut potongan kek ketika kedatangan pelajar baru, masing-masing cuba membina tembok menghalang dialog dan muzakarah. Sedangkan prinsip utama dakwah ialah pada membina jambatan.


Setiap pendakwah harus yakin dengan apa yang dirinya faham tentang dakwah dan fikrah itu sendiri. Tajarrud, kata Hasan al-Banna. Secured with your own faith and understanding, adalah kunci untuk membolehkan kita menggalakkan persefahaman. Maka perbuatan cuba melarikan ‘ahli’ dari memahami orang lain, menyekat maklumat dan pendedahan, adalah suatu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan di era ICT seperti ini.


Sebuah gerakan dakwah sebenarnya menghina dan menganggap bodoh ahlinya dengan menyekat mereka dari dialog dan meraikan keluasan input.


Jika gerakan dakwah gagal melahirkan daie yang berani mendedahkan diri kepada cabaran pemikiran, maka lupakan sahaja agenda untuk memenangkan Islam. Cukup sekadar meletakkan sasaran menjadikan jemaah masing-masing sebagai alat menjaga diri dari terseleweng, dan bukannya sebuah force untuk memenangkan Islam.


Sikap-sikap negatif oleh penyorok dan orang yang menyorok di balik tembok yang dibina ini, adalah hasil kegagalan menghayati tabiat-tabiat positif yang diolah melalui 7 Habits. Iaitu kegagalan menghayati substance Islam sebagai Din yang mewajibkan penganutnya berdiri yakin terhadap prinsip dan pendirian, bukannya sepanjang hidup menyumbat jari ke telinga dari mendengar.


Jika takut mendengar, bagaimana bisa boleh suaramu sendiri didengar orang? Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood akan membicarakannya dengan panjang lebar lagi, Insya Allah.


BAGAIMANA MENJANA PEMIKIRAN WIN-WIN?


Titik tolaknya ialah pada Be Proactive. Berpemikiran positif dan cenderung kepada manfaat dan penyelesaian. Dorongannya ialah pada Begin with the End in Mind kerana Lose-Lose adalah kesudahan yang dijanjikan bagi pertembungan Win-Lose yang tegar. Langkah mempraktikkannya ialah Put First Things First iaitu pada mengutamakan kepentingan ramai dan kejayaan bersama, berbanding kelakuan kanak-kanak yang berebut potongan kek.


“Bahagianku kecil kerana engkau makan besar”


Namun kita yang sudah dewasa dalam dakwah harus bersedia untuk kenduri buffet bahawa ia adalah sebuah kehidupan yang memiliki kebaikan yang cukup untuk dikongsi bersama. LIFE IS AN ALL-YOU-CAN-EAT BUFFET.


Rombak kembali kepada kefahaman kita terhadap pemikiran Win-Win Rasulullah SAW di dalam Perjanjian Hudaibiyah.


Put First Things First amat berkait rapat dengan persoalan nilai yang dipegang dalam kehidupan.


Maka Think Win-Win juga amat rapat kaitannya dengan nilai.
Mengapa suami dan isteri mudah mencari persefahaman? Mengapa ibu bapa dan anak-anak lebih mudah beralah berbanding kita yang duduk dalam organisasi?


Kerana di dalam sebuah rumahtangga, suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak berpegang kepada nilai kasih sayang dan tanggungjawab. Kedua-duanyalah yang membentuk sebuah rumah tangga dan keluarga.


Titik tolak kepada kesediaan kita untuk Think Win-Win, adalah pada sejauh mana dada dan hati kita luas dengan perasaan kasih sayang serta tanggungjawab. Kasih sayang kerana kita bersaudara atas iman. Tanggungjawab iaitu pada memikirkan maslahah ummah yang hanya terbela apabila para Dhu’at berfikiran Win-Win.


Ukhuwwah berkadar terus dengan iman. Tinggi iman, tinggilah ukhuwwah. Susut iman, lerailah ukhuwwah.


Pada seruan Think Win-Win itu, marilah rakan.. nu’min sa’ah!



ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/56000 Kuala Lumpur

.:SIAPA DI SEBALIK AL-QURAN??:.

“Quran ini, Quran itu, Quran bla bla bla…”, tidak habis-habis orang memperkatakan tentang al-Quran.
Terkini, seorang ahli politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders pun bercakap tentang al-Quran. Percakapannya menjadi fitnah kepada dunia, sesuai dengan tajuk filemnya itu sendiri, Fitna.

Ramai pihak yang mahu mengkritik, menghentam, membela atau mempertahankan al-Quran, terlepas satu proses yang penting. Proses yang disepakati oleh sesiapa sahaja yang bercakap dengan rasional dan berakal waras, tanpa mengira agama.


Proses yang saya maksudkan itu adalah proses menganalisa kesahihan al-Quran.


Di dalam disiplin sejarah sebagai cabang sains sosial, sebelum satu-satu bahan mahu dijadikan rujukan kajian, proses menganalisa ketulenan bahan tersebut harus dilakukan terlebih dahulu.


Apakah benar duit syiling yang ditemui itu, merupakan syiling asli, atau syiling palsu. Apakah benar teks tulisan seorang tokoh itu, benar-benar ditulis oleh beliau, dan teks itu merupakan teks asal.
Atas dasar yang sama, proses mengedit dan menyaring manuskrip, memerlukan kepada sekurang-kurangnya tiga salinan berbeza untuk manuskrip yang sama, supaya perbandingan boleh dibuat bagi mengawal ketulenan bahan yang dikaji.


Soalnya, sebelum debat atau kritikan mahu dikenakan ke atas al-Quran, seseorang itu harus memeriksa adakah al-Quran itu benar, tulen, atau palsu serta rekaan semata-mata.
Logiknya mudah.


BUKU PETA


“Hmm, nak kena beli A-Z London ni. Takut sesat”, kata Ahmad ketika di Lapangan Terbang Heathrow. Baru pertama kali beliau menjejakkan kaki ke kota London.
Ahmad menuju ke kedai buku, untuk mencari peta yang boleh memandunya selama keberadaan beliau di kota London.
“Hmm… printed in Bangalore!“, Ahmad terkejut.
Peta yang cantik, komprehensif dan murah di tangannya itu dicetak di Bangalore. Peta London dicetak di India!
“Aduh, printed in 1985!”, kata Ahmad menambahkan terkejutnya dia.
Peta London dicetak di Bangalore, India, pada tahun 1985!


Apakah Ahmad akan membelinya untuk dijadikan panduan agar tidak sesat semasa berada di kota London? Tentu sahaja Ahmad tidak akan membelinya. Ahmad meragui kesahihan peta tersebut, biar pun ia diberikan percuma.


Benar sekali. Kita tidak akan jadikan sesuatu yang kita ragui kesahihannya sebagai panduan..


QURAN PULA


Cuba lihat al-Quran.
Di’turun’kan di Arab Saudi.
Masya Allah. Fahamkah al-Quran ini dengan isu di Eropah atau di Malaysia?
Di’turun’kan bukan pada tahun 1985, tetapi lebih 1430 tahun yang lalu!
Allahu Akbar! Apakah al-Quran ini faham situasi manusia pada tahun 2008 sedangkan ia sudah wujud lebih seribu tahun yang lalu.


Sejauh manakah keyakinan kita kepada kesahihan al-Quran?


“Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” [Al-Baqarah 2: 1-2]


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk, bagi orang-orang yang bertaqwa. Tetapi syarat besarnya ialah, al-Quran itu tidak dihinggapi keraguan.

Tiada keraguan di dalamnya. Maka menjadi ujian bukan sahaja ke atas manusia yang tidak atau belum mempercayai al-Quran, bahkan kepada Muslim yang mendakwa dirinya pengikut al-Quran, harus membuat ketentuan, di manakah letaknya keyakinan beliau tentang kesahihan al-Quran.


Jika seorang Muslim mempercayai bahawa al-Quran itu merupakan kalam Allah, Tuhan yang Satu, maka di manakah buktinya?


Jika seorang non-Muslim mahu mempertikaikan al-Quran, bercakap tentang al-Quran, mengimani atau mengkufurinya, sudahkah diperiksa kedudukan al-Quran tersebut? Jika anda menolak al-Quran, apakah alasannya? Jika anda mahu mengimaninya, apakah asasnya?


Oleh yang demikian itu, setiap kita harus mengimani al-Quran yang dipilih, bukan menerima al-Quran sekadar suatu warisan. Soalnya, di manakah kesahihan al-Quran itu mahu ditentukan?


BAHASA


Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk memeriksa al-Quran. Apakah ia benar kalam Tuhan, kalam insan, atau apa?


Permulaannya, mungkin pada aspek bahasa.


Bagi yang pernah belajar bahasa Arab, cuba semak kembali karangan Bahasa Arab kita semasa SRP / PMR beberapa tahun yang lalu…


“Hadhizi madrasati. Madrasati kabiratun, waasi’atun, mulawwanatun, jamilatun, mahbubatun…!”, tahniah, anda telah mendapat ‘A’ untuk Bahasa Arab setaraf itu.


Malu rasanya membaca tulisan sendiri. Betapa rendahnya kualiti Bahasa Arab kita pada masa itu, berbanding dengan beberapa tahun selepasnya. Sama juga dengan bahasa-bahasa yang lain.


Cuba lihat al-Quran. Mampukah dari aspek bahasa, kita bezakan ayat-ayat tahun 1, dan ayat-ayat tahun ke-23? Nampakkah bezanya dari segi bahasa di antara Iqra’, Bismi Rabbikalladhee khalaq dengan Idhaa jaa’a nasrullaahi wal fath?


Bahasa al-Quran sungguh konsisten. Tiada bahasa matang dan pra matang dalam tempoh 23 tahun ia terbentuk.


Nyata sekali, konsistensi bahasa al-Quran adalah sesuatu yang mustahil untuk manusia. Tiada manusia yang mampu mengekalkan konsistensi bahasa seperti bahasa al-Quran.


Jika tiada manusia yang mampu berbahasa secara tinggi lagi konsisten sebagaimana bahasa al-Quran, maka tidak masuk akallah untuk al-Quran itu dinisbahkan kepada mana-mana manusia, biar sepakar mana sekali pun dia di dalam bahasanya, kerana konsistensi bahasanya di luar kemanusiaan.


Sesungguhnya ia bahasa Tuhan. Pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu bukan manusiA. Bukan Muhammad. Sesungguhnya Dia yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Tuhan. Allah Subhanahu wa Ta’aala Pengucap firman.


Tapi sudah tentu, untuk memeriksa kesahihan al-Quran dari sudut ini, anda harus punya upaya Bahasa Arab.


ASBAB NUZUL (SEBAB TURUN AYAT)


Ketika Aishah radhiyallahu ‘anha difitnah oleh golongan Munafiq dengan tuduhan zina (Kisah al-Ifk), Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh umat Islam hidup dalam keresahan. Rancaknya golongan Munafiq mengadu domba memburuk-burukkan Ummu al-Mu’mineen ketika itu, ditambah lagi dengan tiadanya ‘hujah pembelaan’ dari al-Quran.


Jika al-Quran ini karangan Muhammad, maka pada saat-saat itulah Muhammad sangat perlu mengarang sesuatu untuk membela isterinya. Tetapi ia tidak berlaku sedemikian rupa. Tatkala isterinya terfitnah, ujian ditambah dengan ‘tiada’nya ayat al-Quran baru yang ‘turun’ membela. Hingga Muhammad sendiri terdongak-dongak ke langit menunggu sesuatu.


Kerana al-Quran itu adalah kalam Tuhan. Firman Allah. Semasa Aishah terfitnah, Allah menguji Muhammad S.A.W, Aishah dan seluruh umat Islam dengan ‘menahan’ wahyu. Hinggalah akhirnya Allah membebaskan Aishah dan membersihkan maruahnya dengan terwahyunya ayat-ayat di dalam surah an-Nur (24 : 1-26)


Ia suatu peristiwa yang dicatatkan sejarah, betapa Muhammad tiada upaya untuk mendatangkan al-Quran, biar pun pada saat yang paling kritikal, melainkan pada apa yang diterima oleh baginda dari Sumber al-Quran, iaitulah Tuhan, Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri.


Namun sudah tentu kisah ini tidak relevan bagi yang menolak literature Muslim, khususnya Hadith Nabi Muhammad S.A.W.


MATEMATIK YANG UNIVERSAL


Mencari kebenaran al-Quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan kepada pendekatan yang lebih universal. Bahasa sejagat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeda manusia dari binatang.


Gunakan matematik dan teori kebarangkalian yang kita semua tahu.


Kita semua sedia maklum bahawa di antara keistimewaan al-Quran ialah pada kewujudan fakta-fakta Sains yang mengagumkan. Begitu banyak penemuan Sains yang hanya ditemui pada era moden ini, telah tercatat dengan jelas di dalam al-Quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh dari upaya manusia menganalisa alam dengan disiplin sains.


Dari manakah datangnya fakta-fakta yang betul itu?


“Aghhh… mungkin hanya lucky guess!”, jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-Quran.


Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta Sains di dalam al-Quran hanya lucky guess, oleh ‘penulis’nya bernama Muhammad.


Dengan menggunakan teori kebarangkalian, mampukah Muhammad membuat ‘lucky guess‘ di dalam al-Quran?




Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan satu balingan? Jawapannya adalah satu perenam (1/6). Berapa pula kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan dua balingan? Jawapannya adalah satu perenam kali satu perenam bersamaan satu pertiga puluh enam (1/6 X 1/6 = 1/36).


Gunakan teori yang sama untuk menganalisa fakta Sains di dalam al-Quran.
Misalnya, di dalam al-Quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari. Jika Muhammad mahu membuat suatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang dari sumber yang lain, maka berapakah kebarangkalian untuk Muhammad membuat tekaan yang betul?


Pasti, kebarangkaliannya adalah satu perdua (1/2). Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya dari sumber lain.


Itu satu fakta Sains.


Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-Quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi. Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk dari apa… jika setiap satu fakta Sains di dalam al-Quran ini mahu disampaikan secara lucky guess oleh seorang manusia bernama Muhammad, maka berapakah kebarangkalian Muhammad untuk membuat tekaan yang betul?



1/2 X 1/6 X 1/25 X 1/78…. ada seribu fakta Sains di dalam al-Quran, maka kebarangkaliannya ialah 0.00000000007686443547657… dan angka itu berterusan… atau dalam erti kata yang lain… MUSTAHIL!!!


Namun, kesemua fakta Sains di dalam al-Quran itu adalah TEPAT dan BETUL.


Maknanya, yang bercakap di dalam al-Quran itu mestilah satu pihak yang SANGAT TAHU tentang manusia dan alam. Tidak lain dan tidak bukan, pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Pencipta alam dan Pencipta manusia… itulah Tuhan, itulah Allah … Allahu Akbar!
Probability theory boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-Quran.


SAINS SEBAGAI ALAT


Saya menulis artikel ini, bukan dengan maksud mahu membuktikan bahawa di dalam al-Quran ada sains. Itu sudah menjadi cliché.


Kita harus kembali kepada keterangan al-Quran bahawa segala isi kandungannya datang dengan maksud menjadi PETUNJUK (Huda). Maka kegunaan sains di dalam al-Quran adalah untuk membantu manusia mencari petunjuk. Jika sains diangkat sebagai penentu kebenaran, secara empirikal bagai dikata, maka ujilah al-Quran dengan sains.


Sesungguhnya soalan terbesar yang harus diselesaikan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap tentang al-Quran ialah SIAPA DI SEBALIK AL-QURAN ITU?


Benarkah ia kalam Tuhan?
Mampukah al-Quran dipercayai sebagai bukan kalam Tuhan?


Jika anda bertemu dengan Tuhan dalam pencarian jawapan ini, segala ketidakfahaman anda tentang maksud al-Quran, adalah bukti kejahilan diri, bukannya kecacatan al-Quran, kerana ia adalah kalam Allah, Tuhan yang Maha Suci.
“Mengapa kamu tidak merasionalkannya?” [Al-Anbiyaa’ 21 : 10]


ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur
***Pokok pangkalnya ialah bagaimana nak ‘merasai’ bahawa Allah itu dekat dengan kita.Kita takkan rasa kalau kita tak yakin&percaya.Apabila sudah yakin…cakaplah apa saja tentang AL QURAN pasti kita akan dapat lihat betapa banyak hikmah dan pengajaran di dalamnya..Ruh kita telah yakin&percaya pada Allah tetapi penyakit hati dan sombong sahaja yang menjadi hijab menyebabkan kita tak dapat nak lihat kebenaran atau kebatilan..

“Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedang mereka (sebetulnya) bukanlah orang-orang yang beriman”(QS. AL BAQARAH : 8 )

“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, tetapi mereka hanya menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar”.(QS. AL BAQARAH : 9)

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan untuk mereka siksaan yang pedih, disebabkan mereka berdusta”.(QS. AL BAQARAH : 10)

Orang yang tidak beriman itu tidak dapat menipu orang yang benar2 beriman dengan perbuatan dan kata-kata mereka.Sungguh CANTIK AJARAN QURAN…
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR..MASYA’ALLAH…
Bukti kebenaran Al-Quran adalah menurut pembacanya.
Benar Al-Quran bagi orang sains adalah dengan bukti penemuan sains moden yang selari dengan Al-Quran.
Benar Al-Quran bagi orang sastera adalah dengan ketinggian gaya bahasa Al-Quran yang tiada tandingan serta perumpamaan-perumpaan yang tepat.
Benar Al-Quran bagi orang matematik adalah dengan ketepatan nilai numerologi Al-Quran.
Benar Al-Quran bagi orang feqah ialah dengan relevannya hukum Al-Quran pada sepanjang zaman.
Oleh itu sahabat2 ku.....
Janganlah jadikan Al-Quran hanya sekadar lembaran biasa yang dibiarkan berdebu atau dijadikn perhiasan ataupun yg menariknya,hanya mengambil AlQuran bile rasa takut lepas tengok cite hantu..fahamilah dan teliti seribu satu macam keagungan yang terkandung di dalamnya. kalau kite tak berusaha utk memahami isinya, Quran tu samalah seperti cetakan biasa di atas helaian kertas..wallahua'lam~~

17 April 2008

.:HaBiT3 : PuT 1st ThiNgS FiRsT:.




“Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan” - Riwayat al-Bukhari

“Nak bawa apa ni ya?”, keluh si isteri. Dua beg besar sudah sendat berisi.
“Cukuplah tu. Kita bukannya nak pindah ke Dubai tu. Singgah sekejap sahaja. Masa saya mesyuarat nanti, awak pergilah beli baju baru”, marah si suami, melihat isterinya mengemas pakaian.
“Yang ini, nak bawakah?”, tanya si isteri sambil menunjukkan periuk nasik elektrik kecilnya.

“Lesung batu tak nak bawa? Alang-alang alat pembakar roti pun boleh juga awak angkut sekali!”, sindir si suami.
Tentunya amat membebankan, suatu perjalanan yang diberatkan oleh benda-benda yang kita tidak perlu. Bukanlah langsung tidak perlu, tetapi kalau tiada pun tidak menjejaskan apa-apa.
Kalau setakat mengidamkan nasi, cari sahaja kedai Asia yang berlambak di Dubai. Mengapa perlu diangkut periuk nasi untuk perjalanan 4 hari?

Seorang pengembara yang bijak, tidak akan menyusahkan dirinya dengan apa yang ia tidak perlukan. Perjalanannya perlu ringan dan cepat. Apatah lagi semua yang ditinggalkan itu, ada kedapatan di destinasi yang hendak dituju.


"Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan"

Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa dunia ini juga satu kembara. Dunia adalah tempat persinggahan. Kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepadanya. Maka di dalam kembara ini, apakah yang anda pilih untuk dimasukkan di dalam beg anda?

PUT FIRST THINGS FIRST

Put First Things First adalah tabiat ketiga bagi manusia yang cemerlang. Iaitu manusia yang kalau berlari di trek perlumbaan, dia tiba segera dan sejahtera.

Bahasa Melayunya adalah Keutamaan.

Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat.

Dalam kehidupan ini, Put First Things First sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.

Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz di dalam sebuah bekas.

Mula-mula dimasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar… malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.

Jika bekas itu adalah masa yang kita ada seharian, maka kita isikan ia dengan pasir, batu kecil dan akhirnya batu besar… malang sekali batu besar itu tidak semua dapat dimasukkan. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.

Bagaimana jika batu besar itu ialah melawat ibu di kampung yang tidak sihat? Bagaimana jika batu besar itu ialah Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah anak di sekolah? Bagaimana jika batu besar itu Solat Jemaah di Masjid, atau Usrah bulanan, atau ceramah agama, atau pemeriksaan kesihatan?

Batu besar mana yang bakal kita korbankan, jika tidak semua batu besar mampu masuk ke bekas masa yang ada?
Batu besar, batu kecil, pasir dan air!

Ya, jika bekas air dan masa diisi dengan Put First Things First, semua batu besar dapat dimasukkan. Pasir dan batu kecil mampu masuk dan mencelah. Malah air dapat juga diisi untuk memampatkannya.

Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.

Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu?
Itulah NILAI.

Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.

Apa yang besar? Rancangan kegemaran di televisyen? Mencari aksesori kereta di setiap hujung minggu? Mengejar harga runtuh di pusat membeli belah?

Apa yang bernilai dalam hidup anda ini?

Penentuan nilai kita, adalah pada cara kita melihat kehidupan. World view…

WORLD VIEW

Tabiat kedua sudah mengajar kita supaya Begin with the End in Mind. Apakah hujung perjalanan hidup di dunia ini? Bagaimana melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan?

Akhirat mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan.

Kerana itulah, perkara-perkara yang susah dan rumit dalam hidup ini, Nabi SAW kaitkan ia dengan Allah dan Akhirat.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, muliakan tetamu.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berbaiklah sesama jiran.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja.

Penat bekerja, terperangkap di dalam lautan kereta, kepala pening, anak-anak mohon masa bersama. Tiba-tiba pintu diketuk. Tetamu tiba mohon dilayan.

Bukan mudah…

Bukan berfaedah… jika nilai melayan tetamu hanya pada ukuran dunia yang tidak berhajatkannya.

Namun tetamu datang dengan jaminan Allah. Bahawa kehadiran mereka membawa kebaikan dan keberkatan. Tanpa iman kepada Allah dan Akhirat, tiada upaya untuk memaniskan wajah, mengajak masuk tetamu yang "dihantar Allah".

Jiran pun sama juga.

Mahu berkata-kata. Kata sahajalah apa yang ingin dikata. Tidak kering air liur, tidak bengkak gusi menanggung.

Tetapi nilai kata-kata besar bagi sebuah Akhirat. Ada kata jadi pahala, banyak kata jadi dosa. Yakin pada balasan Akhirat, menjadikan seorang warga dunia berhati-hati memilih kata. Nyatakan yang baik-baik, atau diam sahaja.

Diam mulut dari bercakap, diam tangan dari menyiar idea. Berbual, pilihlah bualan yang baik-baik. Membuka blog, pilihlah idea yang baik-baik, atau diam sahaja.

Semua ini bahasa sistem nilai manusia yang sudah sebati dalam dirinya tabiat Begin with the End in Mind.

KELESUAN MAJLIS ILMU

Ramai sahaja yang mengeluh kerana majlis ilmu kurang mendapat sambutan. Majlis lagu lebih makmur dan menerima kebanjiran serta tumpuan.

Ada dua kemungkinan yang menjadikannya begitu. Sama ada sistem nilai manusia sudah rosak, atau majlis ilmu itu sendiri tidak punya nilai.

Manusia hari ini dipujuk agar melupakan Akhirat. Pujukan paling berkesan ialah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN.

Hidup kita hari ini menjadi “hiburan centric”. Semua mesti ada unsur hiburan. Dari ringtone telefon hingga ke majlis agama, mesti ada unsur hiburan. Jika yang ditawar hanya makanan minda, maka bersedialah untuk ramai AJK dari peserta

Tetapi jangan semata-mata dipersalahkan hadirin. Tidak semestinya majlis ilmu mempunyai nilai setinggi nilai ilmu. Ilmu apa yang dibentangkan? Bagaimana ia dibentangkan?

Majlis ilmu juga perlu Put First Things First. Ketika orang ramai keliru dan sesat akibat sekularisma, jangan dikeluh jika tiada sambutan kepada majlis ilmu yang menentang Muktazilah.

Dari satu sudut yang lain, ketika orang ramai terkapai-kapai mencari erti hubungan dirinya dengan Islam, jangan dikeluh jika mereka tidak terpanggil ke majlis yang menggesa mereka mengorbankan diri demi Islam. First Things First…

Usrah yang asyik mengulang tajuk yang sama, majlis yang asyik berbalah topik yang sama, seminar yang mencari kesudahan kepada polemik yang memang tiada kesudahan, mungkin bersambut sekali dua, tetapi hilang sambutan apabila hilang keutamaan.

Maka pengendali majlis ilmu perlu musahabah dua dimensi. Dimensi sistem nilai hadirin dan yang keduanya dimensi nilai majlis ilmu itu sendiri. Jika semua produk di pasaran bermati-matian mengeluarkan belanja untuk pengiklanan yang mempengaruhi sistem nilai pembeli, berapa susah payah daie mengemas dan memperelokkan pakej Islam yang ditawarkannya?

Hambar, bosan, ceramah sekadar melepaskan batuk di tangga … macam tak ada harga!
Benda yang bernilai tinggi, juga akan berharga tinggi. Subjek yang tinggi nilai dan tinggi harga, akan menerima pengorbanan yang tinggi.

Apa batu besar dalam hidup anda? Atau anda selesa hidup dipenuhi pasir, habuk dan debu?

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan ia terbuang sebagai debu yang berterbangan."
[Al-Furqan 25: 23]


ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

.:JANGAN DITANGISI APA YG BUKAN MILIKMU:.


Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu
http://www.iluvislam.com/


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

16 April 2008

.:SIRI 1 : PERUBATAN SUNNAH:.


Siri 1: Perubatan Sunnah
Contributed by Dr Awisul Islah

Pengenalan:

Perbandingan antara model Perubatan Bersepadu Sunnah dan Perubatan Perawatan Hayat (Biomedicine) di dalam praktik perubatan kadang-kadang mendapat gambaran yang salah apabila ianya seolah-olah dibezakan oleh penggunaan teknologi dan alat-alatan yang berbeza di antara keduanya.

Sebenarnya perbezaan antara keduanya adalah pada asasnya berdasarkan kepada `paradigma' yang diguna pakai, falsafah asas yang menjadi tunjang pemikiran serta tabiat dan nilai.

Teknologi yang digunakan mungkin serupa di dalam kedua-dua model tetapi kesantunan di dalam penggunaan, kesan rawatan dan kesembuhan kesihatan secara keseluruhannya mungkin berbeza di antara dua pendekatan ini.

Tulisan ini akan membicarakan konsep dan praktik Perubatan Hayat (Biomedicine), dan kemudiannya akan memaparkan konsep
sunnah dimana kesepaduan praktik boleh didasarkan kepada konsep sunnah terhadap kehidupan, kesihatan, penyakit, rawatan dan pencegahan penyakit.

Perbandingan antara kedua-dua model perubatan dan perawatan akan dibincangkan
dan cadangan-cadangan untuk mempraktikkan kesepaduan falsafah perubatan didalam perawatan akan dikemukakan.

Model Perubatan Hayat (Biomedicine)

Latar belakang falsafah:

Memahami asas model Perubatan Hayat adalah perlu untuk menilai polisi alternatif kesihatan. Praktik perubatan pada masa kini adalah berasaskan model Perubatan Hayat. Perubatan Hayat telah memperoleh pencapaian yang membanggakan di dalam pencegahan dan rawatan banyak penyakit tetapi menempuh cabaran yang getir terhadap penyakit tidak berjangkit dan menanggung kenaikan kos yang tinggi untuk perawatan penyembuhan tanpa disertai oleh
peningkatan kesihatan yang sewajarnya...

.:TANYA PADA DIRI:KENAPA MAHU JADI DOKTOR?:.


KENAPA MAHU MENJADI DOKTOR?
Artikel oleh Saifulislam.

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
”Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
”Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.

”Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

”Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ’termengandung’ semasa sedang membuat program pakar.
Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

”Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ’melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.


Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ’mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ”Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur


"teruskan perjuanganmu wahai diri...~~"
**~REDHAMU RABBI KEMUNCAK IMPIANKU~**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...