31 March 2008

.:HARI JADI & KEMATANGAN:.

~hadiah dari kawan2...syukran jazilan..^^,

~Emang..?kurang best name tu..huhu..tapi redha jela.kwn2 suke..t'ganu version=)


Assalamu’alaikum wbt...

Muhasabah..

Hari ni..tanggal 31 Mac 2008..genapnya usiaku 20 tahun..dah tergolong dalam golongan 20-an. Dah tak ade ‘–teen’2 dah..bermaksud Allah dah beri peluang untukku hidup dah 20 tahun..Alhamdulillah..aku bersyukur kerana masih dapat menghirup udara dan menikmati keindahan ciptaanNya..Tapi...betul ke aku ni adalah hambaNya yang benar2 bersyukur..?? Adakah aku telah menggunakan nikmat kurniaanNya dengan sebaik-baiknya selama ni..?? Terasa banyaknya kelalaian yang telah dilakukan...terasa banyaknya kelemahan dan kekurangan diri yang belum bisa diubah..terasa banyak amanah dan tanggungjawab yang diberikan tidak dilaksanakan dengan baik...kerdilnya diri ini..hinanya diri ni..adakah layak untukku mengatakan syukur padaMu Ya Rabb..?=( ampunilah hambaMu ini Ya Allah..
Ya..diri ini sedar..semakin bertambah usia..semakin banyak dan berat amanah dari Allah..Allah Maha Bijaksana..Yang pasti, “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”(1:286)..Doakan aku agar terus cekal dan istiqamah dalam menjalani hidup yang penuh dengan mehnah dan ujian ini.Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya..sebagai hamba Allah, anak, pelajar, sahabat...dan seterusnya kini, aku sedang berusaha memperbaiki dan mempertingkat diri ini dalam pelbagai aspek, dalam perjuangan menjadi da’ie yang sememangnya wajib bagi setiap insan bergelar muslim. Berat..ya memang berat untuk dipikul..tapi,aku yakin...jika aku bersungguh-sungguh melakukannya ikhlas kerana Allah..aku akan dapat apa yang aku impikan..akan mendapat ganjarannya.”man jadda wa jada”.InsyaAllah Allah akan permudahkan jalan ini untukku..jalan yang memerlukan pengorbanan yang besar. Semoga dalam kesibukan mencari ilmu duniawi ini..aku tidak menjadikan kerja dakwah itu yang kedua..Tawazzun..itu yang aku cari.iaitu keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Itu juga lah yang dituntut Allah dan rasulNya.Semoga Allah permudahkan segala urusan untukku...ameen~~


Erm...sebenarnya nak sampaikan ni....


Bile tiba je hari jadi..ramai yang kata..”dah tua..” ataupun ucap”selamat hari tua..”..eyh..mana ada tua...tu tandanya matang..aku menjawab..hehe.dan..besday tahun ni jugak la ramai kawan yang tanya bila nak kahwin.tapi yang tu takpe.. serah pada yang Maha Penentu segala..awal lagi la,kalo dah 30 kot la nak tanya camtu..hehe.erm..persoalan yang penting di sini..betul ke aku ni matang..?matang tu sebenarnye ape..?..hmm...jom tengok ape yang dimaksudkan dengan ‘kematangan’ ....^^,



.:KEMATANGAN DALAM DIRI:.

Kematangan berkait rapat dengan peningkatan umur. Sekurang-kurangnya itulah yang meresap dalam pemikiran dan norma masyarakat. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara keduanya, sehingga suatu tahap ia menutup pintu bagi generasi baru untuk mencapai sesuatu lebih awal dari umurnya. Mungkin benar bahawa kematangan itu dibentuk oleh masa dan pengalaman yang dilalui, semakin lama, semakin berkembang dan bertambah baik, namun perlu jelas bahawa kematangan merupakan suatu anugerah dari Allah ke atas setiap anak Adam, bagi setiap orang itu berbeza begitu juga bagi satu-satu generasi.

Secara idealnya, satu-satu generasi memerlukan kematangannya secara umum berkembang dengan kemas dan pesat. Ini perlu bagi memastikan tampuk kepimpinan yang ada sudah mempunyai generasi pewaris yang berkemampuan samada lebih baik atau setaraf dengan apa yang ada kini. Di sinilah dapat kita kaitkan unsur kematangan itu dengan matlamat dan cita-cita kita dalam kehidupan. Seandainya kepimpinan sekarang mahukan suatu kejayaan yang lebih hebat lagi, dengan penuh ikhlas ia mengharapkan suatu kemajuan dan perkembangan demi Allah dan RasulNya pada generasi dan umat yang akan datang, maka kita akan melihat mereka bertungkus lumus memberi perhatian yang sewajarnya untuk mendidik generasi di bawah mereka. Itulah yang dapat kita lihat pada Rasulullah s.a.w yang bersungguh-sungguh mendidik para sahabat agar mereka mampu menyambung tugas dakwah kepada Allah s.w.t. sebaik pemergiannya kepada Ilahi.

Antara faktor yang akan banyak membina kematangan adalah ilmu dan penghayatan terhadapnya. Tidak dapat disangkal lagi betapa ilmu mampu membina manusia dari kemunduran kepada tamadun yang besar dan gah. Ini telah ita saksikan terhadap kemajuan umat Islam pada zaman Abbasiyah dan Uthmaniyyah bahkan juga terhadap ketamadunan barat yang banyak mencedok ilmu-ilmu dari tamadun islam. Dari kegelapan kepada cahaya. Di sinilah pentingnya kita menilai erti ilmu melalui penghayatan. Tiada guna ilmu yang dikendong andai tidak mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Ilmu akan membentuk pemikiran manusia, sedikit demi sedikit ia akan memberikan manusia pengajaran yang berguna. Tapi ini semua hanya bila ia dihayati dan diterjemah dalam realiti. Dengan ilmu, kematangan mampu di arah dan ditolak perkembangannya melebihi mereka yang tidak berilmu, hanya mengharap masa membentuk mereka.


Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, perkembangan pemikiran seseorang kini bergantung banyak kepada kesediaan dan pertimbangan dalam menghadapi sesuatu perkara. Memang praktikalnya, kita hanya akan memahami atau mengenali sesuatu perkara bilamana kita melaluinya. Apa sahaja masalah yang melanda merupakan ruang untuk kita memperbaiki diri kita. Sebab itu ia merupakan suatu rahmat bagi orang-orang mukmin tatkala ditimpa musibah, Dalam hadis Nabi s.a.w., sabda baginda yang mafhumnya, “barangsiapa yang Allah mencintai kebaikan baginya, maka Allah menimpakan musibah ke atasnya”. Pastinya hanya sekilas pandang dapat kita pelajari bahawa musibah yang menimpa pada kita, pasti ada kebaikan, dari aspek pertimbangan kita dan kesediaan kita dalam menghadapinya akan menunjukkan sejauh mana kita mampu menghadapinya, bagaimana kita menanggapinya. Di sinilah kematangan akan berkembang. Keputusan yang kita ambil boleh samada dipengaruhi oleh emosi dek kerana kurang matangnya kita atau kita mempertimbangkan mengikut ilmu dan pengalaman yang telah kita ada. Bagaimana kita menilai kemampuan, pilihan dan kehendak kita juga akan menunjukkan tahap kematangan kita.


Sekali lagi, gemar untuk ditekankan di sini betapa matlamat dan pengakhiran kita akan mempengaruhi perkembangan kematangan kita. Pemuda yang mengenali matlamat hidupnya yang benar, kecenderungan pemikirannya adalah ke arah matlamatnya itu. Sesiapa yang tidak punya matlamat yang benar dan jelas, maka tidak akan terdetik dalam dirinya untuk mencapai pembaikan dan kesempurnaan, dan jika ada, seringkali ia hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Sebab itu dalam meletakkan cita-cita, kita perlu praktikal dan nyata. Itu juga datangnya dari pemikiran yang sedar dan matang. Anak-anak kecil akan mengimpikan sesuatu yang diluar jangkauannya, kerana dia masih anak kecil. Dia hanya mengimpikannya, khayalannya lebih kuat kerana cita-citanya tidak meletakkan apa-apa tanggungjawab ke atas bahunya. Orang bijak akan meletakkan matlamat yang besar, tapi langkahnya dan usahanya membawa kepada kejayaan dan dia komited padanya. Andai Allah tujuan dan Rasul ikutan, maka kita akan berjaya, kerana para sahabat, salafusoleh, tabi’ tabi’in semuanya telah membuktikan kepada kita dengan jalan itu.

Akhirnya tibalah ruang untuk berkorban dan berusaha mencapai kematangan yang kita
idamkan. Yang akan melahirkan perbuatan yang benar dan ikhlas, kata-kata yang bermanfaat dan hati yang bersih. Bagi pemuda islam, buat kita adalah pengorbanan yang amat besar, iaitu untuk melawan arus kehidupan hedonisme yang amat kuat melekat dalam jiwa pemuda. Memang banyak perkara yang perlu disisihkan. Bibit jahiliyah yang ada perlu dikikis. Kehendak-kehendak picisan al-hawa perlu ditolak dan disalurkan dengan benar. Di sini dengan usaha kita bermujahadah dengan benar dan bersabar akan membentuk kematangan kita dengan lebih baik. Dari aspek displin diri dan kesediaan bersusah-payah dapat kita bentuk.

‘Ala kulli hal, ia berbalik kepada diri kita sendiri. Pintu perubahan ada di mana-mana, tidak perlu menunggu hidayah ‘melanggar’ baru nak terngadah kesilapan yang lalu. Allah telah menjanjikan kepada kita dalam ayat cintaNya yang agung bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Ilmu dan penghayatan akan membentuk pemikiran, menjadi asas dalam pembentukan akhlak, kesediaan dan kemampuan pertimbangan akan menjadi petunjuk kepada perkembangan kita. Matlamat kita akan menunjuk hala tuju kita, menjadi destinasi yang bermakna dan pengorbanan kitalah akan membuktikan betapa telah terdidiknya kita atau tidak.


“Selamat Hari Lahir yang ke-20 untuk diriku”
Semoga dapat merealisasikan kematangan itu dalam akhlak dan pemikiran...

28 March 2008

.:BuAt PuTeRi SoLeHaH:.


Tidaklah akan bergeser kaki seseorang hamba di Hari Kiamat kelak sampai ia ditanya empat hal; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang harta dari mana di dapat dan untuk apa dinafkahkan dan tentang ilmu untuk apa diamalkan.
Dari Muadz bin Jabbal; Riwayat Al-Baihaqi

Saudariku muslimah...

Selalu sudah hadith di atas hinggap di telinga kita, sehingga mampu bibir berkumat kamit menutur saat ia dibacakan. Namun seringkali kita meletakkan tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan hanya pada pemuda lelaki, melupakan sang hawa yang tidak dapat tidak seutama lelaki juga. Sekali kali kita tidak boleh meremehkan hal sang puteri, kerana pembicaraan soal awal hidup sang hawa ini adalah pembicaraan nilai insani generasi akan dating. Sungguh masyarakat tidak akan baik tanpa wanita-wanita yang baik kerana mereka adalah pembentuk generasi.

"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain"
Ali-Imran: 195

Sebagaimana lelaki berasal dari lelaki dan perempuan, maka demikian pula halnya perempuan berasal dari lelaki dan perempuan. Keduanya sama-sama manusia, tak ada kelebihan yang satu dari yang lain tentang penilaian iman dan amalnya. Justeru itu, masing-masing di antara mereka saling melengkapi satu sama lain.

Namun, pemandangan yang kita lihat kini tidak langsung menggambarkan perhubungan yang sebaiknya berlaku melainkan pada segelintir umat ini. Secara terjurus, wanita diterima menjadi suatu sumber perdagangan yang diterima masyarakat. Daya tarikan wanita dieksploitasi oleh golongan kapitalis tanpa had, digunapakai untuk memasarkan produk mereka. Namun secara halusnya, ia menjamah pemikiran waras masyarakat sedikit demi sedikit menjadikan kita masyarakat jahil. Tidak berhenti setakat di papan iklan, ke mana sahaja kita pergi, wanita menjadi subjek utama, bukan dalam aspek peningkatan jiwa dan nilai, tetapi pada keuntungan duniawi. Rancangan televisyen hampir sahaja 100% menggunakan wanita dalam menarik perhatian penonton.

Tidakkah saudari tersentuh dengan keadaan yang menimpa golongan itu?
Perlu jelas bahawa kejelekan yang timbul bukan hanya kerana eksploitasi yang dihadapi golongan wanita yang rata-ratanya adalah puteri-puteri di awal 20-an. Ia juga menyangkut kebiadaban masyarakat dalam menghadapi hukum-hukum dan syariat yang telah Allah tetapkan. Kerana isu utama adalah isu aqidah yang menjadi dasar pada seseorang muslim. Semakin hari semakin jauh dan semakin remeh masyarakat melihat keutamaan syariat Allah. Selebihnya tidak meletakkan dengan benar nilai syahadah yang dilafaz.

Wahai puteri-puteriku,

Perubahan yang menimpa golongan kalian sekarang tidaklah berlaku dalam masa sekejap melainkan ia datang dari usaha yang keras dan kejam oleh musuh-musuh Allah. Mereka berusaha membelenggu kalian dalam lingkaran hawa nafsu dan tuntutan duniawi mereka. Sesungguhnya setiap muslim perlu mengenali jalan yang mereka ambil dalam menjadikan kita seperti ini. Kerana ikatan islam dalam umat itu terungkai satu persatu kerana umat islam tidak tahu akan jahiliyyah. Seharusnya puteri-puteriku menanam jatidiri yang tegas pada perkara usul dan pendirian dalam diri kalian, agar kamu mampu berdiri walau seorang diri dengan panji islam tertegak dijulang tinggi.

Kini di mana-mana saudari melihat kaum hawa berjuang untuk menegakkan hak-hak mereka yang dirampas oleh masyarakat. Mereka terpaksa berjuang dengan jiwa yang meronta-ronta, sedang sokongannya hanya dari segelintir manusia yang waras dan simpati. Perjuangan mereka menuntut penghormatan, kesama rataan , perlindungan dan pelbagai lagi dari masyarakat yang dhaif dari nilai-nilai asasi kemanusiaan. Hendaknya saudari memahami keadaan mereka dan menanam semangat untuk membantu mereka dengan fikrah islam yang saudari miliki. Perjuangan yang mereka tatang adalah suatu cabang dari perjuangan saudari sekelian. Sesungguhnya saudari, jika benar, sedang berjuang menegakkan kalimah laa ilaha illallah sepertimana yang dilakukan oleh puteri-puteri islam terdahulu, syumul dalam aspek yang dijuangkan, tekad dengan taqwa dan keimanan dan berjihad sehabis mampu demi perjuangan ini. Saudari-saudari yang ikhlas meletakkan Allah sebagai matlamat, akan membuka pintu kebebasan yang sebenarnya buat mereka, memberi cahaya kehidupan yang baru kepada mereka dengan iman dan islam yang sahih.

Puteriku solehah,

Aku ingin sekali bertanya kepada hati-hati kalian, apakah yang kalian inginkan sekarang? Apakah yang jiwa lembut kalian harapkan dari kehidupan ini? Setulus hati halus, puteriku, soalkanlah pada diri kalian, apakah yang benar-benar kamu citakan?

Sekarang aku menyeru pula, bayangkanlah apa yang kenalan kalian mahukan? Apakah yang tergambar dari bibit hidup mereka yang kamu kenali? Sesungguhnya apa yang aku lihat adalah sesuatu yang menyayat hatiku. Apa yang aku pandang dari sekejap waktuku terhadap golongan puteri islam jauh dari impian yang aku impikan. Aku memerhatikan mereka sibuk dengan majalah dan terbitan-terbitan yang demi Allah, jauh dari keluhuran fitrah manusia apatah lagi dari ketetapan Allah. Aku sedih melihat mereka yang merelakan diri mereka menghadapi penyeksaan jiwa dan jasad. Sekerap keluaran majalah-majalah itu, sekerap itu pulalah mereka menyeksa diri mereka untuk merubah jatidiri sehingga hilang erti keteguhan pendirian pada diri mereka. Akhirnya mereka terjelepuk dalam kebodohan diri sendiri, terperangkap dalam sarang kapitalis. Sungguh benarlah sabda Rasulullah s.a.w.


Sungguh kalian akan mengikuti sunnah (cara dan tradisi) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta. Sampai-sampai, andaikata mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kalian masih mengikuti mereka...
Hadis Dari Abu Sa'id al-Khudri, Muttafaq Alaih.

Inilah gambaran seksaan yang mereka hadapi. Lubang biawak yang menggambarkan bau menyengat, kegelapan dan kesempitan. Apakah puteri-puteri sekalian tidak bersedih hati dengan keadaan mereka ini? Apakah kalian senang hati melihat mereka diperalat sebegitu?
Apakah kesibukan remaja kita sebenarnya saat ini wahai puteriku?!

Jujurlah dengan mereka bahawa kalian memerhatikan mereka berdendang dengan lagu-lagu yang hanya membawa tema-tema berlandaskan kelemahan jiwa tunduk kepada nafsu. Rasa cinta yang digembar-gemburkan, diadun dalam prosa-prosa bunga dan madu hanyalah khayalan yang menerjah pintu taqwa mereka, menerajang kewarasan dan fitrah mereka jauh dari jiwa. Wahai puteriku, tidakkah kamu melihat bahawa hal ini semakin lama semakin rumit? Musuh-musuh islam berusaha mengumumkan dan membentuk suatu kaedah dalam kehidupan berperasaan dan beremosi, sehingga hampir-hampir syariat Allah menjadi permainan?! Allahuakbar!

Wahai puteriku? Duduk sajakah kita membiar pengumuman itu berlaku hingga usaha islah dan da'wah kepada aqidah yang benar menjadi rumit dan tegar? Apakah jiwa-jiwa sensitif kamu sudah menjadi keras dek belenggu masyarakat hedonis ini? Puteriku, engkaulah harapan buat mereka. Engkaulah harapan bagi ummat ini. Jangan sekali kalian berpaling dari hakikat ini. Sekali-kali jangan !

Puteriku solehah,

Apakah yang menjadi kesibukan sebenar puteri-puteri kita? Tidak pernah aku melihat kegusaran yang dihadapi ibu bapa sekarang akibat puteri-puteri mereka yang terikat dengan sinetron dan rancangan realiti yang terlalu banyak. Tidakkah kalian semua melihat mereka terbantut dari pertumbuhan pemikirannya, ilmu pengetahuannya, jatidirinya? Apatah lagi jika disukat rasa simpatinya pada masyarakat dan ummat yang semakin mati ini. Bisa sahaja air mata mengalir kerana geram dan sedihnya melihat mereka memperlakukan diri mereka sebegitu, membiarkan generasi mendatang...Puteriku, hendaklah kalian teguh dalam islam dan tuntutannya, ingatlah bahawa kalian adalah pencetak generasi, penggerak umat. Tugas kalian yang terutama adalah ini. Maka bersiaplah untuk bergandingan dengan kaum adam demi menjadi khalifah yang mentadbir bumi dengan syariat Allah s.w.t.

Apakah dalam diri puteri-puteriku solehah sama seperti apa yang aku lihat? Apakah harapan kaum adam yang inginkan agama Allah ini tertegak dengan kalian sebagai pembentuk generasi hanyalah angan-angan? Ataukah kalian punya jatidiri yang berbeza? Ya Allah, teguhkanlah puteri-puteri solehah ini dalam iman dan islam. Dan kurniakanlah mereka kekuatan untuk teguh membawa da'wah islam ya Allah.
Wahai cahaya mata Ummat,

Harapan kaum adam terhadapmu menggunung tinggi. Pastinya dari fitrah setiap adam yang waras, mereka menginginkan wanita-wanita yang mampu memimpin keluarga, yang mampu membentuk generasi agar zuriat yang lahir adalah yang terbaik. Mampu juga berganding bahu mentadbir alam ini kerana kita saling lengkap-melengkapi. Namun, kesediaan puteriku sekalian menjadi wanita yang mampu memimpin generasi amatlah bergantung kepada kesibukan kamu yang sebenarnya. Kiranya kalian tergolong yang sibuk dengan urusan puteri-puteri yang aku maksudkan tadi, maka jauhlah impian dari kenyataan.

Sesungguhnya kesibukan asasi seorang puteri yang ummat idamkan adalah seperti yang terpapar pada sirah ummat ini sendiri. Ummat ini mengharapkan kalian berusaha mencetak semula contoh generasi terdahulu ke dalam diri kalian, lantas ke dalam masyarakat.
Inginku bertanya pada kalian puteriku solehah, apakah kesibukan kalian pada agama Allah ini yang paling utama? Apakah kesibukan kamu mentahbiskan diri kepada Allah dan agama-Nya serta menunaikan kewajipan untuk menegakkan agama ini? Sepertinya kesibukan Asma' dan Nusaibah yang berjuang demi agamanya, berkorban membantu Nabi s.a.w sewaktu hijrah dan sewaktu perang Uhud? Mereka siap siaga meletakkan jiwa mereka di hujung pedang demi melindungi Nabi s.a.w. yang tercinta. Berusaha semampu mereka untuk memastikan da'wah islam ini tidak pernah berhenti. Meninggalkan keseronokan gadis-gadis lain demi mengejar syurga Allah s.w.t. Subhanallah ! Apakah puteri-puteriku siap untuk ini?

Wahai serikandi ummat,
Apakah kesibukan sebanar kamu pada mempersiapkan akal fikiran kamu dengan meletakkan makrifah Allah sebagai induk pada akal kamu? Dengannya kamu mendirikan ilmu lain di atas fondasi itu dan terlindunglah kamu dari kebatilan ilmu hawa nafsu manusia. Adakah kesibukan kamu seperti kesibukan para wanita salafus shalih yang sibuk menghafal Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, meriwayatkan hadith dan mengikuti majlis ilmu, sehingga salah seorang di antara ulama kita ada yang berkata, " Seorang muslimah yang solehah, Fulanah binti Fulan, berkata kepadaku begini...?! "

Apakah pula kesibukan kamu seperti Aisyah dan Fatimah al-Khattab yang memahami hukum-hukum Allah dan waqi' yang didiami mereka sehingga mampu hidup selari dengan realiti dan sebati dengan islam? Persiapkanlah diri kamu dengan agama Allah, dan persiapkanlah juga diri kamu dengan suasana masyarakat agar kalian mampu membimbing mereka dengan berhikmah.
Wahai puteriku solehah...

Sekali lagi aku bertanya, apakah kesibukan kalian seperti kesibukan perempuan salafus salih untuk senantiasa menjalankan yang halal dan menjauhi yang haram dalam keluarga sehingga seorang perempuan berkata kepada suaminya yang hendak keluar, " Wahai Fulan, waspadailah olehmu jangan sampai mencari nafkah dengan cara yang haram. Sesungguhnya kami masih sanggup menahan siksa lapar dan dahaga, tetapi kami tidak sanggup meanggung adzab neraka dan murka Yang Maha Perkasa?! ".

Siaplah kalian untuk melindungi rumah tangga dengan permulaan yang baik atas dasar taqwa. Janganlah kalian tersilap dengan mendirikan rumah tangga kerana adat, kehendak nafsu atau kerana nilai masyarakat di sekitar kalian. Puteriku solehah, hendaklah kamu memainkan peranan untuk menghidupkan roh yang diredhai Allah; memastikan keadaan keluarga yang sederhana, qanaah, bisaatah dan jauh dari menunjuk dan membazir. Kerana dengan semua itu, jauhlah keluarga kalian daripada kebaikan.

Apakah kesibukan kalian dalam masyarakat pula wahai puteriku solehah? Apakah pernah kalian terfikir seperti Shafiyah Binti Abdul Muthalib yang melindungi muslimah dan anak-anak muslim ketika perang Khandaq? Dia nyata tidak hanya duduk diam saat musuh ingin mengambil peluang di saat genting itu. Apakah sekarang kita bukan di saat genting, dengan musuh-musuh Allah bersekutu menerkam kita dari sgenap arah?! Apakah kesibukan kalian seperti Zainab Ghazali dan Hamidah Qutb yang berjuang demi menyampaikan da'wah sehingga tirani menangkap dan memenjarakan mereka, lantas di siksa lebih teruk dari kaum adam?! Allahuakbar ! Mereka menjadi sosok dan membentuk pula peribadi tauladan yang dapat dilihat di mana-mana. Sekarang tegarkah kalian untuk hanya duduk dan menikmati jamuan ringan dunia?

Buat puteriku solehah,

Tidaklah hati ini merasa tenteram melihat rakan-rakan kalian, saudara-saudara perempuan kalian, adik-adik kalian dan segenap pemudi islam dan bukan islam ditindas dan ditekan sehingga mereka terperosok dalam lembah kehinaan dunia. Tidak mampu untuk aku simpulkan luahan fikiran dan perasaan ku ini melainkan untuk kalian simpulkannya dengan usaha kalian menjadi muslimah sejati. Bangkitlah menyahut seruan Ilahi agar kamu bersama kaum adam yang lainnya menjadi umat yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dengarlah firman Allah s.w.t;


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Ali-Imran: 104


**Di olah dari Kumpulan Ceramah Syaikh Al-Qardhawi; Puteri kita Saat ini dan Al-Mukminah As-Solehah; Tanggungjawab Puteri Islam

.:10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA:.


1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq.Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.


2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran,kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir,berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.


3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!


4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsurlain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!


5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja,wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan.supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!


6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius,hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengardi depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah diantara keduanya.


8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat.Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!!Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi * untuk menghapuskan kemungkaran. * kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan * kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat.Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.


10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana...Sabda Nabi s. a. w bermaksud :"Bertindak segeralah melakukan amal..."(Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

06 March 2008

.: UNTUKMU :.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...